Sunday, October 31, 2010

Kisah Benar!! Pengikut PAS mengugut 'Talak Tiga' kepada Isteri yang menyokong Umno

YB dato Hamidah sewaktu berceramah di kampung Kerinting
Gua Musang 30 Okt - Sewaktu saya mengikut rombongan dari kumpulan Skuad Sayang bersama Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia YB Dato Hamidah Osman di kawasan Kampung Kerinting, saya mendengar keluh-kesah dari kaum wanita di kawasan Kampung Kerinting iaitu, ada suami yang tidak membenarkan isterinya keluar rumah samada untuk keluar mengaji quran, membaca Yaasin dan berpersatuan. Difahamkan sisuami itu khuatir isterinya akan menyokong Umno jika dibiarkan bercampur dengan jiran terdekat lalu sisuami mengugut akan 'jatuhlah talak 3 jika keluar rumah'. Sedangkan Sisuami keluar bersama penyokong PAS berceramah hingga ke pagi baru balik kononnya pergi mencari kebenaran.
YB Dato Hamidah bersama Dato Ahmad Maskan dan Dato Rosni di Kg Kerinting
Apa yang dapat saya buat kesimpulan parti PAS sudah terdesak sejak hubungan mereka dengan DAP terlalu akrab diketahui umum, ramai pengundi Melayu malah penyokongnya sudah mula beralih mengundi Barisan Nasional. Untuk mengelak lebih ramai penyokongnya 'lari' menyokong BN lalu pemimpin tuanya membuat 'fatwa' mengundi PAS adalah jihad, jangan biarkan isteri anda menjadi penghalang kepada kerja-kerja jihad. Oleh sebab itulah penyokong tegar PAS sanggup menceraikan isteri meraka dengan talak 3 sekiranya menyokong UMNO.

Pas Guna Isu Lapuk Raih Undi Warga Emas

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata tindakan yang dilakukan oleh Pas itu membuktikan mereka sebenarnya sudah kekeringan isu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk di Galas.
“Mereka menggunakan petugas wanita untuk berkunjung dari rumah ke rumah, sasaran mereka adalah rumah yang didiami warga tua, biasanya mereka datang bila mengetahui warga emas itu tinggal bersendirian ketika penghuni lain keluar.
“Mereka lakukan itu bagi memudahkan mereka untuk mempengaruhi warga emas kerana kalau penghuni lain ada di rumah, susah pula mereka nak jual temberang takut nanti ditegur penghuni lain,” katanya ketika ditemui dalam Program Salam Sayang Wanita UMNO di Kampung Sungai Tereh, di sini.
Program Salam Sayang Wanita UMNO adalah program bertemu secara bersemuka dengan pengundi, melalui program itu petugas-petugas Salam Sayang akan memberi penerangan atau menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pihak pembangkang.
Hamidah berkata, ketika bertemu warga emas itu mereka masih menggunakan isu jika mengundi Pas akan masuk syurga dan UMNO sebagai parti kafir kerana berkomplot dengan bukan Islam.
“Inilah sikap orang Pas, bila jumpa orang muda mereka mengatakan kerjasama dengan bukan Islam seperti Dap tidak salah tetapi bila jumpa warga tua mereka cerita benda lain, ini membuktikan Pas ini memang bermuka-muka.
“Pas melakukan begitu kerana menganggap warga tua tidak mengikuti perkembangan politik tanah air, mereka yakin warga tua ini tidak mengetahui mengenai hubungan baik Pas dengan DAP,” katanya.
Menurutnya, untuk menangkis segala tohmahan itu, petugas Wanita UMNO ditugaskan untuk berkunjung ke setiap rumah kawasan yang ditetapkan di seluruh Galas bagi memberi penerangan sebenar apa yang berlaku.
“Peti undi Sungai Tereh menjadi tumpuan Pas di Galas kerana kawasan ini adalah kubu kuat mereka dan ramai warga emas yang mendiami kawasan ini, sebab itu kita lihat ramai petugas Pas berada di sini,” katanya.
Beliau yakin dengan apa yang dilakukan oleh petugas-petugas BN terutama di kalangan Wanita UMNO dapat membantu calon BN, Abdul Aziz Yusoff untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini. 

