Saturday, April 30, 2011

Anwar wajib sumpah balas : Mufti Perlis


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan supaya Anwar Ibrahim wajib bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhan kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda.

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan kes yang memalukan itu diselesai segera.

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu adalah palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu perlu dilakukan bagi menyatakan kebenaran kepada masyarakat setelah rundingan gagal dilakukan.

Menurut Dr Juanda ada surah yang boleh kita buat rujukan iaitu:

Surah Ali ‘Imran (Juzuk 3) Ayat 59 – 62
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia) maka jadilah dia.
(Apa yang telah kami ceritakan itu), itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, kerana itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.

Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Surah di atas jelas Islam membenarkan kita bermubahalah kepada Allah ke atas perbuatan yang tidak boleh dibuktikan secara fizikal

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay juga boleh bersumpah jika dia fikirkan dia benar," katanya.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.

Ada parti Islam tetapi hanya pada nama mengikut telunjuk orang kafir pun tidak guna, lebih baik buang terus nama Islam kerana ini mengelirukan kepada masyarakat Islam.

30 peratus calon PRU 13 haruslah daripada kalangan Wanita UMNO: Dato' Seri Sharizat Jalil



Pergerakan Wanita UMNO hari ini terus menyuarakan hasrat mereka agar calon wanita mewakili sekurang-kurangnya 30 peratus daripada calon yang bertanding pada pilihanraya umum ke-13.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pada pilihanraya umum sebelum ini, wanita hanya mewakili kurang 10 peratus daripada calon yang bertanding.

Katanya, permintaan yang dikemukakan pergerakan itu juga munasabah kerana 51 peratus pengundi di Malaysia adalah terdiri kalangan wanita, sekaligus memberi isyarat politik bahawa suara golongan ini tidak boleh diketepikan lagi.

“Wanita UMNO berpendapat sudah tiba masanya untuk wanita berada di tempat sewajarnya walaupun Barisan Nasional (BN) sudah memberi polisi 30 peratus golongan wanita berada di tempat membuat dasar.

“Kita juga memainkan peranan penting dalam bidang politik dan saya berharap supaya Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita bertanding pada PRU -13 nanti.

“Ini kerana dalam UMNO dan BN, ada ramai wanita yang berkelayakan, saya juga mahu Pergerakan Wanita sentiasa bersiap sedia dengan bersatu-padu dan mengukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Gopeng, di Hill City Hotel Ipoh, hari ini.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Gopeng, Dato, Hamidah Osman.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pengerusi parti komponen BN yang lain juga perlu memberi peluang kepada lebih ramai calon wanita untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, permintaan itu berdasarkan kepada faktor termasuk wanita hari ini berpendidikan tinggi, berpengalaman dan mereka juga berkelayakan untuk diberi pertimbangan.

“Mana-mana parti yang tidak memberi ruang kepada wanita akan menghadapi risikonya kerana ia adalah realiti politik hari ini….permintaan Pergerakan Wanita itu adalah munasabah untuk pertimbangan sewajarnya kerana ia tidak menyulitkan mana-mana pihak,” kata Shahrizat lagi.

Mengulas persediaan menghadapi menghadapi PRU ke 13, beliau berkata, senarai nama calon daripada Pergerakan Wanita akan diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO apabila tiba masa yang sesuai.

“Bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang, tiga perkara perlu diambil perhatian oleh Pergerakan Wanita iaitu perpaduan, isu wanita dan keluarga perlu diambil kira dengan serius dan jentera parti ketika pilihanraya.

“Pergerakan juga perlu membuat persiapan ini dengan penuh berdisiplin, sistematik dan terperinci bagi menghadapi PRU ke 13,” katanya.

Persiapan ini katanya, perlu dilaksanakan di semua peringkat akar umbi yang menjadi tunjang kepada kekuatan parti di peringkat bahagian, negeri dan seterusnya kebangsaan.

Ditanya samada Presiden UMNO akan bersetuju dengan permintaan Wanita UMNO itu, Shahrizat menjelaskan kerajaan di bawah pimpinan Najib memberi penghormatan kepada isu wanita dengan sewajarnya.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang realistik dan begitu juga Wanita UMNO yang sentiasa bersiap sendiri menghadapi pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Betullah Anwar ‘anugerah Tuhan’... penyokong taksub buat kecoh dalam masjid



Sesiapa sahaja yang tidak dipengaruhi sentimen politik pasti sakit mata melihat dan sakit telinga mendengar hiruk pikuk dilakukan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang bermati-matian mahu menghalang Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al As, Bandar Baru Sentul petang Jumaat.

Persis manusia hilang iman dan ingatan, sekumpulan pemimpin dan penyokong PKR ‘menawan’ masjid tersebut dengan tidak menghiraukan pengurusan masjid serta polis yang mengawal keselamatan.Dalam berasak-asak, ada jemaah yang masih mengerjakan solat sunat selepas solat Jumaat dirempuh begitu sahaja.


Dengan ramai-ramai menjerit “Allah Hu Akbar”, "La Ila Haillallah" kumpulan diketuai Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri terus melakukan provokasi bertujuan menghalang majlis itu.

Padahal ketika itu, Eskay, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuaib Lazim belum berada di masjid.

Ada antara pemimpin PKR itu menjerit mempersoalkan kenapa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut berada di dalam masjid.

Mereka mendesak Jawi mengambil tindakan terhadap aduan Qazaf yang dibuat Pemuda PKR terlebih dahulu dan menyifatkan apa didedahkan Trio Datuk T adalah fitnah.

Melihat tiada pegawai Jawi atau masjid menghalang perbuatan mereka, kumpulan penyokong Anwar semakin agresif dengan mengambil mikrofon di mimbar dan diberikan kepada Shamsul Iskandar.





Namun, suis mikrofon itu sudah dimatikan terlebih dahulu.

Insiden menjerit dan tolak menolak berterusan lebih 30 minit dengan kumpulan petugas media yang berada di dalam masjid turut ditolak dan cuba dikasari kumpulan terbabit.

Suasana hanya reda setelah mereka menyedari Eskay tidak juga muncul-muncul dan jam hampir 2.30 petang.

Bagaimanapun, keadaan dalam masjid masih sesak termasuk jemaah yang belum beredar kerana mahu melihat Eskay melakukan sumpah laknat.

Beberapa minit kemudian, Pengerusi masjid itu, Abdul Razak Hussain naik ke mimbar dan bercakap menggunakan mikrofon memaklumkan majis Eskay dibatalkan serta meminta semua yang berada di dalam masjid beredar.

Dengan bantuan anggota polis, sekitar dalam masjid dikosongkan dan dikunci. Sebelum itu kumpulan terbabit seramai kira-kira 40 orang sempat membacakan doa serta solat sunat dan kemudian beredar meninggalkan masjid.

Di perkarangan masjid pula, seramai kira-kira 10 penyokong PKR memegang poster mengecam tindakan Eskay. Mereka hanya bersurai selepas diminta polis keluar dari kawasan masjid dan berada di luar pagar.

Suasana kecoh semula kira-kira jam 4 petang apabila ada desas desus mengatakan Trio Datuk T dalam perjalanan ke masjid itu. Kumpulan terbabit masuk semula ke dalam masjid dan mengganggu petugas media yang sudah memasang peralatan masing-masing – bersedia bagi majlis itu sekiranya Eskay tiba.

Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan menasihatkan semua yang berada di situ mengawal kelakuan dan jangan menimbulkan kekecohan.

Namun, seorang penyokong Anwar bersikap kurang ajar dan mempertikai peranan polis di masjid itu serta menjerit kepada wartawan yang meminta lelaki itu member ruang kepada media menjalankan tugas.

Beberapa anggota pollis preman masuk dan menasihatkan lelaki dan penyokong Anwar terbabit supaya jangan menimbulkan kekecohan. Eskay, Rahim dan shuaib tiba kira-kira jam 4.10 petang dan terus mengerjakan solat sunat dua rakaat.

Setelah selesai dan duduk untuk memulakan sumpah, ada penyokong PKR menjerit meminta majlis itu dihentikan.

Bagaimanapun, Eskay tidak menghiraukan jeritan itu dan bersedia untuk melafaz sumpah.

Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian sepasang Melayu berdiri di depan Trio Datuk T yang sedang duduk lalu menyampaikan ‘tazkirah’ mengatakan sumpah seperti itu tidak ada dalam Islam bagi kes yang dibangkitkan Eskay.

Lelaki itu disahkan bukan pegawai Jawi atau pegawai masjid sebaliknya orang luar dan dikatakan penyokong PKR. Rahim yang menyedari lelaki itu cuba menghalang majlis memintanya beredar.

Eskay kemudian dengan memegang al-Quran melafazkan sumpah kira-kira jam 4.25 petang. Trio Datuk T yang turut memakai baju kalis peluru kemudian segera meredar dan tidak mengadakan sidang media atas nasihat polis.

Ketika dikawal untuk dibawa keluar, penyokong-penyokong PKR menjerit dan menolak-nolak anggota polis yang mengiringi ketiga-tiga mereka keluar masjid menuju kenderaan.

