Friday, December 31, 2010

Cikgu Rahim sanggup Mati demi kafir harbi



Siapa itu Cikgu Rahim? Islam kah dia yang sanggup mati demi Karpal Singh, mungkin Cikgu Rahim lupa kenyataan di bawah ini:

Kenapa beria-ia benar Cikgu Rahim mempertahankan kafir harbi atau Cikgu Rahim telah disesatkan oleh wali selipar. Apakah sebenarnya yang cikgu Rahim pejuangkan Islam atau kafir. kalau waktu zaman Rasullulah S.A.W sahabat-sahabatnya sanggup mati demi Rasullulah S.A.W tetapi bagi cikgu Rahim pula agak berbeza kerana sanggup mati demi Karpal Singh. Siapa Karpal Singh dihati Cikgu Rahim
Kembalilah ke pangkal jalan kerana perjuangan mereka telah tersasar jauh

Info yang baru diterima: Maizawati kemalangan Patah Tangan, Kandungan Selamat



Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.

Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubungi berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.

“Syukurlah... hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.
Maizawati bersama suaminya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim. Mereka bernikah pada 9 Ogos 2010.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi selepas mereka menghantar keluarga angkat Mohd Yassin ke perhentian bas Medan Gopeng yang ingin pulang ke Singapura selepas bercuti.

Kenderaan yang dipandu Maizawati itu dikatakan terbabas apabila sebuah Proton Wira tiba-tiba membelok di satu selekoh menyebabkan wanita itu terlanggar kenderaan berkenaan.

Turut berada dalam kereta mereka termasuklah tiga daripada enam orang anak hasil perkahwinan Maizawati yang terdahulu iaitu Siti Maisarah,14, Mohd. Syarif Hidayatullah,12, dan Mohd Syatiri,3.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.

Ditanya mengenai kandungan Miaza yang sekarang berusia lima bulan, Mohd Yassin berkata, kandungan itu selamat walaupun berlaku sedikit pendarahan.

Selain patah tangan Maizawati turut mengalami luka pada lutut kiri.

Karpal, Si Benggali Penipu


Pada tahun 1997, Karpal Singh pada persidangan Dewan Rakyat menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peliwat. Dalam ceramah DAP pada tahun yang sama di Hotel Federal kemudiannya, beliau mendakwa mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang itu.

Hari ini, dia membela Anwar dari tuduhan tersebut pula.

Jadi, adakah Karpal benar-benar percaya yang Anwar bersalah pada waktu itu? Adakah Karpal benar-benar mempunyai bukti mengenai salah laku seks Anwar?
Apakah Karpal menipu di Parlimen? Apakah Karpal menipu dalam ceramah DAP?

Atau apakah Karpal sedang menipu hari ini?

Memandangkan Anwar telah didapati bersalah dalam kes liwat I, dengan ketiga-tiga hakim mengesahkan bahawa mereka percaya Anwar terlibat denganaktiviti homoseksual, maka sahlah juga bahawa Karpal TIDAK berbohong di Parlimen apabila membuat dakwaan Anwar meliwat.

Namun hari ini, Karpal menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuatnya terhadap Anwar ketika itu hanyalah atas dasar kedudukannya sebagai pembangkang di Parlimen.

Dalam erti kata lain, Karpal menyatakan bahawa dia telah menipu di Parlimen hanya untuk mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi DAP.

Jika benar, maka ia juga bermakna Karpal juga telah menipu dalam ceramah DAP bahawa dia mempunyai bukti terhadap salah laku Anwar tersebut.

Kesimpulannya Karpal adalah seorang penipu. Hari ini atau pada waktu itu, dalam hal ini atau dalam yang terdahulu, Karpal, seorang pemimpin DAP telah menipu seluruh rakyat Malaysia.

Apakah ia satu kebiasaan, sesuatu yang boleh diterima dalam perlakuan politik Pakatan Rakyat untuk mengemukakan pembohongan yang nyata kepada rakyat demi untuk meraih sokongan?

Jika menipu mengenai fakta dan angka bukan perkara besar dalam PR dan mengira bahawa rakyat menerima penipuan sebagai satu ‘strategipolitik yang bijak’, entah apalagi perkara lain yang dibohongi oleh DAP, PKR dan PAS terhadap rakyat?

‘Berbohong’ adalah satu penyakit. Ia boleh merebak dan membahayakan sesiapa yang berjangkit. Satu pembohongan seringkali membawa kepada pembohongan yang lebih besar sehingga semuanya musnah sama sekali. Anwar adalah pembawa virus penipu ini, begitu juga Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan mereka berdua tidak dapat dipulihkan lagi. Kini, kita tahu bahawa Karpal juga telah berjangkit dan tidak dapat dipulihkan.

Apa yang Karpal boleh lakukan untuk terus hidup ialah meneruskan pembohongan. Berjaga-jagalah kerana pembohongan Karpal seterusnya pastinya lebih besar dan memudaratkan.

Perkara terburuk sering bermula dengan satu penipuan ‘sunat’, dan penipuan‘haram’ pastinya membawa kepada sesuatu yang jauh lebih buruk dari yang terburuk.

Mungkin pemimpin PR yang telah disahkan dijangkiti penyakit 'berbohong' perlu dikuarantin untuk memastikan penyakit ini tidak merebak. Semakin banyak pemimpin seperti ini bercakap, semakin merbahayalah mereka bukan sahaja kepada negara, tetapi juga kepada parti mereka sendiri juga.

Nik Aziz pertahan Teo berpakaian ketat bersenamrobik di masjid



Seperti biasa Nik Aziz tetap menjadi hero pakatan rakyat apabila menghalalkan teo yang berpakaian ketat bersenamrobik dalam masjid. Nik Aziz kata Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat tidak menjadi soal kerana pakaian itu sesuai dengan aktiviti yang sedang dijalankan.

"Yang pastinya perbuatan Teo tidak salah," katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.

Renungan Akhir tahun 2010: Pentingkan politik, Nik Aziz makin keliru



Ramai pihak boleh menduga mengenai apa yang akan diulas oleh Mursyidul Am PAS berhubung dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang dan Ahli Parlimen Selayang memasuki ruang solat masjid dan surau bagi menyampaikan tazkirah politik, kerana Menteri Besar Kelantan itu memang terkenal dengan sikapnya lebih berlembut dengan bukan Islam tetapi amat keras mengkritik sesama Islam.

Dalam kejadian yang melibatkan Teo Nie Ching, seorang wakil rakyat wanita dari DAP yang memasuki masjid tanpa menutup aurat hanyalah kerana ingin menyampaikan sumbangan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada malam minggu lalu (22 Ogos) memberikan tafsiran bahawa sikap ulama dari PAS yang mempertahankan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak menyalahi Islam sebenarnya membuktikan sikap “double standard” terbaru.

Memang banyak jika kita ingin senaraikan sikap “double standard” Nik Aziz sejak beliau begitu taksub dengan politik menghalalkan cara yang telah diamalkan sejak menganggotai PAS sekembalinya dari tamat belajar di Universiti Darul Ulum, India dan Universiti al-Azhar pada awal tahun 1970. Sewaktu mula-mula memperlihatkan perubahan diri kerana terpengaruh dengan persekitaran pendidikan mazhab Hambali di India, beliau turut mengemukakan beberapa perkara yang dilihat bercanggah dengan budaya masyarakat Islam di Malaysia.

Awalnya beliau pernah ‘mengharamkan pembacaan talkin” bagi si mati, melarang sembahyang hajat, dan seterusnya memperkuatkan kempen menentang orang Islam yang tidak menyokong perjuangan PAS sebagai “musuh Islam” kerana bersahabat dengan bukan Islam. Pada pertengahan tahun 1970-an, ketika menyertai semangat penyatuan dalam Barisan Nasional, beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa semasa menghadapi pilihan raya umum 1974, ia adalah keadaan terbaik bagi masyarakat untuk memikirkan mengenai pembangunan negara apabila perbezaan politik sudah berakhir.