PROGRAM SKUAD SAYANG MENDEKATI PENGUNDI DI GALAS

30 Okt 2010 - Pergerakan Wanita Umno Malaysia melalui Skuad Sayang telah mendekati pengundi di kawasan Kampung Baru Kampung Pulai Gua Musang. Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia YB Dato Hamidah Osman bersama Setiausaha Pergerakan Wanita Umno Malaysia Dato' Rosni telah melawat beberapa rumah pengundi di kawasan Kampung Baru kampung Pulai dekat Gua Musang.
YB Dato Hamidah bersama pengundi di kawasan Kampung Baru
Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno juga membawa bersama Pegawai Perubatan untuk membuat pemeriksaan pada warga tua yang memerlukan pemeriksaan Doktor.

Pegawai Perubatan sedang memeriksa salah seorang penghuni Kg Baru
YB Dato' Hamidah dan Dato' Rosni sedang menjawab soalan wartawan 
Apa yang saya dapati pengundi kawasan Kg Baru Pulai memerlukan sentuhan wakil rakyat yang tahu kesusahan mereka. Selama ini wakil rakyat PAS tidak pernah menjengah kawasan mereka untuk walau bertanya khabar. Selepas ini apa yang mereka mahu adalah wakil rakyat yang perihatin kepada masalah mereka

Saturday, October 30, 2010

Tokoh agama sifatkan Pas tidak amal akhlak Islam


GUA MUSANG 29 Okt. - Tindakan Pas yang sengaja melemparkan fitnah terhadap UMNO dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, jelas membuktikan parti itu gagal mengamalkan akhlak Islam.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Hussein berkata, malah tidak keterlaluan sekiranya Pas dianggap sebagai parti yang sarat dengan emosi hingga ke peringkat sanggup mengetepikan ajaran Islam asalkan cita-cita politik mereka tercapai.
Bagi beliau, Pas kini lebih mementingkan untung rugi politik daripada segala-galanya walaupun mereka sedar sesetengah perbuatan itu bertentangan dengan Islam.

"Mereka menuduh UMNO tidak mengamalkan Islam. Mereka tuduh UMNO tidak bela Islam. Mereka menuduh UMNO tidak memperjuangkan Islam meskipun mereka sedar langkah kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan rakyat ini adalah kehendak Islam.
"Saya yakin mereka faham dan mereka tahu. Namun disebabkan untung rugi politik mereka sanggup mengetepikan semua ini. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan fitnah dan dakwaan tidak berasas demi meraih sokongan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas tuduhan Pas yang disiarkan di dalam risalah kempen parti itu bagi bilangan keempat yang diedarkan kepada orang ramai, semalam.

Antaranya di bawah tajuk Kenapa jangan sokong UMNO, Pas menuduh UMNO menjadikan Islam sebagai kuda tunggangan parti berkenaan.
Pas turut menuduh UMNO tidak membela agama kerana gagal menangani masalah murtad serta peranan ulamanya yang hanya ditugaskan untuk melawan Pas.
Menurut risalah itu, ulama di dalam UMNO juga ditugaskan membaca doa, tahlil dan marhaban.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Yusof berkata, sekiranya benar UMNO tidak mahu menjalankan kerja-kerja agama sudah tentu Islam tidak berkembang seperti sekarang.
Justeru beliau berkata, Pas tidak sewajarnya menuduh UMNO gagal memartabatkan Islam kerana jelas ia merupakan dakwaan tidak berasas.

Beliau yang juga Rektor Kolej Islam Darul Ridzwan dalam pada itu turut menasihatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan ucapan pemimpin-pemimpin Pas.
"UMNO sepanjang pemerhatian saya telah berusaha sedaya upaya untuk membawa kemajuan kepada negara ini sama ada dalam bentuk duniawi mahupun ukhrawi iaitu dengan berbelanja berbilion ringgit bagi membangunkan Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.
Seorang lagi tokoh agama, Syed Ibrahim Syed Ahmad turut senada dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.
Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang itu berkata, fitnah yang dilakukan oleh Pas itu disebabkan oleh emosi serta kegagalan mereka menghayati akhlak yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
"Ini yang mengecewakan saya kerana apa yang dilakukan oleh Pas ini memberi gambaran yang buruk kepada orang lain sedangkan Rasulullah tidak pernah sesekali mengajar umatnya melakukan kerja-kerja seperti ini.