Berlaku kekecohan ditangga pintu belakang masjid apabila mereka gagal menyekat Trio Datuk T menaiki kenderaan masing-masing. Kedengaran penyokong terbabit memaki hamun termasuk memanggil anggota polis yang mengawal kekecohan di situ sebagai ‘anjing’.

Kesimpulannya, insiden di masjid itu sesuatu yang amat memalukan Islam. Masjid dicemar oleh mereka yang terlalu taksub pada Anwar dan Eskay yang mahu bersumpah menyatakan kebenaran dihalang.

Begitulah, apabila Anwar Ibrahim yang dianggap anugerah ‘Tuhan’ lebih hebat dari segala-galanya dengan pengikut-pengikutnya yang sanggup berbuat apa saja termasuk mencemarkan Rumah Allah. Itulah warna sebenar pemimpin dan penyokong PKR

Najib Minta PAS Keluar Pakatan Pembangkang


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya

Kenapa Anwar takut Shazryl Eskay Bersumpah?



Keadaan di dalam dewan solat Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul yang menjadi lokasi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaik sahaja selesai solat Jumaat, kumpulan itu dilihat cuba menggagalkan majlis lafaz sumpah laknat yang dijanjikan oleh Shazryl Eskay semalam berhubung klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Berikutan itu, beberapa anggota polis terpaksa masuk ke dalam masjid untuk menenangkan keadaan.

Pada masa sama, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin mengambil tempat di atas mimbar dan meminta orang ramai untuk bersurai.

Keadaan beransur tenang dan terkawal manakala orang ramai mula dilihat keluar dari dewan solat masjid.

Kira-kira pukul 3.30 petang, kelihatan pintu pagar masjid tersebut ditutup pihak polis dan hanya pintu belakang pagar masjid dibuka.

Tepat pukul 4.10 petang, ketiga-tiga Datuk Trio iaitu Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim tiba di pekarangan masjid dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima.

Sebaik Shazryl Eskay selesai melafazkan sumpah laknat tepat pukul 4.20 petang, beberapa orang dipercayai ahli AMK sekali lagi menimbulkan provokasi.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya mengawal keadaan dan ketiga-tiga Datuk Trio itu dilihat meninggalkan pekarangan masjid kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui di masjid berkenaan memberitahu, beliau dihubungi oleh pihak pengurusan masjid berhubung hasrat Shazryl Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di masjid berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan masjid meminta bantuan pihak polis untuk membuat kawalan keselamatan dan memastikan keadaan di dalam serta pekarangan masjid terkawal.

"Walaupun berlaku sedikit kekecohan namun, kita berjaya meleraikannya dan tiada mana-mana individu ditahan berhubung insiden itu," katanya.

Friday, April 29, 2011

Penyokong PKR adakan solat hajat pertahankan penzina di Masjid yang sama


Selepas sumpah yang telah dilaksanakan oleh Datuk T, puak-puak penyokong Anwar terus mengambilalih masjid Masjid Amru dan seterusnya melakukan solat hajat bagi mempertahankan Anwar Ibrahim. Apabila ditanya kenapa melakukan solat hajat, jawab sam ketot untuk mempertahankan Anwar Ibrahim walaupun dia melakukan zina sekalipun.

Sebelum ini Sam ketot mengatakan sumpah yang dibuat oleh Datuk T adalah sumpah politik, apakah solat hajat mereka bukan politik. Bukan itu sahaja mereka mempergunakan Masjid yang mulia bagi mempertahankan Anwar penzina.

Mat Sabu merayu supaya Pas kekal dalam PR walaupun Anwar seorang penzina



Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau berpandangan bahawa parti hanya berlabel Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau walaupun Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim adalah seorang penzina.

Tegasnya, Pas perlu tidak perlu melihat akhlak pemimpin sahaja tetapi perlu fokus untuk memerintah Malaysia secara bersama dengan kaum kafir.

Katanya, isu melibatkan tayang video lucah oleh trio Datuk T itu adalah isu biasa walaupun Anwar seorang penzina itu adalah hal peribadinya.



Tambahnya, parti itu juga tidak akan membuat pendirian rasmi kerana isu berkenaan adalah isu remeh bukan berkenaan isu Islam tetapi hanya konspirasi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu 121 dalam sidang media sama turut menyatakan bahawa jika beliau menang dalam merebut jawatan no.2 parti, beliau akan tetap mengekalkan PAS dalam pakatan Rakyat walaupun Anwar Ibrahim sebagai penzina.

