Tuesday, November 30, 2010

Kesavan kata ustaz PAS Yang beri tafsiran kontroversi itu

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan mendakwa, dia menerima rujukan tafsiran al-Quran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini daripada seorang rakan bergelar ustaz dalam parti PAS
Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, dia tidak menokok tambah tafsiran yang diberikan oleh Ustaz PAS itu melainkan mengikut sahaja apa yang disampaikan oleh rakannya (Ustaz PAS) itu.
"Sama ada saya buat salah atau tidak, Ustaz PAS itu akan menjelaskannya kelak,'' katanya ketika dihubungi malam tadi.
Kesavan memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.
Terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun''.
Sebaliknya tafsiran sebenar ayat itu berbunyi seperti berikut:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka".
Mungkin Ustaz itu kata "lantaklah bukannya orang tahu, kau kelentong jer asalkan orang Melayu tertarik dengan kau"

Bukan Islam tidak boleh guna ayat al-Quran - Tan Seri Harussani


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu para pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang- wenangnya mempergunakan ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik mereka.

Tegas beliau, ahli politik bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan ayat suci al- Quran dalam ceramah mereka.
“Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini.

“Kita perlu ingat bahawa al- Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al- Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya 

Beliau mengulas tindakan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam yang sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.

Ia terjadi semasa Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam juga Adun Hutan Melintang yang buat kecoh di Sidang DUN Perak tadi,membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya semalam apabila dia membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tindakan beberapa ahli pakatan pembangkang menghina kesucian al-Quran bukan perkara baru di negara ini.
Tahun lepas, dalam satu ceramah politik Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada PKR tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

Pada 4 April 2009 pula, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming turut melakukan perbuatan yang sama dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.
Harussani mengingatkan, jika dibiarkan perkara itu berlarutan, ia boleh mencemarkan imej Islam.

Komen: Kita tunggu apa kata Nik Aziz dan ulamak PAS dalam hal ini, jika mereka menyokong bukti mereka memang sudah sesat terlalu jauh menyimpang. Orang Islam harus berhati-hati dengan parti sebegini.

IKUTI PERKEMBANGAN SIDANG DUN NEGERI PERAK BAGAIMANA BERLAKUNYA KEKECOHAN



Hari ini Sungai Rapat Online berpeluang berada di dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mana berlaku berbagai kekecohan sebelum ini.Dia orang kata ada pembangkang memaki hamun Adun kerajaan apa lagi Adun yang berpaling menyokong kerajaan diejek bagai budak-budak belum baligh.  Sungai Rapat Online memang telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengatasinya jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

  •  Jam 10.00 tepat Speaker membuat pengumuman Sidang Dun akan dimulakan
  •  10.05 Bacaan Doa
  •  10.10 Sidang Dun dimulakan dengan Menteri Besar menjawab soalan dari Adun Air Kuning YB Dato' Shamsuddin mengenai tanh, rancangan pembangunan oleh kerajaan negeri.
  • Kemudian sekali lagi YAB Menteri besar bangun menjawab soalan dari Adun Lubuk Merbau YB Tuan Haji Mohd Zainuddin mengenai strategi pembangunan ke arah wawasan 2020
  • Jam 10.40 YB Dato Hamidah Osman iaitu Exco kanan kerajaan negeri Perak pula bangun menjawab  soalan dari Adun Cenderoh YB Dato' Siti Salmah mengenai bantuan pesakit kronik yang terlantar, YB Dato Hamidah juga menjawab soalan tambahan dari beberapa Adun mengenai perancangan pembiayaan kepada pesakit kronik termasuk memilih Penghulu jadi perantaraan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Pada jam 11.15 YB Dato Ramly Zahari menjawab soalan dari Adun Batu Kurau  YB Kapt(B) Najmuddin mengenai gantirugi kepada tokong cina yang terkena banjir sebanyak RM10,000.00 menunjukkan kerajaan BN memang perihatin kepada semua kaum sudah sekian lama.
  • Kemudian YB Dato Mah Hang Son pula bangun menjawab soalan dari Adun jalong mengenai perancangan pembangunan tanah orang asli
  • YB dato Shaarani bangun menjawab mengenai konsesi balak yang diberikan yang melibatkan kawasan orang asli. Walaupun konsesi diberikan tetapi kerajaan melalui pejabat hutan memantau peraturan yang mesti dipatuhi oleh pembalak
  • Semasa soalan tambahan tamat kerana speaker perlu beri peluang kepada YAB Menteri besar membentangkan belanjawan negeri Perak, lalu Adun Hutan Melintang bagun dengan memarahi speaker dengan perkataan yang cukup kesat, Speaker meminta Adun Hutan Melintang YB Kesavan duduk beliau terus juga menghamburkan kata-kata yang kesat seperti kerajaan BN takut kepadanya
  • Sungai Rapat online pun membuka semula posting yang telah dibuat oleh SRO klik di sini , rupu-rupa dialah yang membaca terjemahan surah Al-Imran mengikut 'kepala dia' dan SRO pun rasa inilah sebenarnya pengkhianat negara yang dilahirkan oleh Anuar Ibrahim.Kerajaan perlu bertindak sebelum perkara ini menjadi parah. Ulamak dalam PAS pun sehingga kini masih membisu seolah-olah mengiyakan terjemahan oleh Adun India ini.
  • Apabila Kesavan tidak mahu keluar kekecohan pun berlaku beberapa adun pembangkang meminta supaya speaker menarik balik perintah keluar tadi dan memaafkan Kesavan. Sehinggalah undian dibuat dan memaksa Kesavan keluar Dewan, Adun Simpang Pulai  Chang Meng Kai dan Adun Teja Chang Li Kang mengiringi untuk kelauar 'minum kopi' hingga selesai sesi dewan
  • Barulah aman sikit Dewan, pembentangan dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak Datuk seri Zambry Abdul kadir sehingga selesai jam 2.15 Petang
  • Inipati pembentangan akan saya jelaskan nanti kerana banyak faedah yang diperolehi oleh rakyat negeri perak
  • Bersambung.................


Sidang Adun sedikit Kecoh Oleh Kesavan yang mabuk Todi


Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Persidangan Pertama Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Negeri yang Kedua Belas berlansung pada hari ini jam 10.00 dicemari dengan Adun Hutan Melintang YB Encik Kesavan a/l Subramaniam yang mentafsirkan ayat alquran surah Al-Imran mengikut tafsirannya pada Kongres PKR yang lalu  telah mabok terus menghina speaker YB Ganesan. dengan perkataan yang agak kasar.
Speaker dengan kuasanya telah memerintahkan Kesavan keluar tetapi beliau enggan dan terus duduk di kerusi dalam dewan.
Pihak pembangkang minta buat pengundian kepada keputusan itu dan keputudannya 37 menyokong Kesan keluar dan 27 menentang. Oleh itu Speaker mengarahkan Bintara membawa Kesavan keluar dari dewan. selepas ini YAB Menteri Besar Perak DS Zambry  membentangkan belanjawan bagi negeri Perak..

Azmin isytihar 'perang' ketuanan Melayu



Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin lantang mengisytihar 'perang' menentang ketuanan Melayu apabila Timbalan Presidennya, Azmin Ali pula berikrar menolak konsep tersebut.
Azmin berkata, konsep tersebut jika dilaksanakan hanya akan menggalakkan amalan kronisme serta nepotisme dan bukannya memberi manfaat kepada rakyat meskipun ia secara tidak langsung terkandung dalam Perlembagaan.
Sambil menegaskan bahawa beliau sanggup dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu demi menghapuskan konsep itu, Azmin berkata, PKR akan mengangkat ketuanan rakyat sebagai dasar perjuangan parti jika dipilih untuk mentadbir negara.
"Saya tidak akan apologetik dan tidak bimbang dengan apa yang media nak labelkan saya. Saya berikrar kita akan tentang konsep ketuanan Melayu dan angkat ketuanan rakyat," katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres PKR, di sini hari ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu dengan alasan supaya golongan muda kaum itu membesar dengan lebih bermaruah.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Gombak itu mengakui mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus mengesahkan dakwaan bahawa beliau adalah 'anak emas' Anwar.
"Nak kata saya rapat dengan Anwar Ibrahim, memang saya rapat. Nak kata saya sokong, memang saya sokong dan saya tidak akan berundur daripada berdepan dengan musuh serta dedalu politik dalam PKR," katanya.
Menurutnya, sokongan bukan kerana 'batang tubuh' Penasihat PKR itu, sebaliknya idealogi perjuangan Anwar yang didakwanya sebagai melangkaui zaman.

Monday, November 29, 2010

Wan Azizah didesak mohon maaf di atas kenyataan biadapnya



Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya konsep Ketuanan Melayu ditinggalkan dikecam kira-kira 300 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu seluruh negara. 

Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli, yang mewakili NGO berkenaan berkata, mereka akan bergabung dan mengadakan demonstrasi, mendesak Dr Wan Azizah memohon maaf kepada seluruh orang Melayu di Malaysia.

“Kenyataan yang dikeluarkan beliau sungguh mengguris hati rakyat, terutama kaum Melayu. 

“Kenyataan seperti itu menggambarkan betapa ceteknya pandangan pemimpin PKR itu. Beliau nampaknya tidak mengambil kira perjuangan pemimpin terdahulu yang bergadai nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu,” katanya . 

Menurutnya, Wan Azizah perlu memohon maaf secara terbuka kepada Raja-Raja Melayu dan rakyat memandangkan kenyataannya mengenai konsep Ketuanan Melayu perlu dibakul sampahkan seolah-olah membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan Raja-raja. 

“Kami akan bermesyuarat bagi mengadakan demonstrasi mendesak beliau menarik balik kenyataan biadab itu dalam masa terdekat. 

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan kerana akan merosakkan kaum Melayu dan agama Islam,” katanya.
Kenyataan biadap Wan Azizah boleh menjejaskan perpaduan kaum yang telah disemai sudah 53 tahun.

Dah Sah!!!! Anwar janji lantik Kit Siang sebagai TPM

TPM Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah sah akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbarSin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu (Jumaat) bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.

Sambil menyatakan keyakinan penuh bahawa pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya dan mengekalkan pemerintahan di empat buah negeri, beliau juga optimis akan merampas kembali Perak sambil menyasarkan empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Pakatan pembangkang menjunjung sistem demokrasi, maka orang Cina menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga tidak bercanggah dengan kepentingan kaum Melayu," katanya seperti dipetik daripada wawancara itu.
Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, pakatan pembangkang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan sebelum Jun tahun hadapan.

Sehubungan itu, katanya, parti-parti dalam pakatan pembangkang sedang giat membincangkan soal pengagihan kerusi dengan 95 peratus pembahagian kerusi yang bakal ditandingi di Sarawak sudah diselesaikan.
Ketika ditanya senario wakil rakyat pembangkang yang memenangi kerusi bertindak melompat keluar parti, Anwar menjelaskan bahawa kredibiliti calon merupakan syarat yang paling diutamakan.

"Pakatan pembangkang terutama PKR akan memilih calon dengan teliti, mungkin akan meminta calon agar menandatangani surat taat setia kepada parti bagi memastikan calon itu tidak akan keluar daripada parti.
"Ahli Jawatankuasa Kabinet Bayangan akan membuat satu pengumuman penting di dalam Perhimpunan Pakatan Rakyat pada 19 Disember depan. Ia termasuk strategi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
Sementara itu, Anwar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pakatan pembangkang dibayangi oleh pengaruhnya iaitu tanpanya pakatan pembangkang akan menjadi lemah.