Dalam masa yang sama, sebagai golongan muda yang dilihat mempunyai harapan politik yang cerah beliau turut menulis sebuah buku kecil berjudul Kenapa Saya Tidak Kristian dan diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), di mana ketika itu turut menjadi salah seorang anggota lembaga pengarah. Buku tersebut turut mendedahkan beberapa perkara yang bertentangan dengan Islam dan memberikan gambaran bahawa Kristian adalah sebuah agama yang telah banyak mengalami penyelewengan dan perubahan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk perbalahan antara sesama Kristian yang berlainan fahaman pemikiran.

Apabila PAS pada tahun 1969 mengalami sedikit rencatan kerana menganggap bukan Islam sebagai musuhnya, pemimpin-pemimpin parti tersebut mula sedar bahawa adalah perlu mendapat sokongan bukan Islam maka, Pas mula memikirkan kerjasama antara kaum. Kerjasama antara kaum ini walau bagaimanapun telah memerangkapkan Pas sendiri apabila kemunculan seorang pemimpin muda radikal telah menyebabkan fatwa “berbaik-baik dengan bukan Islam” sebagai “taghut dan tidak Islamik” memaksa parti itu berundur seketika.

Setelah ramai orang Melayu termakan dengan fatwa kafir mengkafir yang diberikan nafas baru sebagai sebahagian daripada tuntutan jihad, PAS menumpukan perhatian hanya dengan menyerang penyokong-penyokong UMNO: mengharamkan sembahyang berimamkan penyokong UMNO, haram menziarahi penyokong UMNO yang meninggal walaupun merupakan jiran yang terdekat, haram memakan daging sembelihan orang UMNO, wajib memutuskan silaturrahim jika mempunyai fahaman politik yang berbeza –suami menceraikan isteri, dan isteri berhak memohon diceraikan – tidak bertegur sapa walaupun ada hubungan kekeluargaan dan asingkan kawasan untuk beribadat.

Kemuncaknya pada pertengahan tahun 1980-an telah muncul pulau memulau sesama Islam atas alasan berbeza fahaman politik tetapi sebaliknya PAS menggunakan pendekatan berlembut dengan bukan Islam atas alasan untuk menyampaikan dakwah kepada sasaran terbarunya itu. Walaupun tidak banyak menunjukkan kemajuan dalam menyampaikan dakwah kepada bukan Islam, PAS sebenarnya sedang berusaha mendekati dan meraih sokongan Melayu dengan harapan dapat menumbangkan pengaruh BN yang memberikan ruang kepada semua keturunan atas hubungan persahabatan dan formula perkongsian kuasa.

Atas harapan untuk merampas tampok pemerintahan negara, bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor telah meletakkan atas berbaik-baik dengan bukan Islam melalui kerjasama yang lebih baik dengan parti-parti pembangkang. Fadzil Nor mula menerima DAP dan PSRM walaupun pernah suatu ketika Mursyidul Am Pas menganggap bahawa ideologi yang dicanangkan oleh PSRM, iaitu sosialisme sebagai “sepupu kepada komunis.” Komunisme yang dibenci oleh kebanyakan masyarakat, dan PAS yang tidak sanggup terperangkap dengan ideologi tersebut tetap tidak mahu menerimanya kerana ia tidak menghargai kedudukan agama dalam kehidupan manusia yang beradab dan bernegara.

Setelah mengalami masalah untuk meningkatkan kedudukan sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat, PAS sekali lagi menunjukkan sikapnya yang double standard. Nasib guru yang mengajar tidak mendapat kenaikan gaji dan skim perkhidmatan yang baik, maka ramai guru-guru sekolah agama mengharapkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengambilalih pengurusannya. Pada penghujung tahun 1990-an, berdasarkan memorandum persefahaman antara pentadbir Universiti al-Azhar dan Kementerian Pendidikan, maka kemasukan ke sekolah dan kolej yang bergabung dengan universiti tertua itu, harus mendapat sokongan Kementerian Pendidikan.

Pihak pengurusan Universiti al-Azhar berpendapat sebarang kelulusan hendaklah disahkan oleh Kementerian Pendidikan, maka beberapa bentuk peperiksaan yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah agama negeri perlu diselaraskan sebagai satu bentuk pemeriksaan awam yang standard. Ini telah tidak dipersetujui oleh pemimpin PAS kerana itulah Nik Aziz pernah menganggap bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mempunyai kepakaran dalam pendidikan agama, dan hanyalah Pas yang mahir dalam perkara tersebut.

Nik Aziz turut berkempen dan menemui pelajar di Timur Tengah pada akhir tahun 1990-an dalam usahanya untuk memberikan penerangan sebab-sebab penentangannya terhadap cadangan Kementerian Pendidikan mengambilalih sekolah-sekolah agama. Ketika itu PAS mencanangkan bahawa Kementerian Pendidikan berusaha untuk “mematikan sekolah-sekolah agama” dan menggantikannya dengan sekolah-sekolah berbentuk sekular. Agama hanya dijadikan sebagai satu mata pelajaran sebagaimana dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

Dalam satu ceramah di Timur Tengah, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan ramai orang tersentak. Menurut satu laporan, bagi Nik Aziz jika seseorang itu tidak memahami atau bukan pakar dalam hal ehwal Islam, ia tidak layak untuk bercakap mengenai Islam. Bagi menyokong pendapat tersebut, Nik Aziz mengambil apa yang kononnya dilaksanakan oleh zaman Khalifah Umar al-Khattab, bahawa mereka yang bercakap mengenai Islam dan bukan pakar itu akan di hukum bunuh.

Namun, kerana terlalu mementingkan “hubungan politik yang mesra dengan bukan Islam”, Nik Aziz telah lupa bahawa bukan pakar terpaksa menghadapi hukuman bunuh apabila bercakap mengenai Islam, tetapi jika bukan Islam, mereka bukan sahaja dibenarkan mencaci kerana tidak faham dengan Islam, malah boleh memasuki dewan solat memberikan tazkirah kepada orang Islam. Bukankah ini sesuatu yang pelik dan mengelirukan?

Di mana kedudukan sebenarnya apa yang dipertahankan oleh Nik Aziz? Jika Ahli Parlimen Serdang (wakil rakyat DAP) itu dibenarkan memasuki ruang solat dengan mudah, manakala pihak jawatankuasa surau menerimanya tanpa merasa bersalah, tentunya Nik Aziz akan turut mempertahankan Ahli Parlimen Selayang yang pernah menjadi pastor Kristian menggunakan masjid untuk meraih sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah Nik Aziz sekali lagi mahu mengelirukan pemikiran masyarakat Islam setelah pernah mempertahankan seorang wakil rakyat bukan Islam yang memetik ayat al-Quran dalam kempen politiknya semasa pilihan raya kecil Bukit Gantang setahun lalu.

Kita mungkin masih belum lupa mengenai sikap wakil rakyat dari Pulau Pinang yang turut celupar mengenai Islam tetapi dimaafkan oleh Nik Aziz kerana beliau faham, dengan mengkritik perbuatan itu akan menyebabkan hubunganya menjadi semakin renggang. Nik Aziz sudah tidak boleh berpatah balik ke pangkal jalan untuk menyokong “kerajaan perpaduan UMNO dan PAS” kerana sudah terlalu jauh penentangannya sehingga sanggup menghukum Timbalan Presiden Pas agar tidak lagi bersuara jika ingin terus menjadi wakil rakyat Pas di Kelantan dan meneruskan idea itu menyebabkan Nik Aziz akan mengkaji semula kebenaran memberikan tempat kepada “orang luar bertanding bagi mewakili PAS di Kelantan.”

Penalti yang dicadangkan oleh Nik Aziz itu benar-benar menyebabkan wakil rakyat PAS yang bukan berasal dari Kelantan tersintak dan melupakan hasrat. Mereka terpaksa akur dengan apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh Nik Aziz kerana takut kehilangan kerusi dan dipaksa meletakkan jawatan bagi memberika laluan kepada anak Kelantan yang masih ramai lagi menunggu peluang untuk menjadi wakil rakyat. Paling menakutkan ialah apabila mereka seterusnya tidak lagi dibenarkan bertanding di Kelantan, dan untuk meraih sokongan di kampong halaman sendiri prospek tersebut dilihat sebagai satu kemungkinan yang terlalu sukar.

Pernah ada satu pendapat bahawa sebenarnya masyarakat Islam di Malaysia pemikirannya semakin keliru kerana politik dijadikan sandaran. Maka, orang yang paling banyak mengelirukan pemikiran masyarakat Islam ialah pemimpin Pas, dan Nik Aziz adalah salah seorang daripadanya. Malah ada juga pendapat mengatakan, kalau kita tidak mahu rakyat keliru terhadap sesuatu isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam, jangan sesekali media mendapatkan pandangan Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz memang gemar mengeluarkan pendapat dan pandangan yang berbeza tanpa mengambilkira perspektif Islam sebenarnya. Nik Aziz mensebatikan dirinya dengan enzim politik, maka tidak hairanlah dalam sesetengah keadaan beliau boleh menjadi lebih mesra dan ramah dengan bukan Islam walaupun mereka itu pernah dikatakan sebagai musuh sebelumnya berbanding dengan sesama Islam.

Itulah Nik Aziz sebenarnya. Apabila bencikan kepada Tun Dr. Mahathir beliau menyelarnya dan mendesak supaya meletakkan jawatan. Tetapi, apabila diminta untuk meletakkan jawatan, Nik Aziz beranggapan itu hanyalah pendapat peribadi, rakyat Kelantan masih memerlukan kepimpinannya, maka sampai bila? Kelantan akan terus merana selagi Nik Aziz memimpinnya kerana Tok Guru banyak sekali sindrom “tidak tahu” dan “mengata dulang, paku serpih” termasuk mengizinkan budaya kroni apabila memilih menantunya sendiri menduduki jawatan tertinggi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Meskipun isu itu senyap seketika, ia mungkin akan meletup lagi sebagaimana pernah pemimpin Pas menyembunyikan kerugian yang ditanggung oleh koperasi yang diasaskan oleh ahli-ahli Pas, Koperasi Kohilal. Sebenarnya Nik Aziz merupakan seorang tokoh politik yang bijak menafikan sejarah dan mengambil sudut peristiwa sejarah bagi menghalalkan apa sahaja matlamat politiknya. Itulah yang harus disingkirkan jika masyarakat mahukan sebuah kehidupan Islam yang damai dan tidak bercelaru dengan pemahaman politik sempit yang sedang didendangkan oleh Nik Aziz, yang semakin sehari semakin lupa apa yang pernah diucapkan sebelum ini, penuh double standard dan keliru.

Sumber: Ummatanwasatan.net

Renungan Akhir Tahun 2010: Negeri Serambi Mekah yang di Perintah oleh Tuan Guru Nik Aziz





Pernah suatu ketika dahulu Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim berjenaka sambil berkata :

“Kalaulah Nabi Muhammad S.A.W hidup balik dan datang ke Kelantan tentu dia suka hidup di Kelantan dan tidak suka hidup di negeri lain sebab Pas laksanakan Islam.”

Mungkin ini sandiwara baru yang skripnya ditulis oleh Nik Aziz sendiri untuk dipertonton kepada rakyat setelah beliau kecewa dengan kekalahan DUN Galas tempohari

Seperti lazimnya, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS amat gemar untuk menimbulkan isu-isu yang keliru dan celaru. Sebagai seorang pemimpin politik yang berimej agama, sandiwara lucu seumpama ini boleh memikat sebilangan besar penonton yang lemah imannya.

Berasaskan kepada konsep cerita yang sama dengan menerima bahawa andaian itu kononnya akan berlaku, maka sudah tentu Kelantan bukan tempat untuk Nabi Muhammad s.a.w bermastautin.

Tidak mungkin Baginda S.A.W gembira dengan kehadirannya ke negeri Kelantan dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Pas yang gemar bersandiwara itu.

Soalan pertama yang dikemukakan pada episod pertama ialah berapa orangkah yang bertambah iman dan takwanya kerana berada di bawah pemerintahan PAS dan apakah orang Islam yang menyokong UMNO, iman dan takwa mereka lemah disebabkan kerana menyokong UMNO?

Soalan ini timbul kerana Nabi dibawa ke majlis ceramah PAS. Ternyata akhlak penceramah-penceramah dan pensyarahnya amat buruk. Lidah mereka sewenang-wenangnya berdusta dengan caci mencaci memaki hamun dan fitnah terhadap pemimpin Islam yang lain.

Paling dukacita, ada di kalangan penceramah mereka yang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran secara tidak betul dengan tujuan memperlekeh dan menghina pemimpin-pemimpin Islam UMNO.

Penyokong-penyokong Pas pula bertakbir ketika mendengar ceramah seumpama itu sambil bertepuk tangan.

Episod-episod seterusnya ialah baginda menimbulkan soalan-soalan: Apakah amal soleh yang telah disempurnakan oleh PAS dalam usaha membangunkan rakyat dan memakmurkan negara? Sudah terhapuskah di Kelantan maksiat-maksiat, kemiskinan, kejahilan, kemunduran dan sebagainya?

Apakah kemungkaran-kemungkaran riba, judi, arak, zina dan lain-lain sudah lenyap di Kelantan?

Nabi tentunya terkejut dengan penuh hairan dan takjub apabila baginda dapati di Kelantan ini setelah PAS memerintah sejak tahun 1990 maka terbinalah sembilan buah berhala yang besar dan terbesar di rantau Asia Tenggara. Berhala-berhala tersebut ada yang duduk bersila dan ada yang berdiri, ada yang betina dan ada yang jantan.

Satu majlis perasmian berhala terbesar telah diadakan secara besar-besaran yang kebetulan perasmian itu sempena hari sambutan ulang tahun penubuhan PAS.

Lupakah pemimpin-pemimpin Pas tentang sikap Nabi sewaktu pembukaan Mekah (Fathu Makkah) apabila baginda dapati dikeliling Kaabah terdapat beratus-ratus berhala?

Perasaan dukacita Nabi bertambah apabila mendapati sebilangan besar rakyat Kelantan khususnya golongan profesional dan cerdik pandai kebanyakannya berhijrah ke luar negara, khususnya Kuala Lumpur kerana Kelantan bagi mereka bukanlah tempat untuk hidup maju dan membangun.

Ini adalah kerana budaya membangun dan ingin maju sememangnya tidak terdapat di situ. Kadar kemiskinan tinggi. Kebanyakan anak muda pula menjadi penganggur dan terdedah kepada najis dadah. Bahkan belia Kelantan adalah yang teramai terlibat dengan najis dadah.

Kehidupan di Kelantan di bawah pimpinan PAS tidak ubah seperti keadaan kota Mekah pada peringkat awal Nabi diutuskan sebagai rasul. Baginda tidak mampu tinggal lama kerana penyalahgunaan agama terlalu hebat.

Keadaan ini membuatkan Nabi tidak tegar untuk hidup lama di Kelantan lalu berhijrahlah baginda ke Kuala Lumpur. Ternyata di Kuala Lumpurlah terdapat golongan pemimpin-pemimpin yang lebih hampir amalan dan kerja kuatnya kepada Warasatul Anbiya.

Pemimpin-pemimpin UMNO di Kuala Lumpur saja yang dapat memahami maksud ayat Allah yang antara lainnya (al-Anfal: 60) yang bermaksud: “Dan bersedialah untuk menentang mereka dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dari pasukan berkuda untuk menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu dan musuh-musuh lain yang kamu tidak mengetahuinya, tetapi Allah mengetahuinya. Dan apa saja yang kamu belanjakan kepada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiayanya.”

Baginda tertarik dengan konsep integrasi yang diamalkan oleh rakyat negara ini. Kaum-kaum berbilang bangsa dapat hidup bersama dalam keadaan penuh perpaduan dan harmonis, saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Hal ini sama dengan bayangan hidup di kota Madinah dahulu yang berpayungkan konsep persaudaraan di antara Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj.

Episod akhir kita dipertontonkan bagaimana Nabi membisikkan ke telinga Nik Aziz beberapa ayat al-Quran.

Antaranya (al-Baqarah:79) yang bermaksud: “Celaka besar bagi orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka (mendakwa kononnya kata-kata Allah), kemudian mereka berkata: Ini adalah dari Allah, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka celaka besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan celaka besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

Peringatan demi peringatan, tetapi tidak juga diendahkan. Bahkan Nik Aziz bertambah angkuh dan sombong, sehingga berani meletakkan dosa pahala manusia berada di tangan beliau.


RENUNGAN AKHIR TAHUN!!!!

GEMPAR!!!PROVOKASI KAFIR HARBI UNTUK MEMUSNAHKAN ISLAM

Sejak kebelakangan ini DAP terlalu ghairah 'menyerang' Masjid dan surau seolah-olah ada agenda tertentu sekumpulan kafir harbi untuk memecahbelahkan umat Islam di Malaysia. Sebelum kita mengulas lebih panjang mengenai provokasi kafir harbi mari kita lihat apakah definisinya.

Secara ringkasnya Kafir Harbi adalah merujuk kepada orang bukan Islam yang terlibat dalam peperangan membunuh orang Islam dan mereka juga terang-terang menolak Islam . Tetapi di Malaysia agak berbeza kerana Islam di Malaysia amat kuat, jika kafir harbi berperang dengan Islam di Malaysia kemungkinan orang Melayu yang telah mengalami perbezaan politik akan bersatu dan seterusnya menguatkan lagi Institusi Islam Di Malaysia. Oleh itu kafir harbi mengambil alternatif lain iaitu membuat provokasi secara halus dengan menciptakan kemarahan 2 atau 3 kumpulan Islam supaya bertelagah sesama sendiri.

Dengan lain kata kafir harbi ini mencipta permusuhan sesama Islam.Jika kita lihat kenapa DAP terlalu suka sangat melakukan aktiviti dalam masjid atau surau. Bukan itu saja, mereka juga tidak segan silu memijakkan kaki mereka dalam rumah Allah dan berdiri ditempat sujud Imam.

Kalau sekali lihat memang lah tidak ada apa-apa kesan pun, kata Pas mereka(DAP) hendak dekatkan diri mereka dengan Islam, betul kah itu niat mereka yang sebenar?

Kalau dilihat statistik dari Jabatan kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), setakat ini tiada seorang pun dari pemimpin DAP yang memeluk agama Islam, oleh itu kenyataan PAS mengenai DAP sudah tidak relevan jadi apa agenda mereka sebenarnya?

Berbalik kepada serangan kafir harbi terhadap orang Islam, kenapa masjid dan surau jadi pilihan?

Masjid merupakan rumah ibadat orang Islam tak kira sama Umno, PAS atau PKR mereka akan menggunakan masjid atau surau untuk bersembahyang, umat Islam sanggup berjuhad jika Masjid mereka diroboh atau sebagainya. Tetapi bagi DAP inilah tempat yang sesuai bagi mereka bagi membuat provokasi agar umat Islam di Malaysia berpecah. mereka gunakan masjid dengan alasan mereka mahu dekati Islam. Apakah dengan berpakaian ketat, berdiri ditempat sujud imam merupakan tingkah laku yang baik. tetapi disebaliknya mereka mempunyai nit yang tidak baik iaitu mencetuskan perbalahan sesama Islam, Inilah yang cuba dicetuskan oleh kafir harbi supaya terjadinya perbalahan antara sesama Islam.

Satu pihak Islam menerima perbuatan itu kerana mendapat imbuhan iaitu mendapat sokongan politik dan wang dari kafir harbi dan satu pihak lagi membantah berdasarkan hukum islam kerana aktiviti itu tidak sesuai diadakan diperkarangan Masjid kerana ini akan mencemar kesucian masjid itu sendiri.

Jika ini berlaku memang agenda provokasi kafir harbi sudah berjaya. Mereka berjaya memecahbelahkan pemikiran dan keharmonian umat Islam di Malaysia. Mereka akan bertepuk tangan kerana agenda mereka berjaya dilaksanakan dengan bantuan parti Islam sendiri.

Buktinya lihatlah dalam FB, twitter dan blog-blog orang Islam masing-masing berbalah sesama sendiri samada mempertahan tindakan kafir itu atau  membantah tindakan kafir itu.

Oleh itu fikirkanlah wahai orang Islam kafir Harbi memang ujud ketika ini dan mereka sedang merosakkan minda orang Islam di Malaysia.

Yoga: Majlis Fatwa sudah mengharamkannya tetapi Teresa Kok pernah memprotes, hasilnya menjadi hamba seks


HULU SELANGOR: Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengharamkan Yoga kepada umat Islam suatu ketika dahulu malangnya Teresa Kok dan beberapa pemimpin pembangkang Islam pernah menentang fatwa tersebut. Mereka berkata jika jika yoga diharamkan silat juga perlu diharamkan.

Pada hari ini fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa mengharamkan yoga ada kebenarannya apabila 3 perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, di sini, sebelum diselamatkan polis, Rabu lalu.

Ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu. “Seorang daripada ibu mangsa membuat laporan anaknya yang berusia 16 tahun keluar bersama suspek dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa memberitahu dia menghubungi suspek, tetapi suspek enggan memberitahu di mana anaknya berada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, selepas menerima laporan ibu mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 38 tahun pada 30 November lalu, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.

Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dia kini direman empat hari sehingga 3 Januari ini.

Inilah padahnya yoga, umat Islam jangan terikut-ikut prrotes pakatan pembangkang kerana setiap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah dikaji sedalam-dalamnya


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.






Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan mendakwa dirogol rakan teman lelakinya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, di sini, pada 22 hingga 27 Disember lalu.


Sumber polis berkata, sepasukan anggota forensik pergi ke lokasi kejadian semalam bagi mencari bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. “Namun, polis menyiasat kemungkinan kejadian berlaku kerelaan wanita itu,” katanya.

Padah Sekongkol DAP, PKR: Perjuangan Pas Kian Songsang!



Pas dilihat terperangkap antara ideologi perjuangan asal dan matlamat untuk menawan Putrajaya menjelang pilihan raya umum akan datang sehingga perjuangan asas mereka kian longlai dan semakin liberal.

Aktivis UMNO, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata konflik tersebut menyebabkan Pas semakin hilang arah tuju dan paling menjijikkan terpaksa melanggar syariat Allah semata-mata menjaga hati sekutu mereka, DAP dan PKR dalam merealisasikan mimpi di siang hari itu.

Menurut beliau perkembangan mutakhir kini semakin menyerlahkan konflik yang sedang dihadapi oleh parti yang kononnya bertunjangkan perjuangan islam itu yang dilihat terkial-kial untuk mempertahankan prinsip perjuangan atau matlamat menawan Putrajaya.

“Nawaitu Pas hari ini sebenarnya dah berubah, iaitu antara prinsip perjuangan atau menawan Putrajaya. Namun kerana desakan DAP dan PKR, Pas akhirnya dilihat menenggelamkan prinsip asal mereka dan melonjakkan matlamat menawan Putrajaya.