Selepas Sumpah yang dilafazkan oleh Datuk T, rakyat merasa lega dan tahu siapa sebenarnya Anwar



Selepas masuk ke di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul , Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap dua kalimah sahadah sebanyak 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim Bismillahirahamanirahim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega dengan lafaz dngan nama  Allah itu maka terjawablah sudah siapa Anwar yang sebenarnya. Walaupun sebelum  itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menghalang Eskay dari melakukan sumpah laknat tetapi itu tidak menghilangkan semangatnya untuk membuktikan Anwarlah orangnya yang melakukan zina dalam video itu..

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK yang diketuai oleh Sam Ketot melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Setelah dinasihat, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid agar tidak diganggu oleh penyokong Anwar.

Sudah terbukti Anwar memang penzina dan wajib ditolak oleh rakyat Malaysia.

Anwar gagal menyekat Datuk T bersumpah.


Lebihkurang jam 4.10 tadi, ketiga-tiga individu iaitu Dato T yang terdiri dari Dato Eskay, Dato Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik berjaya  tiba di Masjid Amru, walaupun ada beberapa insiden provokasi dari penyokong Anwar.

Ketiga-tiga mereka menunaikan solat sunat 2 rakaat dengan dikelilingi para wartawan. Insiden menarik semasa dibawa ke majlis angkat sumpah tadi ialah apabilaseorang  individu yang telah dikenalpasti penyokong Anwar dikenali bernama Firdaus Sopi, juga pendakwah bebas telah masuk dan bertindak sebagai imam palsu dalam masjid itu. 


Pnyokong Anwar yang diketuai oleh Sam Ketot cuba merusuh

Anwar mengupah Imam palsu untuk take over masjid
Sam ketot dan kuncu-kuncu Anwar cuba menyerang jemaah Masjid

Mereka juga merusuh diluar Masjid
Seorang AJK masjid telah mengenalpasti imam palsu tersebut dan menariknya keluar. Lalu digantikan dengan imam sebenar Ustaz Abd Rahman, imam 1 masjid Amru semasa Dato Eskay melafazkan sumpah laknat. 

Lebihkurang jam 4.35 petang lafaz sumpah selesai maka bersurailah kesemua yang hadir tadi.

Antara penyokong-penyokong tegar Anwar yang hadir dan berlegar-legar di masjid berkenaan adalah  Samsul Kemetot Iskandar, Ramlan Rose, Jonah dan Rozan. 


Mereka hadir dengan tujuan untuk menggagalkan majlis sumpah yang diadakan itu. Pihak Polis terpaksa mengusir mereka beberapa kali tetapi penyokong Anwar cuba buat kecoh agar pihak polis membatalkan majlis tersebut

Walaubagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada Dato T kerana keberanian anda melawan dengan Anwar yang telah kita ketahui seorang yang paling hipokrit dalam dunia. Ia bukan sahaja hipokrit malah menggunakan agama untuk kepentingan maksiatnya


Teruskan berjuang menentang Anwar dan kuncu-kuncunya demi Agama , bangsa dan Negara.

Video seks Anwar full version terlaris dipasaran


Apa lagi penyokong Anwar hendak katakan setelah semua bukti-bukti telah dikeluarkan. 
Pemimpin Pas sudah diam membisu. 
Pemimpin DAP dah mula ragu-ragu 
Hanya tinggal pencacai Anwar yang masih dungu

Adakah anda yang masih berkiblatkan Anwar masih belum sedar? Sudah-sudahlah tidak semua perkara itu fitnah,. Fitnah hanyalah satu rekaan Anwar bagi melepaskan dirinya daripada dituduh penzina. Jawapannya kepada wartawan tidak konsisten lain yang ditanya dan lain pula yang dijawab, bukan itu sahaja malah sesiapa yang bertanya akan diserang balas habis-habisan. Mungkin inilah pemimpin masa depan Pakatan Rakyat.......Penipu, penzina dan pembohong rakyat.

Mamat Khalid akan serah borang UMNO pada Datuk Seri Sharizat


Selepas penyertaan Datuk AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida, UMNO Perak akan menerima seorang lagi selebriti sebagai anggota apabila pengarah filem, Mamat Khalid menyertai parti itu dalam masa yang terdekat. Malah mengikut Mamat Khalid yang terkenal dengan hantu Mak LImah dan Zombi Kampung Pisang ramai lagi artis yang akan mnyertai UMNO tidak lama lagi.

Mamat, yang berasal dari sini, mengesahkan hari ini beliau akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng "kerana itu adalah tradisi keluarga".

2 minggu yang lalu, beliau menemani AC Mizal yang menyerahkan borang menyertai UMNO bersama-sama 500 yang lain dalam program "Jom Sertai UMNO" anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman, berkata sejak akhir- ini memang terdapat perubahan mendadak di mana selebriti dan golongan muda mulai memilih UMNO sebagai parti pilihan mereka.

"Saya harap trend ini akan terus meningkat di masa depan terutama menjelang pilihan raya umum akan datang dan seterusnya," katanya.

Insyaallah Umno akan terus menyinar apabila lebih ramai artis menyertai Umno. Trend ini juga berlaku ekoran banyak salah laku moral terhadap pemimpin pakatan rakyat.

Bill Clinton juga jatuh dengan perbuatan keji seperti Anwar



Bekas Presiden USA, Bill Clinton juga satu ketika dahulu terkena perangkap yang sama, menurut sumber, Bill Clinton bersumpah tidak melakukan aktivti seks dengan Monica Lewinsky, tetapi kemudian dibuktikan sumpahnya palsu dan didenda USD 90,000 kerana menipu dan menghina mahkamah.

Peristiwa ini masih dianggap jijik dan kotor walalupun dalam masyarakat Amerika yang setiap hari bergelumang dengan seks bebas. Akhirnya membawa kejatuhan Bill Clinton, walau apapun hujjah diperangkap, agenda politik dan lain-lain, ia tetap satu perkara memalukan dan tidak boleh diterima masyarakat untuk mempunyai pemimpin sebegini. Kelak anak muda dan rakyat akan menjadikannya sebagai model ikutan secara terbuka.

Jika itulah yang berlaku kepada Anwar seperti bekas presiden Amerika, pada hemat saya dalam masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam, seks bebas pula adalah satu tindakan yang amat bercanggah hukum agama Islam dan nilai moral masyarakat umum, tindakan membiarkan ahli politik berperilaku sedemikian TIDAK WAJAR sama sekali dikekalkan.

Tetapi di Malaysia lain pula bunyinya, pelaku seks tidak bersalah yang bersalah adalah penyebar atau penonton. Mereka seboleh-boleh nak buktikan bahawa video itu adalah superimpose. Mereka pula turut mengeji orang yang menyebarkan video itu kononnya fitnah dan salah disisi agama Islam sedangkan dalam masa yang sama mereka bersubahat mempertahankan orang yang melakukan zina. Seteruk-teruk Amerika pun, mreka tidak pernah menerima Presiden yang berkelakukan yang amat bercanggah dengan nilai moral masyarakat umum.

3 perkara yang buat Anwar berang iaitu DNA, Jam Omega dan Bersumpah



Jom lihat jawapan bodoh Anwar kepada wartawan dalam sidang akhbarnya. Apabila ditanya tentang 3 perkara Ketua umum  juga bakal Perdana Menteri PR  Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas berang terus menuduh wartawan yang bertanya kepadanya adalah perkakas Umno.

Kalau Anwar betul jawabla:
  • Dimanakah jam Omega? Ada dalam simpanan saya, haa ni dia.....sambil menunjukkan jam tangan jenis Omega.
  • Bolehkah Datuk bagi DNA? Ya bila dan dimana, saya sentiasa akan memberi kerjasama kepada pihak penyiasat.
  • Beranikah Datuk bersumpah laknat? Ya di masjid mana dan bila, jom panggil semua wartawan, bukan susah pun nak bersumpah sekejap sahaja.

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis. Tapi jawapan Anwar macam ini:

  • "DNA apa you nak?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.
  • Wartawan TV3 perkakas Umno
  • Konspirasi kerajaan
  • Kerajaan patut menghukum penyebar video lucah
  • Datuk Asri kata tak perlu bersumpah
itulah antara jawapan-jawapan yang diberikan kepada wartawan apabila ditanya tentang 3 perkara.

Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan dari stesen TV3.

Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus bertanyakan soalan yang sama dalam sidang media di kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.

"Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.

"TV3 adalah alat perkakas murahan Umno dan saya minta saudari ingat itu," herdiknya lagi.

Dulu bila ditanya di mana jam Omega, Anwar juga berkeras dengan berang menyerang semula wartawan yang bertanyakan soalan yang sensitif kepadanya.

itulah antara jawapan bodoh Anwar kepada wartawan, nampak sangat Anwar terlalu takut dengan masyarakat.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia Anwar akan berang jika ditanya 3 perkara iaitu:
  1. DNA
  2. Jam Omega
  3. Bersumpah 
Kenapa Anwar takut pada ketiga-tiga perkara itu? satu sahaja yang saya nak bagi tahu kerana dialah sebenarnya lelaki dalam filem di bawah ini.





Easkay ajak Anwar bersumpah selepas solat Jumaat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.


