Mesti baca!!Disebabkan kecekapan YB Dato Hamidah satu nyawa dapat diselamatkan
Selepas balik dari Labis Johor, YB Dato hamidah mempunyai jadual yang padat terpaksa bergegas ke Auditorium Majils daerah Batu Gajah bagi menyampaikan geran hakmilik tanah kepada 30 penduduk Cina dari kampung Pinang A, Pusing, Perak. Setelah selesai program tersebut malam ini YB Dato Hamidah akan melancarkan projek pembinaan kompleks Pasaraya Jusco di Stesen 18, Pengkalan Ipoh perak.
Dalam perjalanan itu YB Dato Hamidah dikejutkan oleh satu kemalangan jalanraya iaitu seorang penunggang berbangsa India dalam keadaan tenat kerana terlibat dalam kemalangan itu. YB Dato Hamidah bergegas memberhentikan kereta lalu menelefon ambulan demi untuk menyelamatkan mangsa tersebut. Mangsa tersebut Veraapan telah mengalami pendarahan yang teruk di kepala dan tangan dan tidak dapat berkata walau sepatah perkataan pun. lebihkurang 10 minit kemudian sebuah kereta Ambulan dari Hospital Batu Gajah sampai bagi menyelamatkan mangsa.
Apa yang saya hendak perkatakan di sini walaupun mempunyai jadual yang agak padat dan sibuk dengan tugas-tugas sebagai Exco perlu bergerak dengan pantas namun sebagi sifat bertanggungjawab sebagai Adun Sungai Rapat beliau sanggup menunda masa program. Apa pun syabas saya ucapkan kepada YB Dato Hamidah yang begitu bertanggungjawab bukan sahaja sebagai Adun Sungai Rapat tetapi sebagai insan yang bernama manusia sanggup menyelesaikan kes kemalangan itu.
Posted in |
Monday, January 31, 2011|By
Sungai Rapat
ViewPost




































Tambahan pula, masih terdapat di kalangan pengundi yang masih 'terngiang-ngiang' dengan jasa bekas perdana menteri yang yang bertanggungjawabg bertanggungyang bertanggungjawab membuka tanah rancangan Felda, Tun Abdul Razak Hussein - bapa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak










