Wednesday, February 2, 2011

Gempar!!! Imam Zul orang kuat Nizar di Taman Song Choon tidak mahu uruskan jenazah Mualaf

Imam Zul di sebelah kanan 

Zulkifli Bin Tapison atau lebih dikenali dengan Imam Zul  orang kuat Nizar dikatakan tidak mahu menguruskan jenazah seorang mualaf yang bernama Sathya Moorty A/L Subramaniam atau nama Islamnya Mohd Firdaus Moorthy Bin Abdullah no kad pengenalan 750228 - 08 - 5497.

Pengesahan status dari jabatan Agama Islam Perak

Difahamkan Mohd Firdaus meninggal dunia dalam satu tragedi kemalangan jalanraya di Ipoh. Menurut seorang penduduk di Taman Song Choon yang tidak mahu dikenali, semasa jenazah Mohd Firdaus berada di Jabatan Forensik Hospital Ipoh,  waris terdekat telah dihubungi bagi menuntut jenazah itu, apabila pengurus jabatan Forensik Hospital Ipoh mengesyaki  Mohd Firdaus adalah Islam dari kad pengenalannya, lalu pihak jabatan menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri Perak bagi mengesahkan status keislaman Mohd Firdaus. Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah mengeluarkan surat di atas bagi mengesahkan status keislamannya seperti di atas.


Jabatan Agama Islam kemudianya mengarahkan Jabatan Forensik menghantar jenazah ke rumah waris Mohd Firdaus di N0. 10 Lorong 11 Taman Song Choon bagi memberi keadilan kepada keluarga asal Mohd Firdaus melihat buat kali terakhir.

Apabila mengetahui Jenazah Mohd Firdaus telah dihantar ke rumah keluarga asalnya yang masih beragama Hindu, penduduk yang tidak mahu dikenali ini segera menghubungi saudara Zulkifli Tapison atau imam Zul bagi menguruskan jenazah berkenaan yang berada di rumah keluarga asalnya. Difahamkan Imam Zul dan beberapa AJK surau yang terkenal kubu kuat Pas telah pergi ke rumah Mohd Firdaus, malangnya jawapan dari Imam Zul adalah "dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana keluarga asal Mohd Firdaus telah membuat  upacara agama asalnya".

Akibat tidak puashati, individu ini telah menelefon Jabatan Agama Islam Perak bagi memaklumkan bahawa Imam Zul tidak mahu menguruskan jenazah itu. Kemudian Jabatan Agama Islam negeri Perak mengarahkan jenazah Mohd Firdaus dihantar semula ke Jabatan Forensik bagi dikafankan secara Islam. Setelah jenazah dimandi, dikafankan dan disembahyangkan  mengikut Islam oleh rumah mayat  jenazah itu kemudiannya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sungai Rapat selepas waktu zohor pada 01 Feb 2011.

Apa yang saya hendak nyatakan di sini adalah sikap sebagai Imam Zulkifli yang sering berceramah bersama DS Nizar di pentas PAS tentang Islam, tentang kehebatan Pas menerajui Islam tetapi sebenarnya  mereka  langsung tidak bertanggungjawab dalam hal-hal  yang berkaitan dengan fardu Kifayah. Apa guna sebagai imam perkara sedemikian pun dibuat mudah seolah-olah mereka tidak bertanggungjawab terhadap seorang mualaf yang bernama Mohd Firdaus yang telah dibuang oleh keluarga akibat memeluk agama Islam.

Saya juga tidak menyalahkan keluarga asal Mohd Firdaus, pada mereka oleh kerana orang Islam sudah tidak mahu mengambil tahu jenazah itu maka mereka lakukan upacara mengikut cara keagamaan mereka.

Kalau inilah keadaannya, apakah akan ada lagi orang yang beragama lain akan memeluk agama Islam? setelah melihat senario kes Mohd Fidaus ini. Mereka memandang Islam mengabaikan seorang mualaf yang telah dibuang keluarga dan akhirnya membiarkan tanpa menguruskan jenazah itu.

Inikah matlamat Pas yang dikatakan berjaya mentarbiah pemimpin DAP agar mereka mendekati dan  memeluk agama Islam. Inikah tahap kepimpinan Pas yang ada?

Saya berpendapat jika ini berlaku dalam PAS, jangan haraplah pemimpin DAP untuk memeluk agama Islam, Ingat pemimpin DAP bodoh ke? macam Pas. Walaupun Pas mencium kaki mereka pun, sedikit pun mereka tidak rasa untuk memeluk agama Islam.

Difahamkan juga papan kenyataan Surau Taman Song Choon penuh dengan gambar Nik Aziz dan Nizar Jamaluddin. Mungkin AJK surau ini masih mengiktiraf Nizar sebagai Menteri Besar mereka.

28 comments:

CUCU TOK WAN said...

Salam

mohon diizinkan untuk isu ini ditimbulkan dalam The Flying Kick...

Terima kasih

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Salam Flying Kick,
Mohon hebahkan

wazahu said...

BILA KUASA JADI MATLAMAT, AGAMA PASTI AKAN JADI ALAT UNTUK PAS

Lintau Perak said...

