Tuesday, August 31, 2010

MELAYU JANGAN MUDAH LUPA TENTANG KEKEJAMAN KOMUNIS

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-53, biarlah saya memperingati semula bagaimana kekejaman komunis di era zaman dharurat  mungkin kita sudah terlupa kerana kekejaman ini berlaku hampir seabad yang lalu
Apabila kedudukan dan keistimewaan orang Melayu semakin dicabar, Islam semakin dihina, yang dulu wira dianggap musuh, yang dulu musuh kini dianggap wira!
benar, aku bercakap tentang Parti Komuni Malaya(PKM)  yang kini mula digambarkan sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan ribuan anggota keselamatan dan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman mereka sewaktu darurat dulu

Bagi yang terlupa atau buat-buat lupa, sejarah PKM bermula semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. PKM telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British untuk membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.
PKM lah yang membentuk MPAJA untuk berjuang ala gerila menentang Jepun.
Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
MPAJA atau Bintang Tiga mendakwa British berjanji untuk menyerahkan negara ini kepada mereka kerana mereka menyokong British tetapi apabila janji ini tidak ditunaikan, gerila MPAJA telah memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu.
Menurut ahli akademik Cheah Boon Kheng di dalam buku “Red Star Over Malaysia” konflik perkauman itu mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan kuasa (interregnum) dari 15 Ogos hingga 3 September 1945 berikutan dengan pengunduran tentera Jepun.
Ketika tentera Jepun berundur ke bandar-bandar utama, gerila Cina yang dipimpin oleh pergerakan yang diterajui oleh Komunis iaitu MPAJA, keluar daripada hutan dan menguasai 70% kampung dan bandar-bandar kecil.
Mereka membalas dendam terhadap individu yang didakwa bersubahat dengan Jepun terutama pegawai Melayu, polis dan ketua kampung sehingga mewujudkan suasana kezaliman (reign of terror).
Di beberapa bahagian Semenanjung, orang Melayu bertindak balas sehingga ramai orang Cina terbunuh di tangan kumpulan yang diketuai para ulama yang berjihad menentang musuh.
Selain kemusnahan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990?
Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM.
Seramai 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.
Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong.
Hampir kesemua anggota polis ini dibunuh komunis dalam balai polis tersebut
Hampir kesemua anggota polis ini dibunuh komunis dalam balai polis tersebut
Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain.
mangsa kekejaman Bukit Kepong
mangsa kekejaman Bukit Kepong
Bukan sekadar membakar balai dan berek kelamin, malah komunis juga telah mencampak hidup-hidup Hassan Bin Abu Bakar (anak seorang konstabel polis) ke dalam api.
Al-Fatihah...
Al-Fatihah...
Begitulah kejamnya Parti Komunis Malaya
Dan hari ini mereka dengan bangganya mengatakan bahawa mereka pejuang sejarah kerana matlamat mereka menyertai PKM kerana ingin menghalau penjajah British
aku boleh bersetuju dengan fakta itu, tetapi bagaimana pula dengan fakta kekejaman di atas?
buat PKM, terima kasih kerana cuba meyakinkan kami generasi muda yang anda adalah wira…tapi hanyir darah datuk dan moyang kami yang tumpah demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah berdaulat ini tidak akan hilang buat selama-lamanya
bahkan ia akan melekat pada tubuh dan tulang-temulang kami sebagai tanda yang kami tak mungkin lupa, dosa dan kezaliman yang dulunya tercipta
Ingat, dalam apa juga keadaan, matlamat tidak boleh menghalalkan cara! Ingat walau pun komunis menggunakan apa cara sekali pun modus operandinya adalah sama iaitu mempergunakan orang melayu untuk membunuh orang melayu sendiri, mempergunakan guru agama untuk memperdayakan orang melayu, memasuki semua surau dan masjid demi meraih undi dari orang melayu, mecari keypoint iaitu orang melayu yang paling dihormati untuk dipergunakan....semua ini sudah dilakukan pada zaman dharurat lagi kini perkara itu kembali lagi..