"Ramai orang berkata, PKR ialah Anwar atau pakatan pembangkang adalah Anwar. Ini adalah tidak benar. Saya tidak bersama dengan PKR selama enam tahun dan kini saya juga tidak kerap menyertai mesyuarat PKR kerana menumpukan perhatian terhadap pakatan pembangkang,'' katanya.
Ditanya mengenai hubungan kerjasama antara DAP dan Pas, Anwar mengakui ia lebih baik berbanding dahulu tetapi jalinan tersebut masih dianggap sebagai tidak berapa erat.
Bagaimanapun, katanya, jurang antara Pas dan DAP telah dapat diatasi terutama apabila menyentuh mengenai konflik penubuhan negara Islam.
"Kini kedua-dua parti lebih bersepakat dan memberi tumpuan terhadap isu-isu dalam negara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Mengenai kemunculan pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai 'kuasa ketiga' yang dikhuatiri memberi impak kepada pembangkang, beliau tidak menolak kebarangkalian itu.
Jelasnya, sekiranya 'kuasa ketiga' itu berpakat dengan BN, ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya tidak pasti sama ada kuasa ketiga ini berkaitan dengan Datuk Zaid Ibrahim (bekas calon Timbalan Presiden PKR) atau tidak. Ini kerana ia baru sahaja bermula, tetapi saya berpendapat ia mempunyai kemungkinannya.

"Saya masih tidak tahu siapa dalang atau di belakang 'kuasa ketiga' ini. Contohnya, saya tidak tahu siapa penajanya, kuasa mereka, siapa lagi ahlinya dan perbezaan falsafah politik serta pandangan di dalam isu dan polisinya," katanya.

Sultan Selangor Dukacita!!! Orang Melayu Gadai Perkataan Melayu


SHAH ALAM: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan sikap segelintir orang Melayu yang tidak berasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini. Seperti 'membakul sampahkan' ketuan Melayu.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan 'Raja Melayu' sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.
Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.
"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini. 
Komen: Adalah kurang ajar Melayu yang nak membuang nama Melayu. Hina sangatkah Melayu dimata mereka sehingga sanggup membakul sampahkannya. Apakah mereka ingin meraih undi bukan Melayu sehingga sanggup membuang Melayu dari sejarah. Adalah malang mempunyai pemimpin Melayu seperti ini.

سُوۡرَةُ آل عِمرَان
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ (١٩٦)

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Surah Al- Imran ayat 196)


Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee sebagai sesuatu yang 'mengejutkan'.
Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad berkata, jika benar itu keputusan kerajaan, ia boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu memandangkan ia dibuat hanya berdasarkan kepada penghasilan klip video yang ditujukan kepada pengetua sekolah di Kulai, Johor.
"Soalnya kenapa bercakap tentang klip video itu sahaja? Bagaimana dengan klip video sebelum ini terutamanya Negarakuku yang terang- terangan menghina dan mencabar kedaulatan negara?
"Adakah hanya kerana dia sudah membuat permohonan maaf, maka tiada tindakan boleh diambil ke atasnya? Semua ini menunjukkan kerajaan tidak konsisten dalam mengambil tindakan berkaitan kes sebegini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Ketujuh Jawatankuasa Pemandu MPM di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia, Datuk Aliasak Ambia; Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akbar Ali dan Presiden Majlis usahawan Malaysia, Datuk Suhaimi Yacob.
Klip video yang dihasilkan pemuda itu bukan sahaja menghina dan menujukan isyarat lucah kepada pengetua berkenaan malah juga kepada Kementerian Pelajaran yang disifatkan sebagai kurang ajar.
Hassan turut menzahirkan rasa hairan dengan kenyataan Mohamed Nazri itu kerana ia menunjukkan seolah-olah klip video itu tidak mengandungi unsur-unsur hasutan.
"Memang hanya pengetua berkenaan berhak mengambil tindakan kerana cercaan itu ditujukan kepadanya, tetapi jika terdapat unsur-unsur hasutan, kerajaan seharusnya mengambil tindakan," tegasnya.
Menurutnya, MPM akan berbincang dengan panel perundangannya berhubung tindakan yang boleh diambil berhubung isu itu dan tidak menolak kemungkinan akan menasihatkan pengetua terbabit mengambil tindakan undang-undang terhadap pemuda itu.
Sementara itu, katanya, MPM akan meminta bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya untuk memberi maklumat berhubung isu pengambilan tanah orang Melayu oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.
"Kita mahu memahami secara menyeluruh mengenai pendirian Kerajaan Persekutuan, pandangan orang Melayu serta tahap keseriusan isu berkenaan sebelum membuat ketetapan dan mengambil tindakan," katanya.
Sumber: daripada Malaysia Instinct

PKR Laknat membiarkan Ayat Al Quran dipermainkan oleh bukan Islam dalam kongres PKR



Kalau dahulu PAS melacurkan Islam dalam partinya tetapi kini PKR pula membiarkan orang kafir yang tidak percaya yang Allah itu satu, yang tidak percaya Al Quran adalah Kitab Allah yang diperturunkan kepada Rasulullah S.A.W kini mereka cuba mentafsirkan mengikut cara mereka sendiri.
Seorang perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh semalam membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.

Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."



Sedangkan , tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191)


Yang bodohnya ahli-ahli PKR beragama Islam , bila selesai membaca tafsir ayat tersebut, perwakilan PKR bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.

Insiden ini jelas memalukan dan mempermainkan ayat suci Al Quran dan tiada seekor pun orang PKR beragama Islam berani tegur .



Lihatlah Video dibawah untuk buktinya



Rakyat terutamanya Ulamak perlu memandang ini sebagai satu insiden yang serius perlu ditangani segera. Orang islam tidak pernah membaca kita dari agama Hindu, kitab dari agama Budha dan juga agama lain, kenapa ini perlu terjadi? 
Jika tidak agama Islam akan jadi agama yang mudah dipemainkan

KETUA KAMPUNG AKAN DIPAKAIKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA(RELA) - KOL. KEHORMAT (RELA) YB DATO HAMIDAH OSMAN

Kol. Kehormat YB Dato Hamidah Osman memeriksa perbarisan anggota Rela
Anggota Rela merupakan satu cabang organisasi keselamatan yang di anggotai oleh semua lapisan kaum. Walaupun mereka bertugas secara sambilan mereka dianggap pasukan keselamatan yang banyak membantu kerajaan dalam mengawasi terutamanya keselamatan lalulintas dan keselamatan kawasan kampung. Oleh kerana peranan mereka terlalu penting untuk  masyarakat hari ini.satu Kempen Penambahan Ahli Baru terus dibuat demi membesarkan keanggotaan pasukan Rela. 
YB Dato sedang memberikan ucapan perasmian
Oleh itu satu Majlis Perasmian Pelancaran Kempen Penambahan Ahli Baru Daerah Batu Gajah telah dirasmiakan oleh Kol. Kehormat (Rela) YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat juga Exco Kanan kerajaan negeri Perak. Dalam ucapan perasmian beliau mengingatkan supaya anggota Rela bukan sahaja dapat membantu kerajaan didalam menstabilkan keamanan tetapi dapat bersama masyarakat dalam kerja-kerja kemasyarakat seperti gotong royong dan sebagainya. YB Dato Hamidah mengingatkan anggota Rela agar bertugas dengan penuh berhemah dan selalau bersama-sama masyarakat dalam apa juga majlis.
YB Dato Hamidah memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota Rela


Dalam majlis ini seramai 13 orang telah dinaikkan pangkat Ltm. , Sjn , Kpl dan Lkpl.  Buat masa ini keanggotaan Rela diseluruh negeri Perak seramai 221,000 orang. Dalam Daerah Batu Gajah lebih 7000 orang dan dalam DUN Sungai Rapat seramai 1800 orang.
Platun Rela dari orang asli
YB Dato Hamidah mencadangkan agar semua ketua Kampung akan dipakikan pangkat Leftenan Muda secepat mungkin bagi mengetuai platun Rela dari setiap kampung