"Sepatutnya sebagai seorang Islam kita menunjukkan akhlak yang baik serta tingkah laku yang benar-benar mencerminkan kita merupakan umat Islam yang akhirnya boleh dijadikan contoh dan ikutan kepada pihak lain," katanya.

Perjanjian PKR-DAP: Orang Melayu diminta buka mata


KUALA LUMPUR 29 Okt. - Orang Melayu diminta membuka mata terhadap pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Nordin mengenai perjanjian rahsia di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, persamaan ideologi yang terbentuk antara kedua-dua parti tersebut merupakan asas kukuh untuk mereka bertindak membelakangi Perlembagaan negara.
Beliau berkata, jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara kelak, tidak mustahil orang Melayu akan ditindas dan kuasa memerintah negeri akan diserahkan kepada bangsa lain.
"PKR dan DAP masing-masing mempunyai ideologi berasaskan sosialis yang sanggup membuat apa saja asalkan ideologi mereka dapat ditegakkan.

"Apabila mereka berkuasa kelak, tidak mustahil kuasa raja-raja Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Zulkifli dalam Dewan Rakyat semalam yang membongkar kewujudan perjanjian rahsia di antara PKR dan DAP tanpa diketahui oleh Pas.
Menurut Zulkifli, melalui perjanjian tersebut, DAP akan diberikan kuasa autonomi di Pulau Pinang dan wakilnya akan dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri yang dimenangi sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Tambah Ahmad Atory, perjanjian sulit yang berlaku antara kedua-dua parti tersebut bukan rahsia baru tetapi masih terdapat kalangan orang Melayu yang tidak menyedari risikonya.
"Bangsa Melayu masih seperti dulu ketika zaman dijajah oleh kuasa asing, mereka lali, bermimpi dan tidak sedar bahaya yang bakal dihadapi," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar berkata, sudah tiba masanya Zulkifli mendedahkan dalang dan membuktikan semua dakwaan yang dibuat tersebut supaya orang ramai sedar terhadap tindakan licik pakatan pembangkang.
"Sebagai ahli Parlimen, beliau harus bertanggungjawab mendedahkan perkara tersebut demi kepentingan bangsa Melayu sendiri," tegasnya.

Menurut Osman, jika perkara tersebut terbukti berlaku, kerajaan diminta siasat dan mengambil tindakan segera kerana secara jelas pihak berkenaan cuba mengubah Perlembagaan negara.
"Kerajaan harus ambil tindakan seperti mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap dalangnya kerana isu tersebut sangat sensitif dan bahaya," katanya.

Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah Bas Terbalik


GOMBAK: Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.

Katanya, sebaik tiba berhampiran terowong itu, bas berkenaan tiba-tiba gagal dikawal lalu melanggar penghadang tengah jalan sebelum terbaring merintangi jalan.

“Tujuh mangsa yang maut akibat tersepit dan mayat mereka dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Bentong dengan ambulans. Dua pemandu bas berkenaan juga terselamat,” katanya. 


Enam mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Yussof Akhit, 16; Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14; Muhammad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13, dan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28.

Seorang lagi mangsa terbunuh dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan identitinya belum dikenal pasti.

Che Husin berkata, enam jentera bomba turut dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit.

Sementara itu, Setiausaha Umno Baling, Mohamad Sani Mahmud berkata, rombongan itu ke Genting Highlands bercuti. Mereka bertolak dari Baling malam kelmarin dan ketika kejadian dalam perjalanan pulang.

Katanya, mereka dipilih di kalangan penduduk berusia 20-an untuk bercuti.

“Kami terkejut kejadian itu dan kini menguruskan jenazah untuk dibawa ke Baling bagi dikebumikan,” katanya.

Friday, October 29, 2010

Bas Pelancongan Terbabas di Genting Sempah, Enam Maut


KUALA LUMPUR 29 Okt – Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.
Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.
Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.
Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.
Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.
Mereka dikenali sebagai:- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.
Salam takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia...Alfatihah

PAS MENGAMALKAN SIKAP PENGOTOR


Berita PRK Galas : PAS betul-betul  pengotor..pengotor itu adalah PAS!!!

Lihatlah sendiri bagaimana pengotornya para pengikut-pengikut PAS yang datang dari seluruh negara ke PRK N45 Galas Kelantan ini.

Saya telah membuat tinjauan ke tapak ceramah mereka di Lorong Masjid Razali, Kampung Baru Gua Musang selepas berakhirnya majlis ceramah yang diadakan oleh penceramah PAS.