KINI GILIRAN NIE CHING PULA DICUCI OLEH WALI SELIPAR

Lain kali mu masuk jer!!! sekali ko dua kali ko tiga kali ko ikut suka mu!!
Setelah Teresa Kok, Lim Guan Eng, Elizabeth Wong dan Lim Kit Siang kini giliran Teo nie Ching pula dapat menyucikan diri dari Wali Selipar Teoh Nie Ching MP Serdang berjumpa dengan wali selipar di Rumah Kelantan di ibunegara selepas wali selipar itu dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta. Itulah kerja dia, nak tadbir Negeri tak berapa pandai..
Menurut Haprakdaily, selepas pertemuan itu, Nie Ching berkata, beliau puas kerana telah disucikan oleh wali selipar.
Saya sudah cuci maaaaa!!!!
"Wali Selipar  jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid, tak apa masuk jer nak kencing ker nak berak ker buat jer.ikut suka mu
"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi- bertemu Nabi bukan berucap ditempat saf depan dan tidak suci diri
Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Wali Selipar memberitahunya bahawa " MU sudah abe Nik cuci".
Teo mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan dijemput jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas, kenapa tak buat diluar surau
Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut dan akan memberi surat amaran kepada Teoh. Tahniah Pok NIK kerana telah menyucikan Teoh Nie Ching

Namewee masih bebas walaupun mempersenda lagu negaraku, Perdana Menteri dan seterusnya Melayu

Apakah Namewee ini kebal dari undang-undang


KISAH seorang pemuda Namewee bukanlah satu isu yang baru kerana menghasilkan klip video berunsur perkauman dan hasutan. Sebelum ini, beliau telah menghina Perdana Menteri, kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-53, seorang pemuda pula sibuk menghasilkan video klip semata-mata mahu menjejaskan keharmornian kaum.
Sampai bila kita ingin membiarkan orang yang bernama Namewee terus bebas dengan rasa megah dan mencipta keseronokan menghina kerajaan dan membuat klip video berunsur fitnah dan hasutan.
Kita bimbang jika kerajaan tidak tegas menangani isu ini, ia akan melahirkan lebih ramai lagi Namewee. Kita mempunyai undang-undang dan sikap seperti ini tidak harus diteladani oleh generasi muda.
Isu ini sebenarnya telah mendapat perhatian masyarakat sejak sekian lama. Jika kita selidiki banyak pihak telah menggunakan media baru seperti Facebook, Twitters, Youtube dan blog untuk menghina dan memaki hamun kerajaan dan juga membangkitkan kebencian kaum.
Sesungguhnya perbuatan beliau ini melampaui batas dan boleh mengundang perdebatan dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya perpecahan kaum dan keharmonian.
Cadangan Perkasa agar Namewee dibuang negeri adalah tindakan yang wajar kerana ia akan memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia agar sentiasa menghormati undang-undang.
Tindakan Namewee itu sengaja mencetuskan kemarahan dan ketenteraman awam. Tindakan beliau sebenarnya untuk mengheret dan menghasut orang ramai untuk berdebat tentang isu perkauman.
Saya berpendapat media baru yang tidak terkawal itu seperti bom jangka dan seperti anai-anai yang akhirnya akan memusnahkan sebuah bangunan. Perpaduan kaum akan menjadi lebih sukar jika rakyat tidak memahami makna keharmonian.
Jika kita buka minda, kekeruhan kaum semakin teruk sejak pilihan raya umum yang lalu. Sikap tidak ambil peduli segelintir pihak untuk menjadi jaguh mencetuskan kontroversi semakin ramai. Pihak-pihak tertentu dan ahli-ahli politik semakin berani mencabar Perlembagaan, menghina Sultan malah mencabar tentang isu perkauman.
Siapakah dalang dan apakah tujuan kumpulan ini bergerak dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa takut dan merasakan kebal daripada segi undang-undang. Sekarang sudah ada perkara yang mendukacitakan, siapa yang berani mencabar Perlembagaan Negara dianggap sebagai hero dan diarak oleh pihak-pihak tertentu.
Dalam kita menyambut kemerdekaan ke-53, saya merasakan kemerdekaan kita akan hilang makna dan seri jika semakin ramai rakyat sibuk menghancurkan negara.
Banyak isu yang melibatkan perkauman, menghina Sultan, mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan menghina Islam berlaku sejak kebelakangan ini. Jika ia dijadikan ukuran kemerdekaan, nampaknya kita semakin tercabar dan ia hanya merugikan rakyat sendiri.
Tindakan kumpulan minoriti berselimutkan perjuangan demokrasi telah menjejaskan perpaduan kaum dan mereka kini semakin berkeliaran di dalam media baru. Jangan sampai satu hari nanti, Malaysia menjadi huru-hara kerana wujudnya kumpulan anti perpaduan ini.
Kumpulan ini hanya ingin melihat negara kucar-kacir dan bergolak dan hanya akan puas jika Melayu, Cina dan India hidup dalam keadaan berprasangka buruk. Ini adalah agenda politik jahat dan pastinya politik cara ini hanya akan membawa negara ke arah kehancuran.
Saya juga berharap agar Kementerian Dalam Negeri bergerak dengan lebih tegas dalam soal berkaitan keharmonian kaum. Kita juga berasa kesal banyak buku fitnah yang diterbitkan dijual di merata-rata tempat. Buku yang dianggap sampah ini hanya akan meracuni pemikiran rakyat terutamanya generasi muda.
Risalah-risalah berkaitan provokasi supaya rakyat menukar perlembagaan semakin berleluasa. Saya sendiri telah membaca risalah tersebut dan mengakui bahawa ia berbentuk provokasi supaya rakyat bersatu menukar Perlembagaan Negara.
Kementerian Dalam Negeri harus menjadi 'singa' dalam kita berhadapan dengan banyak pihak yang sedang rancak menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
Semoga rakyat faham tindakan terhadap Namewee nanti bukanlah bermotifkan politik, sebaliknya untuk mengajar rakyat bahawa kita mempunyai undang-undang dan sikap menghina negara bukanlah sesuatu yang harus diteladani dan dibanggakan.
Saya tidak hairan jika Namawee akan dijaja oleh pihak-pihak tertentu sebagai hero rakyat yang kononnya menuntut perubahan dan kebebasan. Bagi saya, perpaduan kaum adalah keutamaan dan ia adalah tunjang kekuatan dan kemakmuran Malaysia.
Marilah kita dalam semangat 1Malaysia bersatu untuk terus menyuburkan keutuhan yang kita bina sekian lama. Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan banyak lagi pahlawan sanggup menangis untuk mempertahankan negara. Jangan pula kita menangis berguling-guling atas jalan  kerana hendak mempertahankan seorang pemuda yang bernama Namewee.

YB DATO HAMIDAH BERBUKA PUASA DI MASJID KAMPUNG SUNGAI ROKAM


Ketibaan YB Dato Hamidah ke Masjid Jamek Sungai Rokam
Pada 30 Ogos 2010 jadual YB Dato Hamidah Binti Osman ADUN Sungai Rapat dan Exco kerajaan Negeri Perak turun padang berjumpa dengan penduduk Kampung Sungai Rokam dan seterusnya memberikan sumbangan di masjid Kampung Jamek Kampung Sungai Rokam . Sumbangan kali ini melibatkan anak-anak yatim di sekitar kawasan kampung Sg. Rokam . Seramai 37 orang anak yatim telah diraikan dan menerima sumbangan dari YB Dato Hamidah.Sumbangan berupa duit raya dan sedikit bekalan kurma.Sebelum itu tazkirah diadakan sementara menantikan kedatangan YB Dato Hamidah Osman
YB Dato Hamidah menyampaikan sumbangan kepada anak yatim
Kemudian YB Dato Hamidah berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan penduduk yang hadir

YB Dato Hamidah berbuka puasa bersama penduduk



Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak



Menyaksikan kekejaman Panganas Komunis

Penjenayah yang dicanang sebagai hero

Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik 

LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis. 

Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand. 
Kesian kepada Pak Lebai ini!!kurang pemahaman sejarah

Ketika pihak pembangkang berbicara mengenai soal kemasukan bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda perlu ada keinsafan dan kesedaran bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu amat berasas, bukan sekadar gimik politik. 


Sebenarnya Chin Peng (Lahir 21 Oktober 1924) nama samarannya Ong Boon Hwa juga ketua Parti Komunis Malaya. Chin Peng bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan iaitu kampung yang sama dengan Ngeh Ko Ham juga ADUN Sitiawan sekarang. Kini Ngeh juga dikatakan ada talian saudara yang sangat rapat dengan Chin Peng . Chin Peng merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi yang teruk di China tahun 1930.  

Berbalik kepada peristiwa di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali. 

Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang. 

Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis akibat pemahan sejarah sudah tidak menjadi satu nilai lagi, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman. 

Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah Peristiwa Bechah Kemahang yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan. 

Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau. 

Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh. 

Semua kesan tinggalan sejarah penentangan komunis itu masih ada, cuma tidak dijaga, dibiarkan bahan sejarah dimamah usia dan berkemungkinan hilang terus pada pandangan mata dalam tempoh 20 tahun akan datang. 

Menyingkap ringkas Peristiwa Bechah Kemahang, Ketua Kampung Changkat Berangan, Hassan Shahriman Sulaiman, 68, berkata peristiwa bersejarah itu patut didedahkan kepada masyarakat umum, apatah lagi ketika ini muncul pihak tertentu yang seakan menyebelahi perjuangan komunis. 

Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai Mail Car kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas. 

Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung. 

Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan, katanya. 

Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff. 

Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh. 

Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis. Bagaimanapun, rasa terkilan wujud di kalangan penduduk kerana sumbangan tujuh bersaudara itu langsung tidak dicatatkan dalam sejarah sehingga kini. 

DARI Changkat Berangan menuju ke banjaran Bintang Hijau, pasti akan menemui lokasi yang dikatakan sarang komunis. Kedudukannya di lereng bukit di tanah agak rata memang strategik untuk pertahanan jika diserang. 

Beberapa tinjauan mendapati, menemui satu kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itulah yang dikatakan sarang komunis dan logiknya memang ada kerana di tengah hutan tebal, terdapat kawasan yang seolah-olah dibersihkan. 

Pokok besar masih kekal, tetapi di bawahnya cuma tinggal pokok hutan renek setinggi paras lutut orang dewasa, menunjukkan seolah-olah ia pernah menjadi penempatan untuk tempoh yang lama. 

Di kawasan dianggarkan 200 meter persegi itu kelihatan wujud satu lubang besar seperti kawah yang dalamnya melebihi paras lelaki dewasa. Kawah besar itu adalah bekas letupan bom yang dijatuhkan pesawat pengebom British ke atas kedudukan sarang komunis. 


Info: 

Krew pesawat Bristol Brigand RH 755 yang terkorban. 

* Juruterbang: Basil Cochrane, 

* Sarjan James Blacklock Armstrong. 

* Cyril John Alexander Cox. 



Banjaran Bintang Hijau 

* Mendapat nama sempena kedudukan kumpulan komunis Bintang 3 dan Bintang 5. 

* Laluan ke sempadan Thailand (seminggu perjalanan). 

* Dikelilingi berbelas kampung Baru Cina yang diwujudkan semasa darurat. 

* Pernah menjadi laluan gerila dan Force 136. 

* Pernah diisytiharkan kawasan hitam pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an, 



Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik: 

* 800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. 

* Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu: 

* Bukit Buloh. 

* Malau. 

* Kubang. 

* Kuala Kenering. 

* Sungai Terap. 

* Kampung Chua. 

* Kampung Beko 

* Manong 

* Kampung Chepor 

* Bukit Sapi, Lenggong. 



Tujuh bersaudara Homeguard 

* Osman Mat Piah 

* Hussien Mat Piah 

* Yaakob Mat Piah 

* Mior Ahmad Yaakob 

* Mior Kassim Yaakob 

* Mior Ariffin Yaakob 

* Sulaiman Pandak Yusoff (menantu Yaakob)


Janganlah sesudah mencapai kemerdekaan 53 tahun kita membiarkan negara kita dijajah semula. 
Saya juga ingin mecadangkan kepada kerajaan supaya sejarah keganasan komunis diberi pendedahan terutama kepada generasi muda yang lupa sejarah. Ini mengelakan pihak lain mengambil kesempatan memanipulasikan sejarah dan menjadikan Komunis sebagai wira negara
Ingat Komunis mempunyai pelapis sehingga kini