Friday, August 12, 2011

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Putuskan, Bacaan Quran dan Azan Subuh bercanggah dengan hukum syarak

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.


Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam, di Malaysia kenapa bila DAP memerintah azan dan bacaan Quran diharamkan. Saya merasakan ini adalah penghapusan imej Islam di Pulau Pinang secara sedikit demi sedikit.

58 comments:

Anonymous said...

eh? ye ke? kenapa baru skrg? dulu halal la?

Mak Anon said...

Assalamu'alaikum. (komen yg same saye poskan diblog sahabat gunung) Saye nak bagi peringatan untuk semua umat2 Islam di PPinang.

Ambillah ikhtibar dari kejadian tanah2 runtuh yg blaku di S'gor sekitar tahun 2008. Tuan2 x ingat? Kejadian tanah runtuh di s'gor pade ketike itu kerap? kat ulu yam, ulu kelang, dan bkt antarabangse? semuanye ade meragut nyawe.

Di Bkt Antarabangse, kalau anda nak tahu selama 2 minggu sblum kejadian, laungan azan atau bacaan2 quran/tarhim subuh tidak kedengaran langsung walaupun rumah saya tletak kurg dari 100 mtr dari surau.

Tuan2 ingat x? Pade mase tu Hassan Ali (atas desakan teresa kok) mengarahkan surau2 dan masjid2 di S'gor memperlahankan azan supaye tidak mengganggu org bukan islam?

Ketepikan unsur2 geologi dan sains. sbb2 utame bencane tu tjadi bile tanah, air dan segale2 elemen alam ciptaan Allah ini akan takut dan gementar bile x mendengar bacaan quran dan laungan azan dari surau2 atau pun masjid2.

Umat Islam PP, perkara laungan azan ini ni jgn dibuat main. Silap2 haribulan tenggelam pulau pinang nanti ditelan air dan bumi akibat element2 alam ini sujud bile x mendengar azan dan bacaan ayat suci al-Quran...

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhan Ku. Aku memohon kepada mu Ya Allah agar umat Islam di Tanah Melayu ini diberi kekuatan untuk membenteras puak anti Islam.

Anonymous said...

Dalam surat tu bacaan Quran sebelum waktu Subuh, kenapa ada pihak yang twist kata larangan Azan menggunakan pembesar suara pula?

Kalau anda keje kilang dan pulan keje pukul 4 pagi..pasti anda nak rehat sebntar/ tidor diantara pukul 4 pagi hingga waktu azan subuh sekitar 6 pagi... jika bacaan quran mula berkumandang sekidar 5 pagi... tak ke mengganggu tidor anda? Islam tak mengajar kita menganggu dan menyusahkan komuniti. Mnakala azan adalah wajib dan perlu kita perthanakan kerana ianya Syiar!!

Anonymous said...

yg baca quran tu..bilal/siak ke...kaset?

Grand Marquis said...

Sebelum kita buat apa apa komen, kita kena kaji betul-betul isu ni. Adakah membaca Quran melalui loud speaker sebelum masuk waktu subuh itu amalan yang menepati syarak. Adakah ia dibuat di masjid Haram di Mekah dan Madinah.

Bagi saya, memang saya sokong. Di rumah saya, masjid dekat rumah dibacanya Quran sekuat-kuat di loud speaker seawal 5.30 pagi, sedangkan subuh masuk pukul 6. Sampai orang langsung tak boleh tidur. Tak ada timbang rasa langsung.

Dalam hal ni, jangan kita emosional. Membaca Quran itu baik, tapi perlu dilakukan secara berhikmah. Orang Islam bukan orang yang menggangu ketenteraman awam. Jangan kita jadikan alasan membaca Quran sebagai lesen untuk kita menggangu ketentraman awam.

Walaupun saya ni memang anti dengan PR, tapi dalam hal ini, saya sokong MAIPP.

Berkata benar, walaupun ia pahit.

Anonymous said...

Yang bawa kavadi, pacak bendera, letup mercun sepanjang malam ok la. Jangan komplen sebab itu hak bukan Muslim. Begitulah apabila umat Islam ingat bahawa Agama itu PAS.Depa sudah tak baca quran, tapi dengar "firman" mat sabu, Anwar dan Nik Aziz

kir said...

aku sokong anon 12 Ogos 2011 10:19 AM
yang wajib adalah azan sahaja...gi tanya scholar scholar islam cam yusuf qardhawi elok ke kita berlebih-lebihan? ingat, dalam malaysia ni bukan muslim aje ade, kapir dap,mic,mca pon ramai gak, so pempaham la...patutlah kapir2 tu dok bebulu kat islam...kita penyebabnya...

Anonymous said...

Asalamualaikum.
Mungkin ini sekadar pandangan Peribadi..
Bagi saya, bacaan al quran xkiralah dari imam/siak/bilal mahupun kaset yang penting adlah niat kita.

Anonymous said...

Walau bagaimanapun bacaan Quran dibuat iannya satu perbuatan yang baik.
Sebagai umat islam dan negara yang menjadikan islam sebagai agama rasmi apa-apa saja yang berkaitan dengan aktiviti islam hendaklah di terima.
Kenapa kita wajib pertikaikan bila perbuatan yang baik itu dan sudah menjadi kebiasaan sebelum ini tiba-tiba dipersoalkan pula dari hukum syaraknya.
Apakah kerajaan khalifah Lim guan eng baru terlebih memahami hukum syarak atau MAIPP baru sedar tentang Hukum Syarak setelah ditarbiahkan oleh Khalifah Umar LGE.
Tak buka ka mata,telinga,hati dan iman kau orang tentang kejadian yang menimpa umat islam Malaysia sekarang.
AllahHuakhbar......
Insyaflah semua ...kembalilah pada agama Allah.
Jangan kita pula yang menjadi perosak agama Allah.
Allah tak rugi apa-apa...
Umat islam PP yang akan menanggung akibatnya bila ada usaha-usaha kesucian agama Allah hendak dihapuskan dan bila harta dunia diutamakan ..
Tunggulah azab Allah nanti.....

Anonymous said...

wslm. jangan salah tafsir ... yang tertera ialah masalah bacaan Quran dengan pembesar suara ... bukannya Azan subuh ... tolong cermat dengan kesimpulan dibuat ..nanti niat menolak fitnah akan menambah fitnah .. bahkan takut lebih jahat dari makna asal ... bacalah dgn insaf dan sedar ...

Anonymous said...

Tajuk Surat: Hukum membaca Al Quran sebelum subuh dengan penggunaan pembesar suara..

Tajuk Artikel: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Putuskan, Bacaan Quran dan Azan Subuh bercanggah dengan hukum syarak...

Antara Kandungan artikel:

Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid...

Kandungan Surat JHEAIPP: Tidak Jelas..

Conclusion penulis artikel:

Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam, di Malaysia kenapa bila DAP memerintah azan dan bacaan Quran diharamkan. Saya merasakan ini adalah penghapusan imej Islam di Pulau Pinang secara sedikit demi sedikit.


Respond saya:

Jadilah umat islam yg berilmu..krn ilmu akan membingbing manusia ke jalan yg di redhai Allah swt. Allah kurniakan Aqal utk kita berfikir, jd kan iman sbgai batas dalam tindakan... al quran dan hadis sbgia pedoman...

Anonymous said...

ini pandangan peribadi saya la..
jika bacaan al-Quran dimulakan seawal 5pagi atau 5.30 pagi lebih baik kerana kita boleh mendirikan malam dgn bertahajjud dan kita boleh bersedia utk berjemaah subuh di masjid. bukankah kita digalakkan menghidupkan malam?
jika terlalu awal seawal 4pagi sebaik2nya jgn dilakukan kerana ramai manusia sedang berehat. hormati hak mereka utk berehat.
kepada yg kata hanya azan yg wajib, bersyukurlah di tempat anda ada pihak masjid/surau yg menghidupkan masjid/surau sebelum subuh. anggap itu nikmat yg Allah beri kpd anda. di tempat saya ini, terpaksa set alarm utk bangun subuh.
ini pun bergantung kepada populasi di sesuatu tempat itu. jika majoriti muslim, rasanya lebih baik diteruskan. jika non muslim majoriti, hormatilah hak mereka. sekian

Anonymous said...

sebenarnya ada orang kepanasan dengar ayat2 suci al-quran.. banyak setan sgt kot dlm badan.. so bila tk dgr ayat quran sebelum subuh trus rasa nyaman n nyenyak la tido sampai subuh kol 10am..

Anonymous said...

kenapa sekarang baru timbul. rupanya sebelum ni kita dah buat benda yg tak berapa betul, serupa di bandar kota bharu dah lama dah aku dengar sekitar stesen bas/teksi, pasalr lama berdekatan bangunan tabung haji memang kuat dia orang dok pasang bacaan quran, napa tok guru tak perbetulkan? napa di penang ulamak penang lebih tinggi ilmunya dr tok guru nik aziz baru sedar kesilapan amalan itu, rupanya tok guru nik aziz tak berapa handal ilmunya berbanding dgn ulama di penang sbb tu dok pasang jer alunan bacaan quran ditgh bandar setiap masa terutama di siang hari. Gitu gak kat sekolah sebelum masuk sekolah pagi jumaat biasanya aku dok dengar guru pasang alunan bacaan quran, ni kena bantai muhyiddin ni sb jahil dlm agama kerana biarkan amalan pasang alunan bacaan quran disekolah setiap pg jumaat.

Rupa-rupanya apa yg bersesuaian dgn keselesaan org kafir itu merupakan amalan yg baik/betul dlm Islam, patutla kat spore tak dak dgr azan maybe pelahan, marilah kita perjuangkan addin kita spt cara hidup/ undang2 di singapura sbb lebih menyelesakan rakyat kafir, sb kita hidup dlm masyarakat berbilang agama pada era/ abad millenium ni. Org Islam pun selesa spt baru balik dr kilang (berjihad?) nak rehat secukupnya mungkin? spt mujahid dizaman rasul selepas balik berjihad mereka berjihad melawan nafsu spt bangun malam utk tahajud dsb. Mungkin para sahabat akan lebih berterima kasih dgn sesiapa yg membangun mereka ditgh malam dgn apa cara sekalipun( spt menguatkan bacaan al quran sebelum subuh. Ingat di mekah dan madinah kalu nak ikut sebelum masuk subuh dia orang azan kali pertama, cukup kuat weeh, sebelum azan pada waktu sebenarnya, apa macam ulama penang taknak ikut macam mekah/madinah?, ada dlm nas syariat ker azan sbelum subuh yg dia orang amalkan tu?

Anonymous said...

bacaan alquran sebelum solat subuh di kawasan rumah saya telah mengejutkan saya dari tidur tiap2 hari dan memberi saya kesempatan untuk mandi dan bersiap untuk ke masjid.

kalaulah azan saja,maka dah terlambatlah saya ke masjid.

lagi pun,saya rasa rilek dan tenang bila mendengarnya.

malaysia ini negara islam atau republic of china?

hangkedee said...

Punca segala masaalah melyu Pas +PKR sudah menjadi barua cina Dapig.sebab itu musuh Islam semakin berani .Haramjadah Pas +PKR

Anonymous said...

Jika bacaan Quran diharamkan bagaimana dengan bunyi loceng di kuil, tarian naga oleh kaum Cina semasa kematia, Perarakan Thaipusam bawa kavadi dengan bunyi bising adakah itu dibolehkan kerana itu bukan amalan Agama Islam

Anonymous said...

Mari kita membantah sekeras-kerasnya bacaan Al-Quran di speaker masa Subuh... "MENGGANGGU ORG DILUAR"...

DAN... Mari kita sokong perayaan hantu lapar dimana pentas disko amoi2 cun telanjang sampai lewat mlm... sapa berani bantah? tak ikut dlm kitab Budha? HAk agama depa? kita baca ayat suci ganggu? Makin meluat aku dengan hipokrasi PR..

MAri.. Mari PAS, DAP, PKR... Kita kena tolak ansur dgn kapiaq laknat... satu hari bagi yg hampa punya kat depa...

Anonymous said...

Baca Quran Sebelum subuh dikategorikan sebagai MENGGANGGU... SAYA berasa amat terganggu bila org ckp mcm tuu, lbih2 lg org islam sndiri yg ckp.. Secara x langsung, bermakna ayat Quran tu sendiri yg mengganggu koranggg... Masyallah..Rumah aku pon dpan surauuu.. X pernah aku terganggu mrk bca ayat Quran..X lama pun, bacaan tu pd aku.. Dri segi lain, bacaan tu juga bermaksud supaya kita bersiap sblum solat..Maklumlah waktu subuh tu x pjg.. Kalo stakat nk lebihkan tido awk yg ntah berapa jam tuuu, udah2 lahhh.. Kalo Allah nk ksi ko tdur, sebelah trafik light kt tgh2 bdr KL pun ko bole tdor.. Ini satu lg usaha utk menjadikan umat Islam PP smkin leka ngan Islam.. Wallahualam.. :-)

Anonymous said...

Pendapat dan pemerhatian saya di Malaysia pd masa ini di bawah perentah BN ni,orang islam semakin jauh dri islam krna terlalu ikut telunjok MCA dan juga nafsu UMNO yg x hendak kpd islam hanya berlakun mcm nak mempertahankan islam
hakikatnya berlawanan,ulamanya juga untok duit shj,UMNO
hanya untok berkuasa apatah lg nak tolong bangsa,apa ada
keistimewaan org Melayu habis digadai kpd tokey2 besar
untok kroni mendapat faedahnya.

Anonymous said...

Abu Sa'ed al-Khudri ra berkata : Rasulullah saw apabila baginda pergi ke masjid untuk beriktikaf, dan baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, baginda berkata : Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran - atau baginda berkata, apabila bersolat" [Hadith Riwayat Abu Daud-1332]

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Saya begitu sedih apabila orang Islam sendiri merasa terganggu bila mendengar bacaan Al-Quran.Mereka lebih suka dengar lagu-lagu yang melalikan. Hidup kita bukannya lama, dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata, apa yang ada dimuka bumi hanyalah fatamorgana. Ingatlah orang kafir tidak akan puas selagi mereka tidak dapat memecahbelahkan umat Islam

Anonymous said...

keja kilang balik kol 4am??? hang keja kilang mana oii?? hang balik nak rehat tiba2 dgr org mengaji plak.. aduii sakitnya hati dgr ayat2 suci al-quran.. nak tido pun susah.. oii anon 12 Ogos 2011 10:19 AM... pedih sgt ka dgr ayat2 suci??? kira hang ngan kaum mata sepet tu sama2 teguling la kot pedih dgr bacaan2 tu.. kalu aku balik koi 4-5am aku tgu ja sampai subuh.. kalu tidoq time tu.. hmmm aruuussss... subuh hang koi 11 laaaa...

Anonymous said...

Singapura - PAS gadai
Pulau Batu Puteh -PAS gadai
JOHOR x lama lg pun akan digadai kpd S,pore.
Kemerdekaan M,sia ,siapa orang UMNO yg mati untok m,perjangkannya.
Allahyarham Mat Kilau, Tok Janggut,Tok Bahaman tu org UMNOkah?

Anonymous said...

kol 4 tu bukan balik keja.. itu dangdut raggae pakkk.. ayuh gelek lagii.. balik rumah kol 4 mau tidur tapi dgr org mengaji pulak.. aduhh mcmana mau gelek lagi esok dong... tak bley tiduuurrr... pedih dgr org ngaji...

Anonymous said...

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)

Anonymous said...

Ala setakat mendengar ayat-ayat al-quran apa salahnya, biar ruang udara dipenuhi dengan ayat-ayat Allah.

Yang duduk tepi landasan keretapi tak complaint pun, malah mereka akan susah tidur bila keretapi tak lalu

Anonymous said...

Ulasan ex-Mufti Perlis berkenaan isu seperti ini:

http://drmaza.com/home/?p=1339

Tapi ini cuma pandangan peribadi beliau sebagai seorang ulama yang tersohor di negera kita di samping pandangan-pandangan ulama yang menjadi rujukan beliau. Jangan pula kita menganggap pandangan dia begitu kerana dia pro kepada mana-mana parti. Posting beliau itu juga dibuat pada Januari 2011.

Saya juga berpendapat kita tidak seharusnya merumuskan pandangan kita berdasarkan ulasan tersebut tanpa mengambil kira pendapat ulama-ulama tersohor yang lain apatah lagi golongan ulama muda UMNO sendiri seperti UFMO dan UFB. Kita tunggu reaksi mereka pula. Yang penting kita tidak melatah dalam hal ini. Secara peribadi, saya lebih tertarik kepada pendapat Ustaz Ismail Kamus yang mengatakan cukuplah bacaan sebelum azan Subuh tu sekadar 10 minit sahaja. Supaya boleh dijadikan 'buzzer' untuk kita bangun dan bersiap-siap untuk sembahyang berjamaah di Masjid. Wallahualam

Anonymous said...

Salam Tanpa Nama 11.28:

Awak ni out of tune lah. Isu sini bacaan al-Quran sebelum azan subuh i.e. dari kul 5:30 pagi hingga 5:45/50 pagi, bukan tengah malam. Kalau tengah2 mlm bute, saya pun protes sbb anak2 kecil nak tido dan yg bsekolah perlu berehat sblum bangun solat suboh dan bersiap2 utk ke skolah.

Isu isi kandung surat n catatan SRO. mule2 mmglah arah jgn bace qur'an. kemudian sikit nanti arah pelahankan azan. kemudian sikit lagi arah azan pakai mike hanye boleh kat masjid negeri aje.... x ke tuan2 yg ikut forum ini sedar yg proses menghakis ibadah2 dan amalan fardhu kifayah yg di tetapkan dlam islam dah mula?

Fikir2kanlah tuan tuan....

Anonymous said...

kebanyakan yang bagi komen disini bukan pakai hujjah ilmu tapi hujjah logik, emosional dan sebagainya...ini isu yang berkaitan dengan ilmu dan jika ta cukup ilmu jangan komen..cuma sekadar makluman di masjidilharam atau masjid nabawi tidak pernah memperdengarkan alquran melalui loud speaker yang ada azan subuh tuu 2 x yg pertama untuk na menngejutkan orang tido dan yg kedua menandakan dah masuk waktu subuh....tpi sebab orang melayu memang suka menokok menambah ikut selera dia bukan berdasarkan pada ilmu tu yang jadi kecoh dengan surat MAIP nie...surat tu kata jangan guna loud speaker baca alquran sebelum subuh bukan dia kata ta boleh baca alquran atau azan sebelum subuh....

Anonymous said...

Yg komen atas tu duk bandingkan MEKAH n MADINAH ada buat tak???? Apa igt semua Mekah n Madinah SEKARANG buat adalah betul. So tak payah la baca Qunut Subuh ms solat subuh sbb MEKAH n Madinah SEKARANG tak buat. Tlg bljr lg sblm komen. Msti knl fhmn2 yg jd parasit dlm islam,,,

Anonymous said...

sebelum komen tanya dulu ustaz-ustaz,bertanya pada orang yang tau kan iut ebih baik

Anonymous said...

bacaan quran sebelum subuh biasanya time imsak (hampir subuh).. peringatan untuk orang yg tengah bersahur..
memulakan hidup (pagi) dengan bacaan quran itu satu kesalahan ke..??
tanya pada kafir yang memerintah penang skrg..apa lagi jahanam yang kau nak buat lepas ni..?

Anonymous said...

PEMUDA PAS, KEADILAN DAP JELUTONG, BAYAN BARU SERTA TANJUNG MENYOKONG PENUH FATWA YANG DIKELUARKAN OLEH MALIK KASSIM EXCO AGAMA KAMI SAN JUGA DARI YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG USTAZ ELIAS ZAKARIAH. TUAN GURU MENYOKOMG PENUH TINDAKAN INI DAN JUGA DISELANGOR. APA YANG DIPERKATAKAN OLEH TUAN GURU HADI AWAMG DAN TUAN GURU NIK AZIZ KAMI MENYOKONG SEPENUHNYA. TAKBIR......KETUA PEMUDA PAS DIMINTA MDNDIAMKAN DIRI DAN PATUHI ULAMAK KITA TUAN GURU HADI AWANG DAN TUAN GURU NIK AZIZ.

aliffnajmi said...

Andainya arahan ni berlaku di JOHOR, PAHANG atau pun mana2 negeri dibawah BN, pasti tidak akan keluar contoh2 'masjidilharam atau masjid nabawi' ni. Sebaliknya akan ada sebilangan kaum yg akan berarak memberontak dan berguling2 dijalan2 raya menghukum murtad pada pemerintah2 BN ini.

Baru 4 negeri mereka tadbir, mereka sudah berani memperkecil2kan urusan hal ehwal Islam. Apa yg ditakutkan, jika mereka berjaya memerintah Malaysia, jgnkan HUDUD, ntah2 Mahkamah Syariah pun akan mereka hapuskan. Semoga Allah memelihara kita, InsyaAllah.

Anonymous said...

Aku kdg2 pelik dengan tindakan forumer menyokong azan sebelum subuh ni. Walaupun dah diberi HADIS bagaimana Rasullulah menegur sahabatnya yang memperkuatkan suara bacaan Al-QUran masih ada forumer yang buat kong kali kong..putar belit lagi..

Anonymous said...

Ya betul tu..Mereka anggap sedang memperjuangkan agama tetapi mereka tak sedar mereka berlebihan dalam urusan agamanya.

Anonymous said...

Di Perlis tak pernah ada pun Masjid memperdengarkan bacaan Quran sebelum subuh.

Anonymous said...

itulah sebabnya bila tak tahu agama.nak melenting tak tentu pasal.kalau kata bodoh marah.siapa kita untuk bercakap pasal hukum islam.maksudnya kalau sesuatu yang kita tak tahu jangan lah nak memandai2.islam adalah agama yang indah.

Anonymous said...

kpd anon 12:24 PM

so, bila nak pelahankan bacaan Al-Quran pagi2 di masjid2, surau2 di kelantan? tok guru sampai la ni xmau tegur ka?

Anonymous said...

kalau dh tk boleh kemundangkan bacaan al-quran waktu subuh, kita bagi syarat pulak kt depa jgn kasi anjing menyalak waktu subuh...

Anonymous said...

Aku tringat dulu Arwah Tok Imam kat tempat aku selalu baca Qasidah lbih kurang setengah jam sebelum Subuh. Aku rasa perkara pro & kon. Bole setel. Pihak Jabatan @ Majlis & Majlis Fatwa sepatutnya berbincang dgn wakil-2 AJK Kariah apa yg bole buat. Rasanya macam di bulam Ramadhan mita la kelonggaran sikit utk dibacakan Al_Quran awai sejam setengah seblum Subuh sbagai KEJUTAN kpd umat Islam bersahur. Diluar bulan puasa berilah kelonggaran setengah jam seblum Subuh. Psal nak bagi tau la Subuh dah dekat.

Anonymous said...

Selagi PAS bergantung dengan DAP sampai kiamat pun perkara2 begini tak akan selesai

Anonymous said...

kenapa baru sekarang bnda ni jadi isu?kenapa kafir2 penang tidak mahu bertolak ansur sedangkan sebelum ni boleh plak? aku pelik tgk komen sesetengah org yg beria2 mempertahankan org kafir.

Anonymous said...

Sanggup mengeluarkan hadis semata-mata mempertahankan kafir, kalau macam tu bacaan alquran di Kelantan juga wajar diharamkan kerana mengganggu tidur sahabat DAP

Anonymous said...

Ini bukan isu orang non muslim, persoalannya ialah adakah bacaan sebelum azan tu ada dalam Islam? Nabi ada ajar ke?

Anonymous said...

Itulah sebab Hadis dikeluarkan untuk setel masalah ni. Kalau tak guna hadis nak guna apa lagi? Benda ni dah setel 1400++ tahun yang lampau..Korang je yang tak mau benda ni setel.Betul tak anon 3:36 PM?

Anonymous said...

Kenapa takde org beri komen sebab kat Kelantan tak keluarkan notis spt di PP? Kat Kelantan ada bacaan Al-Quran ke tak sblm subuh? Apa kata org Kelantan?

Anonymous said...

Hadis itu adalah teguran dalam masjid ketika orang lain sedang bertiktikaf itu pun tidak haram terus rasulullah cuma suruh memperlahan sahaja. tetapi rejim Guan Eng guna hadis tersebut terus mengharamkan bacaan alquran

Anonymous said...

apa saja alasan majlis ugama islam pp,ada lah semata2 tunduk dgn kerajaan dapig!!kalau tak,... kene buang keje maa.....dah berzaman amalan memperdengarkan ayat2 alquran sebelum subuh..takdak masaalah pun sebelum ni...bagus nya org islam penang!!!

Anonymous said...

Memang ada larangan kita membaca al Quran dengan kuat sehingga menggangu orang lain termasuk mereka yang berzikir, solat atau tidur. Dibolehkan jika semua penduduk sekitar bersetuju sebulat suara. Jika ada yang membantah, maka kita tak boleh lah buat juga. Jgn kata dia tu tak nak islam pulak macam PAS dok kata kat UMNO.

fulisiakantora said...

Assalamualaikum, setelah mengambil dari Hadis Rasulullah SAW, pendapat orang2 Alim, Ustaz2, komen kawan2, kesimpulannya aku mengatakan bacaan kuat ayat2 suci Al-Quran adalah BIDAAH yg sesat lagi menyesatkan. Memang sudah menjadi kebudayaan org2 melayu di Tanah Melayu mengamalkan perkara BIDAAH ini dgn sedar ataupun tanpa sedar. Talkin, kenduri arwah, berzikir dgn lantang, terkinja2 sambil zikir, adalah sebahagian dari perkara2 BIDAAH yg biasa kita lakukan. Kenapa selama ini perkara2 BIDAAH seperti ini tidak ada apa2 pun tindakan dari pihak yg berwajib adalah kerana PENCERAHAN tentang Islam yg TULIN belum menular ke pelusuk Tanah Melayu. Aku pun pelik dgn orang2 melayu kita, kenapa sebelum kita nak buat sesuatu perkara berkenaan dgn agama, takde ke yg menanya dulu kepada org2 Alim sekeliling kita? Tanyalah... boleh ke?? Nabi suruh ke? BIDAAH ke? ada dalil tak?? Allah suka ke?? Bila dah jadi mcm ni habis semua muka kita nak tuding. Islam itu "RAHMATAN LILALAMIN", rahmat seluruh alam!! bukan utk melayu saje. Kembali kepada Islam yg TULIN!! Semoga Umat Islam bertambah CERAH ILMU, MAJU, TIDAK JUMUD, & LEBIH TERBUKA.

Montok said...

kenapa Thaipusam kita biar Hindu berarak jam jalan,, bukan kah itu mengganggu ketenteram awam??? mana puak suhakam,,, klu nk beranak time Thaipusam,,, mmg beranak di tengah jalan la jawabnye,,,,,, Bab keIslamam dipertikai oleh semua pihak......

Anonymous said...

hahahah...bodohla manusia itu klu kite nk beribadat tp semua xboleh..semua bidaah..xke bangang namenye tu..cube bayangkan seseorg itu masuk neraka sebab bidaah, dan ahli neraka bertanya kepada kamu, knp kamu masuk neraka? lalu mereka menjawab sbb kami buat kenduri arwah, membaca yasin setiap khamis, smbut maulidur rasul..bla..bla..bla..xde nas atau dalil atau hadis yg sahih aktiviti itu adalah bidaah yg sesat..kpd sape2 yg nk lakukan silakan..xde hlgn..jgn ikut kpd golongan yg taksub dgn bidaah sesat yg direkacipta..

Anonymous said...

Astagfirullah...Cuba baca Subject surat tu..Surat Rasmi tu tulis. "Hukum Membaca Al-Quran Sebelum Subuh Menggunakan Pembesar Suara". Jgan la kita bersubahat menyebarkan fitnah. Nauzubillah.

Anonymous said...

Banyak komen yang ikut nafsu atas kepentingan diri sendiri. Gunakan sikit ilmu walaupun tak sebijak ulamak. Masukkan bambu politik sedikit untuk menyedapkan pembaca untuk membaca. Yang penting semuanya mestilah atas kepentingan UMNO kerana tanpa UMNO kita tak boleh hidup.

Anonymous said...

sila lah baca pekeliling tu betul2. Jgn membuta tuli membaca dan menerima tulisan blog sebulat-bulatnya. kita manusia diberikan akal, gunakan sebaik-baiknya.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.