Kementerian Pertahanan sedang mengkaji kemungkinan untuk memanjangkan tempoh latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Jika Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini dilanjutkan sebulan atau 2 bulan lagi, ini bermakna kos yang perlu kerajaan tanggung akan meningkat sekali ganda.
Pada masa ini, seramai 140,000 pelatih mengikuti PLKN setiap tahun dan ia melibatkan kos operasi sebanyak RM700 juta setahun.
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM45 sehari bagi setiap pelatih untuk kos penginapan, penggunaan utiliti, makan minum dan kursus.
Jika setiap tahun seramai 500,000 pelatih dihantar mengikuti PLKN, kerajaan akan belanja dekat RM3 bilion. Harus diingat, proses memahami integrasi kaum bukan hanya berlaku di PLKN tetapi bermula daripada keluarga, kemudian di sekolah, universiti serta tempat lain.
Cadangan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk melanjutkan tempoh latihan wajar diteliti semula kerana katanya tempoh latihan tiga bulan ketika ini terlalu singkat dan tidak memadai dalam usaha membentuk sahsiah terpuji, keperibadian unggul dan memupuk semangat patriotisme.
Kata Zahid lagi "Tempoh tiga bulan amat singkat sebenarnya. Ada ibu bapa dan pelatih sendiri mengadu pelajaran yang diterima tidak cukup kerana tempoh latihan terlalu pendek.
Saya tidak pasti ibubapa mengadu sendiri kerana rata-rata ibubapa begitu resah apabila anak mereka diberi latihan yang begitu lasak tanpa kompromi.
Antara Modul yang didedahkan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Modul Fizikal
Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan
Modul Kenegaraan
Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara…
Modul Pembinaan Karakter
Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan)…
Modul Khidmat Komuniti
Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu." Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan …
Oleh itu beberapa modul di atas wajar dipendekkan masa jika hendak menambah modul lain yang lebih penting ketika ini.
Menurut Zahid cadangan memanjangkan tempoh latihan itu digariskan di bawah Strategi Lautan Biru yang mana dalam strategi itu beberapa perubahan dan nilai tambah pada latihan akan dibuat termasuk penambahan modul.
Adakah wajar remaja yang tidak terfikir untuk malakukan kerja-kerja lasak seperti tentera dipaksa berbuat demikian.
Saya percaya cadangan itu ada pro dan ada kontranya. Pro apabila remaja itu sendiri berminat dengan aktiviti lasak seperti tentera dan kontra kepada remaja yang kurang berkemampuan melakukan aktiviti lasak seperti itu.
Walauapa pun cadangan negara berhadapan dengan penambahan kos yang amat tinggi dan matlamat yang dikehendaki tidak tercapai.
PLKN dilancarkan pada 16 Februari 2004 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri. - Bernama
Category:
POST COMMENT
7 comments:
Assalam Bro
Kalau untuk kebaikan terutama untuk anak bangsa Melayu tak salahkan? Dari ditabur kepada sekolah cina dan tamil setiap kali ada pilihanraya apa faedahnya... mereka tetap undi pembangkang.... Baik duit tu digunakan mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih baik sebagai pemimpin masa hadapan Malaysia...
Ikut suka kome aje le....kome ada kuasa . PRU13 nanti tak tau lagi ada ke kome terus berkuasa....
Insyaallah Allah tidak akan benarkan penzina menjadi pemimpin orang Islam percayalah
bagus ler Yop... boleh buat duit banyak sikit.. biler lagi kome nak perabihkan duit kerajaan.. hayun jer yop...
hayun -hayun jugak jangan hayun amoi sudahlah yob oiii macam Brother Anwar
habiskan je la pembayar cukai ni.... bazir mambazir. yang untung kroni2 JE...
maaf saya x stuju tempoh kem plkn di naik kan
Post a Comment