Keadaan di sekitar tapak ceramah tersebut amatlah memualkan dan menyakitkan mata. Sampah sarap dibuang merata-rata dan ditinggalkan begitu saja oleh para "ahli syorga" PAS. Jika dikumpulkan, mungkin sampah sarap tinggalan bangsa-bangsa PAS ini boleh memenuhi 3 tong Majlis Daerah Gua Musang.

Beginikah yang dikatakan PAS itu mengamalkan ajaran Islam tulen? Bukankah Islam itu sendiri menuntut umatnya mengamalkan kebersihan walau dimanapun berada?



Himpunan sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengikut serta penyokong PAS di kawasan bersebelahan Masjid Razali ini membuktikan bahawa PAS itu memang pengotor.

PAS bukan saja telah menjatuhkan imej Islam itu sendiri, tetapi PAS dan pengikutnya juga telah membuktikan bahawa mereka hanya tahu bercakap sahaja mengenai ajaran Islam.



Pemimpin-pemimpin PAS hanya tahu berkokok berderai-derai tentang keislaman parti mereka, tetapi dalam masa yang sama, hujung jubah mereka penuh bergelumang dengan tahi akibat dari kebodohan sendiri! 

Video kejadian Puting Beliung di Perlis


Dalam keadaan kita berjuang untuk hidup wajib kita sebagai umat islam kembali kepada ajaran Islam sebenarnya, kembali kepada AlQuran, Yang penting jangan melacurkan Islam untuk tujuan politik

Mesti Baca!!!!!! - Kenapa DAP terlalu takutkan Umno

Kalau dulu bukan kata nak pegang bendera DAP, nak tengok pun pun sudah rasa jijik, tetapi apabila masuk era politik baru orang melayu telah jadi pecacai DAP pula, kenapa ini berlaku?. Kita semua tahu DAP adalah parti yang beridealogi sama dengan PAP di Singapura. Mereka bukan sahaja mengiktiraf komunis sebagai pewira negara malah mereka cuba merasuk fikiran ramai orang Melayu mempercayai komunis lah sebenarnya sebagai wira negara.
DAP cuba sedaya upaya membohongi orang Melayu kononnya Umno parti rasuah tetapi sedarkah kita, orang Melayu sebenarnya bukan lah individu yang memulakan rasuah. Ketika ini pun kejayaan bangsa cina dalam bidang perniagaan juga melibatkan rasuah sepenuhnya. Tetapi DAP cuba mempengaruhi orang Melayu yang rasuah adalah UMNO bukannya orang cina termasuk DAP.
Betapa jijiknya perilaku Pak Cik ini
Sewaktu mereka memerintah Perak selama 11 bulan berapa banyak wang rasuah yang diperolehi dari pembalak? adakah orang ramai tahu akan perkara itu. Surat layang dari ahli DAP yang berbangsa India yang tidak puashati mempersoalkan ke manakah hasil balak yang dikutip dari pembalak yang melebihi RM34 Juta di belanjakan.
Selama ini orang Melayu didedahkan oleh DAP Umno adalah parti rasuah tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya DAP lah parti yang mengamalkan rasuah paling dashyat yang belum pernah orang Melayu tahu. Ramai orang Melayu termasuk blogger melayu pembangkang percaya DAP adalah parti bersih ,sukakan islam, mengamalkan tolong semua kaum....pigidahhhh, semua itu satu pembohongan belaka 
Tapi sayangnya ramai orang Melayu yang sanggup jadi balaci kepada parti yang bertunjangkan komunis sebagai idealogi mereka. 


Apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan untuk orang Melayu pastikan akan ada pemimpin DAP menentangnya dan mengheret sekali pemimpin Melayu yang cuba menunjuk hero kepada kaum cina.
DAP terlalu takutkan Umno kerana Umno adalah parti orang Melayu terbesar di Malaysia, sudah pastinya DAP akan rasa gerun jika Umno masih memerintah Malaysia kerana dasar Umno adalah membantu orang Melayu tanpa menganiaya kaum lain di Malaysia.


DAP terlalu takutkan Umno kerana Umno ditunjangi oleh orang islam terbesar di Malaysia, dengan adanya Umno maka tertegaklah beribu-ribu  Masjid, surau ,sekolah Agama di merata ceruk di Malaysia


DAP terlalu takutkan Umno kerana sebenarnya mereka telah berkira-kira untuk mengambialih Malaysia sekaligus menjadikan Malaysia seperti Singapura, selagi ada Umno usah mimpilah mereka hendak mengambilalih Malaysia


DAP terlalu takutkan Umno kerana , Umno terlalu banyak membantu orang Melayu di kawasan luar bandar, ini membuatkan mereka geram dengan Umno lalu membayar blogger pembangkang Melayu menghentam pemimpin Melayu tentang projek yang membantu orang Melayu di luar bandar


Umno tidak pernah menipu orang Melayu tetapi DAPlah yang menipu orang Melayu walaupun memerintah dalam masa yang singkat di negeri Perak. Masa itu mereka buat apa sahaja DAP boleh tipu orang-orang Melayu sepuas-puas nafsunya, DAP boleh bunuh orang-orang Melayu Islam seperti yang dilakukannya di Pulau Pinang,tetapi orang Melayu akan sentiasa bangkit menentang DAP sekeras-kerasnya demi untuk masa depan orang Melayu.
Orang Melayu yang bodoh sahaja yang percaya DAP parti sukakan islam, sukakan orang Melayu, sukakan budaya Melayu. Fikirkanlah wahai orang Melayu pembangkang anda sedang diperbodohkan oleh parti Komunis Malaya


DAP sedar untuk mempengaruhi orang Melayu bukannya mudah tetapi orang Melayu ada kelemahan, Mereka tahu kelemahan orang Melayu adalah taksub kepada pemimpin Melayu yang dianggap warak dan tempat mereka beribadat. Dengan mudah sahaja pemimpim DAP memanipulasikan Nik Aziz dan Masjid tempat orang Melayu beribadat...selesai masalah , terbukti ramai orang Melayu termakan cakap DAP 


Terbukti sejarah telah tertulis ramai orang Melayu telah menjadi talibarut ketika penjajah british dahulu, tetapi sejarah akan datang akan tertulis orang Melayu yang menjadi talibarut DAP

Fatwa 'Ikut Suka PAS': - Nik Aziz keliru dan terus mengelirukan rakyat




Tergerak hati saya untuk memberikan sedikit ulasan berkenaan kenyataan    ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan PAS untuk mengelirukan pengundi Galas  dan seluruh umat islam amnya

Kononnya Umno dengki dan irihati kerjasama PAS dengan DAP, saya fikir umno tidak pernah irihati dengan kerjasama itu apatah lagi parti yang membawa idealogi komunis lantak kau lah PAS dan UMNO tidak kisah PAS nak buat kerjasama dengan siapa pun samada dengan syaitan ke, kafir ke, iblis ke, tetapi kenapa PAS mempersoalkan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC hingga  menggelarkan Umno sebagai kafir, ini membuatkan parti Umno sebagai jijik dimata orang islam


Tetapi bila PAS buat kerjasama dengan DAP yang ternyata parti kafir harbi boleh pulak, hingga bawa masuk orang kafir ke dalam masjid hungga ke tempat sujud Tok Imam


Konon PAS MCA berbeza dengan DAP, mungkin kerana MCA makan babi tak sembelih tapi DAP makan babi dibembelih.


Fatwa PAS memang boleh menjahanamkan kestabilan orang islam di Malaysia, dalam keghairahan memburu kemenangan di Galas PAS akan buat apa sahaja walau melacurkan islam sekali pun


Pada hemat saya, pemimpin PAS sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak yang boleh merosakan aqidah
Bila dikatakan buta sejarah bukan main marah puak-puak PAS yang benggong termasuk Nik Aziz

PAS kata DAP bukan parti chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati tetapi bila memerintah Perak selama 11 bulan siapa yang jadi boneka DAP. Siapa yang merosakan tanah orang Melayu,siapa yang mesyuarat Exco dalam bahasa Cina. Memang jahanam sudah pemikiran PAS yang dikatakan ualamk oleh mereka sendiri.


