Tuesday, November 16, 2010

Mesti Baca!! Kisah Cinta terhalang anak penulis,Syed Hussein Alattas dengan bekas Permaisuri Agong



Sudah sekian lama kisah kehidupan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah tidak begitu diketahui umum. Namun beberapa hari kebelakangan ini kisahnya meletup dalam internet.

Ini berikutan tersiarnya gambar-gambarnya dalam beberapa laman blog yakni Syed Abdullah Al Attas, 48, anak lelaki kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al Attas.

Ia jelas ada kaitan dengan kisah cinta terhalang antara mereka berdua.

Syed Abdullah terkenal menerusi rancangan televsiyen Seekers, mengenai pencarian hantu dan sebagainya.

Cik Puan Aishah ialah Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan bekas Yang Dipertuan Agong ke 11.

Syed Abdullah meluahkan mengenai ‘halangan‘ dari pihak bapa kepada bekas Permaisuri berkenaan dalam enam siri kisah mereka yang disiarkannya dalam laman blognya setakat ini.

Selain gambar mereka berdua, dia juga menyiarkan gambar skrin telefon bimbit yang tertera SMS antara mereka berdua. 



Sementara itu bapanya, Syed Hussein ketika dihubungi  petang Isnin mengesahkan anaknya itu sedang bercinta dengan Cik Puan Aishah.

Katanya bekas Permaisuri itu ada datang ke rumahnya di Janda Baik beberapa kali.

Menurutnya bekas Permaisuri itu juga ada memberitahunya ingin berkahwin dengan anaknya.

Ditanya pula bagaimana situasi terbaharu hubungan mereka ,Syed Hussein kata dia tidak tahu.

“Saya terlalu sibuk dengan banyak hal lain dan tak tahu perkembangan terbaru mengenai mereka,” katanya.

Apapun katanya dia memberi restu jika mereka hendak berkahwin.

Syed Hussein berkata Syed Abdullah berkenalan dengan bekas Permaisuri itu sejak dua tahun lalu.

Syed Abdullah adalah duda setelah bercerai dengan isterinya tidak lama dulu.

Ada gambar dalam blognya tunjuk Cik Puan Aishah melawat anak Syed Abdullah di hospital. Hadir sama ialah bekas isterinya. 


Ditanya di mana anaknya sekarang, Syed Hussein kata Syed Abdullah tidak mahu angkat telefon setelah timbul kehangatan ekoran penyiaran kisahnya dengan bekas Permaisuri itu di laman blognya.

Sementara itu dalam komen pembaca di laman blog berkenaan timbul polimek pro dan kontra Syed Abdullah menyiarkan kisahnya dengan Cik Puan Aishah.

Ada yang menghentamnya kerana bimbang ia akan menjejaskan imej bekas Permaisuri itu dan institusi diraja.

Syed Abdullah bagaimana pun mempertahankan penyiarannya ‘kerana kebenaran’.

Katanya dia sedia menghadapi risiko apa sekalipun atas tindakannya itu.



Sumber: uncleseekers.blogspot.

9 comments:

Anonymous said...

Kalau dah jodoh apa salahnya.

Anonymous said...

janda2 ni semuanye banyak harta,bole le mangkuk said ni tumpang perabeh

Anonymous said...

sy setuju dgn tnpa nama 25/2/2011...dia pun manusia gak ade perasaan dan keinginan...yg kontra tu jgn jeles..dah rezeki dia..doa kn je yg baik2...

Anonymous said...

muka uncle seekers tu macam muka penjilat burit lembu jer aku tengok. tak layak langsung dgn sape2 pun . kesian

PutraRocker said...

this is best bro!

Anonymous said...

Uncle mulut celupar ni ke??? hahaha... perangai x tentu hala.. dengan org baik2 pun dia kurang ajar! hee nyampah aku. maaf la, bkn nak ngata... tapi terang2 dalan tv.. mai tengok>> http://www.youtube.com/watch?v=JCP5wyIN8eA

Anonymous said...

uncle ni dah diistiharkan muflis..Ada hajat nak kawin dengan Cik Puan Aishah?

Cermin dirilah bro.

Anonymous said...

CIK PUAN LAYAK UNTUK BERKAHWIN KERANA KEMAMPUAN DAN BELIAU PUN MASIH MUDA NAMUN AISHAH HARUS MENCARI YG SESUAI DGN NYA DEMI MENJAGA NAMA BAIK BELIAU DAN ALMARHUM SULTAN SERTA SELURUH KELUARGA D RAJA

Anonymous said...

"muka uncle seekers tu macam muka penjilat burit lembu jer aku tengok"
hahahaha tebaikkk

(aku gelak suka, bukan sokong. tak baik hina orang lain)

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.