Sunday, June 12, 2011

Penjelasan Ustaz kazim mengenai hukum berzina tanpa 4 orang saksi qarinah (pembuktian lain)


Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz adalah merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Al Fadhil Ustaz Kazim juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM. 

Beliau mengulas dengan panjang lebar mengenai jenayah rogol dan zina yang tiada 4 orang saksi yang dikelirukan oleh ulamak Pas yang berkiblatkan DAP.

Ustaz Mohammad Kazim juga turut menyentuh hukum Islam yang berkaitan dengan zina yang terbahagi kepada tiga kaedah iaitu ikrar (pegakuan dari pelaku),4 orang saksi dan qarinah (pembuktian lain).

Untuk kesalahan zina melalui ikrar dan 4 orang saksi dihukum hudud, manakala melalui pembuktian qarinah dihukum ta’zir.

“Pertuduhan zina ada tiga (kaedah)..barulah boleh jatuh (hukum) sama ada nak kena hudud atau ta’zir. Pertama ada ikrar (pengakuan). Bila mengaku berzina, dia kena hudud.

“Kedua. Hendaklah dikemukakan empat orang saksi. Yang adil, yang tidak fasiq, yang nampak sungguh-sungguh perlakuan zina itu berlaku.

“Ketiga, seandainya tidak ada 4 saksi, ia datang dari segi qarinah (pembuktian lain). Qarinah adalah pembuktian yang tidak ada 4 saksi. Tetapi tidak boleh dihukum di bawah undang-undang hudud,(sebaliknya) dihukum di bawah undang takzir”, katanya.

Hukuman hudud bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Manakala penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

Hukuman bagi kesalahan ta’zir pula terbahagi kepada 10 jenis bergantung kepada seriusnya perlakuan tersebut iaitu;

Pertama ; Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

Kedua ; Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Ketiga ; Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman

Keempat ; Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

Kelima ; Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.


12 comments:

Anonymous said...

ade ker oghang melayu nak dengar dan ambil ikhtibar atas penerangan ustaz ni?

mankerbau

Anonymous said...

Hanya orang melayu yang telah diberi makan oleh DAP sahaja tidak mahu mendengar ulasan Ustaz

yobrizab said...

orang melayu kebanyakanya hipokrit! usahlah menghina bangsa lain, mereka pun makluk allah juga. minyak kereta habis, top-up habis, servis kereta dll jangan kata tak pernah guna perkhidmatan bangsa lain?

Anonymous said...

Tahniah Yob Rizab pencaci DAP kafir harbi

uyens said...

Mana pergi atau ulasan dari para mufti kita.Kenapa senyap aje,kalau tak nak bersuara berhenti lah jadi mufti carilah kerja lain.Ini bab agama ni memang kepakaran mereka buatlah ulasan atau penerangan janganlah senyap aje....

Anonymous said...

Betul la tu. Ulamak PAS cakap video tak boleh guna untuk Hudud. Even mufti Perlis (PAS ker?) pun cakap sama. Manakala untuk takzir boleh la guna keterangan video.

Anonymous said...

Topik ini adalah luas dan penjelasan dia adalah umum dan ringkas dan tidak merujuk kepada mana2 kes. Tapi ceramah ustaz kazim ini dipolitikkan khasnya oleh org umno yg dahagakan hujah agama utk memfitnah musuh politk mereka. Kena tanya ustaz kazim adakah beliau mahu cermah beliau dipolitikkan, dia saja yg tahu.

Anonymous said...

org PAS dah lama jual agama utk dapat keuntungan politik ...nilai lah apa ustaz tu cakap ...kalau org main dalam hotel senang ke dapat 4 saksi yg betul ...sebab tu ada Qarinah yg boleh guna bukti2 yg lain yg disahkan oleh pakar2 ... kalau x , tak lengkaplah islam tu ..tapi org PAS penjual islam ni BIASA lah kalau isu tu x sokong mereka ...memang habis lah ...org bogel , buat maksia tak kisah janji sokong mereka

nok said...

Tuhan tak pernah tidur dan senantiasa melihat apa yg berlaku di langit dan di bumi....pada mereka yg menidakkan kebenaran tunggu ajelah balasan dari tuhan.....pada mereka2 yg bersekongkol dgn peliwat agama balasan tetap akan diterima....yakin lah bahawa kebenaran akan terserlah lambat atau cepat sahaja.....

Anonymous said...

jangan menuduh dan percaya selagi pendakwaan kepada situduh belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah...

Anonymous said...

Saya penerangan saudara perlu di perhalusi oleh orang yang lebih berpengetahuan agama. Saya pernah dengar dari sumber yang berlainan, untuk masalah Zina ini, kalau tak cukup empat orang tak boleh sebutpun. kalau sebut juga, orang yang menyebut yang di hukum. Begitulah kehendak Allah SWT. Hukuman Allah tetap akan datang.

Anonymous said...

mungkin awak kena banyak bace cerita zaman nabi kita.. hadith dan sebagainya. cari la sumber yang betul2 diyakini. hudud kalau tak boleh di jalankan, masih ada takzir. ade je kes rogol yang mangsa nya tak cam sape yang merogol dan kes tu tetap di dengari oleh Rasulullah. bukan kah itu rujukan terbaik?

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.