PAS juga mengatakan DAP tidak anti islam tetapi bila ditanya Karpal Singh tentang Negera Islam, Karpal berkata langkah mayat kami dulu, itu bukan bermaksud anti islam, betapa bodohnya pemikiran pemimpin PAS yang menjadi peminta sedekah dan sujud kepada DAP


PAS berkata Umno irihati kerana PAS nak berdakwah supaya pemimpin DAP masuk islam, betul ker, setakat sekarang sudah menjangkau lebih 5 tahun PAS bersekongkol berapa ramai pemimpin DAP memeluk agama islam. Sekali lagi pemimpin PAS diperbodohkan oleh pemimp[in DAP yang pandai bersandiwara


Komen: Kepada pemimpin PAS yang bongkak dan sombong yang mengatakan mereka sudah pandai dalam agama islam, tetapi dengan mudah mereka ditipu hidup-hidup oleh DAP. Mungkin diakhir nanti bila Nik Aziz sudah tidak ada modal lagi, dia akan berkata lantak la kalau kami kafir pun, apa Umno sibuk!!!

BUTA SEJARAH SUDAH SAMPAI TAHAP KRITIKAL


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik yang dibuat oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.
Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.
Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.
Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.
Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.
Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.
Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.
Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?
Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.
Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.
Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.
Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.
Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.
Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.
Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.
Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.
Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.
Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.
Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.
Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.
Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.
Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.
Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.
Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.
Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

- Remaja masa kini buta sejarah.
- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.
- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.
- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.
- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.
- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.
- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

KEJAM: PEMBUNUH DI MALAYSIA SUDAH MASUK TARAF PROFESIONAL

Kejam...Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khami

Betapa kejamnya, pembunuh sudah bertaraf profesional. Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Klang di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira 3.30 petang."Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. 
Pemeriksaan forensik turut mendapati kesan lebam di leher mangsa dipercayai akibat dicekik. 

Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih "segar" dan tidak berbau. 

Abdul Jalil berkata, polis percaya remaja itu bukan rakyat tempatan memandangkan tiada parut suntikan vaksin BCG ditemui di lengannya. 
Katanya, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana. 

"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Sehelai kertas yang bertulis nombor telefon negara asing turut berada dalam beg itu. 

"Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. 

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan.


Komen: Apa nak jadi kepada Malaysia pembunuhan semakin menjadi-jadi, bila Polis tegas pembangkang pula kacau, punca utamanya terlalu banyak pembangkang yang tidak berfaedah di Malaysia sebab itulah kes-kes bunuh semakin menjadi-jadi

Thursday, October 28, 2010

PAS kena 'main belakang' oleh PKR dan DAP


Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin berkata nampak gaya PAS kena ‘main belakang’ oleh PKR dan DAP dicelah hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa DAP dan PKR memang ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Ia juga melibatkan pemberian kuasa autonomi kepada Pulau Pinang.
Zulkifli yang membuat dakwaan itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.
"Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya.

Dalam perbahasannya Zulkifli juga mempersoalkan tindak tanduk yang cuba menonjolkan apa saja yang dibuat oleh orang Melayu semuanya salah tetapi tidak bila dibuat oleh bukan Melayu.

Ini termasuk bila orang Melayu menyuarakan hal melibatkan hak dan kepentingan mereka.

Sebaliknya tidak demikian bila bukan Melayu bersuara.

Beliau membangkitkan bagaimana insiden beberapa pemuda Melayu yang membakar gereja di Melawati dikenakan hukuman oleh mahkamah tetapi beberapa remaja bukan Melayu yang simbah cat pada surau di Seremban hanya dikenakan denda.

Zulkifli juga menilai perbuatan Namawee yang cemar lagu Negaraku yang belum dikenakan apa-apa tindakan sangat keterlaluan.
Menurut Ahli Parlimen membidas DAP cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai mempertahankan Putrajaya dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO.

Katanya DAP hanya menyingkap balik kenyataan pemimpin parti itu sebelum peristiwa 13 Mei 1969 dulu sebelum menuding jari kepada orang lain.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.
"Saya cadangkan salah satu sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah peristiwa 13 Mei 1969," katanya merujuk kepada cadangan kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah dalam sistem pendidikan negara.Beliau juga menyarankan supaya kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi membuat siasatan rapi dan mendalam ke atas peristiwa hitam itu dan menerbitkan satu kertas putih agar rakyat dapat mengambil pengajaran daripada tragedi itu.
Menyentuh tentang Gagasan 1Malaysia, Zulkifli mahu kerajaan terus memberi penerangan lanjut mengenai konsep tersebut supaya ia tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata konsep tersebut juga harus meliputi prinsip mendahulukan negara agar tiada pihak yang sanggup mencemuh negara semasa berada di seberang laut.
Beliau juga membidas anggota-anggota Parlimen pembangkang kerana gemar melabel Bajet 2011 dengan nama-nama yang menghina.
"Kita perlu ingat, hendak kritik jangan terlalu melampau, biar berpada-pada, hendak puji juga jangan melampau. Itu yang Islam ajar pada kita," kata beliau.