Sunday, November 28, 2010

Teresa Kok Pengerusi Baru DAP



Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baru pada konvensyen DAP negeri kali ke-16, di sini Ahad.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi manakala Anggota Parlimen Klang Charles Santiago dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Kim dipilih sebagai Naib Pengerusi.
Jawatan Setiausaha DAP Selangor dimenangi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, manakala Penolong Setiausaha dan Bendahari masing-masing dimenangi oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Subang Jaya Hannah Yeoh Tseow Suan.
Menerusi undi sulit, 15 anggota jawatankuasa yang dipilih membuat keputusan rombakan itu dan memilih Kok sebagai Pengerusi negeri.
Ketika 15 anggota itu mengadakan mesyuarat segera untuk memilih Pengerusi, Kok dan Teng dicadangkan untuk jawatan Pengerusi dan beliau menang dengan kelebihan satu undi menerusi undi sulit.

Bekas pemimpin PKR S'gor ketuai protes pemilihan yang penuh dengan tipu helah



Kira-kira 50 orang yang mengaku ahli PKR membuat protes di luar Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya pagi ini kerana membantah proses pemilihan PKR yang didakwa tidak telus.

Protes tersebut diketuai oleh bekas bendahari PKR Selangor KS Kottapan sejurus sebelum Kongres PKR kira-kira jam 9.10 pagi di luar pintu pagar masuk ke dewan persidangan.

protest outside pkr congress 271110 03Mereka berhimpun selama kira-kira 15 minit sebelum diarahkan bersurai oleh pengawal keselamatan PKR yang ditugas mengawal keselamatan penjalanan kongres.

Mereka memegang beberapa kain rentang. Paling menonjol yang bertulis "General Anwar please resign, we don't need A dictator in our party" (Jeneral Anwar sila berundur, kami tidak perlu diktator dalam parti).

Selepas itu, beberapa pengawal keselamatan hadir memujuk dan mengarahkan mereka bersurai, menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil di antara beberapa individu yang hadir.

pkr congress 271110 chasing mediaIni disebabkan, kumpulan itu berkeras mahu meneruskan bantahan mereka kerana "mempunyai hak untuk berhimpun di situ".

Pengawal keselamatan PKR turut meminta petugas media masuk ke dalam kerana menganggap perkara tersebut sudah selesai.

Bercakap kepada pemberita, KS Kottapan menyuarakan perasaan tidak berpuas hati dengan pemilihan parti yang didakwa "didalangi oleh pemimpin atasan".

"JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) tidak telus dan berat sebelah," katanya sambil menambah pihaknya hadir ke situ dan tidak mahu menimbulkan kekecohan.

pkr congress 271110 anwar anak tiri indiaSebelum ini, terdapat dua protes yang sama diadakan di ibu pejabat parti di Petaling Jaya berhubung isu yang sama.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media bersama Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution memberitahu biro politik parti telah mengusulkan supaya Kottapan dipecat kerana mengkritik kepimpinan tertinggi.

"Bagaimanapun, ia hanya akan berkuat kuasa selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berbincang dan menerimanya," jelasnya.

Tawan Putrajaya makin lesu - Anuar stanby nak cabut


Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dihujani pelbagai persoalan daripada seorang wakil Perak, Zulkifli Ibrahim ketika berbahas menyokong ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Ketujuh parti itu di sini hari ini.
Selain menempelak JPP dengan persoalan mengenai kelemahan dalam pemilihan PKR yang baru berakhir beberapa hari lalu, Zulkifli juga mencuri tumpuan perwakilan apabila mendakwa semangat parti itu untuk menawan Putrajaya kini semakin lesu.

Katanya, kedua-dua keadaan itu berlaku kerana PKR gagal membuktikan perubahan seperti yang dijanjikan oleh para pemimpin parti dan keadaan itu memberi ruang kepada UMNO serta Barisan Nasional (BN) untuk kembali menarik sokongan rakyat.

“Pemilihan parti 2010 akan termaktub sebagai satu usaha baik yang gagal, purata keluar mengundi kurang 10 peratus dan menunjukkan ahli tidak komited dalam menentukan pemimpin
“Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan kerajaan negeri kita bercakap pasal reformasi, tapi pada hakikatnya parti sendiri gagal untuk direformasikan,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada JPP diberi kuasa penuh serta bertanggungjawab dalam melaksanakan pemilihan parti yang lalu dan adakah ia berlangsung dengan telus.
Sepatutnya, kata beliau, pemilihan parti itu perlu berlangsung dengan telus memandangkan PKR sering mempersoalkan keadilan dalam sistem pilihan raya negara yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

MESTI BACA!!! HARI YANG PALING INDAH BUAT PASANGAN PENGANTIN BARU BERSAMA YB DATO HAMIDAH OSMAN

Pengantin sedang menaiki Helikopter
Raja sehari merupakan hari yang paling indah bagi setiap pasangan kerana hari itulah pasangan ini dianggap Raja. Tetapi lain pula bagi pasangan ini mereka bukan sahaja bertuah apabila majlis kenduri mereka dihadiri oleh YB Dato Hamidah Osman Exco Kanan kerajaan negeri Perak malah YB Dato Hamidah Osman telah sudi menyumbangkan mempelai dengan menaiki Helikopter mengelilingi sekitar Ipoh Perak. Kebetulan pada masa ini festival 'joy Ride' diadakan oleh Persatuan anak watan Pengkalan Pegoh yang menyediakan helikopter untuk orang ramai tetapi dikenakan bayaran sejumlah RM80 seorang..Pasangan pengantin yang namanya dirahsiakan mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadikan hari ini lebih bermakna untuk kami abadikan dalam album pengantin kami" kata Pengantin Perempuan kepada Sungai Rapat Online.
YB Dato Hamidah bersama Pengantin Perempuan

Bergambar bersama YB Dato Hamidah di rumah Pengantin

Semoga Pengantin Baru selamat hingga ke akhir hayat sebagaimana mereka selamat menaiki Helikopter sebentar tadi. Sungai Rapat Online ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baharu kepada mempelai semoga kekal hingga akhir hayat.


Selamat alhamdulillah

Akibat Cemburu Buta: Suami Tekan pisau dileher Isteri

CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya.
CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya.
MELAKA: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.
Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.
“Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

“Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya menarik rambut saya,” katanya ketika ditemui


Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku pada Ogos 2009 iaitu selepas enam bulan pasangan terbabit bernikah, namun ketika itu mangsa tidak membuat laporan polis.

Siti yang bertubuh kecil molek berkata, suaminya menekan pisau berkenaan agak kuat hingga lehernya luka.

“Dia mengugut membunuh saya jika meneruskan niat untuk bercerai. Dia juga mengugut mencederakan anak saya iaitu anak tirinya berusia tujuh dan lima tahun. Ini kali kedua suami memukul saya sejak berkahwin dua tahun lalu,” katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling pada 18 November lalu dan laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD) keesokannya.

Menurut Siti, mulanya dia menyangka perkahwinan keduanya akan bahagia biarpun menjadi isteri kedua.

Ini kerana madunya datang meminang selepas perkenalan singkat dengan suami, sekali gus menguatkan keyakinan itu walaupun ahli keluarganya tidak bersetuju.

“Hanya enam bulan saya bahagia. Kami tidak pernah bergaduh dan suami melayan saya dan anak dengan baik, namun keadaan bertukar apabila isteri pertama tiba-tiba berubah sikap dan memberi bermacam tekanan hingga akhirnya saya diharamkan berkunjung ke rumah mentua.

“Sebelum itu hubungan kami baik dan saling kunjung mengunjung, malah saya sering membawa empat anaknya bermalam di rumah.

“Hubungan saya dengan suami mulai keruh apabila saya mengadu hal itu (berkenaan madu) kepadanya. Saya jadi takut kerana suami mula menunjukkan sikap sebenarnya yang panas baran dan kerap memarahi saya,” katanya.

Siti tidak pasti punca sebenarnya dia dipukul dan mengesyaki ia mungkin disebabkan suaminya terlihat gambarnya dengan seorang lelaki lain yang kebetulan dihantar oleh rakan menerusi ruangan sembang.

“Malam kejadian, selepas balik daripada makan malam di Ayer Molek, kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Saya dan anak menonton televisyen hingga terlena manakala suami pula sebelum itu menggunakan komputer riba.

“Saya syak mungkin sebab itu dia marah apabila terlihat gambar saya bersama seorang kenalan lelaki ketika menghadiri satu kursus setahun lalu. Saya tidak pernah memuat turun gambar itu dan menyimpannya di dalam komputer,” katanya.

Disebabkan pelbagai masalah itu, mereka pernah berbincang dan dia meminta cerai, namun suami enggan dan memarahinya.

Dia berkata, mereka juga pernah menghadiri dua sesi kaunseling di Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

“Oleh kerana tiada penyelesaian, kami kini menumpang di rumah keluarga kerana saya bimbang keselamatan diri dan anak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah berkata, pihaknya bersama peguam pembela akan mengambil tindakan berhubung permohonan proses perceraian selain bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memberi perlindungan sementara kepada wanita terbabit.

“Isu keganasan rumah tangga banyak dilaporkan akhir-akhir ini dan pihak kami ada beberapa kes seumpamanya. Peguam kami yang mengendalikan dan kes seperti ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Mengenai kes Siti, kami syorkan dia diberi perlindungan di tempat sesuai di rumah ibunya. Daripada segi perundangan, peguam akan uruskan secepat mungkin,” katanya.

Sumber:Harian Metro

WAN AZIZAH PERLU SELESAIKAN KEMELUT PKR SEBELUM MENGHINA ORANG MELAYU

Bukti berlaku penyelewengan dalam PKR
Dr Wan Azizah perlu selesaikan masalah yang berlaku disebabkan penyelewengan yang teruk. jangan untuk menutup aib parti sendiri Melayu dipersalahkan. PKR sendiri melakukan berbagai salahguna kuasa seperti rasuah, penipuan, pemilihan yang kotor dam berbagai penyelewengan demi untuk mempertahankan calon pilihan DS Anuar. Lihatlah Video dibawah bagi membuktikan penyelewengan yang teruk berlaku dalam pemilihan pemimpin PKR

FESTIVAL MEMANCING DAN HELIKOPTER 'JOYRIDE' ANJURAN PERAWAT

Persatuan Anak Watan & Penduduk Kampung Pengkalan Pegoh (PERAWAT) telah mengadakan satu Festival memancing dan Helikopter 'Joyride' bertempat di Kampung Pengkalan Pegoh hari ini. Festival itu dirasmikan oleh YB Dato Hamidah Binti Osman ADUN Sungai Rapat mewakili Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.Festival iini julung-julung kalinya diadakan di kawasan ini selain memancing dan helikopter 'joyride' berbagai acara turut diadakan iaitu:
Ketibaan YB Dato Hamidah disambut oleh Pengerusi Perawat

  1. Pertandingan Memancing
  2. Persembahan artis jemputan
  3. Perembahan Senam Seni 1 Malaysia
  4. Persembahan Raja Ular
  5. Pameran kereta antik
  6. Pemeriksaan Kesihatan
  7. Helikopter 'Joyride'
  8. Cabutan Bertuah

Ucapa Perasmian oleh YB Dato Hamidah
Dalam ucapan YB Dato' Hamidah Osman, Beliau berkata, "Sesungguhnya ucapan terima kasih diberikan kepad pengerusi penganjur iaitu Lt. Jen (B) Mohd Ngah Said kerana sanggup bersusah-payah menjayakan acara ini. Dalam keadaan beliau yang sudah bersara dan umur yang agak lanjut, beliau masih mahu aktif dalam masyarakat supaya masyarakat kembali bersatu-padu".
Semoga penduduk Kampung Pengkalan Pegoh dapat meraikan festival ini dengan satu matlamat iaitu demi perpaduan masyarakat setempat agar tidak terpesong dengan hasutan parti pembangkang.