Featured Posts Coolbthemes

Sunday, October 26, 2014

SMS Daripada Penyokong Tegar PKR Buat Anwar Ibrahim Kecur Perut


Anwar Ibrahim kini mula kecut perut apabila menerima satu SMS meminta agar semua penyokong/macai jangan hadir dalam setiap himpunan selamatkan Anwar.

SMS ini dihantar oleh beberapa penyokong Anwar Ibrahim dan disebarkan diseluruh Malaysia.

SMS itu bertujuan untuk menghindarkan orang ramai supaya tidak menghadirkan diri dalam ceramah fitnah Anwar Ibrahim kerana itu hanya kerja sia-sia.

Thursday, October 23, 2014

Dengan Nada Tersekat-Sekat Anwar Merintih 'Janganlah Pukul Saya Lagi' Dihadapan 500 'Hakim Rakyat'




Lakonan Anwar Ibrahim diteruskan seperti apa yang telah dirancangkan oleh macai-macainya bermula dengan himpunan Rakyat Hakim Negara di Seberang Jaya iaitu ditempat kelahirannya malam tadi. 

Dalam himpunan itu yang dihadiri oleh lebih kurang 500 kononnya 'Rakyat Hakim Negara' termasuk beberapa bayi kecil yang sedang menyusu dalam hujan lebat telah dihidangkan dengan lakonan ala Hidustan.

Anwar Ibrahim hanya berlegar-legar menyalahkan UMNO hingga mahu memenjarakan dirinya kononnya UMNO terlalu takut dengannya.

Anwar lebih banyak berceramah soal isu Anjing yang disokong oleh anaknya Nurul Izah.

Katanya apa susahnya nak sentuh anjing lepas sentuh samaklah...

Kalau takut nak sentuh anjing macam mana nak sentuh Lim Guan Eng, katanya.

“Dia peluk saya bila kami bertemu maka adakah perlu saya samak selepas itu?,” kata Anwar Ibrahim macai-macai yang hadir tepuk tangan tapi tiada lagi takbeeeer seperti dulu.

Diakhir ceramahnya dengan nada yang tersekat-sekat Anwar Ibrahim berkata "jika saya dipenjara nanti janganlah pukul saya lagi ye...... macai-macai yang hadir tidak tahan kesedihan.

Ustaz Azhar Idrus Dikambing Hitam Peluru Terakhir Anwar Ibrahim Untuk Bangkitkan Kemarahan Rakyat


Hebat permainan Anwar Ibrahim and the Gang sanggup menjadikan seorang ustaz Azhar Idrus(UAI) sebagai kambing hitam demi untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap UMNO yang kononnya telah memfitnah UAI.

Apabila rakyat sudah bangkit maka ini memaksa hakim menggugurkan kes liwat yang akan dihadapinya pada 28 Oktober ini.

Sebelum ini Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu penyokongnya mendoakan supaya beliau tidak dipenjara kerana beliau yakin kononnya tidak akan dipenjara.

Anwar Ibrahim memang gemar bermain dengan isu untuk mengatasi isu lain. Contohnya video Mustaffa Ali SUA Pas yang telah dimuat naik ketika Pas menghadapi kemelut Kalimah Allah. Video Azmin juga dimuatnaik ketika Azmin Ali sudah mula naik tocang melawan Presiden.

Akhirnya UMNO juga akan dituduh punca semuanya dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap UMNO walhal UMNO langsung tidak tahu menahu berkenaan video tersebut.

Jadi sudah sampai masa politik jijik Anwar Ibrahim dan kumpulannya wajar dihukum secukumnya, marilah kita bangkit sebagai hakim menghukum individu yang cukup sial yang sanggup memecahbelahkan keharmonian rakyat Malaysia



Wednesday, October 22, 2014

Penyokong Pas Kata Suhaizan Kayat Sudah Jadi Ketua Pemuda PKR


Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kayat sudah memulakan langkahnya secara terang memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim. Beliau mengarahkan semua pemuda Pas turun berdemo pada 28 Oktober nanti bagi memberi solidariti buat pemimpin tersayang mereka Anwar Ibrahim.

Cuma yang lebih pelik dan hairan, munculnya Ketua Pemuda PAS Malaysia saudara Suhaizan Kayat yang menyatakan sokongan padu buat Anwar Ibrahim. Walhal apakah Suhaizan lupa tarikh yang sama juga Presiden Pas Haji Hadi akan berdepan dengan mahkamah diatas tuduhan isu pil kuda yang dicipta oleh PKR?

