Sunday, August 7, 2011

Susah dapat Bantuan Baitulmal Punca Ibu Tunggal Mangsa Pujukan Gereja



Inilah masalahnya Baitulmal, apa salahnya bantu umat Islam yang memerlukan. Setidak-tidak pun bantuan persekolahan anak-anak yang membesar tanpa ibu atau bapa, atau Ibubapa yang sakit. Ini tidak cukup susah mereka nak dapatkan bantuan Baitulmal sedangkan baitulmal diwujudkan untuk membantu umat Islam yang memerlukan.


Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.


Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah. 

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.



Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

8 comments:

Anonymous said...

Apa Mushisditol Am cakap tentang hal ini.Jawapannya agak2 lah peduli apa dia nak masuk neraka itu dia pun ya pasal. Hahhaha janji aku dah masuk syurga aku bawak orang2 yang pangkah lubang jah.

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam.
Aku tidak setuju dan tidak menyokong orang-orang yang daif dan memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan, meminta dan mengemis, terutama sekali dari badan-badan yang kelihatan "pemurah" tetapi mempunyai perancangan jahat untuk "meyesatkan".

Yang aku berasa pelek bila diminta bantuan, sebab terdesak, macam-macam jawapan akan diberikan.

Tak lama dulu saudara aku, kerana keadaan amat mendesak, memberanikan diri pergi memohon bantuan di Pejabat Zakat.
Setelah merayu, akhirnya dia diberilah bantuan RM400.
Wang RM400 ini terpaksa diguna untuk 2 kali rawatan haemodialysis di Pulau Pinang.Lepas itu kena "mengemis"
lagi. Nak minta lagi dari pejabat zakat - sudah tak boleh lagi, kerana "bantuan hanya sekali untuk seorang, seumur hidup".

Dalam pada itu aku selalu diberitahu ada Badan Buddhist yang menelifon saudara aku untuk membantu. Tetapi ditolak.

Apa sudah jadi dengan peranan badan-badan dan agensi Islam yang terdapat berselerak di tanah air; pakat buatlah sesuatu demi ummah.Dan demi Islam.

AmaQarbana said...

sebab itulah kita umat Islam kena sokong PAS kerana slogan PAS sekarang ialah "Negara Berkebajikan" dan bukan Negara hukum menghukum, bukan negara caci-mencaci, bukan negara fitnah memfitnah...kalau Negara Berkebajikan taklah jadi macam Si NOR tu yang terpaksa terima bantuan dari Gereja....Masjid hanya mampu mengumpul dana sebanyak mungkin untuk di cerita dan dipuji keran berjay berjaya mengumpul wang dengan banyak...apa yang masjid buat dengan wanga yang tu.....buat aktiviti...aktiviti apa...semua ada sponsor....masjid hanya mengkayakan orang luar yang datang ke negara ini setiap bulan Ramadhan sebagai imam solat tarawih, sedangkan dalam masa ada umat Islam terpaksa menerima bantuan dari gereja, kuil dan pagoda...Umat Islam Malaysia bangga dengan Imam solat tarawih yang di undang dengan memberi imbuhan yang bukan sedikit kononnya untuk mencari pajala sebanyak mungkin di bulan ramadhan ini, apahal dengan sudara sesama Islam yang merempat di bulan ramadhan, dah lah susah tak cukup makan..berpuasa pulak tu...susah bertambah susah...lapar bertambah lapar.....sebelum ramadhan atak jimat makan ...dalam ramdhan pun lagi jimat makan...di mana maruah dan imej Islam....para ustaz dan guru agama hanya pandai mengeluar hukum, seolah-olah Islam adalah agama hukum hakam.....

Anonymous said...

bukan salah baitumal sepenuhnya, lelaki2 ISLAM wajib di pertanggungjawabkan, mahkamah syariah perlu membuat syarat , tiap perceraian maka 1 anak yg ditinggal bapa mesti di beri rm 300 sebulan sebagai nafkah.tanpa mengira apa jua kemelut ibu bapa mereka. 3 bulan nafkah x di beri, maka lokap lah tempat nya. kes ibu tunggal memang memilukan.

SAIA GADIZZ BLOGGER said...

Badan,peertubuhan dan organisasi Islam di Malaysia ni banyak yang tidur... kerjanya asyik dok skodeng orang khalwat je... pedilah skodeng orang susah dan tengok begaiamana kemiskinan menghimpit kehidupan sehingga terpaksa menerima bantuan dari badan bukan Islam. Orang-orang agama dan pemimpin yang beragama Islam yang ada kuasa ni tak rasa malu dan berdosakah membiarkan saudara seagama hidup melarat dan merempat... Cakap bukan main lagi... tapi nak membantu jauh sekali. Pusat zakat ni bukanlah Bank sehingga zakat yang dikumpul tak digunakan. Orang yang tak tahu menguruskan sumber kewangan zakat patutnya berhenti ajelah....dok bangga kutipan zakat banyak tiap-tiap tahun buat ape..tang nak bagi pinjam cukup punya susah mengalahkan Bank yang makan riba...Golongan pendakwah ni pula buaklah gerak kerja dakwah... keluarlah cari sasaran yang sesuai. jangan dok kat ofis tunggu orang datang mengadu masalah nikah cerai je weh...

drsbos said...

Penggunaan wang baitulmal mesti mengikut peraturan seperti jabatan kerajaan lainnya. Mesti ikut prosedur. Mesti ada hitam putihnya. Jika tidak pegawai kerajaan akan kena marah kerana tidak ikut prosedur. Melaksanakan sesuatu yang tak diminitkan dalam mesyuarat akan menjadi bantahan walupun walaupuh RM1 diberi untuk tujuan Islam. Segala SOP dibuat untuk pengurusan dan bukan untuk menyusahkan. Akhirnya yang memohon terlantar sebelum bantuan tiba. Maka ada pihak lain ambil kesempatan. Kuat mana pun pegangan agama kita mesti ingat "fakir membawa kekufuran". Mereka yang telah mendapat bantuan baitulmal,pernahkah mereka mendapat susulan dalam bentuk moral dari pihak baitulmal..seperti bertanya khabar seperti duit dah terima ker, ada masalah lagi ker.....kan ada pegawai hubungan pelanggan....jarang dilakukan. Ruang kosong inilah yag digunakan oleh pihak lain.

Perjuangan untuk Islam banyak cabarannya tapi bukan bererti mesti mengalah dengan pihak yang bermusuah dengan Islam. Kepada mereka yang perlukan bantuan baitulmal, terus bekunjung meminta bantuan kat sana sehingga pegawai-pegawai bosan melihat muka yang sama datang terus.Maka lepas tu barulah budibicara akan mengatasi SOP berdasarkan tekanan emosi.Kadang-kadang yang tak sepatutnya dapat berhasil kerana sering berkunjung untuk tujuan meminta-minta tanpa berdikari.Oleh kerana terlalu sering datang, SOP jadi terlupakan. Maka berkerjalah mengikut SOP dan tetap berlandaskan Islam. ingat Islam agama resmi di Malaysia.

Kepada puan Nur dan lain-lain, jika dalam kesusahan sangat, bantuan dari baitulmal susah sangat dan keadaan terdesak, berjumpalah mana-mana orang Melayu Islam yang berduit (tak semestinya kaya). Mintalah bantuan mereka. Ingatlah, Allah akan memberi petunjuk.Ingatlah, rezeki itu dari Allah yang esa. Cuma sumber berbeza dan kita berhak untuk memilih. Ingatan untuk kita semua, memberi itu lebih mulia dari meminta-minta. Orang Islam mesti kukuhkan ekonomi dulu baru kita boleh membantu mereka dalam golonga fakir meskin. Negara Islam tapi penganutnya tak kukuh dalam ekonomi. Kaum bukan Islam pula yang kukuh ekonominya. Sebabnya mudah kerena Melayu Islam susuh utuk berkerjasama. Kadang-kadang dalam ibadahpun kurang mahu berkerjasama.wallahualam

Anonymous said...

Mana peranan kita sebagai sesama islam. Jgn lupa kita juga ada tanggungjawap antara kita. Terutamanya sesama jiran. Dlm kes ini ada tak jiran cuba membantu terutama apabila melihat jiran nya dibantu oleh gereja. Jiran hanya memandang serong saja tanpa sebarang tindakan. Kalau kerajaan PAS memerintah pun perkara ini tetap akan berlaku sekiranya jiran tidak memainkan peranan . Peranan manusia sesama manusia...

Anonymous said...

Saya setuju komen di atas sebagai seorang Islam kita wajib membantu umat Islam yang berada di dalam kesusahan. Allah juga akan mengutuskan malaikat mungkar nakir menyoal ketika kita didalam kubur "Siapa Saudara Kamu?

Jika kita tidak membantu saudara seislam macama mana kita hendak menjawab soalan itu.

Kepada umat Islam kembalilah bersatu banyak sangat kaum kafir ambil kesempata ketika umat Islam berpecah-belah. Persetankan individu yang menyokong kaum kafir demi politik mereka

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.