Monday, February 28, 2011

Wartawan Perak Today Terperangkap Dalam Lif Bangunan SUK Perak



Sepuluh wartawan dan jurugambar dan tujuh tetamu yang menghadiri majlis pelancaran Dinar Emas dan Dirham Perak di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di sini hari ini cemas apabila terperangkap kira-kira 20 minit di dalam sebuah lif.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mereka sedang menaiki lif untuk naik ke dewan makan di tingkat dua bangunan berkenaan selepas pelancaran oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pengarang laman web PerakToday, Mohd Helmi Mohd Noor, 25, berkata lif tersebut yang bergerak ke atas tiba-tiba berhenti sebelum terjatuh beberapa kali.

"Lif tersebut naik beberapa kali dan terjatuh semula tetapi pintu tidak boleh dibuka... kami cuba menghubungi kaunter pertanyaan SUK tetapi tiada jawapan kerana waktu rehat," katanya.

Jurufoto Bernama Noraini Ahmad, 37, berkata, keadaan agak mencemas kerana lifberkenaan turun naik tanpa dapat dikawal walaupun apabila suis ditekan berkali-kali.

Lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Nizam Isa yang dapat dihubungi melalui telefon bimbit.

Seorang kakitangan SUK yang ditemui selepas itu berkata,, lif berkenaan yang terletak di bahagian belakang bangunan itu sering mengalami kerosakan.

Katanya, seorang kakitangan pernah terperangkap selama sejam dalam lif tersebut tahun lepas manakala beliau sendiri pernah terperangkap kira-kira 30minit.

"Apa yang menyelamatkan saya pada masa itu ialah boleh membuat panggilan keluar melalui telefon bimbit dan menghubungi rakan-rakan di luar," katanya.

Kes Liwat Anwar: Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah- Kata ASP Fauziah Che Mat.


Perbicaraan pada sebelah petang berkisar tentang soal jawab oleh peguam Anwar Sankara Nair terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Fauziah alam keterangannya memberitahu pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.

Peguambela, Sankara Nair terus mengasak bertubi-tubi terhadap ASP Fauziah, CCTV mencatat rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum

Kemudian Sankara cuba mempertikai masa yang tercatat dalam video CCTV yang agak bera, ini kemungkinan 'setting' waktu dari pengeluar cctv tidak selari.

Peguam Anwar terus mengasak kesahihan video salinan dari cctv yang dirakamkan

Kata Fauziah, "Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah.

"Saya rasa untuk penjelasan lanjut anda tanya sendiri kepada pihak pengeluar CCTV  yang memasang CCTV," jawab Fauziah.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.Imej Anwar dan Saiful berjaya dirakamkan dalam rakaman tersebut

Kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

Sankara cuba memperlekehkan tahap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden. Bantahan diterima oleh hakim

Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat pengklonan cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan terlewat sedikit, tetapi itu hanyalah kesalahan pada 'setting'

Mohd Zabri menjelaskan waktu tersebut telah dibandingkan dengan masa standard Jabatan MeteorologiMalaysia.

"Saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana jam kita pun jika dilaras ke waktu yang salah juga akan memberikan waktu yang bukan standard, tidak ada satu pun jam didunia ini sama waktu tidak 'lari' walau seminit pun dari masa sebenar," katanya.

Pengarah SPR Pahang Meninggal Dunia

TEMERLOH: Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah di sini petang Isnin kerana serangan jantung.

Pegawai pengurus pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, Ismail, 57, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang, dimasukkan ke hospital itu pagi tadi.

Beliau berada di sini bagi melihat persiapan pilihan raya kecil Kerdau yang akan diadakan Ahad ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN akibat penyakit jantung pada 12 Feb lepas.

Kes Liwat Anwar: Kelibat Anwar dan Saiful ada dalam salinan dari rakaman CCTV



Perbicaraan kes liwat membabitkan  Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.

Peguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.

Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

Sankara cuba membuat provokasi dengan mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden.

Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat salinan terhadap cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan tepat tiada lewat walau seminit pun.

Kes tembak mati Aminul: Polis terlibat diperintah bela diri


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan anggota polis, Koperal Jenain Subi membela diri atas tuduhan menembak mati Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar berkata beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di Shah Alam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Seramai 39 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 12 Okt tahun lalu.

PRU13 BOLEH DIADAKAN BILA-BILA MASA SAHAJA - NAJIB



Datuk Seri Najib Razak berkata, kekalahan pihak pembangkang bukan kerana tekanan Barisan Nasional (BN), sebaliknya disebabkan pelbagai pendekatan dan dakyah yang disebarkan mereka ditolak rakyat.

Perdana Menteri berkata, pembangkang seharusnya menerima hakikat itu walaupun sebenarnya mereka lebih awal menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan ceramah, selain menyebarkan pelbagai isu dan menabur janji menerusi blog, emel dan SMS."Jika rakyat tidak sokong mereka dan trend didapati memihak kepada BN, ini bukan disebabkan kita menekan mereka (pembangkang), sebaliknya ini bererti rakyat menolak mereka. "Ia juga bermakna kempen mereka tidak diterima rakyat," katanya pada sidang media pada majlis Mesra Bersama Warga FELDA di Jengka 25 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan pembangkang yang memohon pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau memberi undi simpati kepada mereka kerana mendakwa ditindas dan mangsa keadaan berikutan tindakan BN.

Mengenai calon PAS, Hassanuddin Salim yang pernah dua kali kalah dalam pilihan raya, Perdana Menteri berkata, BN tidak akan memandang ringan terhadapnya, tetapi akan terus berusaha untuk meraih sokongan yang banyak.

"Mereka ada perkiraan, jika letak calon seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Pembangkang DUN Kerdau), yang pernah dua kali kalah dan jika kalah kali ketiga, tentunya berat untuk mereka mahu letakkan Tuan Ibrahim dalam hierarki kepimpinan mereka pada masa depan," katanya.
Ditanya suasana berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kerdau, Najib berkata:
"Saya nampak mood baik, tetapi kita tidak boleh pandang ringan ancaman mereka yang menentang kita dan pastikan segala usaha yang patut dilakukan serta strategi kita tepat untuk pastikan kemenangan besar kepada BN," katanya.

Sementara itu, menjelaskan lawatan beliau ke setiap negeri mulai bulan depan, Najib berkata, ia bagi memenuhi janji yang dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Beliau berkata, peringkat awal sudah bermula apabila mengadakan lawatan ke Kedah dan diteruskan ke pilihan raya kecil DUN Tenang, selain ke Belaga di Sarawak baru-baru ini.

"Ia adalah siri lawatan ke negeri dan Timbalan Perdana Menteri juga akan melakukan lawatan sama," katanya.

Mengenai sama ada ia mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum, Najib berkata:
"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa saja," katanya.

Kalau bercakap tetang Islam,macam hanya merekalah Islam tetapi selama 20 tahun perintah hanya bina 2 Masjid

bIMG_0490

Kalau mereka berceramah tentang Islam macam mereka sahajalah Islam orang lain tidah tetapi dalam 20 tahu memerintah Kelantan hanya 2 buah Masjid sahaja yang dibina, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.

"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.

"Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.

Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.

Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.

"Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup," kata beliau.

SAYA RELA DILAHIRKAN SEBAGAI SIAM - NIK AZIZ


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu. Kalau dilahirkan sebagai Siam lagi baik.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini. "Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun DrMahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama termasuk cina di Malaysia.

Nik Aziz kata beliau tidak langsung berminat nak jadi Melayu tetapi dalam masa yang sama beliau nak membela nasib orang Melayu...macam mana yer?

SEMOGA BLOGER MELAYURAYADAILY PULIH, SAMA-SAMALAH KITA BERDOA




Tiba-tiba berita sedih terus menerpa kita apabila dimaklumkan

Blogger tersohor Melayuraya daily.blogspot Dato Azizan Yaakob yang juga bekas ADUN Pulau Tawar
telah dimasukkan ke wad di Hospital Hj Ahmad Shah Temerloh Pahang 

Jom kita lihat siapa  Dato Azizan Yaakob?
Beliau adalah bekas ADUN dan bekas Timb Ketua Bahagian Jerantut 
Bekas Exco Pemuda UMNO pusat dan beliau juga dan difahamkan Beliau Exco Pemuda Paling lantang
mempertahankan TUN M dizaman Reformasi 1998-1999

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau sembuh seperti sediakala

Sunday, February 27, 2011

Kalau nak tunjuk gambar Mahatma Ghandi lebih baik balik India




109 diberkas termasuk ketua mereka P Uthayakumar paling awal sekitar jam 8 pagi sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Pantai Hill Park.

Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak yang ditanya wartawan mengenainya sewaktu lawatan sehari ke Kerdau di Pahang menyifatkan puak Hindraf cuba cetuskan publisiti buruk dikaca mata antarabangsa terhadap Malaysia menerusi tindak tanduk ini.

Kepada penyokong Hindraf jika nak tunjukkan poster gambar Mahatma Ghandi bukan di Malaysia tempatnya, tunjuklah di India atau pergi balik India lah...kita dah muak lakonan puak Hindraf ni

Pas Boleh Bersama UMNO Perjuangkan Islam, dengan syarat jangan bawa Dap – Najib

Pas perlu mencari rakan yang benar-benar mengetahui mengenai Islam jika benar mereka ingin memperjuangkan Islam di negara ini, bukannya dengan DAP yang sudah semestinya kafir harbi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas boleh duduk semeja bersama UMNO untuk memperjuangkan Islam kerana perjuangan Islam yang dilakukan oleh UMNO adalah untuk menjadikan Islam itu hebat yang akan turut dicontohi oleh negara lain.

“Membangun bersama Islam, nak perjuangkan Islam, Islam yang macam mana, Islam yang miskin papa kedana, Islam yang orang tak ada tanah, Islam yang rumah robek, itu bukan imej Islam yang diperjuangkan oleh kita,




“Kita nak Islam apa, Islam yang gagah perkasa, Islam yang hebat yang boleh jadi contoh kepada dunia.

Kalau nak perjuangkan Islam berunding dengan UMNO, boleh perjuangkan Islam, runding dengan Dap tak boleh perjuangkan Islam yang sebenarnya,” katanya di majlis mesra bersama warga Felda di Felda Jengka 22.

Menurutnya, Pas perlu ikhlas jika benar mereka ingin memperjuangkan Islam bukan hanya sebagai modal politik dalam usaha untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat.

Najib berkata, apa yang peliknya Pas sanggup bekerjasama DAP yang sememangnya secara terang-terangan menentang perjuangan Islam di negara ini, malah Pengerusinya, Karpal Singh pernah menyatakan langkah mayatnya terlebih dahulu jika Pas ingin menubuhkan negara Islam di negara ini.

Tambahnya, pembangkang sudah sering kali membuat pembohongan dan penipuan kepada rakyat tetapi sehingga sekarang apa yang pernah diucapkan tidak pernah menjadi kenyataan.

“Jangan nak tipu, jangan nak kelentong, banyak sangat tipu ini, tipu 16 September 2008 tipu besar, nak jadi habuk pun tak jadi, apa yang jadi orang dia seberang, orang kita tidak ada,” katanya.

Yang hairannya Pas tidak boleh renggang langsung dari DAP, kalau boleh nak masuk tandas pun Nik Aziz nak bawa DAP

Beliau meminta rakyat membuat penilaian terhadap apa sahaja yang dikatakan oleh pembangkang kerana apa itu semua adalah sekadar untuk mendapat sokongan dan simpati.

Hadi kata BN tindas rakyat , rakyat mana yang ditindas?

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 hadi awang
PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah, Nak tanya sikit rakyat mana yang ditindas setahu kita rakyat Kelantan yang penuh dengan maksiat, ketiadaan air bersih, jamban masjid menjadi busuk hancing dan najis, kampung-kampung yang tiada pembangunan dan pembelaan yang sewajarnya yang merasa ditindas.

Hadi Awang perlu cerminkan diri mereka dahulu sebelum menuding jari kearah kerajaan BN

Rakyat di negeri kelantan boleh lah dipermainkan itu pun suda ada yang mula bangkit menentang Nik Aziz.

Satu lagi hujah Hadi Awang dengan muka yang tak tau malunya mengatakan PAS perlu menggantikan Umno. Siapa PAS untuk menggantikan UMNO. Jika Pas nak berkata Islam pun tak boleh dihadapan DAP jangan mimpi nak menggantikan Umno. Pas perlu cermin diri mereka layakkah mereka mewakili hampir 16 juta orang Melayu jika mereka masih dibawah ketiak DAP

Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar DAP pernah berkata dalam dewan "dalam transkrip, perlembagaan Pas dan apap memerndum Pas tidak tertulis langsung perkataan Pas akan menegak atau menubuhkan negara Islam dan menegakkan hukum Islam"

Pas usah banyak menipu orang Melayu yang majoritinya  Islam yang mereka kan memperjuangkan orang Melayu hentikan fitnah itu.

Jika Pas masih bersama DAP usah mimpi untuk nak perjuangkan orang Melayu apatah lagi menggantikan Umno.

PRK DUN Kerdau: Hassanuddin bagi amaran kepada MB Pahang, Najib, bersedialah untuk keluar dari pejabat!!!! takutnya

Calon PAS Kerdau Hassanuddin Salim, hari ini memberi amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob supaya bersedia untuk keluar dari pejabat sebab dia pula akan menjadi Menteri Besar pulak lepas ini.

"(Kalau) Kerdau ini (BN) kalah, Najib, get ready (bersedialah) untuk keluar daripada pejabatnya. Adnan Yaakob sekali," katanya ketika ditanya tentang kepentingan kerusi yang dianggap sebagai kubu kuat BN itu.

Pakatan kini mempunyai empat kerusi dalam DUN Pahang. Dua daripadanya milik PAS dan dua lagi DAP. Satu kerusi dimenangi calon bebas. Kalau pas menang sekalipun tidak mendatang apa-apa makna kepada BN pun

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau kali ini, Hassanuddin menggalas tugas berat bagi menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar dan bekerja sebagai penasihat agama kepada menteri besar Pahang.

Jika dibandingkan Hassanudin dengan Syed Azman bezanya terlalu jauh dari segi pendidikan agama dimana Syed Azman adalah lulusan Universiti Al-Azhar sedangkan Hasanuddin hanya sekolah menengah alairan biasa sahaja

Calon Pas Hassanudin juga sentiasa memfitnah keburukan Syed Azman manakala Syed Azman lebih kepada apa visi beliau dalam Dun Kerdau jika dia menjadi wakil mereka. Itulah perbezaan tahap pengetahuan antara calon Pas dan calon BN.



Calon Pas sentiasa mencari keburukan calon BN dan seterusnya menghebahkan kepada pengundi DUN Kerdau berbeza dengan calon BN yang bersikap lebih berhemah dalam membicarakan apa juga hal

Calon Pas langung tiada lulusan dalam bidang agama cuma setakat Diploma daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang ukur tanah itu. Nasib baik ada UiTM jika tidak calon Pas langsung tiada apa-apa kelulusan. Itu pun menyokong DAP bagi menghapuskan kouta bumiputera....apa punya Melayu

Anwar pembohong Saya Tak Pernah Label Ikhwan Muslimin Pengganas - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan beliau pernah melabelkan gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) sebagai pengganas.

Sebaliknya beliau berkata, gerakan berkenaan perlu menghilangkan persepsi dunia yang selama ini menganggap mereka sebagai kumpulan ekstremis.

"Saya tak kata Muslim Brotherhood kumpulan pengganas, saya kata Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat mereka menolak keganansan dan fahaman ekstremis.

"Ini pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya, soalnya ialah untuk mereka menghilangkan perspesi dunia terhadap kumpulan ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi Felda Jengka 25, di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai megulas mengenai gesaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwan Ibrahim yang mahu Najib menarik balik kenyataanya sebelum ini berhubung gerakan Ikhwan Muslimin.

Gesaan Anwar itu sebagai merujuk satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan Najib di Istanbul, Turki baru-baru ini yang mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kumpulan berkenaan perlu mengikut amalan demokrasi sekiranya mahu mengambil bahagian dalam pilihan raya.

"Kalau mereka kata bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (pengganas), dan mereka nak ambil bahagian mengikut proses undang-undang serta menghormati proses demokrasi dan cintakan keamanan...tak ada masalah untuk menerima mereka bertanding dalam pilihan raya.

"Lagipun ia bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain," katanya.

Jom Lihat gambar-gambar yang buat Anwar dan kuncu-kuncunya hilang teloq

Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat Sungai Rapat Online rakamkan sempena perhimpunan Melayu di Kampung Gajah semalam. Moga-moga ini akan memberi kesedaran kepada penyokong Anwar supaya jangan main-main dengan orang Melayu.














Yuhaizad Calon Pas Di Merlimau tidak percaya kepada undi Melayu

JASIN, 26 Feb: Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah tidak berapa percaya kepada undi Melayu, beliau akan menumpukan kepada undi Cina
Yuhaizad, 38, berkata kepada pengundi di Merlimau adalah jelas Pas bukan untuk orang Melayu dalam perlembagaan Pas pun tiada tercatat perkataan Melayu
Saya akan berkhidmat untuk rakyat yang mengundi Pas sahaja.
. Tak ada janji khusus kerana saya pun bukan kerajaan tapi saya cuba berkhidmat jika dipilih
Menurut Yuhaizad, beliau akan mengikut strategi kempen yang telah disusun oleh parti bagi memastikan kempen berjalan lancar dan mesej yang ingin disampaikan diterima pengundi.
"Saya akan mengikut strategi yang diatur oleh parti, iaitu Pas for All bukan untuk orang Melayu sahaja
Kemungkinan Isteri beliau yang juga seorang guru akan mengambil cuti tanpa gaji untuk mengikutinya berkempen.

Demo Interlok: Jika Melayu Rasis ,mereka akan buat huru-hara apabila Sosilawati dan 3 pembantu Melayu dibakar hidup-hidup


P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran yang dikatakan 'rasis'.

Demonstrasi yang sengaja bagi memulakan gerakan menggulingkan kerajaan dengan mengambil novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India sebagai penyebabnya.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA).

Adalah difahamkan perarakkan itu dirancang oleh parti pakatan rakyat yang menjadi dalang demontrasi itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Uthayakumar kononnya adalah pemimpin hak asasi manusia mengatakan Pentadbiran Melayu Di Malaysia rasis, jika Melayu rasis mereka akan buat huru-hara apabila Sosilawati dan 3 lagi pembantunya dibakar hidup-hidup oleh paria di Malaysia. Jika Melayu rasis Ananda Krishnan tidak akan wujud di Malaysia. Jika Melayu rasis Tony Fernandez tidak dibenarkan jadi jutawan. Ingat kesabaran orang Melayu ada hadnya.

Tolong jangan jerit, saya berada di sini untuk membantu mahkamah - Kata Nor Aidora kepada Ram Karpal



Seorang ahli kimia mengenepikan sebarang kemungkinan pencemaran ke atas satu tuala kecil yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira yang boleh menyebabkan kehadiran profil DNA lain selain daripada "lelaki Y".

Nor Aidora Saedon tidak bersetuju dengan peguam bela Ram Karpal Singh dan tetap dengan pendirian mengenai apa yang ditemuinya bahawa ia hanya satu profil DNA yang ditemui pada tuala itu.

"Tidak ada kemungkinan seperti itu memandangkan semua jaminan kualiti telahada di makmal kami dan analisis saya mengenai eksibit ini telah mengenepikan sebarang kemungkinan campuran profil-profil DNA pada tuala itu," kata Nor Aidora.

Saksi itu juga tidak bersetuju berhubung kehadiran "alel 18" pada graf elektroferogram yang tidak sepadan dengan profil DNA, sama ada kepunyaan Mohd Saiful, "lelaki Y" atau orang yang tidak dikenali, menandakan kehadiran profil kepunyaan orang lain.

Ram berhujah malah alel 18 wujud semasa pemeriksaan dijalankan oleh ahli kimia yang lain iaitu Dr Seah Lay Hong.

Alel adalah satu daripada dua atau lebih yang membentuk turutan DNA sesuatu gen tertentu. Setiap gen boleh mempunyai alel yang berbeza. Kadang kala, turutan DNA yang berbeza (alel) terjadi dalam pelbagai sifat, seperti warna.

Kadang-kadang, alel yang berbeza akan mempunyai keputusan yang sama dalam mengungkap sesuatu gen.

Nor Aidora, saksi keenam pendakwaan dari Jabatan Kimia menjelaskan bahawa sebagai ahli kimia, beliau perlu meneliti analisis lengkap sesuatu profil DNA secara keseluruhan, bukan hanya berdasarkan satu lokus bagi profil itu seperti yang disebut oleh peguam bela.

"Kamu tidak boleh hanya ambil satu lokus dan berkeras mengatakan mengenai kehadiran lebih daripada satu profil DNA dan alasan kamu mengenai pencemaran benar-benar tidak tepat," katanya.

Nor Aidora yang dihujani bertubi-tubi dengan soalan daripada Ram Karpal kemudiannya memberitahu peguam bela itu supaya merendahkan suaranya.

"Tolong jangan jerit, saya berada di sini untuk membantu mahkamah," kata saksi itu. Selepas itu peguam kurang ajar itu pun memperlahankan suaranya.

Wow tegas betul Nor Aidora ini, bagus jangan bagi muka dengan peguam penipu ini.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Menjawab soalan lain sama ada beliau menjalankan profil padanan dengan staf lain yang bekerja di makmalnya, Nor Aidora berkata protokol dan prosedur dalam jabatannya tidak pernah ditolak ansur.

Pada satu peringkat, Nor Aidora menoleh ke arah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan bertanya sama ada beliau mengikuti apa yang dijelaskannya mengenai cara beliau menjalankan analisis DNA itu dan kemungkinan padanan DNA.

"Kamu tidak perlu bimbang tentang saya, saya tahu apa yang kamu lakukan sila teruskan," kata Mohamad Zabidin sambil tersenyum.

Ram Karpal juga terus mengulangi pertanyaan mengenai kemungkinan pencemaran sampel-sampel yang diserahkan kepadanya oleh DSP Judy, Nor Aidora berkata profil-profil DNA yang diperolehinya dari calitan-calitan berada dalam keadaan baik.

Perbicaraan itu bersambung Isnin untuk pemeriksaan balas ke atas ASP Fauziah Che Mat yang menghasilkan cetakan imej tujuh kenderaan dan individu yang direkodkan dalam rakaman CCTV di kondominium Bukit Damansara itu di mana Mohd Saiful mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Pas perlu guling Nik Aziz jika Revolusi Baru yang mereka mahukan

Tingkah laku pakatan pembangkang yang seringkali melemparkan tuduhan, fitnah dan maki hamun selain memanipulasi isu dilihat sebagai bukan sifat demokrasi tetapi lebih cenderung kepada sikap ‘democrazy’,

Sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, amat kecewa dan berasa malu di atas gelagat yang ditunjukkan oleh sebuah parti yang mengaku parti Islam.

Jelas Islam bukan perjuangan mereka tetapi mereka gila kuasa dan memperalatkan Islam untuk mencapai matlamat mereka mendapat kuasa sedangkan UMNOlah yang sebenarnya berjuang berlandaskan Al-Quran dan sunnah.

Saya pelik dengan sikap Pas yang melaung-laungkan revolusi dalam memberikan sokongan kepada calon mereka sedangkan apakah mereka faham dengan maksud revolusi sebenarnya

Jika benar mereka mahukan satu revolusi maka yang sepatutnya digulingkan adalah kerajaan Pas di Kelantan yang gagal membangunkan negeri tersebut sedangkan mereka sudah 20 tahun mentadbir, tapi apa yang dilakukan Nik Aziz.

Jika benar mereka mahukan satu revolusi maka yang sepatutnya digulingkan adalah kerajaan Pas di Kelantan yang gagal membangunkan negeri tersebut sedangkan mereka sudah 20 tahun mentadbir, tapi apa yang dilakukan Nik Aziz

Tegas beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), kerajaan sentiasa prihatin dengan kehendak rakyat termasuklah negeri yang ditadbir oleh pembangkang sehinggakan masyarakat Kelantan juga turut menerima pelbagai imbuhan hasil pentadbiran BN.

“Kerana itulah, mereka sengaja mencipta isu baru, cuba mensensasikan apa yang berlaku di Timur Tengah dan menyamakan dengan keadaan di sini sedangkan ia amat berbeza iaitu BN tidak pernah bersikap zalim apatah lagi membiarkan rakyatnya menganggur tanpa pembelaan.”

Ujarnya lagi, jika dalam pilihan raya kecil sebelum ini pembangkang melaungkan reformasi tetapi kenapa pula ia ditukar kepada revolusi sedangkan mereka tidak tahu apa maksud yang tersirat.

Apa yang pasti, mereka cuba menggagalkan hasrat Perdana Menteri dan Kerajaan yang mahukan seluruh rakyat menumpukan kepada kerja dan tanggungjawab di samping sama-sama meneruskan agenda bagi membangunkan negara.

Pembangkang cuba mengalihkan perhatian rakyat yang jelas semakin ketara menolak pakatan campuran apatah lagi sejak ditubuhkan hinggalah sekarang ini, ketiga-tiga parti terbabit tidak pernah mencapai kata sepakat malah sebaliknya tidak sunyi daripada dilanda perpecahan dan pergeseran antara pemimpinnya.

Rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan pelbagai tohmahan yang dilontarkan oleh pembangkang.

Kita tidak ada masa untuk melayan mereka kerana kita sayangkan kesejahteraan dan perpaduan yang telah kita kecapi selama bersama BN sejak lebih 50 tahun lalu dan kita mahukan kesinambungan kemajuan ini berterusan. Undilah BN.

Saturday, February 26, 2011

Calon BN tak gentar serangan peribadi



KUALA KRAU: Calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak gentar dengan tindakan pembangkang menyerang peribadinya melalui ceramah dan laman blog, sebaliknya menyifatkan ia ‘amalan biasa’ pembangkang.

Beliau yang ditemui pada Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Jengka 23 berkata, pembangkang membuat isu tanpa usul periksa untuk menarik perhatian penyokongnya.“Kita tidak akan terikut-ikut cara mereka, sebaliknya lebih kepada pendekatan mesra rakyat,” katanya mengulas tuduhan pembangkang beliau tiada kelulusan Universiti Al-Azhar. Syed Ibrahim berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terlebih dulu menjawab isu itu dengan tegas.