Dimana solidariti Suhaizan buat Presidennya sendiri? Untuk Anwar Ibrahim, dikeluarkan kenyataan rasmi daripada Suhaizan untuk menyatakan bahawasanya Pemuda PAS Malaysia akan turun ke mahkamah pada 28 Oktober ini.

Tetapi untuk Presiden sendiri tiada satu pun kenyataan dan arahan rasmi daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia buat untuk semua pemuda PAS Malaysia supaya turun ke Mahkamah Kuala Terengganu untuk menyatakan solidariti buat Presiden Pas? 

Isu kezaliman yang telah berlaku itu dimainkan semula wayangnya. Kononnya mahkamah tidak adil, makamah telah diarahkan oleh individu tertentu, semua ini kerana UMNO hinggakan penyokong Pas mula melupakan siri-siri drama kejahatan Anwar Ibrahim kepada Pas.

Apakah anda semua telah lupa akan segala apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim? Ingatkah kalian akan :

1-Telenovela 16 September
2- Drama Bersiri "Kajang Move"
3- Kisah Cinta "Penyingkiran MB Selangor"
Dan siri-siri drama yang lain?

Tiga drama diatas adalah hasil arahan Anwar Ibrahim selaku pengarah. Pengarah yang telah menyusun atur perjalanan skrip panjang tersebut sehingga mengheret rakyat dan sehingga mengkhianati amanah rakyat demi matlamat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 


Namun hari ini orang mula mendendangkan solidariti buat Anwar Ibrahim seolah-seolah mereka lupa episod kejahatan yang dilakukan olehnya. Dibuat pelbagai jelajah untuk memberikan sokongan buatnya untuk berdepan dengan drama baru pada tarikh 28 Oktober nanti. 


Monday, October 20, 2014

Kepada Umat Islam Yang Berhajat Mahu Buat Kempen Sentuh Anjing Atau Babi Sila Hubungi Mereka Ini


Lepas ni mana-mana umat Islam yang terlalu perihatin terhadap anjing atau babi dan mahu mengadakan kempen memegang kedua-dua binatang tersebut dila hubungi mereka ini kerana mereka sedia membantu.

Mereka yang lengkap dengan seorang ustaz yang sedia untuk memberi tazkirah kepada mana-mana umat Islam yang masih ragu-ragu untuk memegang Anjing dan Babi.

Menurut ustaz Mohd Iqbal Parjin(pakai ketayap putih) yang turut hadir dan memberi sokongan kepada kempen 'I Want to Touch a Dog' di Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam mempertahankan acara itu dengan berkata bahawa Islam tidak memandang jijik mahupun anti-anjing.

Katanya, Islam adalah agama yang mengajar umatnya tentang kasih sayang dan pembelaan kepada semua mahkluk Allah termasuk anjing.

Jika Anjing tidak jijik Babi juga tidak jijik lepas ni buat kempen sayangi babi pula.


Ahli PKR Sudah Menyampah Dengan Anwar dan Wan Azizah, Mahu Azmin Terajui PKR


Anwar Ibrahim dan Wan Azizah semakin gelisah kerana tarikh rayuan terakhir Anwar yang akan didengar pada 28 Oktober berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Hampir setiap hari Anwar dan Wan Azizah mengatur langkah untuk menggagalkan Rayuan tersebut dengan pelbagai helah. 

Anwar Ibrahim sanggup mengarah Setiausaha Agong PKR yang baru yang juga budak suruhan terbaik Anwar iaitu Rafizi Ramli mengeluarkan surat arahan kepada semua pemimpin Cabang PKR agar menyediakan 3 buah bas setiap Cabang.

Kini Anwar berada di London, Turki dan seterusnya ke Australia dalam 'Road Tour Liwat 2' bagi menagih simpati pemimpin dunia yang ada keinginan untuk menjajah Malaysia agar mendesak kes liwatnya digugurkan tanpa perbicaraan.


Reaksi ahli akar umbi PKR dalam kempen 'rakyat hakim negara' cukup hambar apabila hanya beberapa kerat sahaja penyokong yang berjaya membuat flashmob di semua tempat.


Anwar Ibrahim juga agak terkejut reaksi penyokongnya dalam facebook apabila hampir majoriti tidak menyokong kempen 'Rakyat Hakim Negara' yang bertujuan hanya untuk menghasut anak muda turun berdemo dijalanraya bagi mendesak mahkamah Persekutuan membebaskannya. 

Kini satu lagi kejutan buat Anwar apabila majoriti ahli akar umbi PKR mahu Azmin Ali sebagai Presiden PKR sekaligus memaksa Wan Azizah meletak jawatan sebagai Presiden PKR.

