Orang lain berada di rumah bersama keluarga melayan anak-anak atau membeli-belah di pasaraya tetapi hari Ahad pada YB Dato Hamidah merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk beliau turun padang melihat sendiri permasalahan penduduk. Seperti biasa mengikut rutin mingguan YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat walau macam mana sibuk sekali pun beliau akan tetap turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk dikawasan yang diwakilinya.
 |
| Yb Dato Hamidah memang disukai oleh penduduk Ara Payung |
Pada hari Ahad yang lalu Sungai rapat Online berpeluang mengikuti bersama rombongan YB Dato Hamidah turun padang kali ini bermula di Kampung Ara Payung iaitu menghadiri program Maulidurrasul di kampung tersebut, selepas beliau memberi ucapan beliau sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sambil memberi sedikit sumbangan peribadi kepada Ketua Kampung.
 |
| Udah lama tak jumpa begitulah! |
Selepas itu kami terus ke Kampung Pisang (bukan zombi kampung pisang) berdekatan dengan Pekan Batu Gajah. Di sana kami dibawa oleh Ketua Kampung Pisang terus ke rumahnya. Di rumah Ketua Kampung Pisang beberapa wartawan sedang menunggu kami dan YB Dato mempelawa wartawan duduk dan minum dengan nya sekali umpama kawan-kawan.
 |
| Cukup mesra dengan kanak-kanak |
Tujuan ke rumah Ketua Kampung Pisang ini adalah untuk menyerahkan cek skim Insuran takaful kepada penerimanya iaitu penduduk kampung Pisang. Selesai membuat temuramah wartawan Yb Dato terus ke Kampung Tersusun jalan Gopeng iaitu menghadiri program Maulidurrasul. YB Dato diberi peluang berucap lebihkurang 15 minit kemudian YB bersalam dengan para hadirin. Lebih kurang 45 minit YB Dato minta diri untuk hadir ke majlis lain pula.
 |
| Bersama wartawan di rumah Ketua Kampung Pisang |
 |
| Menyerahkan cek khairat kematian |
Kami singgah pula di Dewan Kampung Changkat Larang, di sini YB Dato merasmikan mesyuarat Agong Umno Cawangan Changkat Larang. Saya lihat masyarakat di sini begitu aktif berpersatuan tanpa mengira waktu. Mereka dilihat bersatu dalam apa jua keputusan sebab itulah ramai yang hadir mesyuarat tersebut. Hampir 1jam lebih YB Dato masih berada di Dewan Kampung Changkat Larang telefon berdering meminta YB Dato datang dalam program kemasyarakat di masjid Pengkalan Pegoh.
 |
| Berucap semasa mesyuarat Agong Umno Cawangan Changkat Larang |
YB Dato pun bergegas dengan segera ke Masjid Pengkalan pegoh kerana hari dah hampir masuk waktu zohor sesampainya di Masjid pengkalan Pegoh saya lihat ramai penduduk sedang berdailog dengan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh perak. Program ini adalah umtuk memberi pengetahuan tentang selok belok undang-undag syariah kepada penduduk. tapi sayangnya kehadiran agak kurang memberansangkan.
 |
| Berucap dalam majlis dialog dengan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah |
 |
| Antara yang hadir dalam majlis dialog |
Sepatutnya semua penduduk perlu hadir kerana penerangan dari Hakim mahkamah Tinggi Syariah bukan senang nak dengar. Kemudian kita diberi peluang untuk berdailog secara spontan dengan Yang Arif. Apabila selesai dialog YB Dato diberi peluang berucap kepada peserta. YB Dato berkata program ini akan diadakan di setiap masjid dalam Dun Sungai Rapat agar penduduk boleh mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dalam undang-undang syariah. Hampir dua jam YB Dato berada di Masjid Pengkalan Pegoh kemudian YB Dato bergegas pula ke rumah bekas ahli Umno (Otai Umno) umur 84 tahun.
 |
| Sempat bergambar bersama Otai Umno |
Dia menjemput YB Dato keduri di rumahnya juga berdekatan dengan Masjid pengkalan Pegoh. Saya lihat bekas ahli Umno itu agak kenal rapat dengan YB Dato, cara mereka bersembang juga diibaratkan macam keluarga yang cukup mesra. Makanan yang dihidang memang menyelerakan 'selera kampung katakan'. Apa lagi Sungai Rapat Online pun dua kali tambah la. Layanan pun cukup mesra macam dah lama kenal sedangkan SRO kenal pun tidak, itulah yang baiknya orang Pengkalan Pegoh ini. Lebih kurang dua jam YB Dato mohon diri untuk berangkat ke tempat lain pula, kali ini kami ke rumah pemimpin wanita PKR Cabang Gopeng. Tujuan bukanlah berjumpa dengan pemimpin tersebut tetapi YB Dato ke rumah pemimpin wanita PKR sebab bapanya sakit terlantar (Kronik) sedangkan pemimpin wanita PKR yang bernama Zura tidak ambil peduli keadaan bapanya.
 |
| Inilah rumah bapa pemimpin wanita PKR Cabang Gopeng |
 |
| YB Dato bertanya sesuatu dengan Zakaria |
Bila kami sampai ke rumah pemimpin wanita PKR tersebut, kami disambut oleh ibunya yang bernama Zuliha Binti Ibrahim berumur 64 tahun. Suaminya berumur 71 tahun sedang terlantar diatas tilam tanpa boleh menggerakkan badannya. Saya cukup rasa simpati melihat Zakaria Binti pandak Md Din berumur 71 Tahun menangis melihat rombongan kami sampai. YB Dato memberi salam, beliau menjawab salam dengan nada yang cukup perlahan bersama linangan air mata.
 |
| Udah 4 petang ada lagi rumah yang belum dilawati!! |
Di sinilah saya mula terfikir 'kita yang hidup akan menghadapi juga detik begini tetapi di mana anak-anaknya ketika ini'. Saya bertanya kepada Makcik Zuliha Makcik ada berapa anak? Dia menjawab "sorang je nak oi. yang itulah jantung yang itulah penawar makcik" Saya bertanya lagi dia kat mana sekarang? Mak Cik menjawab "kat rumah dialah" Selalu ke dia balik? saya bertanya lagi umpama polis pula. Jawabnya, "kadang-kadang baliklah"
 |
| Bergambar bersama juga Otai Umno |
Rupanya anak Mak Cik ini adalah seorang pemimpin Wanita PKR Cabang Gopeng yang cukup aktif berpolitik. Adakah patut membiarkan emaknya yang sudah berumur 64 tahun menjaga bapanya yang berumur 71 tahun? Inilah seorang pemimpin PKR yang tidak boleh dibuat contoh. YB Dato sendiri telah menghubungi Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu Zakaria pandak. Di sini saya cukup tabik pada YB Dato Hamidah kerana beliau tidak bertangguh dalam membuat kerjanya.
Selalunya kita lihat apabila lawatan YB, perkataan "akan" sentiasa bermain dibibir YB. Tetapi bagi YB Dato Hamidah perkataan "akan" tiada dalam kamusnya, selalunya dia akan menjawab "Ya" atau "tidak". Sebelum YB Dato Hamidah meninggalkan rumah Zakaria YB Dato memberi sedikit sumbangan kepada En Zakaria., Berlinanganlah air matanya menerima sumbangan dari YB Dato.
 |
| Lagi pesakit kronik yang YB Dato Lawati |
Hari dah hampir petang, manakala rutin YB Dato belum habis lagi selepas hampir sejam di rumah pemimpin Wanita PKR Cabang Gopeng YB Dato ke satu lagi rumah otai lama Umno juga yang agak kurang sihat. Di sini YB Dato tidak mengambil masa yang agak lama kerana program rasmi beliau dengan Raja Muda Perak akan bermula di Istana Ipoh.
Maka barulah selesai rutin YB Dato turun padang pada jam lebih kurang pukul 4 petang. Kalau semua YB berbuat begini Insyaallah aman semua orang kampung. Tapi adakah semua YB melaksanakan tugasnya sebegini. "tepuk dada tanya selera".
Seperti kata YB Dato Hamidah "Saya menjadi YB bukannya disuruh, tetapi saya yang merelakan diri saya, oleh itu saya kenalah bertanggungjawab". Adakah semua YB berfikiran sama dengan YB Dato Hamidah. Agak keletihan juga SRO mengikuti rombongan ini. Banyak ikhtibar yang boleh saya ambil hasil dari lawatan ini. Betapa perlunya bagi penduduk kampung terhadap YB yang perihatin. Hanya YB yang bertanggungjawab sahaja yang mampu melakukan sedemikian rupa. Yang akhiranya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan.