Wednesday, March 30, 2011

Jom Lihat Diari YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat setiap Hari Ahad


Orang lain berada di rumah bersama keluarga melayan anak-anak atau membeli-belah di pasaraya tetapi hari Ahad pada YB Dato Hamidah merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk beliau turun padang melihat sendiri permasalahan penduduk. Seperti biasa mengikut rutin mingguan YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat walau macam mana sibuk sekali pun beliau akan tetap turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk dikawasan yang diwakilinya.
Yb Dato Hamidah memang disukai oleh penduduk Ara Payung
Pada hari Ahad yang lalu Sungai rapat Online berpeluang mengikuti bersama rombongan YB Dato Hamidah turun padang kali ini bermula di Kampung Ara Payung iaitu menghadiri program Maulidurrasul di kampung tersebut, selepas beliau memberi ucapan beliau sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sambil memberi sedikit sumbangan peribadi kepada Ketua Kampung.

Udah lama tak jumpa begitulah!
Selepas itu kami terus ke Kampung Pisang (bukan zombi kampung pisang) berdekatan dengan Pekan Batu Gajah. Di sana kami dibawa oleh Ketua Kampung Pisang terus ke rumahnya. Di rumah Ketua Kampung Pisang beberapa wartawan sedang menunggu kami dan YB Dato mempelawa wartawan duduk dan minum dengan nya sekali umpama kawan-kawan.

Cukup mesra dengan kanak-kanak
Tujuan ke rumah Ketua Kampung Pisang ini adalah untuk menyerahkan cek skim Insuran takaful kepada penerimanya iaitu penduduk kampung Pisang. Selesai membuat temuramah wartawan Yb Dato terus ke Kampung Tersusun jalan Gopeng iaitu menghadiri program Maulidurrasul. YB Dato diberi peluang berucap lebihkurang 15 minit kemudian YB bersalam dengan para hadirin. Lebih kurang 45 minit YB Dato minta diri untuk hadir ke majlis lain pula.

Bersama wartawan di rumah Ketua Kampung Pisang


Menyerahkan cek khairat kematian
Kami singgah pula di Dewan Kampung Changkat Larang, di sini YB Dato merasmikan mesyuarat Agong Umno Cawangan Changkat Larang. Saya lihat masyarakat di sini begitu aktif berpersatuan tanpa mengira waktu. Mereka dilihat bersatu dalam apa jua keputusan sebab itulah ramai yang hadir mesyuarat tersebut. Hampir 1jam lebih YB Dato masih berada di Dewan Kampung Changkat Larang telefon berdering meminta YB Dato datang dalam program kemasyarakat di masjid Pengkalan Pegoh.
Berucap semasa mesyuarat Agong Umno Cawangan Changkat Larang
YB Dato pun bergegas dengan segera ke Masjid Pengkalan pegoh kerana hari dah hampir masuk waktu zohor sesampainya di Masjid pengkalan Pegoh saya lihat ramai penduduk sedang berdailog dengan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh perak. Program ini adalah umtuk memberi pengetahuan tentang selok belok undang-undag syariah kepada penduduk. tapi sayangnya kehadiran agak kurang memberansangkan.
Berucap dalam majlis dialog dengan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

Antara yang hadir dalam majlis dialog
Sepatutnya semua penduduk perlu hadir kerana penerangan dari Hakim mahkamah Tinggi Syariah bukan senang nak dengar. Kemudian kita diberi peluang untuk berdailog secara spontan dengan Yang Arif. Apabila selesai dialog YB Dato diberi peluang berucap kepada peserta. YB Dato berkata program ini akan diadakan di setiap masjid dalam Dun Sungai Rapat agar penduduk boleh mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dalam undang-undang syariah. Hampir dua jam YB Dato berada di Masjid Pengkalan Pegoh kemudian YB Dato bergegas pula ke rumah bekas ahli Umno (Otai Umno) umur 84 tahun. 