“Saya bukan saja mendapat ijazah Universiti Al-Azhar, malah ada Sanad Talaqi daripada beberapa sheikh universiti itu,” katany

ORANG MELAYU DIINGATKAN JANGAN MUDAH LUPA






Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu supaya orang Melayu tidak mudah keliru dengan permainan licik oleh pihah-pihak yang cuba menjatuhkan kaum itu.
Katanya orang Melayu juga harus bersatu dan tidak mudah memberi peluang kepada pengkhianat bangsa untuk memecah belahkan bangsa Melayu sendiri.

“Tetapi apa yang paling menyedihkan saya adalah apabila kaum Melayu sendiri yang merupakan saudara sesama Islam sanggup menjatuhkan kaum sendiri, ” kata beliau dengan nada kesal.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan rakyat anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di dataran Pasir Salak, Kampung Gajah.

Perhimpunan rakyat itu yang bertema ‘Melayu Bersatu di Pasir Salak’ dihadiri oleh 10,000 termasuk ahli Perkasa dari luar Perak dan Kedah. matlamat perhimpunan ini adalah menyeru kaum Melayu  supaya bersatu dan sedar akan haknya, perhimpunan Perkasa di Pasir Salak merupakan sesuatu yang simbolik kerana ini merupakan tempat sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu.

Pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak pada 1875 merupakan bermulanya penentangan orang Melayu terhadap British di Perak. Dr Mahathir berkata walaupun beliau memperjuangkan hak orang Melayu, hak kaum lain tidak pernah beliau abaikan. “Sepanjang pemerintahan saya tidak pernah abaikan kaum lain atau bersikap berat sebelah seperti yang dituduh. Dah banyak saya lakukan untuk kaum-kaum lain juga,” katanya.
Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali dalam ucapan menegaskan kewujudan Perkasa bukanlah untuk menjatuhkan kaum lain.
“Perkasa bukan rasis, kita pertubuhan yang bertanggungjawab memperjuangkan bangsa kerana semangat nasionalisme yang tinggi,” katanya.

Isu Ijazah calon BN Kerdau, ini komen MB Pahang…


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.

"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya.

Syed Ibrahim Syed Ahmad dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui pemberita bagi mengulas perkara berkenaan.

"Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna.

"Biarlah rakyat tahu sendiri," katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Krau adalah lulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.

Syed Ibrahim mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

97 Anggota PKR Bayan Baru Dan Tanjong Keluar Parti Sertai Kimma

Seramai 97 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.
Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.
"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang untuk menganggotai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kepada Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader di sini, Sabtu.
Beliau berkata kumpulan mereka terdiri daripada pemimpin sayap Pemuda dan Wanita PKR kawasan berkenaan yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 72 tahun.
"Semua janji untuk membela nasib kaum India Muslim gagal ditunaikan parti berkenaan," katanya.
Kimma mempunyai 12,500 anggota di sekitar Pulau Pinang

Anwar, Nik Abdul Aziz Pengkhianat Bangsa: Dr M



Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini, Sabtu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu.

Calon BN Dun Kerdau membuktikan yang dia tamat belajar




Calon BN bagi pilihan raya kecil Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak terus membiarkan rakannya bergelut dengan dosa fitnah.

Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya. Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Menurut laporan, Syed Ibrahim yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

Beliau menangkis isu tersebut dengan menunjukkan ijazah Bahasa Arab (kiri) yang diperolehinya dari Universiti Al-Azhar, Mesir kepada pemberita.

"Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur," katanya kepada pemberita di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.

Syed Ibrahim berkata beliau terpaksa berbuat demikian selepas didesak banyak pihak bagi mengemukakan bukti latar belakang pendidikannya itu.

"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat," katanya.

Syed Ibrahim, 44, menerima ijazah tersebut pada 1997.

Katanya beliau tidak pernah berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan yang mengatakan beliau menipu berhubung kelulusan akademiknya itu.

"Saya berdoa supaya tabiat mereka yang suka melemparkan tuduhan agar dibersihkan jiwa mereka," katanya sambil menyifatkannya sebagai satu 'serangan peribadi'.Sementara itu, calon PAS pula, Hassanuddin Salim berkata, beliau hari ini bangun pada jam 5 pagi dengan perasaan optimis.


Bagaimanapun, beliau masih mahu merahsiakan pendekatan dan strateginya.

"(Strategi saya) menawan hati semua orang," katanya ringkas sambil senyum lebar.

Ketika SPR mengumumkan mereka berdua sah bertanding, suasana di Dewan Tun Razak dan sekitarnya di Temerloh bingit dengan sorakan penyokong dan pemimpin kedua-dua parti.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Di luar dewan, kedua-dua penyokong yang dipisahkan kawat berduri kira-kira 40 meter.

Hasanudin diringi kira-kira 2,000 penyokong manakala Syed Ibrahim pula berarak bersama 1,000 orang.

Bagaimanapun, kelihatan di kawasan BN lebih berwarna-warni apabila penyokongnya membawa pelbagai kain rentang dan poster berbanding PAS yang rata-rata hanya membawa benderanya.

Tiada insiden tidak diingi berlaku. kali ini Pas mengambil strategi menyorok DAP dibelakang dengan niat untuk mengambil hati undi Melayu sebab itu tidak nampak bendera DAP di DUN Kerdau

Kerana DEB lah ramai orang Melayu yang boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lain




Dengan Dasar Ekonomi Barulah ramai orang Melayu termasuk pembangkang mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Ada pembangkang yang berbangsa Melayu kata DEB hanya memperkayakan krobi Umno sahaja. Tun Mahathir mengatakan dalam ucapannya DEB mampu memberi peluang kepada  ramai orang Melayu termasuk pembangkang berjaya hingga ke hari ini. 

Kata Tun lagi mana ada negara didunia ini yang mampu melaksanakan dasar sekolah dalam pelbagai bahasa samada bahasa Melayu, Cina dan India. inilah kerajaan yang satu-satu didunia ini yang mengamalkan dasar sedemikian.

Orang Melayu hanya mempertahankan hanya 30% ekuiti sahaja, Orang Melayu juga tidak pernah mengambil hak kaum lain, tetapi kenapa mereka mempertikai apabila kita mempertahankan 30% ekuiti bumiputera.


Hampir 20,000 hadir Perhimpunan Melayu Perkasa di Kampung Gajah




Perhimpunan Melayu Perkasa di Kampung Gajah memperlihatkan hampir 20,000 orang hadir dari segenap pelusuk desa. Perhimpunan ini adalah bermatlamat bagi menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam negeri Perak. Sejak akhir ini orang Melayu telah mula berpecah kepada beberapa kumpulan dan ada juga beberapa pemimpin Melayu yang menjadi petualang kepada bangsa Melayu dengan menjadikan Melayu sebagai sampah kepada kaum lain demi meraih politik mereka.