Mungkin mereka sudah letih untuk melayan nafsu dan krisis moral Anwar Ibrahim.

Saturday, October 18, 2014

Mesej Whatsapp Bocor Sebab Anwar Bawa Tok Arab Ke rumahnya


Penyokong Anwar terus memuji-muji Anwar Ibrahim yang disifatkan seorang yang alim dan warak apabila berjaya membawa 
Sheikh Tareq Mohammed Al-Suwaidan ke rumahnya No.11, Jalan 3/61,Bukit Segambut Dalam, hanya untuk memberi tazkirah hanya beberapa jam sahaja.

Satu mesej daripada seorang penyokong Anwar sendiri mengatakan bahawa Sheikh Tareq Mohammed Al-Suwaidan telah sengaja dibawa masuk ke Malaysia oleh kumpulan penyokong Anwar di USA bersama Abrar Bhd (diketuai oleh Rahim Ghouse dan Dr Wan Hasni) 

Pertama mereka mahu naikkan imej Anwar yang telah tercalar dengan pelbagai krisis moral di samping mengujudkan sifat tidak percaya bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya peliwat.

Jika persepsi ini sudah ada pada rakyat Malaysia amat mudah bagi Anwar Ibraim turun di semua kawasan bagi menghasut rakyat agar mendesak mahkamah membebaskannya.

Kedua, mahu jadikan dirinya dilihat lebih alim daripada Presiden Pas Haji Hadi Awang dan sekaligus dapat menambat hati dan sokongan ahli Pas akar umbi.

Bagi Anwar penyokong Pas adalah penting buatnya kerana tanpa penyokong Pas demo untuk membebaskannya tidak akan menjadi.

Kejayaan Demo sebelum ini hanya dipenuhi dengan penganut Pas hanya dengan sekali arahan sahaja mereka patuh dan menurutinya.

Menurut mesej Whatsapp 

Tariq Sweidan ini dari Kuwait. Dia berada di USA sejak 1983 lagi..dia duduk di Tulsa Oklahoma buat Ph.D dan kini ada kad hijau PR di USA. Dia bukan Ikhwan tapi dia kenal orang Ikhwan Muslimin Mesir yang lari ke Eropah dan USA ...ada juga yg lari ke Jordan, Kuwait, Syria...mereka dikenali sebagai Ikhwan dalam buangan dan dalam buruan oleh kerajaan Mesir ....dan ikhwan ni dikenali sebagai Ikhwan Alami. Mereka bertaburan di Amerika dan Eropah khususnya England. 


Ikhwan Alami ni lah yg menjadi murabbi kepada pelajar-pelajar Malaysia dalam IRC di UK dan MISG di USA. Anak2 didik mereka termasuklah Dr Fuad Zakarshi, Dr Syed Azman, Azman Hussin, Sahri Bahari, Idrus Wan Cik, Dr Rahim Ghouse, Dr Wan Hasni dan ramai lagi....95% pimpinan IRC dan MISG bila balik Malaysia masuk UMNO antara 1990-1998. ...skrg ni mereka bawa Tariq Sweidan untuk pulihkan imej Anwar dan utk dapatkan momentum baru utk group Anwariyun...alahai...bukan kita tak tahu tektik puak-puak anwariyun ni...PASMA menumpang sekaki la....

Masa Anwar dalam UMNO, Anwar sudah' establish' beberapa Financial groups melalui IIIT dan Saar Foundation di Virgnia. Abrar Group ditubuhkan dan dketuai oleh Dr Wan Hasni dan Dr Rahim Ghouse dan mendapat 'backup' yang kuat dari kerajaan Kuwait. 

Pimpinan IIIT dibawa masuk kuasai UIA Malaysia sehinggalah 1998, apabila Anwar kena buang dari UMNO, pimpinan IIT lari keluar Malaysia, sementara Abrar Group kena beku. Dr Rahim Ghouse lari ke Australia. Dr Wan Hasni kena tahan dan soal siasat tentang harta Abrar dan hubungan dengan Anwar.

Dr Tariq Sweidan rapat dengan Dr Rahim Ghouse Presiden MISG dan Dr Tariq menjadi murabbi kepada MISG sebelum Dr Rahim Ghouse datang ke USA lagi. Yang baju biru Melayu berdiri dalam gambar dibawah ialah Azman Hussin, mantan pensyarah UKM, mantan Presiden MISG, kawan baik Dr Tariq Sweidan di Oklahoma. 

Dr Mujahid juga hadir. Hampir semua bekas pimpinan MISG dan IRC hadir du rumah Anwar tanpa mengira parti.....tetapi yang menyatukan mereka ialah tarbiyyah manhaj Ikhwan Alami (Ikhwan buangan dan buruan kerajaan Mesir)

Di Malaysia, anak2 didik Ikhwan Alami dalam IRC banyak di UM. Mereka ikut usrah pimpinan Ustaz Alias Othman dan Ustaz Zawawi Ali. jadi tak heran bila Ust Mat Hussin mantan YB PAS Kelantan bersama PASMA. 

Husam juga anak didik kumpulan yang sama semasa dia di UM. Pada umumnya mana-mana anak didik Ustaz Alias Othman mesti ada kaitan dengan JIM, IRC, Ikhwan Alami. IRC di Mesir uga hidup dan dipimpin oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa. 

Mereka sentiasa bersatu walaupun mereka duduk dalam parti lain-lain. Bagi mereka yg dalam PAS, mereka kata politik bersama PAS, jamaah masing-masing. 

Itulah slogan yang dibawa oleh Yb Saari Sungip dan Dr Dzulkfli Ahmad apabila mereka menyertai PAS. Sepertimana dalam kertas kerja grand design JIM, mereka mahu kuasai UMNO dan PAS, dan jika perlu mereka akan wujudkan parti baru untuk kuasai politii Melayu Islam. Mungkin PASMA adalah platform awal ke arah parti baru jika mereka gagal kuasai PAS dalam Muktamar 2015. Bagi mereka Nuar adalah pemimpin Agung.

Kesimpulannya, ini semua wayang IKRAM (pecahan JIM) dan PKR. Dulupun mereka dalam UMNO, dan ramai masuk UMNO pada tahun 1990 selepas PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah tawan Kelantan. Biarlah IKRAM dan PKR syok sendiri. PASMA menumpang teduh di bawah payung ni sebab Ir Pahrolrazi tak termasuk dalam rangkaian ini dulu semasa dia mahasiswa....kini dia menjadi dalam dalam PASMA untuk mencalarkan kredibiliti PAS.

Friday, October 17, 2014

Mana Satu Majlis Peguam Mahu, Hapuskan Akta Hasutan Atau Membebaskan Anwar Ibrahim


Apa sebenarnya yang Majlis Peguam mahukan? Adakah mereka mahu Anwar dibebaskan atau mahu Akta Hasutan 1948 dimasuhkan. Tetapi dalam masa yang sama mereka mendesak kerajaan mendakwa Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan bakar bible.


Majlis Peguam yang diketuai oleh anak kepada pengerusi Media Prima Syahredzan sebenarnya ada agenda sendiri ketika perbicaraan ke liwat Anwar Ibrahim semakin hampir seolah-olah mahu ujudkan mood demonstrasi bebaskan Anwar Ibrahim.

Habis semua pelacur upahan dan orang asli dikerah untuk berdemo bersama mereka.

Himpunan mansuh Akta Hasutan 1948 yang diadakan di Padang Merbok dan Bangunan Parlimen pagi ini dirancang oleh Majlis Peguam Malaysia dan Angkatan Muda Keadilan.

Oleh kerana kurangnya mendapat sambutan rakyat, penganjur terdesak hingga mengheret kaum orang asli dan pelacur di jalan Chow Kit bersama. 


Persoalannya, apakah relevennya kehadiran kaum orang asli di himpunan itu? Sudah berapa ramaikah kaum orang asli yang telah didakwa dibawah akta tersebut

Dengan demonstrasi ala Anwar Ibrahim menjadikan Majlis Peguam antara yang paling bangsat dipergunakan oleh pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan.

Wan Azizah dan Akhbar Suara Keadilan Diarah Bayar Gantirugi Kepada Felda


Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. hari ini memenangi kes saman fitnah terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi editor Suara Keadilan berhubung penerbitan dua artikel memfitnah di akhbar mingguan Suara Keadilan
.

Hakim Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan demikian dan memerintahkan supaya ganti rugi yang bakal diterima Felda untuk ditaksirkan kemudian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.

Pernyataan artikel fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Sebelum ini Wan Azizah Wan Ismail serta lima lagi editor suara keadilan memaklumkan kepada mahkamah mahu selesaikan kes diluar mahkamah namun tidak ada sebarang perbincangan dengan pihak Felda terhadap kes saman fitnah RM200 juta tersebut.

Peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli yang mewakili Felda memberitahu pemberita, status kes itu sepatutnya dimaklumkan hari ini oleh pihak-pihak yang terlibat dalam saman tersebut sama ada boleh diselesaikan di luar mahkamah atau sebaliknya.

Namun disebabkan kesemua pihak masih berunding ekoran terdapat cadangan balas daripada Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGV), maka mahkamah meminta supaya perkembangan tersebut dimaklumkan melalui surat sebelum tarikh perbicaraan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Kamaludin Md. Said memberikan arahan tersebut ketika pengurusan kes di kamar hakim di sini.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan FGV memfailkan saman fitnah terhadap Wan Azizah dan bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali.

Thursday, October 16, 2014

Ini Sahaja Boleh Selamatkan Anwar Untuk Memaksa Hakim Bebaskan Dirinya


Hanya ini sahaja yang boleh selamatkan Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari dan didenda penjara selama 5 tahun.

Hanya perkataan 'rakyat' sahaja mampu mengalih pandangan seluruh rakyat Malaysia untuk bersimpati dengan Anwar Ibrahim yang kononnya difitnah.

Betullah apa yang telah dinyatakan oleh bekas peguam peribadi Anwar Ibrahim iaitu Datuk Zulkifli Nordin bahawa Anwar Ibrahim akan menggunakan apa saja ruang untuk memastikan rakyat bersimpati dengan dirinya dan seterusnya mencetuskan demonstrasi secara besar-besaran untuk sekamatkan Anwar.

Sebelum ini Anwar Ibrahim sudah mempergunakan Pas untuk kepentingan dirinya menyebabkan:

PAS sanggup buang perjuangan negara Islam!
PAS terpaksa ketepikan perlaksanaan hudud, qisas dan takzir!
PAS bermata putih melihat kalimah Allah dicemar dan disyirikkan!
PAS memecat tokoh hebat seperti Hasan Ali yang tegar memperjuangkan Islam!
PAS memecat ulama muda seperti Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura'!
PAS dipaksa menerima seorang yang disabit dengan hukuman liwat sebagai pemimpin!
PAS dipaksa menerima pemimpin yang tidak punya kredibiliti dan akhlak yang cemar seperti Mustaffa Ali, Muhd Taib dan Tamrin Ghaffar!

Akhirnya Pas dihina dan dibuang ke tempat yang paling hina hanya kerana tidak menyokong bini Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor.

Wednesday, October 15, 2014

Pas Kehilangan Seorang Pejuang Sejati Yang Pernah Membangkrapkan Mara


Pas hari ini menerima satu berita sedih apabila Tamrin Ghaffar iaitu seorang pejuang sejati yang pernah menjadi ahli seumur hidup Pas telah mengumumkan dengan rasminya keluar daripada parti itu serta merta berkuatkuasa hari ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan pernah menerajui Mara ketika bersama Umno, Tamrin Tun Abdul Ghafar Baba dikhabarkan meminta Pas cepat mengemaskini keahliannya supaya namanya tidak lagi ujud dalam rekod keahlian Pas.




Tamrin yang sebelum ini dalam ceramahnya ketika mula menyertai Pas pernah berkata bahawa beliau sudah menjumpai parti yang betul-betul Islam iaitu Pas berbanding umno yang pernah memberi kemewahan kepada beliau. Bagi beliau umno sudah mati.

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah apabila seorang pejuang yang bernama  Tamrin Ghaffar dengan rasminya keluar daripada Pas dengan menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Tamrin yang pernah hampir membangkrapkan Mara dikatakan kecil hati dengan tindakan Presiden Pas Haji Hadi Awang yang memberi ucapan ketika Muktamar Pas yang lalu membelasah Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya termasuk barua dan broker. Haji Hadi juga terlalu lantang mempertahankan golongan ulamak dalam Pas.

Akibat itu orang cina kini semakin menjauhi Pas dan dikhuatiri pada PRU14 nanti Pas akan kehilangan banyak kerusi.

Disebabkan itulah tiada apa lagi nak dicari dalam Pas......jadi Tamrin mengambil keputusan keluar Pas serta merta.


Tamrin kini berjinak-jinak dengan parti keadilan rakyat(PKR) dan mengetuai NGO tajaan parti tersebut iaitu Gerakan Anti Perkauman bersama Tian Chua dan Haris Ibrahim. 

Tuesday, October 14, 2014

Jika Anwar Ibrahim Di Acheh Beliau Akan Dikenakan Sebatan 100 Kali


Anwar Ibrahim gagal lagi dalam cubaan kali ketiganya  untuk mengetepikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa utama dalam rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya daripada tuduhan liwat.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan terus ketuai pasukan pendakwa dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibicarakan pada 28 Oktober ini.

Cubaan terbaru Anwar untuk gugurkan Shafee gagal lagi bila penal lima hakim Mahkamah Persekutuan di Putrajaya tengahari Selasa tolak permohonanya.

Ini adalah kali ketiga. Maka Anwar tidak boleh merayu lagi untuk gugurkan Shafee.

"Tak boleh rayu lagi.. ia ternoktah di sini,"kata Shafee kepada wartawan selepas keputusan itu diumum.

Penal hakim diketuai oleh Tun Ariffin Zakaria.

Hakim-hakim lain ialah Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Seri Abu Samah Nordin.

Tun Ariffin ketika membacakan keputusan berkata peguam Anwar berhujah atas dua alasan. Alasan pertama, Shafee adalah pengerusi suruhanjaya siasatan SUHAKAM terhadap Jude Pereira yang juga merupakan salah seorang saksi dalam kes liwat.

Alasan kedua Shafee telah didenda RM5 ribu oleh Majlis Peguam kerana salahlaku disiplin.

Menurut hakim itu tidak wujud "conflict of interest" dalam kedua-dua hujah itu.

"Dakwaan pertama bahawa wujud conflict of interest kerana Shafee adalah pengerusi siasatan SUHAKAM dalam kes Jud Pereira tidak kuat untuk menjejaskan kelayakan Shafee.

"Denda RM5ribu yang dikenakan oleh majlis peguam ke atas Shafee juga tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan hak Shafee sebagai Timbalan Pendakwaya. Oleh itu kami menolak permohonan ini," katanya.


Tiada apa lagi yang boleh selamatkan Anwar Ibrahim, jika sebelum ini Anwar akan menggunakan Pas sebagai pecacai untuk menghentam hakim dan kerajaan Barisan Nasional tetapi kini Pas telah sedar mereka hanya diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.


Pas hanya mempertahankan perbuatan liwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang terang-terang menyalahi hukum Islam.

Jika di Acheh undang-undang membenarkan hukuman sebatan sebanyak 100 kali dikenakan ke atas pesalah homoseksual walaupun kumpulan hak asasi manusia membantah undang-undang tersebut dengan menyifatkan sebagai 'satu langkah ke belakang’.
Tetapi di Malaysia hanya dikenakan hanya 5 tahun penjara sahaja.

DAP Ambil Kesempatan Dikala Kuasa Politik Melayu Tinggal Nyawa-nyawa Ikan


Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini, bakal lenyap apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing dengan kadar segera.


Kampung ini dikatakan wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48 buah keluarga.

Hairan kenapa lebih 50 tahun penduduk tinggal ditanah tersebut tidak diberikan geran? Bagaimana pula tiba-tiba seorang yang mengaku tuan empunya tanah tersebut yang tinggal di Selangor mahu mereka mengosongkan tanah tersebut?

Lebih 200 penduduk  meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu mereka kerana mereka sudah tersepit tiada lagi jalan keluar majoritinya adalah orang Melayu.

Semua yang berlaku adalah salah orang Melayu sendiri yang suka sangat bergaduh sesama sendiri dan sanggup mengkafirkan sesama sendiri. Malah yang lebih parah lagi ada orang Melayu yang sanggup berdoa agar pemimpin cina DAP Pulau Pinang diberikan kekuatan untuk terus memerintah Pulau Pinang.

Ada juga orang Melayu yang tidak mengaku dirinya Melayu kerana terlalu malu pada cina DAP. 

Ada Melayu yang sanggup berkata "lebih baik bagi cina DAP jadi Perdana Menteri Malaysia".....

Kini kita Melayu patut terima apa sahaja kemusnahan daripada sikap orang Melayu sendiri yang penuh hasad dengki sanggup menolak pemimpin Melayu dan memilih cina DAP sebagai tuan tanah.

Perlu diketahui dasar parti cina DAP ialah menghapuskan status bumiputera sekaligus menghapuskan kuasa politik orang Melayu dan kini sudah pun bermula.

Orang Melayu yang menjadi tuan tanah suatu ketika dahulu kini hanya mampu berteriak, menangis apabila tanah yang mereka duduki sejak nenek moyang mereka sudah menjadi milik orang lain.

Kaum Cina nampak bermusuh dari sudut politik terutama antara DAP dan MCA tetapi bila sampai bab mempertahankan sekolah cina, bahasa serta bab ekonomi, mereka BERSATU!

Kita semua bangsa Melayu sedar tak perkara ini? Jangan lah kita lalai wahai kaum sebangsa dengan ku. Melayu makin terpinggir dan semakin terkebelakang...

Sedarlah wahai bangsa ku.......


Sedarlah wahai bangsa ku, usah bergaduh dan berbalah atas perkara kecil dan remeh temeh. Mari kita bersatu! Lupakan segala persengketaan. Buang jauh-jauh serta tolak ke tepi sentimen kepartian yang tebal.

Kita cari titik persamaan dan bukan cari titik perbezaan. Itulah intipati perpaduan yang kita orang Melayu mahukan. Jika kita bersatu, maka kita akan jadi bangsa yang kuat, di segani dan di hormati!



Mari kita bersatu demi agama Islam, bangsa dan negara!

Mari kita saksikan kebangkitan orang Melayu dibumi yang kini menjadi milik cina DAP





Anak Johan Jaafar Anggap Peguam Yang Tidak Menyokong Hapuskan Akta Hasutan Adalah Anjing UMNO


Siapa tak kenal dengan Datuk Johan Jaafar? Pengerusi Media Prima yang nampak macam menyokong kerajaan terutamanya dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Atas sokongnya yang begitu kuat terhadap kerajaan maka beliau dilantik dalam pelbagai GLC.

Mungkin atas nikmat hasil menyokong kerajaan maka kehidupan Johan Jaafar dilimpahi kemewahan dan kemewahan itu juga dialirkan kepada anaknya. Kini anaknya Syahredzan Johan sudah menjadi peguam terkenal dan berada dalam kelompok peguam yang tidak menyokong kerajaan.

Ambiga and the gang padandai mengambil kesempatan diatas kebodohan anak Johan Jaafar dan berjaya menjadikan anak Johan Jaafar sebagai ketua untuk menghapuskan Akta Hasutan demi untuk 'membunuh' bapanya yang kononnya menyokong kerajaan.

Bukan itu sahaja malah sesiapa sahaja yang tidak menyokong peguam pembangkang mereka akan dichop sebagai Anjing UMNO.

Jika demikian apakah bapanya juga adalah Anjing Umno? Jika bapanya anjing UMNO maka dia adalah anak kelahiran daripada anjing Umno..... 

Monday, October 13, 2014

Hasil Pemerintahan Kerajaan Anwar Ibrahim Di Selangor


Tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan promosi pesta anjuran syarikat gergasi pengeluar minuman keras Carlsberg Malaysia secara besar-besaran sebagai biadap dan langsung tidak sensitif dengan umat Islam di Malaysia.


Hairan, mana hilangnya pemimpin Pas yang sering berteriak memperjuangkan Agama Islam dan sering menuduh orang lain sebagai kafir. Dalam isu ini Pas mengambil pendirian terus diam kerana yang merasmikan pesta ini bukan calang-calang orang iaitu Lim Kit Siang.

Mana ada pemimpin Pas yang berani angkat muka dengan ketua cina DAP laknat ini.

Mana perginya Mahfos, mana perginya Salahuddin Ayub, mana perginya ketua Pemuda Pas Suhaizan Kayat yang tiada satu ayat pun berani dikeluarkan untuk mengutuk pesta arak besar-besaran ini.

Pesta ini bukan sahaja diraikan oleh hampir kesemua pemimpin kafir DAP dan PKR malah artis Melayu juga dijadikan korban untuk meneguk air kencing syaitan ini.

Kalau Teresa Kok, Lim Guan Eng, Elizabeth Wong tu lantaklah semua tu kafir dah 'confirm' masuk neraka tapi bagaimana dengan anak Melayu Islam ini?

Kesian anak Melayu yang bernama Erin Malik iaitu pelakon utama drama Misiku Kuza menjadi korban pesta arak kaum kafir.

Apa pun sekalung tahniah kepada kerajaan Selangor yang telah meluluskan pesta arak dengan tujuan membudaya pengambilan arak secara besar-besaran.

Sebelum ini Pas beriya-iya mahu kilang arak ditutup sebaik sahaja menerajui negeri Selangor namun menjadi lebih teruk daripada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Rakyat Selangor terutamanya pengundi Islam yang mengundi Pas, PKR dan DAP wajib sama-sama bertanggung jawab kerana anda juga ada sahamnya yang akan dibawa bersama 'nanti'.

Sunday, October 12, 2014

Malaysia Sunyi Daripada Maki Hamun Mat Sabu



Siapa tak kenal Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang berasal dari Kampung Guar Petai.

Memang hebat Mat Sabu. Siapa tidak kenal dengan pemimpin kanan Pas ini. Terpukau orang mendengar ceramahnya. Ada serius, sinis, jenaka, merapu dan maki hamun. Dalam setiap ceramahnya kalau tidak maki umno, maki Perdana Menteri, maki Dati Seri Rosmah tak sah. Malah pendengar yang majoriti penyokong Pas akan bertepuk tangan bila dengan Mat Sabu memaki hamun. Apakah politik maki hamun masih diterima oleh masyarakat Islam dalam Malaysia?

