EDISI LAWAK BODOH PAS :Beri Galas Percuma Kepada PAS?
Tokoh utama kepimpinan PAS negeri mencadangkan UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas dalam Parlimen Gua Musang berikutan kematian bekas wakil rakyatnya.
![]() |
| Kita nampak macam kalah!!!buat la apa yang patut |
Permainan politik telahpun bermula. Ia datang daripada mereka yang gentar untuk berlawan dengan UMNO yang banyak berjasa kepada tanah air dan agama di negara ini.
Sesiapapun yang membaca sejarah pasti bersetuju bahawa UMNO yang berjuang mendapat kemerdekaan dari penjajah Inggeris dan PAS ditubuhkan oleh bekas ahli UMNO yang tewas dalam pemilihan parti awal tahun 1951.
Kini mereka mendabik dada kononnya mendapat sokongan lebih 60 peratus rakyat Malaysia dan mentadbir 20 tahun di Kelantan walhal kebajikan dan permasalahan pentadbiran negeri mendatangkan banyak masalah dan kesusahan kepada rakyat.
Isu air yang melanda kebanyakan daerah baik di bandar mahupun di pedalaman sejak sekian lama gagal ditangani malah menyalahkan kerajaan pusat kerana lambat menghantar geran peruntukan perkapita kepada Kelantan.
Isu air yang tercemar, bekalan dicatu dan terputus sudah menjadi isu lapuk di pedalaman Gua Musang dan Kuala Krai.
Sementara air yang berkarat dan kekuningan, berbau paya dan tidak dirawat masih menghantui pengguna baik di Kota Bharu mahupun di bandar-bandar di seluruh negeri Kelantan.
Tambahan pula kawasan tadahan air di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai telah dibangunkan untuk aktiviti pembangunan dan pembalakan. Sepanjang hutan hijau dan tanah laluan dari Lojing ke Gua Musang telah diterokai dan diakui milik syarikat asing.
Inilah harga rakyat Kelantan yang menjunjung slogan 'Membangun Bersama Islam' dan kononnya parti yang berjuang atas nama agama meskipun meminggirkan hak asasi rakyat mendapat tanah dan air bersih.
Oleh itu, siang-siang lagi mereka sudah mencadangkan agar tiada parti Melayu mencabar legasi kerajaan negeri.
PAS perlu berlawan sebagai sebuah parti yang menggunakan ideologi politik untuk menawan hati pengundi manakala UMNO bersedia merampas kerusi berkenaan berdasarkan sejarah lampau yang menjadi kubu UMNO apatah lagi Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen mempunyai wibawa dan hemah politik mesra rakyat khususnya Orang Asli yang tidak melupakan jasa dan budi beliau.
Posted in |
Thursday, September 30, 2010|By
Sungai Rapat
ViewPost

.jpg)





.jpg)