SEJAK pendedahan kami tentang perlakuan seks haram Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkandung dalam rakaman sebuah video kepada sekumpulan editor kanan di Hotel Seri Carcosa tempoh hari, telah timbul polemik dalam kalangan masyarakat. Pelbagai persepsi, spekulasi malah tuduhan dilemparkan terhadap kami.

Menuduh kami berkonspirasi dengan melakukan fitnah seks untuk memburukkan kredibiliti beliau sebagai ketua pembangkang.

Menuduh klip video seks yang kami tayangkan adalah usaha jahat musuh politik dengan menggunakan teknik alatan digital serta menafikan pelaku dalam video berkenaan adalah beliau.
Saya ingin menjelaskan bahawa sebagai warganegara Malaysia yang amat cintakan negara dan bangsa, saya sanggup mengambil segala risiko untuk mendedahkan siapa sebenarnya seorang pemimpin yang saya kenali sejak 1996.

Anwar dikenali umum sebagai seorang yang bermoral, jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya selama ini, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.

Beliau cukup licik berpura-pura menjadi orang yang begitu alim, warak dan mempunyai peribadi mulia tetapi sebaliknya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak pernah terjangkau oleh pemikiran yang waras dan nilai-nilai agama Islam.

Kami bertekad tidak akan membenarkan orang bernama Anwar bin Ibrahim yang merupakan pelaku dalam video tidak bermoral itu daripada menjadi pemimpin yang akan memimpin negara Islam tercinta ini.

Ingin diperjelaskan bahawa hasrat kami menayangkan video tersebut kepada beberapa orang wartawan kanan bukanlah untuk menunjukkan bahan lucah tetapi untuk menjadi sebagai bahan dokumentasi bagi menegakkan kebenaran, agar rakyat negara ini boleh menilai sendiri siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya.

Tujuan kami memilih wartawan untuk menonton video itu kerana kami berasakan mereka lebih mengenali sosok fizikal Anwar Ibrahim dari dekat.

Saya sangat mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, maka saya percaya beliau tidak akan berubah, malah tidak akan menyesal dan insaf terhadap perbuatan terkutuk yang beliau lakukan mengikut nafsu dan kerakusannya.

Walaupun menghadapi berbagai tuduhan, beliau tidak pernah bertaubat, malah beliau tidak sedikitpun berasa serik atau berasa bersalah untuk mengulangi perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan syariat Islam.

Saya menadah tangan ke hadrat Ilahi supaya membuka hati Anwar Ibrahim agar bertaubat, insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Kami, Datuk Trio bertanggungjawab sepenuhnya atas pendedahan ini. 

Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami ambil ini adalah semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaran dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri.

Ini bukan lagi soal keuntungan peribadi tapi lebih kepada soal maruah agama, bangsa dan negara. Kita tidak mahu anak-anak cucu kita, mempersalahkan kita kelak kerana membiarkan orang yang tidak bermoral itu memerintah dan menerajui kepimpinan negara tercinta ini. Menjadi kewajipan kami, tanggungjawab kami untuk menghentikan perbuatan terkutuk pemimpin ini. Kami akan berasa berdosa sekiranya kebenaran ini tidak didedahkan.

Justeru, kami tampil ke hadapan dan mengambil risiko dengan menayangkan video berkenaan. Kami sedar balasannya di akhirat sekiranya kami melakukan fitnah. Kami percaya berada pada pihak yang benar dan yang penting, rakyat negara ini perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim kerana beliau tidak layak menjadi pemimpin negara ini.

Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan dalam paparan video berkenaan.

Sekiranya Anwar Ibrahim masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video tersebut, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut.

Sesungguhnya, segala tindakan kami berasaskan kebenaran dan memenuhi kepentingan rakyat. Akhir sekali dengan nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut.

Semoga Allah bersama-sama orang yang benar dan ikhlas.

Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thursday, April 28, 2011

Anwar berang , arahkan penyokongnya padamkan - Jom layan sekali lagi sebelum dipadamkan










Anwar akan buat sumpah mubahalah dalam masa terdekat?



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengalu-alukan jika benar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat dalam masa terdekat.

Menurut beliau, kesediaan Anwar melakukan sumpah laknat tersebut akan membolehkan rakyat negara ini mengetahui kedudukan sebenar isu yang menyelimuti Penasihat PKR itu.

“Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar, Alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.

“Jika benar dia akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat, ia satu berita gembira kepada masyarakat ketika ini mahu mengetahui cerita sebenar di sebalik isu video seks yang kian hangat diperkatakan,” katanya.

Menurut Jamil Khir, bersumpah merupakan salah satu cara dalam Islam bagi membuktikan diri tidak bersalah dalam sesuatu perkara

“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti yang dilakukan individu lain bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks tersebut, maka sumpah laknat bukan satu masalah baginya,” katanya.

Jamil Khir mengulas khabar angin yang mengatakan Anwar dan trio ‘Datuk T’ akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu video seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Wednesday, April 27, 2011

Kak Wan mengesahkan bahawa teloq Omega yang lanjut adalah kepunyaan Laki dia

Apa khabar Kak Wan Jijah kita yang selalu berdalih apabila ditanya tentang jam Omega. Rasanya Kak Jijah kenal telur Omega kepunyaan laki dia. Apa lagi alasan bodoh yang akan keluar dari mulut Anwar, Kak Jijah dan Nurul Izah.

Video part 2 memang mengesahkan itu sebenarnya adalah Anwar. Apa sahaja yang dikata dalam video itu tetap Anwar. Jangan la menipu diri sendiri.
Anwar  mandi wajib ke ni?
Apa pun syabas PAS yang melaksanakan ibadat solat hajat bersama Anwar Ibrahim, satu persatu akan terbongkar

Patutla doa Haji Hadi  tidak dimakhbulkan Allah sebab bermakmumkan penzina

Lihatlah betapa alimnya bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat


Video telah dipadamkan oleh kuncu-kuncu Anwar

Klip video bahagian kedua jelas menampak wajah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.






Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.
Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR cuba  menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook malangnya masa yan tercatat mengesahkan Anwar tiada ketika video itu dirakamkan

Sudah teserlah menampakkan wajah Anwar Ibrahim, tetapi jika Anwar rasa itu bukan dia pergilah ke mana-mana Masjid dan bersumpahlah dengan nama Allah itu pun kalau berani la.

Video seks bahagian kedua mengesahkan Anwarlah orangnya




Klip video bahagian kedua jelas menampak wajah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

NONE
Difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.


Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.NONEBeberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya Secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok.

Sudah teserlah menampakkan wajah Anwar Ibrahim, tetapi jika Anwar rasa itu bukan dia pergilah ke mana-mana Masjid dan bersumpahlah dengan nama Allah itu pun kalau berani la.





Jangan risau Had Jual Nasi Lemak Di Sekolah Belum Muktamad ada harapan buat peniaga nasi lemak


Harapan masih ada buat peniaga nasi lemak apabila Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.

"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah).

"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin. Ia (isu) tidak begitu susah (diselesaikan), (makanan) yang mana sesuai, enak dimakan dan tidak membawa kesan ketara kita tidak perlu halang (penjualannya)," katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas langkah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam mendesak kerajaan menarik balik peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana ia memberi impak negatif kepada pengusaha kantin dan peniaga nasi lemak.

Muhyiddin berkata makanan di sekolah merupakan sebahagian pemakanan pelajar dalam kehidupan seharian mereka, manakala selepas waktu persekolahan adalah menjadi tanggungjawab keluarga membimbing mereka untuk tidak mengambil makanan terlalu berlemak dan kurang zat.

"Peranan tidak harus terbatas kepada pihak pengusaha kantin dan pengurusan sekolah malah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), keluarga, pakar yang boleh beri nasihat tentang menu yang seimbang juga perlu diambil kira. Jadi jangan bimbang, saya jamin nasi lemak dan makanan yang baik masih ada," katanya.

Beliau meminta semua pihak memberi masa kepada Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan pihak yang berkenaan untuk meneliti perkara itu di samping memberi peluang kepada pihak kantin sekolah membuat pengubahsuaian terhadap menu makanan.

Katanya Kementerian Pelajaran tidak boleh memberi arahan atau menukar peraturan penjualan makanan di kantin sekolah secara mendadak kerana ia akan merugikan dan menyusahkan para peniaga.

"Saya mengambil kira semua aspek sebelum buat keputusan...kita juga akan mendengar pandangan daripada pengusaha kantin dan penjual nasi lemak. Kita beri perhatian kepada pandangan semua pihak," katanya.

Guru didenda RM2,000 kerana belasah guru besar



ALOR SETAR 27 April - Seorang guru didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membelasah hingga mendatangkan kecederaan terhadap  guru besar, empat tahun lalu.

Majistret Norazah Idris turut memerintah Norazman Abdul Wahab, 43, dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Norazman didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Halim Saad, 52, dengan menumbuk muka dan menyepak pahanya di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 8.30 pagi pada 20 Disember 2006.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Apa sudah jadi!!! Facebook akaun Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Agama Islam..!!


Saya terjumpa satu akaun facebook yang mengutuk agama Islam menggunakan nama "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara". Pada pandangan saya, pemilik akaun facebook ni adalah orang Islam yang telah murtad. 