Kini ceramah memaki hamun sudah tidak kedengaran lagi apabila tukang maki hamun sedang bertarung dengan penyakit.....

Jadi ambillah ikhtibar daripada setiap kejadian yang Allah SWT berikan....

Friday, October 10, 2014

Elaun Ahli Parlimen Naik Sebab Mereka Bertungkus Lumus Tak Mengira Waktu


Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua turut menikmati kenaikan gaji dan elaun.

Elaun Ahli Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun ahli Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.



"Tanggungjawab seorang ahli Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagaman, sosial dan pendidikan. "Dengan kata lain, khidmat ahli Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu.

Penyokong Khalid Samad dan Al Jub Beri Sebab Kenapa Pesta Arak Perlu DiLuluskan


Perbalahan dalaman antara puak Aljub dan ulamak pas semakin kritikal apabila puak Aljub menghentam puak ulamak Pas sehabis-habisnya hanya kerana bergambar bersama ppenyokong Perkasa.

Semasa satu demonstrasi aman bagi menyerahkan memorandum kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) beberapa pemimpin Pas yang pro-ulamak sempat bergambar bersama penyokong Perkasa yang turut sama menyertai demo aman ini.

Malangnya penyokong Al Jub dalam Pas menjadikan gambar ini sebagai senjata untuk membelasah puak-puak ulamak dengan tuduhan kononnya puak ulamak mahu menjadikan perkasa sebagai rakan karib.

Seorang penyokong kuat Aljub yang beragama Islam dalam facebooknya menyatakan bahawa puak ulamak sudah buta hati tidak mengikut peredaran zaman dan sepatutnya bersetuju dengan Oktoberfest tersebut kerana orang Cina sudah boleh bertoleransi azan subuh yangg mengganggu tidur mereka, kuliah-kuliah yang dipancar melalui corong pembesar suara antara maghrib dan Isyak, jem sewaktu solat Jumaat.

Orang India boleh toleransi sembelihan lembu di khalayak ramai pada Hari Raya Korban walaupun lembu itu sembahan orang Hindu.

"Tiba--tiba sambutan minum arak yang hanya dikalangan orang bukan Islam pun kita nak protes",kata penyokong kuat AlJub

"Sejak bila arak ni haram untuk orang bukan Islam? Kitab feqah mana yang kata macam ni"?

Kenyataan ini ditujukan kepada golongan pro-ulamak dalam Pas yang juga penyokong Presiden Pas Haji Hadi Awang terutamanya Nasrudin Tantawi dan Nik Mohamad Abduh.

Gambar bersama Perkasa membuatkan penyokong AlJub panas telinga.

Betul-betul Nak Tampar Atau Sekadar Wayang Kata Pemilik Media Sosial


Ramai pemilik media sosial menyindir exco pemuda Umno Malaysia Armand Azha yang mahu menampar lelaki India yang sering letakkan kasut pada wajah Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib.

Sudah berpuluh kali lelaki India itu melakukan perbuatan biadap tetapi tiada siapa pun berani tampil merampas kasut dan poster wajah perdana menteri yang sering dibawa oleh lelaki India itu pada setiap demonstrasi.


Armand Azha dikatakan membuat sidang media di PWTC bahawa beliau mahu mencari dimana tempat tinggal dan tempat kerja lelaki India tersebut dan mahu menamparnya dengan kasut yang dipakainya.

Ramai pemilik media sosial menganggap dakwaan Armand adalah bersifat 'wayang' untuk tujuan mengampu kepada bosnya sahaja. Sepatutnya Armand tidak perlu buat sidang akhbar jikalau berniat mahu untuk menampar lelaki India tersebut.

Dengan sidang akhbar tersebut kemungkinan Armand Azha akan berdepan dengan saman yang akan dibuat oleh peguam DAP.




Thursday, October 9, 2014

Ada Ahli Pas Tuntut Hutang Daripada Suhaizan Kayat




Hanya untuk mengelakan daripada menanggung malu Suhaizan mengatakan telefon bimbitnya telah dihack oleh seseorang. Menurut sumber satu SMS telah dihantar oleh ahli pemuda Pas kepada ketua Pemuda Pas Suhaizan Kayat yang pro-Anwar Ibrahim untuk menuntut Suhaizan supaya membayar hutangnya.

Bagi mengelakkan daripada dituduh berhutang Suhaizan terus mendakwa telefon bimbitnya telah di 'Hack' sehingga menyebabkan sms tersebut tertera dalam skrin telefon bimbitnya.