Dalam ucapan Yang Dipertua Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali menegaskan bahawa "Melayu tidak akan tunduk dengan desakan bangsa lain untuk menjadi hamba kepada mereka. Melayu tidak pernah mengganggu kaum lain malah memberi laluan dalam banyak perkara sehinggakan orang Melayu memberi tempat perlindungan dibumi Tanah Melayu ini. Dengan adanya petualang bangsa Melayu iaitu Anwar Ibrahim kaum lain sudah mula mempertikaikan bangsa Melayu", katanya.

PERBANDINGAN KEJAYAAN MELAKA & KEGAGALAN KELANTAN

No.         Butiran                                                                    Melaka                Kelantan
1.   Kadar Kemiskinan (2009) [%]                                                 0.5                         4.8
2.   Pendapatan bulanan isi rumah (2009) [RM]                         4,184                       2,536
3.   Kadar Pengangguran (Suku Ke 3 2010) [%]                            0.8                          3.2
4.   Jumlah Pengangguran (Suku Ke 3 2010) [Bil.]                       2,400                  17,700
5.   Pertumbuhan KDNK/GDP (2010) [%]                                   7.0                          5.1
6.   Nilai KDNK (2010) [RM billion – harga semasa]                    19.43                     12.45
7.   KDNK  per kapita (2010) [RM]                                              25,185                7,453
8.   Indeks Bandar Mampan (2010)                                       84.21 – 87.72*           71.43@
9.   Hasil Kutipan Jab Kastam (2010) [RM]                              1.6 bilion              37.3 juta
10. Hasil Kutipan Jab Imigresen (2010) [RM Juta]                        57.3                      13.2
11. Kadar Celik Huruf W/Negara (2009) [ >10 tahun, %]           95.5                     92.3
12. Kadar Kematian Kasar (2008) [per 1,000 penduduk]                 6.0                     6.1
13. Kadar Kematian Bayi (2007) [per 1,000 kelahiran hidup]           7.8                       8.0
14. Kelahiran Anak Tak Sah Taraf (2009)                                      1,077                    1,221
15. Penagih Dadah (2009) [Bil.]                                                      327                    1,902
16. Jenayah Kekerasan (2010) [Bil.]                                                 678                    882
17. Keseluruhan Jenayah (2010) [Bil.]                                              5,976                7,900
18. Penceraian Di Kalangan Muslim (2009) [Bil.]                              923                  2,478
Nota: * MPAG & MPJ = 84.21; MBMB = 87.72 – Mampan.
@ MPKB =  71.43 – Sederhana mampan

Sumber: DarahTuah

PRK Merlimau: Roslan Lawan Yuhaizad



Seperti dijangka Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengumumkan pengesahan pencalonan itu berkata, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi diikuti Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin dua minit kemudian.

"Sebanyak tiga bantahan dikemukakan tetapi ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya Pusat Penamaan Calon di Politeknik Merlimau, di sini Sabtu.

Roslan berkata, sebanyak tujuh pusat mengundi akan dibuka pada hari pengundian 6 Mac ini.Dewan Platinum Politeknik Merlimau ditetapkan sebagai pusat penjumlahan undi rasmi/pengiraan semula undi.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar dalam cuaca cerah sehingga pengumumuman yang layak bertanding dibuat.

Sementara tiada kejadian yang diingini berlaku di kalangan ribuan penyokong BN dan PAS yang berhimpun di luar politeknik.

Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu. SPR menetapkan 6 Mac adalah hari pembuangan undi.

Mengikut Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011, kawasan berkenaan mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos di DUN Merlimau dengan pengundi Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.84 peratus), India (14.67 peratus) dan lain-lain bangsa (0.39 peratus).

Berdasarkan komposisi mengikut kaum, terdapat 6,850 orang pengundi Melayu, 2,225 orang (Cina), 1,569 (India) dan lain-lain 37 orang.

Live dari Merlimau: Kronologi proses penamaan calon di Merlimau



Kronologi penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung di Politeknik Merlimau pada Sabtu:

10 pagi: Tempoh penyerahan borang pencalonan tamat. Pengurus Pilihan Raya DUN Melimau, Roslan Eusoff mengumumkan masa bantahan sehingga pukul 11 pagi.

Borang calon BN, Roslan dan calon PAS, Yuhaizad dipamerkan sepanjang tempoh bantahan.

9.05 pagi: Yuhaizad memasuki Dewan Platinum untuk menyerahkan borang pencalonan diikuti calon BN, Roslan Ahmad. Turut mengiringi Roslan termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Gerakan, Tan Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha

9 Pagi: Calon Pas, Yuhaizad Abdullah memasuki Pusat Penamaan Calon diiringi Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Isa, Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Rahman dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

8.45 pagi: Penyokong Pas mula berarak ke Pusat Penamaan Calon.

8.30 pagi: Penyokong BN mula berarak ke Pusat Penamaan Calon.

7 pagi: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberi taklimat kepada penyokong-penyokong BN.

6 pagi: Penyokong kedua-dua parti, Barisan Nasional (BN) dan Pas mula berkumpul berhampiran Pusat Penamaan Calon di Politeknik Merlimau.

Live dari Merlimau: Masa bantahan dah tamat



Nnaib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pilihan raya kecil terdahulu membuktikan bahawa Pakatan telah bertindak "jahat" dalam memburuk-burukkan BN.

Katanya lagi, BN berharap supaya pengundi Merlimau tidak terpengaruh dengan usaha itu. BN juga berharap untuk meningkatkan majoriti di kawasan itu.

BN kehilangan kira-kira 3,000 undi pada 2008 bagi kawasan itu berbanding kira-kira 5,000 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2004.

 Merlimau:Kumpulan penyokong BN kini semakin ramai, menyamai jumlah penyokong PAS yang berjumlah kira-kira 3,000 orang.

Live dari Merlimau: Masa untuk penamaan calon dah tamat satu jam dari sekarang


Penyokong BN membalas 'PAS jual Islam' kepada penyokong PAS.

penyokong Pas kata duit....duit

Polis menghadkan jumlah ahli parti yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, yang kemudiannya mencetus konflik kecil antara ADUN Teratai, Jenice Lee dan pegawai SPR.

Pegawai Pengurus umum masa menyerahkan borang pencalonan sudah tamat

Pegawai Pengurus umum masa bantahan sejam bermula

Hanya dua calon masing-masing dari BN dan PAS menyerahkan borang pencalonan seperti pengumuman bertulis SPR di papan hitam

Live dari Merlimau: Semakin ramai penyokong BN berkumpul


Lihatlah betapa penyokong BN berkumpul ditempat pusat penamaan calon Dun Merlimau

Masa untuk penamaan calon dah tamat satu jam dari sekarang tempoh bantahan kot-kot nak bantah

Live dari Dun Merlimau: Pas mempergunakan kanak-kanak demi untuk meraih simpati


Setiap kali pilihanraya atau demontrasi Pas selalu mempergunakan kanak-kanak demi menarik perhatian pengundi. matlamat mereka adalah untuk meraih simpati dari masyarakar setempat. tetapi yang kelihatan adalah kanak-kanak Melayu sahaja macam mana dengan kanak-kanak orang DAP?

