Blog penyokong parti PAS sudah nampak ada dua kumpulan iaitu satu kumpulan penyokong Haji Hadi yang mengamalkan Islam secara total dan satu blogger lagi penyokong kuat Nik Aziz mengamalkan Islam secara liberal. Blog penyokong Haji Hadi dilihat lebih mengambil sikap berhati-hati apabila menulis kerana mereka benar-benar mengamalkan Islam secara keseluruhan iaitu tahu dosa dan pahala, haram dan halal tetapi bagi penyokong kuat Nik Aziz mereka akan kata apa dan buat apa saja walaupun mencarut, memaki, menghina, memfitnah dan memburukkan seseorang demi mempertahankan Nik Aziz
Kebanyakan Blogger penyokong Haji Hadi adalah tergolong dari ulamak, cendiakawan Islam yang sudah lama bertapak dalam PAS sejak dari dulu lagi. Manakala penyokong Nik Aziz pula adalah puak-puak yang juga penyokong kuat Anuar Ibrahim dan mereka ini tidak kira haram atau halal mereka main belasah sahaja.
Sebab itu bila kita lihat banyak fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz bercanggah dengan Islam tetapi kumpulan yang menyokong Haji Hadi sukar untuk menegur kerana satu pantangnya Nik Aziz ini adalah menegurnya dalam bidang agama kerana Nik Aziz anggap dalam PAS semuanya bodoh kecuali dirinya. Oleh itu jangan pertikai apa-apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz dan ikut saja.
Tidak hairanlah lahirnya Cikgu Rahim yang sanggup mati demi mempertahankan Karpal Singh yang terang-terang menolak negara Islam dan hukum hudud kerana sememangnya itulah amalan mereka iaitu Islam Liberal.
Yang lebih menarik lagi Nik Aziz hanya akan mendengar nasihat Anuar Ibrahim sahaja dalam apa saja segi malah segi agama pun Nik Aziz meminta nasihat dari Anuar Ibrahim. Nik Aziz sanggup memaki hamun , mencerca, memfitnah seseorang demi Anuar Ibrahim.
Sedar atau tidak kini Haji hari selaku presiden PAS sudah lama membisu sejak Anuar Ibrahim keluar dari penjara atas Ikhsan Tun Abdullah.
Sedar atau tidak Nasharuddin Mat Isa terpaksa melalui detik hitam dimaki dan dicerca oleh Nik Aziz semata-mata kerana Nasha cuba berunding bagi menyatukan Islam di Malaysia
Sedar atau tidak Dr. Haron Din sudah lama menyepi sejak mendapat amaran dari Nik aziz dalam isu nama Allah
Sedar atau tidak PAS sekarang ini adalah dalam cengkaman Nik Aziz seterusnya menghadapi bahaya yang amat dashyat kerana Anuar Ibrahim dan DAP berjaya mempergunakan Nik Aziz dan seterusnya PAS
Ramai ulamak yang ingin keluar dari PAS termasuk Dr. Haron Din dan Dr. hassan Ali tetapi mereka telah diugut dengan berbagai-bagai kerana PAS pernah membantu Dr. Haron Din keluar dari Kemelut muflis
Jadi tidak hairan jika sekarang teserlah beberapa blog sudah dikenalpasti penyokong kuat Nik Aziz sanggup menjatuhkan Haji Hadi & the gang.
Kemana akhirnya PAS yang dikatan parti Islam jika inilah hakikatnya?
Category:
POST COMMENT
1 comments:
maaf minta di link kan, rapat setia nak sama otak dengan kami, he he he . Thank
Salam Dato Hamidah. Salam Dato Yusuf Kassim, kalau dia ada.
eekaa @eekaawordpresscom
Post a Comment