Mohon izin entry ini disebar dalam Lintau Perak

abuarif said...

BERTOPENGKAN ISLAM UTK KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI,NIZAR "PENGKHIANAT BANGSA dan ISLAM",,,,,,Kuda tunggangan DAP

Anonymous said...

Kalau kita baca artikel tersebut di dapati beberapa perkara yg perlu di analisa...1)keluarga simati tidak membenarkan diurus secara Islam....2)Berlaku silap faham iaitu keluarga si mati masih menanggap simati bukan berugama Islam...3)Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengesahkan status ugama simati....Jadi tindakan Imam Zul adalah sah di sisi undang undang dan syarak..iaitu beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan status ugama serta tindakan yg seterusnya........jadi janganlah kita mempolitikan segala benda terutama tentang kematian kerana ianya melibatkan perasaan walaupun bukan orang Islam....Berpijaklah di bumi nyata.

Anonymous said...

salah faham ni..saya org kg melayu sungai rapat,biasa diimamkan oleh imam zul semasa solat kat majid kg melayu..bagi saya ini salah faham,sebab dari keperibadian imam zul tak mungkin dia membiarkan seorang mualaf diperlaku kan macam tu..sebab dalam kes macam ni,xkan la imam zul sesuka hati nak ambil dan uruskan jenazah tersebut sedangkan masa tu jenazah tu berada di rumah ibu bapa nya..mesti jadi kecohkan??perkara macam ni kena diselesaikan oleh pihak yang berkenaan,baru imam zul boleh uruskan semuanya..kalau kita di tempat imam zul agaknya macam mana?jangan dipolitikkan isu ni,kerana ini kesilapan teknikal..apa yang saya tau,imam zul seorang yang tenang dan mudah dibawa berbincang..bukan nak back up,tapi saya sebagai anak kg melayu sungai rapat meminta jangan lah sesama islam kita berpecah..tentang dokumentasi tersebut di atas,eloklah kita berbincang sama2 dan elakkan terjadi di kemudian hari..wallahu alam..

AL-ZARQAWI said...

MASALAHNYA KENAPA IMAM ZUL TIDAK BERUSAHA BERURUSAN DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK UNTUK KENAL PASTI STATUS SI MATI ?
KENAPA TERUS KATAKAN TAK BOLEH BUAT APA SEBAB KELUARGANYA DAH URUSKAN MAYATNYA SECARA HINDU ?

SAYA DAPAT MERASA ADA FAKTOR KEPENTINGAN POLITIK YG DISEBALIK ISU INI . HENDAK URUSKAN ATAU TIDAK MAYAT SI MATI MEMANG HAK IMAM ZUL TETAPI KITA TIDAK BOLEH LARI DARI MELIHAT KEDAYUSAN SETENGAH PIHAK DLM URUSAN AGAMA. TERUTAMANYA APABILA ADA KAITAN DENGAN BUKAN ISLAM. JANGAN KERANA KETAGIH UNDI BUKAN ISLAM KITA JADI DAYUS. INI NASIHAT UNTUK PAS DAN JUGA UMNO.

Anonymous said...

Urus bukan bermakna mahu selesaikan masalah tetapi bukan mahu timbulkan kekecohan. Di sinilah perlulanya kekuatan akal bersalut diplomasi tetapi bukan kekuatan ala berkempen untuk menguruskannya.

Urus maknanya selesaikanlah semuanya sekali dari a-z. Apa pun fikirkanlah sejenak dan cuba bandingkan urusan orang mati muslim dan bukan muslim dan buatlah kesimpulan pihak mana yang lebih prihatin, cekap dan profesional.

Fikir-Fikirkan

Anonymous said...

Ini bukan soal politik atau berkempen tetapi ini soal menguruskan jenazah seorang mualaf. Siapa lagi harus dipertanggungjawabkan jika bukan Imam surau Al-Falah. Orang lain mungkin hanya mampu menjadi pengikut, yang boleh buat keputusan hanyalah imam surau Al-falah. Jika imam kata biarkanlah so kita pun biarkanlah. Apa pun Majlis Agama Islam Perak wajar dipersalahkan kerana tidak memantau surau Al-Falah.

ntahla said...

laaaaaaaa.... kan ke surat pengesahan memeluk islam tu dah dikeluarkan sebelum zul tu datang...

Anonymous said...

aduhh... rosak Islam PAS nih...

Anonymous said...

kahkahkah....

Jabatan Agama Islam kemudianya mengarahkan Jabatan Forensik menghantar jenazah ke rumah waris Mohd Firdaus di N0. 10 Lorong 11 Taman Song Choon bagi memberi keadilan kepada keluarga asal Mohd Firdaus melihat buat kali terakhir.

kahkahkahakkah.....bodo ke hape ni?..pastu nak salahkan orang lain...

Anonymous said...

kesian.gila kuasa ghupenyerrr...

Anonymous said...

Kan Jabatan Agama Islam Perak dah keluarkan surat pengesahan keislaman. Apa nak di pertekaikan lagi.

Anonymous said...

Kalau Ustaz Zul nampak ada usha utk uruskan jenazah tu,
org takkan sewenang2nya pertikaikan dia. Inilah mentaliti
lemah puak PAS, ambik sikap sambil lewa, takpe, takpe.
Mcm ni ke nak perintah negara?

Ust Kama said...

Tindakan imam Zul benar...itu sudah jadi bidang kuasa pihak berkuasa agama.

Anonymous said...

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.108223845928190.17396.100002217256806
Check wall photo geng PAS ni. Apa nak jadi, lucah je tuduh UMNO, tak ada bukti pun....diorang buat halal pulak?

Anonymous said...

ntah2 imam hafal ayat je kot... apa yg dibaca dia pun xtau.... doa yg dibacanya pun...rasanya hafal je kot.. xtau apa yg didoakan

Anonymous said...

boleh kata semua masjid dan surau ni orang pas yg conquer, orang criter orang2 pas ni kuat2 pegangan dan ilmu agamanya tapi yang herannya apsal makin lama makin kurang orang nak ke masjid dgn surau... mgknkah tuhan nak menyelamatkan orang ramai daripada terpengaruh dengan ideologi pas ni.... ce kita try tukar plak orang umno conquer masjid dgn surau... mana le tau boleh berubah dari keadaan skarang ni... kita tukar suka sama suka... saje2 try... kalau nk nampak ganas skit try buat macam BERSIH.. kumpul penduduk ikut kariah masjid.. jgn lupa bawak mercun dan ridsect plak.. xcool le plak masa berdemo nanti...

tapi klu kita buat kat kelantan, kedah dn penang lagi ok kot... kita suruh ambiga berdemo mintak tuntutan bersih pd kerajaan negeri sebab sana dorang yg conquer

Kg Rapat Mari.. said...

Itu Fardu Kifayah..Imam Umno Mana.muntahkedarah elaun aje ke..atau mereka memang tak tahu dak uruskan..sebab org umno kat mana-mana pun kalau ziarah orang mati,duduk kat bawah pokok,hisap rokok dan gelak ketawa mcm tak mampousss,pimpinan pulak tu..Haram Jadah Umno..

mae1000 said...

Telah banyak bukti yang menunjukkan ahli-ahli pas bukanlah tahu sangat hal agama. Kat tempat saya ada sorang pas yang keterampilannya macam pandai agama dan suka cakap pasal agama (+ politik) menggunakan idea sendiri (tanpa menyebut ayat Quran yang mana satu), sentiasa berkopiah, kutuk kerajaan, tapi satu hari bila dia diminta mengetuai acara bacaan tahlil, kerana imam tak dapat datang. dia menolak kerana katanya dia tak tahu, sedangkan umur dia dah 50an.

Lagi pun rata-rata kat kawasan saya, orang-orang pas memang tongong-tongong. Minggu lepas, anak jiran saya terlanggar palang masuk ke kawasan perumahan. Malamnya pukul 12 sorang orang pas bersama 4 pengikutnya membuat bising di rumah bapa budak tersebut dan mengeluarkan kata kasar dan mengancam nak pukul budak tu. Malam tu mak saya dah tidur sampai terbangun kerana suara gertak org pas tu mamang kuat. Sebenarnya org pas tu bukan ahli jawatankuasa perumahan pun, dia dulu cuma tolong dirikan palang tersebut. Tak patut betul dia sebagai ahli parti Islam buat macam itu. Rasanya dia ahli parti islam tapi tak faham islam.

Anonymous said...

Sape kata org pas pandai???sebab terlampau pandai le prinsip perjuangan berubah2...cuba di amati betul2 lihat dgn mata dan hati adakah mereka layak di katakan pejuang islam???dan layak untuk mengambil PUTRAJAYA setrusnya memerentah negara????

Percayalah tuhan takkan izinkan...simpang malaikat 44.....
dgn Ir Nizar penghkhianat org melayu...Nik Aziz Munafik...Mat Sabun...Hj Hdi Awang yg tiada pendirian....inikah manusia yg di harapkan.......????

Anonymous said...

Sebenarnya Iman Zul double standard bila dah terjadi macam ini mulalah tuduh Jabatan Islam Perak salahlah, jabatan forensik salahlah, nak jaga hati oranglah.

Ini semua Imam cari makan bukan pasal keiklasan.

skinhead said...

kepada anda semua yg tulis komen: Anda tidak berada di tempat kejadian, anda tidak tahu apa yg sebenarnya berlaku. Jangan cepat menyalahkan Imam Zul, Jab. Agama atau mana-mana pihak hanya berdasarkan cerita yang ditulis. Dapatkan kisah yang sebenar supaya anda tidak menjadi orang yg memanjangkan fitnah dan dusta.

Anonymous said...

Nizar TokPekKong sepupu dgn ngeh Nga..so apa nak heran..orang seri Manjund dah reject nizar TPK...cima puak2 pas yg masih perasan.

Anonymous said...

ni imam pokemak namanya...

tokmudim said...

bro..bab urus jenazah ni org pas aje ke yg kena buat....umno upco x boleh ke?

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.