Sempat bergambar bersama Otai Umno
Dia menjemput YB Dato keduri di rumahnya juga berdekatan dengan Masjid pengkalan Pegoh. Saya lihat bekas ahli Umno itu agak kenal rapat dengan YB Dato, cara mereka bersembang juga diibaratkan macam keluarga yang cukup mesra. Makanan yang dihidang memang menyelerakan 'selera kampung katakan'. Apa lagi Sungai Rapat Online pun dua kali tambah la. Layanan pun cukup mesra macam dah lama kenal sedangkan SRO kenal pun tidak, itulah yang baiknya orang Pengkalan Pegoh ini. Lebih kurang dua jam YB Dato mohon diri untuk berangkat ke tempat lain pula, kali ini kami ke rumah pemimpin wanita PKR Cabang Gopeng. Tujuan bukanlah berjumpa dengan pemimpin tersebut tetapi YB Dato ke rumah pemimpin wanita PKR sebab bapanya sakit terlantar (Kronik) sedangkan pemimpin wanita PKR yang bernama Zura tidak ambil peduli keadaan bapanya.

Inilah rumah bapa pemimpin wanita PKR Cabang Gopeng

YB Dato bertanya sesuatu dengan Zakaria
Bila kami sampai ke rumah pemimpin wanita PKR tersebut, kami disambut oleh ibunya yang bernama Zuliha Binti Ibrahim  berumur 64 tahun. Suaminya berumur 71 tahun sedang terlantar diatas tilam tanpa boleh menggerakkan badannya. Saya cukup rasa simpati melihat Zakaria Binti pandak Md Din berumur 71 Tahun menangis melihat rombongan kami sampai. YB Dato memberi salam, beliau menjawab salam dengan nada yang cukup perlahan bersama linangan air mata.

Udah 4 petang ada lagi rumah yang belum dilawati!!
Di sinilah saya mula terfikir 'kita yang hidup akan menghadapi juga detik begini tetapi di mana anak-anaknya ketika ini'. Saya bertanya kepada Makcik Zuliha Makcik ada berapa anak? Dia menjawab "sorang je nak oi. yang itulah jantung yang itulah penawar makcik" Saya bertanya lagi dia kat mana sekarang? Mak Cik menjawab "kat rumah dialah" Selalu ke dia balik? saya bertanya lagi umpama polis pula. Jawabnya, "kadang-kadang baliklah"


Bergambar bersama juga Otai Umno
Rupanya anak Mak Cik ini adalah seorang pemimpin Wanita PKR Cabang Gopeng yang cukup aktif berpolitik. Adakah patut membiarkan emaknya yang sudah berumur 64 tahun menjaga bapanya yang berumur 71 tahun? Inilah seorang pemimpin PKR yang tidak boleh dibuat contoh. YB Dato sendiri telah menghubungi Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu Zakaria pandak. Di sini saya cukup tabik pada YB Dato Hamidah kerana beliau tidak bertangguh dalam membuat kerjanya.

Selalunya kita lihat apabila lawatan YB, perkataan "akan" sentiasa bermain dibibir YB. Tetapi bagi YB Dato Hamidah perkataan "akan" tiada dalam kamusnya, selalunya dia akan menjawab "Ya" atau "tidak". Sebelum YB Dato Hamidah meninggalkan rumah Zakaria YB Dato memberi sedikit sumbangan kepada En Zakaria., Berlinanganlah air matanya menerima sumbangan dari YB Dato.
Lagi pesakit kronik yang YB Dato Lawati
Hari dah hampir petang, manakala rutin YB Dato belum habis lagi selepas hampir sejam di rumah pemimpin Wanita PKR Cabang Gopeng YB Dato ke satu lagi rumah otai lama Umno juga yang agak kurang sihat. Di sini YB Dato tidak mengambil masa yang agak lama kerana program rasmi beliau dengan Raja Muda Perak akan bermula di Istana Ipoh.

Maka barulah selesai rutin YB Dato turun padang pada jam lebih kurang pukul 4 petang.  Kalau semua YB berbuat begini Insyaallah aman semua orang kampung. Tapi adakah semua YB melaksanakan tugasnya sebegini. "tepuk dada tanya selera".

Seperti kata YB Dato Hamidah "Saya menjadi YB bukannya disuruh, tetapi saya yang merelakan diri saya, oleh itu saya kenalah bertanggungjawab". Adakah semua YB berfikiran sama dengan YB Dato Hamidah. Agak keletihan juga SRO mengikuti rombongan ini. Banyak ikhtibar yang boleh saya ambil hasil dari lawatan ini. Betapa perlunya bagi penduduk kampung terhadap YB yang perihatin. Hanya YB yang bertanggungjawab sahaja yang mampu melakukan sedemikian rupa. Yang akhiranya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan.

10 comments:

Anonymous said...

Saya tinggal berjiran dengan Makcik Zuliha dan juga penyokong UMNO di Pengkalan Pegoh. Dari pemerhatian saya, anaknya setiap hari datang ke rumah Makcik Zuliha, tidak kira pagi atau petang. Saya merasakan penulis telah menulis perkara yang tidak benar mengenai anak makcik Zuliha. Jika anak nya penyokong pembangkang seperti didakwa, ini boleh menjadi modal mereka untuk memastikan UMNO kalah dalam DUN Sg. Rapat, umumnya dan Pengkalan Pegoh khasnya. Mungkin sesuatu perlu diperbetulkan disini.

Anonymous said...

firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Anonymous said...

Kalo berani pegi bersemuka dengan anak nya....

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Salam Semua

Semua fakta diperolehi dari Mak Cik Zuliha, sedikit pun tidak ditokok tambah, jika benar anaknya har-hari pulang melihat bapanya yang sedang terlantar alhamdulillah, seorang ibu tidak akan berbohong mengenai anaknya, kepada yang mengulas di atas mungkin anda belum pernah sampai ke rumah Mak Cik Zuliha, pergilah lihat dan tanya sendiri kepada Mak Cik Zuliha sendiri baru anda tahu apa sebenarnya berlaku dan tahu siapa sebenarnya perangai anaknya itu.

Berani bersemuka atau tidak itu soal lain, yang pastinya penulis tidak menokok tambah apa yang telah disampaikan kepada penulis.

Ada menjadi kesalahan juga kepada penulis jika apa yang disampaikan kepada penulis oleh Mak Cik Zuliha tidak ditulis dalam blog ini. Itu adalah rintihan seorang ibu

Salah satu tanda seorang anak tergolong sebagai orang yang derhaka kepada ibu bapanya ialah anak yang mengakibatkan kedua ibu bapa mereka menangis disebabkan perbuatan anak yang melukakan hati mereka. Ini jelas sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radiallahuanhuma, beliau berkata maksudnya :

"Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Anonymous said...

salam dato' hamidah.saya bg pihak bapa saya amat kecewa dgn permohonan bapa saya bntuan rm500.00.utk mkluman dato' bapa saya mmbuat permohonan melalui dun kawasan dato'.mohon semakan dato' no.kad pengenalan bapa saya 770906-08-6703.trima ksih.

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Tak perlu kecewa, buat tindakan pergi ke Pejabat Daerah dan buat rayuan semula, bantuan RM500 akan dilanjutkan sehingga 15 Mac 2012

musafirlalu said...

betul ker kamu nih tak kan hukum hakam tolak tepi, anak lelaki mesti mentaati ibubapa mereka sampai mati tetapi kamu kena ingat yang ketaatan anak perempuan bila dah bersuami maka ketaatan kepada suami mengatasi ibubapanya. nak jadi pencacai dengan berita-berita sampah pun agak-agaklah pasal perangai orang umno ni bila bab-bab hukum hakam tolak tepi demi untuk menunjukkan betapa bagusnya yb-yb mereka contohnya macam cik midahlah. Mentang-mentang anak penduduk itu orang kuat pkr, sampai satu bertanya khabar tapi otai umno yang penyakitnya lebih kronik, tak pula duk lama-lama kononnya alasan ada program dengan Raja Muda. dah tahu ada program kenapa tak bahagikan masa duk rumah orang kuat pkr 20 minit dan rumah otai rumah umno 40 minit, baru adil pasal otai tukan banyak jasa dia dengan umno. sebab itulah aku kata berita ini berita sampah yang patut buang kat longkang jer.

Anonymous said...

Masalah banjir di kawasan Sungai Rapat Tambahan tidak pernah selesai. Harap diberi perhatian.

Anonymous said...

...hidup perlu berusaha..tak kira cara apa pun tapi pastikan halal...Usah le di sebabkan permohonan gagal maka itu dijadikan alasan untuk membenci sesaorang yg lain...Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia dari yang menerima...

Anonymous said...

..musafir lalau - Miker cakap ni ada fikir hukum hakam ke idak?!?!?!...Ludah kelangit le miker yop...ludah kelangitt...

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.