Patung Buddha kedua terbesar di dunia Menyerlahkan lagi Keislaman PAS

ORANG RAMAI mengunjungi Wat Phothivihan untuk menyaksikan patung Buddha
kedua terbesar di dunia, di Kampung Jambu, Tumpat semalam
.
 Tiga patung Buddha yang dibina dengan bentuk tersendiri termasuk salah satunya yang kedua terbesar di dunia, adalah antara produk pelancongan menarik di negeri ini. Ini menyerlahkan lagi Kelantan sebagai serambi Mekah PAS.


Ketiga-tiganya ialah patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Jalan Meranti yang kedua terbesar di dunia selepas Myanmar, Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha berdiri di Kampung Terbok, kesemuanya dalam Jajahan Tumpat.
Kesemuanya adalah sebahagian daripada patung-patung yang terdapat di 28 buah tokong Buddha dengan 24 daripadanya terus dikunjungi pelawat.

Ketika diberitahu ramai pelancong asing dan tempatan melawat ke Negeri Cik Siti Wan Kembang yang juga digelar Serambi Mekah semata-mata untuk melihat patung-patung tersebut terutamanya pada musim cuti.

Penjaga Wat Phothivihan, Than Hua mengakui patung Buddha baring di tokongnya adalah kedua terbesar di dunia selepas patung Buddha di Myanmar.

Patung tersebut yang diberi jolokan sleeping Buddha turut dimasukkan ke dalam risalah pelancongan untuk edaran luar negara oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
Katanya, patung Buddha baring itu sepanjang 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter dalam kawasan kira-kira 2.4 hektar yang dibina dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta.

Menurutnya, beliau menjadi penjaga di wat itu sejak lebih 40 tahun lalu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Wat Machimmaram Kampung Jubakar, Yong Lai Keng ketika ditemui pula berkata, patung Buddha duduk pula mula dibina pada 1991 dan kini 90 peratus siap dengan belanja kira-kira RM3 juta.

Katanya, patung Buddha duduk itu mempunyai ketinggian 30 meter, panjang 46.9 meter dan luas kawasan dalaman 22.12 meter persegi.
``Setahu saya patung ini terbesar di Malaysia, kedua terbesar di Asia dan dibina melalui sumbangan orang ramai,'' katanya.
Menurutnya, perasmian patung Buddha duduk itu dijadual dilakukan pada 9 September depan.
Beliau mengakui ramai pelancong asing datang ke watnya untuk melihat patung berkenaan.

Sementara itu, penjaga Wat Phikul Thong Buddhist, Kampung Terbok, Prak Eak berkata, patung Buddha berdiri di watnya itu dibina 13 tahun lalu dengan belanja kira-kira RM1 juta.

Katanya, patung itu mempunyai ketinggian lebih 11.5 meter dan besar lebih 3.3 meter juga antara terbesar di negara ini.

Kain rentang 'DAP harbi' - PAS dah kelam kabut

Sehelai kain rentang dijumpai pagi ini tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?”

Harbi merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.

Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'.

Ini menunjukkan PAS dah kelam kabut bila diri mereka dirobek begitu sekali


Ini bukannya serangan agama tetapi kebenaran yan cuba ditimbulkan oleh pihak yang tidak puashati kepada PAS
Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih beberapa tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi.

Kain rentang itu kemudiannya diturunkan oleh pekerja pilihan raya PAS dan DAP.

PAS yang diketuai oleh calonnya cuba menurunkan bersama Tony Phua dengan perasaan marah dan geram

Menurut Rahim, mesej kain rentang itu menunjukkan PAS sudah takut kepada pengundi Galas tentang kebenaran yang ujud

“Adalah bodo Parti yang dikatakan islam tetapi sebenarnya menjahanamkan islam


"Sebenarnya kain itu dibuat oleh penyokong PAS sendiri yang tidak puashati terhadap calon PAS yang
 bertanding di Galas.


Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kebenaran kenyataan kain rentang itu

.