Live dari Merlimau: Semakin ramai penyokong BN lebih 10,000 orang manakala Pas cuma 3000 jer



Semakin ramai penyokong BN berkumpul di Bandar Merlimau, Ada juga yang baru sampai pekena teh tarik dan nasi lemak dulu baru ada power nanti.

Beberapa  pegawai kanan SPR sudah memasuki di pekarangan Dewan Platinum Politeknik Merlimau dimana proses penamaan calon akan diadakan

Kelihatan YAB ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam telah kelihatan bersama penyokong BN

Sesekali kedengaran Pas  bertakbir 

Pas jangan menggunakan agama demi kepentingan politik pakatan rakyat yang majoritinya kafir harbi

Penyokong BN sedang berarak menuju ke pusat berkumpul sebelum mengiringi calon ke pusat penamaan di Dewan Milenium.

Setakat ini yang confirm bertanding di DUN Merlimai iaitu Roslan Ahmad mewakili Barisan Nasional (BN) manakala Yuhaizad Abdullah dari PAS.

Cuaca di Merlimau agak mendung macam nak hujan, penyokong BN semakin ramai sudah berada di tempat berkumpul termasuk Ketua Menteri Melaka

Penyokong BN paling ramai hampir 7000 berbanding dengan penyokong pas dan DAP hanya 3000 sahaja

penyokong BN semakin bertambah lebih 10,000 orang wow meriahnya

Kelihatan mengiringi calon BN, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ahli Parlimen Masjid Tanah , Datuk Abu Seman Yusop, Presiden MIC, Datuk G Palanivel

Nampaknya calon PAS DUN Merlimau, Yuhaizat Abdullah sudah memasuki dewan untuk menyerahkan kertas pencalonan
Calon Roslan Ahmad mewakili Barisan Nasional (BN) sudah memasuki Dewan Milenium untuk proses penamaan calon




 

Live dari Merlimau: Semakin ramai penyokong BN berkumpul


Semakin ramai penyokong BN berkumpul di Bandar Merlimau, Ada juga yang baru sampai pekena teh tarik dan nasi lemak dulu baru ada power nanti.

Beberapa  pegawai kanan SPR sudah memasuki di pekarangan Dewan Platinum Politeknik Merlimau dimana proses penamaan calon akan diadakan

Kelihatan YAB ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam telah kelihatan bersama penyokong BN

Sesekali kedengaran Pas  bertakbir 

Pas jangan menggunakan agama demi kepentingan politik pakatan rakyat yang majoritinya kafir harbi

Penyokong BN sedang berarak menuju ke pusat berkumpul sebelum mengiringi calon ke pusat penamaan di Dewan Milenium.

Setakat ini yang confirm bertanding di DUN Merlimai iaitu Roslan Ahmad mewakili Barisan Nasional (BN) manakala Yuhaizad Abdullah dari PAS.

Cuaca di Merlimau agak mendung macam nak hujan, penyokong BN semakin ramai sudah berada di tempat berkumpul termasuk Ketua Menteri Melaka

Pas perasan menang di DUN Merlimau, pengundi Merlimau memang tolak Pas

Eh heh Syam ketot pun ada!!

PAS tetap perasan akan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan itu 6 Mac ini walaupun tidak pernah menang sekali pun dalam dua pilihan raya disertainya bagi kerusi itu pada 1999 dan 2008.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata calon yang dipertaruhkan PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, adalah anak tempatan yang mempunyai latar belakang pendidikan baik dan dapat mewakili suara PAS dalam DUN Melaka termasuk mampu menarik pengundi baru iaitu golongan muda.“Beliau juga boleh berhujah. Tidak mustahil kita boleh menang di sini. Kita pernah menang dan kalah sebelum ini... harapan tetap ada,” katanya selepas mengumumkan pemilihan Yuhaizad di Markas PAS As-Solihin di Merlimau Pasir, malam kelmarin. Yuhaizad yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Bahagian Jasin, berasal dari Batu 23 ½ Kampung Chinchin, Jasin memiliki Diploma Tasawur Islam dari Ilham Center Kuala Lumpur.

Pas jangan perasan la kerana keadaan di Merlimau tidak sama di negeri Kelantan, di Merlimau pengundi memang meluat dengan kerenah Pas yang menjadi pecacai DAP. Depan orang Melayu cakap pasal Islam konon nak tubuh negara Islam tetapi bila ada pemimpin DAP senyap dan sunyi bagaimana nak membela nasib orang Melayu yang majoriti Islam.

Live dari Merlimau: Hari Penamaan Calon di Politeknik Merlimau



Kira-kira jam 6.45 pagi tadi, jalan di hadapan Pusat Penamaan Calon di Politeknik Merlimau sudah ditutup untuk lalulintas.

Ketika ini para petugas dari  SPR sedang membuat persiapan terakhir bagi proses penamaan calon bagi DUN Merlimau sebentar lagi



Setakat ini penyokong kedua-dua parti sedang berkumpul di pusat berkumpul parti masing-masing sambil membawa bendera parti masing-masing


Inilah tempat dimana proses penamaan calon akan diadakan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka.

Penyokong BN sudah mula ramai berkumpul di kawasan berkumpul di Bandar Merlimau




Friday, February 25, 2011

Nizar berceramah ke kampung-kampung kata Pas nak tubuh negara Islam



Ketika ini Nizar giat mengadakan beberapa siri ceramah telah dibuat terutama di kawasan pedalaman. Dalam ceramahnya Nizar melaung-laung mengatakan, jika mereka memilih Pakatan Rakyat, maka pakatan rakyat akan melaksanakan hukum Islam dan seterusnya menubuhkan negara Islam.

Jika anda memilih pakatan rakyat anda berhak mendapat ganjaran yang tak terhingga banyaknya diakhirat kelak", kata Nizar semasa sessi ceramah di Kg. Seri Jaya dekat Batu Gajah.

Kesian orang kampung Seri Jaya kena tipu dengan Nizar

Pada hakikatnya apabila pakatan diberi mandat memerintah Perak, Nizar jelas mengatakan bahawa negara islam dan hukum Islam langsung tidak ada dalam transkrip dan dalam perlembagaan parti Pas. tergamam juga rasanya bila mendengar Nizar berkata sedemikian dalam sidang Dun pada penggal 12 sewaktu regim DAP memerintah. Kini Nizar mula melaung semula mengatakan UMNO tidak melaksanakan Islam Pas perlu menggantikan Umno untuk melaksanakan hukum Islam.