“Oleh itu, demi menjayakan hasrat berkenaan, mereka seolah-olah cuba menunjukkan islam yang diabwa oleh mereka itu kononnya cantik dan indah. Namun mereka terlupa bahawa indah dan cantik itu ada syarat-syaratnya.

“Jika matlamat betul, perancangan yang betul dan pelaksanaan yang betul barulah ianya akan menjadi ibadah dan sempurna. Namun apa yang cuba Pas tonjolkan hari ini adalah sebaliknya, “katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap berdiam diri Pas berhubung pelbagai kontroversi yang melibatkan hal ehwal agama Islam di Selangor termasuk yang terbaru tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching daripada DAP yang didakwa masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut.

Menurut Nie Ching dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara senamrobik tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Selain itu, Pas juga juga dilihat mengambil tindakan yang sama berhubung sambutan ambang tahun baru 2011 yang menyaksikan pelbagai persembahan konsert dijadualkan pada 31 Disember ini di I-City, Shah Alam.

Datuk Zainal seterusnya menegaskan, demi matlamat menuju Putrajaya, Pas terlalu banyak melakukan kesilapan termasuk membiarkan rakan-rakan mereka di kalangan bukan Islam bebas membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya.

“Begitu juga dalam soal penggunaan kalimah Allah. Mereka tidak dapat pertahankan sebaliknya terikut-ikut dengan rentak dan tari Anwar yang tidak dapat menerima Qada‘ dan Qadar Allah bahawa beliau terlepas jawatan jawatan Perdana Menteri sebelum ini.

“Inilah bahananya dan harga yang perlu dibayar oleh Pas yang berada di dalam pembangkang bersama DAP dan PKR. Prinsip diketepikan dan mula menjadi liberal sepertimana yang berlaku di Selangor hari ini,“ katanya.

Thursday, December 30, 2010

Pas meletakkan calon yang boleh dijatuhkan talak 3 di Tenang


Seorang wanita adalah antara yang disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

"Beliau merupakan bekas seorang guru, anak tempatan, dan memegang jawatan di cabang tempatan parti itu," kata satu sumber

Pas memilih wanita kerana wanita Pas terlalu mudah dipergunakan kerana pada dasarnya wanita dalam Pas akan mengikut saja apa kata suaminya kerana takut diceraikan talak 3. ini akan memudahkan ketaatan kepada parti

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 Januari.

Dalam pilihan raya umum 2008, allahyarham Sulaiman yang juga merupakan ketua Umno bahagian Labis menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,491 undi.

Pas sudah mula takut isu zina yang akan dikeluarkan oleh BN pada Dun Tenang. sehingga kini tiada saman atau kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS kelantan berhubung isu zina

Namun, katanya, nama pemimpin wanita itu terdapat dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon masih dirahsiakan.

Baju 'ketat' Teo, Pas menghina Institusi Masjid


Pakatan rakyat yang diwakili PAS dilihat seolah-olah menghina Institusi masjid apabila membiarkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berpakaian ketat hingga menampakkan susuk badan dan seterusnya membuat senamrobik empena program maal hijrah dalam perkarangan Masjid taman Cheras Jaya Balakong. Pas yang kononnya lebih Islam dari Islam dilihat langsung tidak sensitif dan seolah-olah menghina agama Islam
baguih punya rapat!! patutla puak Pas seronok buat senamrobik dengan Teo


Apakah rasionalnya Teo bersenamrobik dikawasan perkarangan masjid? Tak kan tidak ada kawasan lain ynag lebih sesuai?

PAS sepatutnya berfikir sedalam-dalam sebelum melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keharmonian Islam bukan membiarkan Islam dilacur semata-mata bagi mendapatkan undi.

Pas wajib minta maaf kepada orang Islam disekitar Taman Cheras kerana membiarkan aktiviti bersenam dengan berpakaian ketat diperkarangan masjid.

Pas mengatakan pakatan rakyat akan berfungsi dengan baik kerana adanya parti Pas, kerana Pas boleh memberi tazkirah dan nasihat kepada pemimpin bukan Islam terutamanya DAP. Jika inilah perilaku Pas bukan kata nak nasihat malah Islam akan terus hancur jika pakatan rakyat memerintah kerana perkara lebih teruk dari ini pun akan terus berlaku. Mungkin Teo akan bersenam dalam masjid pula.

Program ini sempena menyambut maal hijrah ala Pas dengan membiarkan Tteo Nie Ching berpakaian baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut dalam kawasan masjid.

Teo yang ditemui cuba mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti. Sebelum melakukan sesuatu aktiviti saya meminta nasihat dari Pas, kalau apa yang saya lakukan salah Pas juga salah.

"Sudah banyak kali saya lihat orang-orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?" soalnya. Pas yang menjemput saya datang menghadiri program senamrobik ini.

Sebelum ini, Teo pernah menimbulkan kontroversi kerana memberi ucapan dalam sebuah surau di Kajang pada Ramadan lepas.

Teresa Berang bila arahan melarang lambang salib dalam majlis Krismas yang dihadiri PM


Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok naik berang apabila Datuk Seri Najib Razak meminta sebarang majlis sambutan Krismas yang dihadirinya tidak ada lambang salib. teresa dengan penuh geram menuntut supaya Najib mohon maaf .Sebenarnya arahan tidak ada lambang salib hanya berkuatkuasa pada  majlis sambutan Krismas yang dihadiri oleh Najib, jika majlis itu dihadiri oleh Anuar Ibrahim, Haji Hadi atau Nik Aziz teresa boleh meletakkan lambang salib.

Teresa tidak sepatutnya kelam kabut dengan arahan itu kerana Perdana Menteri bukan melarang terus supaya lambang salib tidak boleh digunakan tetapi pada majlis yang dihadiri  Najib pada 25 Disember lalu .

Bukan itu sahaja Najib juga melarang upacara sembahyang  dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu kerana ini akan menimbulkan fitnah tetapi jika teresa hendak buat juga jemputlah Anuar,Nik Aziz atau Haji Hadi.

Teresa yang juga exco kanan kerajaan Selangor sengaja mahu mencari publisi murah dan cuba mencetus kemaraahan penganut agama Kristian kepada Perdana Menteri

Teresa perlu faham jika hendak tinggal lebih lama di Malaysia.jangan terikut-ikut pelacur Islam yang menjadikan Islam sebagai laluan politik sempit mereka. teresa perlu bertimbangrasa terhadap penganut Agama Islam juga lebih-lebih lagi Perdana Menteri.

Ini menunjukkan betapa kurang ajarnya Teresa kepada Perdana Menteri yang beragama Islam, kelakuan Teresa seolah-olah memaksa PM menerima lambang salib diupacara mereka.

Diharap Teresa Kok lebih memahami sebagai seorang penduduk dibumi Melayu yang beragama Islam, jangan anggap semua pemimpin Islam seperti PAS dan PKR yang boleh dicucuk hidung melakukan apa saja yang dikehendakinya.

Wahai orang melayu fahamilah isyarat yang diberikan oleh Teresa Kok, ini baru jadi exco apa akan jadi jika memegang menteri nanti semua arahannya yang bercanggah dengan Islam terpaksa kita turuti, maka akan jadilah seperti Singapura

Khalid Atan Presiden MTUC Yang Baru: Pemimpin PKR ditendang dari MTUC



Sebanyak 500,000 anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar petanda yang jelas bahawa mereka tidak mahu pertubuhan itu dianggotai oleh ahli politik PKR yang banyak menipu mereka dengan memilih ahli jawatankuasa yang tidak terbabit dengan politik, Mohd Khalid Atan sebagai presiden barunya.

Khalid dari Kesatuan Pekerja Perkayuan menewaskan Syed Shahir Syed Mahmoud, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menerajui MTUC sejak enam tahun lepas.

Rakan pertandingan Syed Shahir untuk jawatan Setiausaha Agung, Abdullah Sani Abdul Halim, yang juga Anggota Parlimen Kuala Langat daripada PKR juga tewas kepada rakan pertandingan Khalid, Abdul Halim Mansor dari Kesatuan Industri Petroluem dan Kimia.

Abdul Halim, timbalan setiausaha agung selama dua penggal telah dipimpin oleh ahli kesatuan yang dihormati setiausaha agung G. Rajasegaran yang telah bersara daripada pergerakan itu selepas hampir 40 tahun memberikan khidmatnya dengan cemerlang.

Sumber-sumber MTUC berkata pasukan Khalid-Abdul Halim agak menggerunkan dan inklusif dan akan membantu untuk menyatukan pergerakan itu dan meletakkan kongres itu di tempat asalnya sebagai "juara pekerja sebenar di negara ini," kata Khalid memberitahu Bernama.

Katanya tugas pertamanya adalah untuk menyatupadukan pertubuhan dan bekerja ke arah mencapai manfaat untuk pekerja.

Beliau merasakan bahawa pertubuhan itu sekian lama dilihat sebagai anti-kerajaan dan berazam untuk mengubah perspektif dan bekerja untuk kebaikan pekerja dan negara.

Ini adalah kali pertama dalam masa hampir 30 tahun, ahli politik ditolak oleh anggota MTUC.

Sejumlah 475 perwakilan dari 116 kesatuan mengundi pada persidangan kongres itu yang berakhir di sini, Rabu. Sementara itu, 12 resolusi diluluskan pada persidangan perwakilan MTUC ke-38 yang bersidang pada hari ini.

Antara resolusi yang dicapai ialah, penetapan gaji minimum RM1,200 dan elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 untuk sektor swasta.

Persidangan yang dipengerusikan oleh bekas Presidennya, Syed Shahir antara lain turut bersetuju supaya tempoh cuti bersalin selama 90 hari dengan bergaji penuh bagi sektor swasta.

"Gaji minimum itu bergantung kepada majikan untuk menerimanya tapi kita amat berharap supaya perkara ini (gaji minimum) dapat dipertimbangkan majikan di negara ini sementara resolusi yang lain akan dibawa ke persidangan Majlis Am untuk tindakan lanjut," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 600 perwakilan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila persidangan Majlis Am itu akan diadakan.

Pada majlis yang sama, sebahagian perwakilan yang hadir turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Setiausaha Agungnya, G.Rajasekaran yang tidak mempertahankan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baru.

MTUC kini mempunyai hampir setengah juta anggota daripada pelbagai sektor pekerjaan di negara ini. Dengan terkeluarnya pemimpin PKR dalam MTUC, ini membuktikan isyarat jelas rakyat tidak suka pada pemimpin yang banyak retorik dari melaksanakan kerja.

Syabas MTUC berjaya menendang keluar balaci Anuar

Ahli Parlimen Serdang buat hal lagi?Pas dah naik seronok lihat Nie Ching



Selepas menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan ‘tazkirah’ di dalam sebuah surau di Kajang pada Ramadan lalu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching daripada DAP buat hal lagi.

Jika dulu masuk ke ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral tanpa menutup aurat, sekarang Nie Ching didakwa masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut.






Menurut Nie Ching dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara senamrobik tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Tindakan wakil rakyat itu mengundang persepsi negatif yang mempersoalkan tindakan Nie Ching memakai baju ketat apabila memasuki pekarangan masjid tersebut.

Blog itu turut mempersoalkan adakah Islam yang diperjuangkan Pas di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain.

“Di Kelantan, kaunter bayaran di pasar raya diasingkan antara wanita dan lelaki. Tidak cukup dengan itu, tempat duduk lelaki dan wanita juga diasingkan dalam majlis-majlis rasmi.

“Manakala sukan pula diadakan acara khas untuk wanita. Tidak cukup dengan itu, konsert atau persembahan artis wanita pula hanya kaum wanita yang boleh menontonnya.

Akan tetapi fatwa Pas di Selangor berbeza. Lelaki dan wanita dibenarkan bersenamrobik bersama dalam kawasan masjid tanpa sebarang pengasingan. Lebih manis wakil rakyatnya memakai baju ketat dalam acara yang diadakan sempena sambutan Maal Hijrah

Tindakan Nie Ching pada 22 Ogos lalu mendapat bantahan orang ramai terutama umat Islam apabila masuk ke ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada surau tersebut.

Sejarah membuktikan Pas dan DAP sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan undi.

Kalimah Allah pun Pas sanggup jual demi undi manakala DAP pula belajar hafal ayat-ayat al-Quran untuk dibacakan di atas pentas ceramah dan masuk ke masjid-masjid serta surau. Semuanya kerana satu niat, mengejar undi,

Tahun depan mungkin Masjid Taman Cheras Jaya boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasan masjid sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.

Kalau begini caranya tidak mustahil satu hari nanti acara sambutan Maulidur Rasul pun disambut dengan memotong kek dan meniup lilin sambil diiringi dengan lagu selamat hari jadi. Nauzubillah

Wednesday, December 29, 2010

Wanita berusia 88 tahun disahkan mati, bangun semula selepas empat jam dalam keranda


Polis di Brazil menyiasat satu kes membabitkan wanita tua yang diisytiharkan mati tetapi didapati masih bernafas beberapa jam selepas diletak dalam keranda.

Wanita berusia 88 tahun itu meninggal dunia dua hari selepas kejadian berkenaan dan polis di negeri Minas Gerais ingin tahu sama ada penjagaan perubatan yang tidak teratur dan kegagalan mengenal pasti masalah yang dihidapinya menyebabkan kematian berkenaan.

Akhbar O Globo, yang memetik kenyataan akhbar pejabat Datuk Bandar Ipatinga, berkata doktor menyangka Maria das Dores da Conceicao mati petang Rabu lalu. Dia bangun semula selepas empat jam dalam keranda dan dikejarkan ke hospital. Datuk Bandar berkata wanita itu meninggal dunia Jumaat lalu. Ia tidak memberi sebab, tetapi berkata wanita terbabit mempunyai masalah darah tinggi.

Tahniah di atas kemenangan pasukan Malaysia ke atas Indonesia










Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad.

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0.

JOM RAMAI-RAMAI KE PERKARANGAN STADIUM INDERA MULIA, IPOH MENYAKSIKAN PERLAWANAN INDONESIA DAN MALAYSIA


Kepada semua rakyat Perak terutamanya yang berdekatan dengan bandaraya Ipoh, Moh kite ke Perkarangan Stadium Indera Mulia bagi menyaksikan perlawanan yang hebat diantara Malaysia dan Indonesia. Percuma kepada semua pengunjung. Penganjur perak tourism telah menyediakan pelbagai acara menarik sepanjang aksi perlawanan itu. Gerai-gerai juga tersedia untuk anda menjamu selera dan membeli keperluan.
Difahamkan beberapa acara menarik telah disusun rapai bagi mengamatkan suasana. Moh kite ke sana

Sembang-Sembang bersama YB Dato Hamidah Osman



Selepas penat lelah berjalan merentasi Kampung Seri Rahmat kami berpeluang duduk semeja dengan YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat bagi membincangkan beberapa permasalahan penduduk Kampung Seri Rahmat termasuk topik yang menarik iaitu  kemanakah akhirnya bangsa kita Melayu jika kita hilang kuasa?

Mutakhir ini sudah banyak provokasi dan pertentangan pendapat tentang kedudukan orang melayu dalam negara kita. Kenyataan beberapa pemimpin tersohor seperti Tun Dr. Mahathir yang menyatakan, orang melayu akan hilang kuasa jika UMNO dan BN tewas dalam pilihanraya akan datang ada kebenarannya.

Kenyataan ini juga telan membuka minda rakyat serta perdebatan sesama kita. Org melayu perlu menarik nafas yang panjang bagi memikirkan masa depan bangsa dan negara. Ia bukanlah perkara main main kerana sekali kita tersungkur dinegara sendiri , amat susah untuk kita bangkit.

YB Dato Hamidah pula berpendapat bahawa banyak negara yang mana pemerintah terdiri dari kalangan orang islam, rakyat bukan islam boleh hidup dengan aman, damai dan dapat membina kekuatan ekonomi mereka. Apabila kita lihat negara yang diperintah oleh orang bukan islam yang mana terdapat ramai penduduk islam didalamnya,kita hidup dalam keadaan menderita, miskin dan sering berlaku percakaran. Apakah ini yang kita mahu? Contohnya kehidupan masyarakat islam di Thailand, Filipina, Burma, Cambodia dan lain lain negara yang diperintah oleh orang Islam apajadi kepada rakyat yang menganut agama Islam? kenyataan ini bukanlah berunsur rasis tetapi inilah realiti yang perlu diterima oleh orang Melayu. Apakah kita mahu menjadi seperti Melayu Singapura.

Org Melayu adalah 'host society' dalam negara ini. Kita menjadi bangsa utama dan semakin kuat sejak kita mencapai kemerdekaan. UMNO merupakan tunjang kekuatan bangsa melayu dan islam. Kita telah berjaya mendidik dan menyekolahkan hampir semua generasi muda termasuk pemimpin yang menyertai pakatan rakyat.

Hasilnya, kita telah berjaya membina ilmu dalam diri mereka dan mereka menjadi insan yang hebat dalam dunia hari ini. Namun ikatan antara kita semakin longgar apabila ramai insan yang berilmu berjaya kita lahirkan cuba membawa perubahan kepada sistem pemerintahan baharu iaitu kesamarataan. Ukhuwwah antara kita semacam amat susah untuk disatukan.

Kalau budaya ini terus bersemai dalam diri orang melayu, tidak mustahil bangsa kita akan berpecah dan tersungkur dalam perjalanan menuju puncak. Dalam dunia politik hari ini, parti mana yang menjadi sandaran orang melayu selain dari UMNO.

Adakah melayu akan hebat dengan memilih PKR dan adakah PKR akan menang majoriti dalam pilihanraya akan datang?. Adakah melayu akan hebat dengan memilih PAS dan adakah PAS akan menjadi peneraju kepimpinan negara selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pertanyaan ini mesti kita jawab sebelum kita memberi sokongan dalam pilihanraya tersebut. Kita jangan lupa kepada DAP, parti yang sangat dominan dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak dapat menduga parti mana yang akan mendominasi Pakatan Rakyat ini.

Namun , Dalam Barisan Nasional, jelas UMNO lah yang mendominasi pakatan ini. Walaupun UMNO memperjuangkan nasib bangsa melayu, namun keperluan bangsa bangsa lain terus dimantapkan. Oleh sebab itulah bangsa bangsa lain terus berjaya terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan sehingga mengatasi kejayaan orang orang melayu.

Inilah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Kita bukan parti yang mengamalkan semangat perkauman yang sempit.

Kita masih ada masa. Fikirkan lah. Bagaimana kalau melayu hilang kuasa dinegara sendiri? Adakah kita boleh mampu hidup seperti sekarang?

PROGRAM TURUN PADANG YB DATO HAMIDAH OSMAN ADUN SG RAPAT


Pada hari ini 29 Dis 2010 YB Dato Hamidah Adun Sungai Rapat telah meluangkan masa turun padang, kali ini Kampung Seri Rahmat menjadi destinasi beliau.
Hampir 3 jam YB Dato Hamidah melawat kawasan Kg Seri Rahmat dengan tujuan bagi meninjau permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Kg Seri Rahmat.

YB Dato Hamidah Osman telah berkunjung sebuah rumah yang beralamat no. 88, Alor rindu 9 , Kg Tersusun Seri Rahmat yang didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai pelbagai masalah. Kerluarga tersebut mempunyai anak seramai 11 orang, 3 daripadanya tidak dapat ke Sekolah kerana kemiskinan.

Apabila diselidik keluarga Badrul Hisham 46 tahun sebenarnya baru pindah dari Seri Iskandar dan seterusnya menyewa di rumah tersebut di Kg Seri Rahmat. Badrul hanya bekerja sebagai pencari besi buruk dan kertas surat khabar lama untuk menampung hidup mereka sekeluarga. perndapatan sehari dianggarkan RM30 sahaja. Walau bagaimana pun begitu YB Dato Hamidah akan berusaha membantu  kerana keluarga ini sudah berada dalam kawasan yang diwakili oleh beliau.
YB Dato Hamidah sedang menemubual keluarga yang mengalami masalah

Beberapa bantuan yang bakal diberikan adalah bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bantuan persekolahan, bantuan dari mayang dan bantuan dari YB Dato Hamidah sendiri iaitu wang tunai untuk pembayaran yuran persekolahan nanti.
YB Dato Hamidah bersama Ketua kampung Seri Rahmat
Turut hadir Pengerusi Ketua Kampung Dun Sg Rapat En Alang dan Ketua Kampung Seri Rahmat En Sapori, Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat En Abd Malik.

Kalau Nik Aziz Ni Meninggal, Nik Aziz Lain Pula Yang Akan Mengamuk!


Difahamkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengamuk sakan apabila ada ura-ura mengatakan dia meninggal dunia.

Nik Aziz meminta kepada yang memfitnahnyasupaya  meminta maaf kepadanya jika tidak  dia tidak mengampunkan mereka yang terlibat di akhirat.

Astagfirullah, Nik Aziz ni tau tak apa yang dia cakapkan ni?

Sebenarnya cerita dia meninggal dunia ni dah lama, kira-kira dua tahun lepas kita dah dengar, tetapi yang diperkatakan itu bukan Datuk Nik Aziz, tetapi seorang pekerja kilang yang juga bernama Nik Aziz Nik Mat.

Pekerja kilang tersebut serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut.

Sebab tu saya hairan mengapa Datuk Nik Aziz pula yang melompat macam beruk kena belacan sedangkan yang meninggal itu orang lain.

Setakat nama Nik Aziz Nik Mat tu, berlambak dalam Malaysia ni yang ada nama macam tu.

Lainlah kalau nama Hitler ke, Yamashita ke, itu memang jarang.

Lagi satu saya cukup menyampah dengan ‘kegemaran’ beliau yang cepat betul menganggap orang lain berdosa atau salah.

Kononnya si polan itu berdosa, si polan ini akan dilaknat, si polan tersebut akan mendapat bala dan macam-macam lagilah.

Soalnya, dia tu sendiri maksum sangat ke???

Nik Aziz sepatutnya tengok kat cermin dulu.

Tidakkah dia merasa berdosa kerana menanam racun kebencian yang meluap terhadap pucuk pimpinan negara .

Paling zalim lagi, tidakkah dia merasa berdosa apabila benih-benih kebencian ini ditabur sejak anak-anak di peringkat prasekolah lagi. Kemudiannya, dipupuk dan dibaja sehingga mereka menjangkau ke beberapa pusat pengajian tinggi tanah air dan luar negara.

Pemimpin-pemimpin kerajaan yang ada adalah manusia biasa, bukan malaikat. Tentu ada sedikit sebanyak salah silapnya.

Tetapi mewarnakan apa yang dirancang dan disempurnakan oleh pihak kerajaan bagi kepentingan rakyat tidak betul semuanya adalah tidak adil dan zalim.

Rata-rata isu yang dibangkitkan adalah agama. Hujah-hujah yang dibawa semuanya enak didengar kerana ia dibalut dengan ayat-ayat al-Quran. Tetapi maksud sebenarnya adalah batil belaka. Malangnya sebilangan orang awam tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil.

