Friday, April 22, 2011

Jiran Sepakat Membawa Berkat - YB Dato' Hamidah Osman


"Kekayaan yang kita sama-sama dimiliki dan diwarisi dari nenek moyang kita dari zaman berzaman. Kekayaan yang unik ini sukar di dapati di negara-negara lain di dunia ini iaitu perpaduan" kata YB Dato Hamidah Osman Exco kanan kerajaan negeri Perak semasa merasmikan Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Daerah Kinta.

Keunikan masyarakat Malaysia yang tercinta ini haruslah juga diwariskan secara turuntemurun kepada generasi akan datang supaya ianya akan terus hidup dengan segar buat selama-lamanya.


“Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Inilah kata-kata hikmat yang cuba direalisasikan oleh kawasan Rukun Tetangga RPT Pengkalan Pegoh Seberang hari ini dalam usaha mempupuk dan memantapkan lagi semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat," kata YB Dato Hamidah lagi

Hari ini telah membuktikan kepada kita semua bahawa betapa pentingnya perpaduan yang kuat di dalam sesebuah negara lebih-lebih negara seperti Malaysia yang mempunyai tiga bangsa yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India


Walaupun keamanan hari ini boleh dikatakan sudah mencapai ke satu tahap yang sudah terjamin namun kita tidak boleh sama sekali tinggalkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang secara langsung memberi kesan kepada penduduk kawasan setempat.

Jadi biarlah keamanan hari ini sentiasa berterusan dengan sokongan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang boleh mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Bagi saya peranan yang telah dan sedang dimainkan oleh kawasan-kawasan Rukun Tetangga patut diberi pujian kerana selain melaksanakan aktiviti kejiranan dan perpaduan, Rukun Tetangga tetap bersama-sama Kerajaan dalam menangani masalah gejala sosial dan sebagainya. Dalam hubungan ini saya menyeru supaya Rukun Tetangga memainkan peranan yang penting kerana Rukun Tetangga kini, seperti saya difahamkan, mempunyai beberapa cawangan utama. Seperti jiran wanita, jiran muda dan jiran usia emas, kata YB Dato Hamidah.


Meskipun kita sedang sibuk berlumba menguasai kecanggihan Teknologi Maklumat dan yang hangat diperkatakan sekarang iaitu Globalisasi atau dunia tanpa sempadan, kita tidak semestinya melupakan ancaman gejala sosial yang terus merebak dengan pantasnya tanpa mengira masa dan waktu terutamanya di kalangan remaja yang ada pada hari ini. 

Sudah tentunya juga kita tidak mahu gejala sosial yang merupakan salah satu cabaran utama kepada negara terus diperkatakan dan terus merebak dengan pantasnya tanpa mengira masa dan waktu terutamanya di kalangan remaja yang ada pada hari ini. 

Kita juga  tidak mahu golongan remaja terus dibelenggu dengan masalah-masalah sosial yang sentiasa menjelma dan malah berubah-ubah mengikuti peredaran zaman tanpa satu penyelesaian yang berkesan dan bijak. Biarlah pembangunan ekonomi dan teknologi seimbang dengan pembangunan rohaniah dan moral yang tinggi di kalangan belia dan belia wanis kita.

Masyarakat perlulah melipat gandakan usaha dengan mengadakan program-program bercorak keilmuan dan kerohanian bagi membantu anak-anak kita ini, kerana inilah pewaris kepimpinan negara kita di masa depan. Golongan ini sentiasa perlu diawasi dan diberi tunjuk ajar agar tidak tersasar daripada landasan sebenar.

Saya juga berpendapat bahawa program seperti silat dan seumpama ini adalah satu program yang boleh dilaksanakan dalam usaha untuk menjauhkan golongan remaja daripada perkara–perkara yang negatif. Malah program seumpama ini juga dapat memupuk semangat perpaduan melalui kesenian dan kebudayaan.

Saya juga berharap kepada semua ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga, sebagai pemimpin di peringkat akar umbi supaya bijak memainkan peranan dalam merencanakan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan agar dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam Kawasan Rukun Tetangga di RPT Pengkalan Pegoh Seberang ini, kata YB Dato Hamidah lagi

3 comments:

Tuan Speaker said...

Sahabat,

minta linkkan blog kawan.

www.speakerakyat.blogspot.com

Mohd said...

Setahu saya, Yayasan Perak adalah anak syarikat di bawah UMNO. Bila saya pergi mengambil wang bantuan utk anak saya di stadium Perak, kenapa ada ramai orang2 Cina pun mengambil bantuan.
Pada hal saya tahu kebanyakan dpd Cina2 itu adalah orang2 yg berada dan berniaga.
Kenapalah UMNO ini jadi begitu bodoh dan tak serik2 mencurah air di daun keladi. Setiap kali ada pilihanraya ada saja sekolah2 SJKC yg diberi berjuta2 ringgit. Saya tak pernah dengar Sekolah Kebangsaan dapat berjuta2.
Cina ini akan tetap mengundi DAP.
Melayu mudah lupa ............

Anonymous said...

Anak Cina cuma dapat 10% sahaja, itu pun sudah diamalkan sejak pakatan pembangkang yang diketuai oleh 3N Ngeh, Nga dan Nizar.

Kalau dihentikan Nizar juga akan melenting diseluruh ceruk kampung mencanangkan bahawa Umno zalim kepada rakyat Perak.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.