Entah apa jenis spesis Nizar ni pembaca semua nilaikan sendiri?

Kes Liwat Anwar: Peguam Anwar terus menyerang Pakar kimia Nor Aidora Saidun



Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim diteruskan dengan menyambung soal balas pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun. Tiga peguam Anwar 'menyerang' bertubi-tubi pakar kimia untuk mengalih pandangan terhadap bukti yang telah ditemui pada DNA Lelaki'Y' sama dengan DNA Anwar.

Soalan mereka berkisar dari kelas syarahan yang dianjurkan oleh Nor Aidora, dimana beliau menjemput dua polis daripada Australia untuk memberi syarahan berkenaan morfologi (rupa bentuk) rambut sahaja.

Aidora juga mengaku pernah menjalankan analisis lanjut sama ada profail asing yang dijumpai dalam sampel

“Adakah anda mempunyai profail DNA pegawai polis yang ditugaskan menyiasat kes ini?” tanya peguam Ram Karpal.

“Tidak,” jawab Aidora.

“Anda tidak mengecualikan bahawa profail mereka mungkin mencemari sampel ‘trace’? tanya Ram Karpal.

“Ya,” jawab Aidora.

Dalam sesi soal balas Ram Karpal pagi tadi, Aidora mengakui memang  memiliki kemahiran dan pengalaman dalam pemeriksaan DNA rambut.

Terdahulu, Ram Karpal cuba memutarbelitkan jawapan yang telah diberikan oleh Aidora, tetapi Aidora tetap dengan faktanya.

“Anda setuju pencemaran DNA boleh berlaku dalam ‘trace’ sampel?” tanya Ram Karpal.

(‘Trace’ sampel adalah sampel DNA yang diperolehi daripada calitan yang dibuat daripada objek yang mempunyai kontak dengan manusia)

“Tidak, ia tidak boleh berlaku dalam semua sampel,” balas Aidora.


4.04 pm – Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin selesai menyoal siasat Aidora selepas mula menyoal balas pada jam 3.38 petang.

Dalam soal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Aidora mengaku dia mempunyai kemahiran dalam meneliti DNA tentanh rambut.

Peguam Anwar agak kecewa kerana 'serangan' mereka tidak menjadi dan tidak mengubah sebarang fakta yang telah dikeluarkan oleh pakar kimia Aidora.

Kalau macam ini nampak gayanya peguam Anwar gagal mengenepikan hujah fakta dari Pakar Kimia

Mahkamah ditangguhkan dan bersambung pada Isnin depan.

NIZAR SEBAGAI ADUN PASIR PANJANG TIDAK PERNAH TURUN PADANG



ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengelak setiap kali ditanya tentang keluhan yang disuarakan lebih 60 nelayan di Kampung Ulu Tiram Batu 7 Lekir dengan meletakkan tanggungjawab itu kepada Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM).

Nizar juga turut mengelak daripada menjawab soalan sama ada benar atau tidak aduan nelayan bahawa beliau tidak turun menemui penduduk di kawasan itu dan membantu mencari penyelesaian kepada masalah mereka.

“Saya tidak nafikan masalah ini memang sedang melanda para nelayan di Lekir ini, saya sudah tidak pernah membuat tinjauan dan sekarang tunggu tindak balas dari pihak maritim saja,” katanya ketika dihubungi melalui telefon bimbitnya.

Apabila ditanya mengapa masih tiada langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah para nelayan, beliau seolah tidak memberikan jawapan yang tidak jelas sebaliknya menjawab:-

“Mungkin ada sektor yang terlepas pandang, masa adakan program di kawasan Lekir baru-baru ini pun, masalah ini ada dibangkitkan.

Apabila ditanya kenapa beliau tidak pernah turun padang terutamanya di kawasan penyokongnya iaitu di Lekir, katanya tunggu la

Lebih 60 para nelayan mendakwa pendapatan mereka semakin berkurangan berikutan kegiatan ‘penceroboh’ oleh pukat tunda daripada Bagan Datoh dan Hilir Perak.

Pengerusi Kelompok Nelayan Kampung Ulu Tiram Batu 7 Lekir, Md Dahari Md Tasin dilaporkan berkata penduduk kesal kerana ADUN Pasir Panjang tidak pernah turun ke sini dan tidak prihatin dengan masalah nelayan di situ.

“Kami rasakan seolah-olah dianak tirikan oleh ADUN Pasir Panjang yang kami sendiri lantik untuk jadi wakil kami. Kami kesal beliau langsung tidak mahu ambil tahu masalah kami, apatah lagi turun menjengok kami di sini,” kata Md Dahari.

Katanya sebelum PRU12 dulu berbagai janji manis diluahkan kepada kami antaranya akan membantu nelayan yang kurang bernasib baik tetapi kini batang hidung pun tak nampak.

Besok nak bawa bendera apa pun bawalah termasuk bendera komunis bintang 3



Apabila Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Wan Ahmad Wan Omar berkata, anggota parti yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil, masih boleh membawa bendera ketika berarak bersama calon esok bukan main seronok puak-puak Pas, mereka tidak sabar nak mengibarkan bendera komunis Malaysia.

"PKR nak bawa bendera PKR, DAP nak bawa bendera DAP, Pas nak bawa bendera komunis semua boleh. Tetapi lepas sudah sah calon bertanding tidak boleh lagi," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan memasang bendera dan bahan kempen apabila tempoh berkempen bermula esok.

Walaupun mereka ingin membayar deposit bahan kempen, perkara itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang.

Ditanya tentang pemasangan bendera yang sudah dikesan di Kerdau, Wan Ahmad berkata buat masa ini ia terletak bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

SPR, tambahnya hanya diberikan kuasa mulai esok hingga tamat pengundian.

"Undang-undang jelas, ia di bawah PBT. SPR tak ganggu," katanya.

Sementara itu, kemungkinan besar tiada pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pertembungan BN-PAS itu dijangka apabila hanya dua parti tersebut sahaja membeli borang penamaan calon.

"Kalau saya kata sepuluh borang dibeli, tapi semuanya dari satu parti, sama saja. Jadi kita jangka hanya ada dua penjuru saja," katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan bekas wakil rakyat sekitar tahun 1980-an mahu menawarkan diri untuk sama-sama bersaing dengan BN dan PAS atas tiket bebas.

Bekas ADUN itu yang ingin namanya disiarkan yang pernah berkhidmat di Jabatan Penerangan Jerantut memberitahu, hasratnya untuk bertanding atas tiket Bebas bertujuan 'mengajar' PAS dan BN supaya tidak terlalu yakin untuk mencapai kemenangan.

"Saya bertanding bukan kerana mahu menang tetapi mahu memecah undi," lelaki 60-an itu dipetik sebagai berkata.