Seruan agar Nik Aziz supaya bertaubat adalah wajar, kerana fatwanya yang mendakwa Allah maha samseng, maha jahat dan maha gedeber adalah bercanggah dengan Ahli Sunah Waljamaah.

Sesungguhnya Nik Aziz sudah berdosa besar atas dakwaan itu, kerana menyamakan sifat buruk manusia dengan Allah.

Nik Aziz yang telah membuat kesalahan besar dalam akidah Islam itu sebenarnya yang perlu kembali ke pangkal jalan.

Sumber: Malaysia Instinct

Tuesday, December 28, 2010

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri :ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San pertikai calon yang diperkenan Tuanku


ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berpendapat perlantikan itu boleh dipertikaikan kerana kuasa penuh perlantikan hanya oleh kerajaan negeri sahaja.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini.

Lau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa istana telah memperkenan pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.
Katanya lagi hanya kerajaan negeri sahaja berhak keatas perlantikan apa-apa jawatan yang berkaitan dengan Negeri Selangor
Ini bermakna Lau tidak berpuashati dengan calon perkenan tuanku

UMNO Labis kemuka senarai calon tanding DUN Tenang


UMNO Labis sudah mengemukakan cadangan beberapa nama calon untuk dipilih bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil 30 Januari ini.

Nama-nama tersebut telah disenaraikan dan telah diterima oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan beliau mengesahkan beliau sudah menerima senarai calon itu, tetapi enggan menyatakan nama itu.
UMNO Bahagian Labis diminta memberikan cadangan nama-nama kepada UMNO Johor dan UMNO Labis sudah membuat cadangan beberapa nama di kalangan pimpinan bahagian,

Terdahulu Pergerakan Wanita Umno Malaysia telah membuat mesyuarat penyelarasan bagi menggerakkan wanita untuk kempen Dun Tenang .

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian Sulaiman, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lalu.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani berkata, beliau akan mengemukakan senarai cadangan nama calon DUN Tenang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN untuk dipertimbangkan.

"Nama calon itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon. Saya yakin setiap ahli UMNO di Labis akan memberi sokongan kepada calon yang dikemukakan," katanya.
Abdul Ghani berkata, pihaknya juga akan menggerakkan semua 26 bahagian BN di negeri ini termasuk 50 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 25 Ahli Parlimen untuk membantu jentera pilihan raya kecil.

Beliau yakin BN boleh mempertahankan kerusi DUN Tenang dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan jumlah majoriti undi.

ADUN TURUN PADANG


YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat telah meluangkan masa hampir 4 jam turun padang melawat Kampung Sungai Rokam dan Taman Razaki bagi meninjau perkembangan projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Kampung Sungai Rokam dan Taman Razaki adalah termasuk didalam Dun Sungai Rapat.

Antara projek-projek yang sedang dan telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh ialah:

  1. Menaikkan taraf jalan dari Taman Razaki hingga ke Kampung Sungai Rokam
  2. Membina 'Jogging Track' di kampung Sungai Rokam
  3. Membina Benteng penahan banjir 
  4. Kerja-kerja menurap jalan disekitar kawasan Taman Razaki
Anggaran kos membina dan menaikkan taraf bagi keseluruhan projek itu adalah sejumlah RM3 Juta

Lawatan YB Dato Hamidah ini adalah susulan lawatan beliau pada bulan Jun yang lepas dan kini projek-projek yang diperlukan oleh penduduk Kampung Sungai Rokam dan Taman Razaki telah pun terlaksana. Manakala benteng penahan banjir dibuat berdasarkan lawatan YB Dato Hamidah pada 18 Nov 2010, pada ketika itu banjir melanda di beberapa buah rumah di kawasan Kampung Sungai Rokam.
Lawatan YB Dato Hamidah pada 18 Nov 2010

Semakin ramai berani mengaku terlibat seks songsang seolah trend baru



Budaya seks songsang merupakan satu ancaman kepada negara dan tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkannya daripada terus berkembang menjadi penyakit kronik kepada masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kegiatan itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada negara malah turut memberi kesan negatif kepada pembangunan sosial masyarakat.

Katanya, semakin ramai yang berani membuat pengakuan terlibat dengan kegiatan seks songsang itu secara terbuka seperti menerusi dalam talian dan ia merupakan perkembangan yang sangat tidak sihat.

Setakat maklumat yang di perolehi sehingga kini, golongan yang terjebak dengan kegiatan seks songsang semakin bertambah luas sehinggakan ada di kalangan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) juga terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini seolah-oleh sudah menjadi satu trend baru masakini.

Oleh itu, Jakim seharusnya mengambi tindakan lebih agresif agar setiap jabatan agama Islam negeri membuat pemantauan dan pemeriksaan awal bagi mencegah penularan budaya tidak sihat itu di negara ini.

Monday, December 27, 2010

Waspada Taktik Terakhir Pembangkang Main Isu Perkauman Tagih Undi Di Tenang



Pembangkang dijangka menggunakan taktik kotor terutama pada saat-saat akhir menjelang pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti, termasuk memainkan isu perkauman bagi memecahkan undi pengundi di kawasan itu.

Teringat kita pada PRU 2008 hanya tinggal sehari dua untuk buang undi, sebuah kuil di Negeri Sembilan telah dirobohkan kononnya atas arahan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, sebenarnya beliau tidak pernah pun mengeluarkan arahan itu. Isu ini telah didalangi oleh pembangkang.

Malangnya majoriti kaum India percaya dengan tuduhan itu.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya selama dua penggal daripada BN, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur pada 17 Dis lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Jan tahun depan sebagai hari penamaan calon manakala 30 Jan ialah hari pengundian.

Jika dilihat politik pembangkang ini cukup tidak sihat, politik pecah belah antara masyarakat majmuk dan sebenarnya menimbulkan kebencian antara rakyat Malaysia sebab itu mereka mengharamkan logo 1Malaysia di Selangor.

Mereka sangat takut dengan gagasan 1Malaysia dan sudah nampak tujuan mereka untuk pecah-belahkan masyarakat majmuk negara ini

Sementara itu Ketua MIC Negeri Sembilan Datuk V.S Mogan menasihatkan kaum India berhati-hati dengan sebarang isu yang cuba melibatkan sensitiviti kaum itu.

“Rujuklah kepada pemimpin atau pihak kerajaan untuk mengetahui perkara sebenar. Jangan mudah biarkan diri kita terhasut.

“Kerajaan bukan suka-suka hati untuk merobohkan tempat ibadat mana-mana kaum pun kecuali selepas melalui proses perbincangan dan perundangan,” katanya.

JOM KITA PERGI PERAK FOOD FEST DI STADIUM INDERA MULIA IPOH

Perak Food Fest telah diadakan di perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh Perak bermula dari 26 Dis 2010 hingga 31 Dis 2010. Perak Food Fest diadakan adalah untuk mempromosikan makanan dalam negeri Perak seperti laksa, mee rebus, Char Ko Teow dan berbagai lagi aneka jenis makanan yang di promosikan. Turut diadakan juga gerai-gerai menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian , makanan dan demontrasi perubatan tradisional.

Dalam Perak Food Fest juga turut diadakan pertandingan makanan tradisional samabil diadili oleh chef terkenal dari Ipoh. Pada malamnya turut juga diadakan pertandingan karaoke dan persembahan dari artis terkenal


YB Dato Hamidah Osman Exco Kanan Kerajaan negeri Perak sudi merasmikan Perak Food Fest ini. Dalam ucapan perasmian beliau menjemput seluruh rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya hadir ke Perak Food Fest kerana di sinilah semua makanan yang terkenal dalam negeri Perak akan dihidangkan di Perak Food Fest.

Beliau berharap Perak food Fest dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri Perak. YB Dato Hamidah turut meninjau gerai-gerai yang menyertai Perak Food Fest

Kepada semua rakyat Perak moh kite ke Perak Food Fest di Perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh