Sunday, August 21, 2011

Pegang Anjing Selamba Je, Artis ini Tak Sembahyang Ke?


Lagi artis bergambar dengan anjing, kali ini giliran Nanu Baharuddin dan setiap kali ada artis atau selebriti yang beragama Islam yang bergambar dengan anjing pasti akan menjadi isu panas dan hangat.

Begitu seronoknya artis ini memegang anjing, tahukah bahawa walaubagamaina comel pun anjing ini ia tetap najis. Jika umat Islam memegang atau terkena sekali pun, umat Islam wajib samak pada bahagian yang terkena itu.


aKei2.jpg


DchAq.jpg

12 comments:

Anonymous said...

jawapan kpd soalan kat atas tu...
mana ada glamour/kelass...
ambik gambo tgh semayang... kolot!!

yg ada kelas...
sambil berbikini...
memegang gelas/botol wiski...
xlupa jugak.. sblah lagi tangan merokok...
nak tambah lagi kelas.. sambil dipeluk oleh 1 atau 2-3 jantan !!..

Anonymous said...

Dlm bab ini aku takut nak jatuhkan hukum. Aku ada terbaca hadis2 yang mengatakan orang Islam boleh membela anjing untuk beberapa tujuan. Bila kering pun kita boleh pegang.

Dalam satu riwayat, seorang alim yg menarik jubahnya kerana ditakuti terkena anjing telah ditempelak oleh anjing tersebut....'adakah dapat dicuci hatimu yang kotor kerana menghina aku...aku juga mahluk ciptaan Allah'

Jangan lupa juga riwayat seorang pelacur yg memberi minum anjing yg kehausan telah ditakdirkan sebagai ahli syurga keatas kebaikannya.

pembaca blog said...

bela anjing dibolehkan jika utk menjaga harta seperti ternakan atau kebun etc
tapi jika utk dipegang2 dimanja2 secara berlebihan adalah salah.
ingat juga bahawa tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yg ada gambar/arca benda hidup dan anjing peliharaan..
kesimpulannya, jika kita beriman. perkara2 yg meragukan spt ini kita tak lakukan. Islam itu mudah dan jelas hukum hakamnya. tapi manusia yg menyusahkan diri sendiri.

Anonymous said...

apa masalah dia nak pegang anjing?
sila berikan dalil Quran yg mengatakan pegang anjing itu haram.
hukum anjing ni HARAM hanya umat melayu saja yg tak faham2 Quran.
jelas yg HARAM dlm Q.
mengaji tak habis tau nak hukum org ja....
apa kena mengena pegang anjing dgn solat OKT di atas tu?
yg kita duk sebok pasai solat org pasaipa?
kita solat duk lalai duk ingat nak makan apa soq satg, nak pakai baju raya apa, semuanya lalai dalam solat hukumnya faiwailul lilmusollin...baca surah al maun apa hukum org lalai dlm solat.

mengaji hukum bukan nak pejatuh hukum kat org, hukum diri sendiri dulu. aman dunia.

patut la umat islam tak bleh produce pemenang noble prize...minda kedana semua....

Raja Manusia said...

Nak dalil ke samdol @ 4:52 PM? Lain kali cari Hadith sekali, tengok jugak ijmak ulamak ye dol samdol. Sekarang gi cari kitab tu yop samdol. Tak puas hati gak, ko gi bertekak kat Qardhawi pulak ye dol.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234).

Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya.
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat).
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

pembaca blog said...

anon 4:52pm

kena belajar ilmu fekah lagi la nampaknya. belajar bab najis supaya faham apa itu najis.
jika saya tak silap, anjing itu tergolong sbg najis berat (mughallazah)..

“barang siapa memelihara anjing, kecuali anjig buruan atau anjing penjaga tanaman atau anjing penjaga binatasng ternak, maka berkuranglah amalnya setiap hari seberat biji saga.” (HR. Muslim dll)

Anonymous said...

Anon 4:52 & anon 3:58 ada masaalah fahaman ilmu feqah yang kronik (dulu x mengaji kot). Anjing cuma najis pada hukum, tapi bukan hina, Allah tak suruh hina dan sakiti anjing. Hukum sebagai najis mughallazah itupun Allah yang tentukan, kita sebagai hamba perlu taat sahaja padanya, wallahualam.

Anonymous said...

lebih baik pegang anjing, boleh samak & hapus dosa drp asyik berpegang2 lelaki perempuan sampai mati tak terampun selagi tidak bertaubat!

Anonymous said...

Sapa bapak budak yg. pegang anjing tuh!...aku pon suka anjing cantik..comel...tetapi itu adalah godaan dan cubaan Allah...bukan satu keperluan...banyak lagi boleh pegang...kucing...arnab...saja nak tunjuk sebenarnya...

Anonymous said...

Jangan mudah tuduh/fitnah orang bukan2, berdosa. Kalau kita pegang anjing BASAH sahaja kena samak (najis muqalazah). Amal ibadat dia, itu antara dia dengan Allah. Tengok gambar je terus kutuk orang. Mungkin dia ada bilik khas untuk sembahyang. Mungkin anjing tu dibela diluar rumah. Mungkin gambar tu diambil dirumah kawan dia yang bukan Islam. Mungkin dia ada sediakan air tanah untuk samak dan macam2 kemungkinan. YANG PASTI PEGANG ANJING TIDAK BERDOSA. KALAU DIA TAK AMPUNKAN DOSA KORANG MENGUMPAT DIA....CAMNA?? MAKAN LAH BANYAK2 DAGING SAUDARA KAMU SENDIRI.

Anonymous said...

kat arab saudi ni.... steady jer orang arab bawak anjing ke hulu ke hilir... sambil jogging pun ada...

Anonymous said...

Kalau ikut hukum org pas sekarang nie semuanya boleh dan akan disokong oleh pas. Dengan harapan Nanu bagi undi pada PAS. Kalau pas kata boleh dan tak haram bela anjing utk seronok2.... Aku sanggup sedekah anjing pada org pas. Suruh pas buat kempin satu ahli seekor anjing. Lagi pun DAP nak jadikan anjing calon pilihanraya nanti.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.