Antara gambar-gambar yangdi ambil di akaun facebook beliau.








Apakah manfaat yang diperolehi oleh pemilik akaun facebook ini dengan menghina Islam,marilah sama-sama kita menentang pemilik akaun facebook tersebut dengan membuat laporan polis.

 "Kalau kita tahu siapa pemilik akaun faecbook ni, sudah tentu kita  akan pancung kepala dia"
Apa lagi SKMM ambil tindakan cepat...

Jika Anwar dikalangan orang yang difitnah kenapa takut bersumpah



Saya bersetuju sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS iaitu Datuk Harun Taib . Kata beliau, mereka-mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan yang mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah jika benar-benar yakin tidak bersalah.

Inilah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membersihkan dirinya dimata masyarakat Islam ketika mendakwa Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat terhadap dirinya. Malangnya, Anwar sehingga kini masih takut dan langsung tak membayangkan mahu bersumpah mengikut cara Islam.

Harun Taib didalam kenyataannya kepada Utusan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu perlu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti serta keterangan yang kukuh dan jelas. Ini merupakan kaedah penyelesaian secara Islam.

Kata Harun Taib lagi, “Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh,”

Walaupun Ketua Dewan Ulama PAS ini membuat kenyataan mengulas mengenai video seks yang dikatakan menampilkan seorang pemimpin kanan Pakatan, cara bersumpah secara Islam ini dilihat sebagai satu cara untuk membersihkan nama Anwar jika dia benar-benar tak bersalah.

Apa yang ditakutkan sangat untuk menggunakan nama Allah, tuhan pencipta sekalian alam untuk membuktikan kebenaran jika diri benar-benar difitnah? Selalunya, orang yang takut itu adalah orang yang melakukan kesalahan. Didalam hal ini, mungkinkah Anwar memang benar-benar bersalah?

Tetapi, nampaknya hanya Harun Taib bersendirian dikalangan pemimpin-pemimpin PAS untuk menasihatkan Anwar bersumpah mengikut kaedah Islam. Baru-baru ini, Hj Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS telah menolak saranan supaya Anwar bersumpah dengan nama Allah.

Hadi Awang juga pernah mengatakan pada tahun 2008 bahawa bersumpah dengan menggunakan kitab suci adalah merupakan amalan orang Yahudi dan Kristian. Dia pada ketika itu merujuk kepada sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan.

Tetapi, Saiful bukan sekadar bersumpah sambil memegang Quran, dia juga melafazkan nama Allah ketika melakukan sumpah laknat tersebut pada ketika itu. Apakah menggunakan nama Allah juga menjadi amalan orang Yahudi dan juga Kristian didalam sumpah mereka?

Dengan percanggahan pendapat didalam kepimpinan tertinggi PAS ini, ia menjelaskan kepada kita bahawa isu moral Anwar mendapat reaksi berbeza dikalangan mereka sendiri. PAS telah terperangkap didalam kemelut sama ada mahu menegakkan cara Islam sebenar ataupun berdalih bagi melindungi Anwar dengan mempergunakan Islam.

Namun, semua pemimpin-pemimpin PAS perlu ingat, kebenaran pasti akan menang biarpun sekuat mana usaha dilakukan untuk menghalangnya. Jika Anwar benar-benar tak bersalah dan difitnah, dia pasti akan diselamatkan oleh Allah.

Tetapi jika Anwar berada dipihak yang salah, PAS akan menanggung akibat yang buruk kerana bersekongkol melindungi kebatilan.

Bob Lok Man salah masuk Reban, masuk reban yang penuh najis Anwar


Malam tadi bertempat di Pengkalan Barat Ipoh, Bob Lokman hadir sebagai hero Pas baru dengan kehadiran yang hanya beberapa ratus orang sahaja kebanyakan orang dari luar kawasan Pengkalan Barat. Ada yang datang dari kawasan pasir panjang iaitu tempat Nizar Jamaluddin, dari lumut, dari Manjung semata-mata nak tengok muka Raja Lawak bodoh Bob Lokman.

Ternyata ceramah Bob hanya berbentuk lawak bodoh mengisahkan dirinya yang sudah insaf setelah 'terlanjur'. Bob Lokman pula mengatakan video seks Anwar adalah konspirasi dan fitnah, mana kau tahu itu finah dan konspirasi dari kerajaan.

Bob juga lebih banyak lawak yang berbentuk 'double meaning' berbaur lucah. Jika inilah yang dikatakan Ikon Pas, maka Pas akan hancur.

Bob Lokman salah masuk reban sebenarnya, jika benar beliau insaf dan ingin ke pangkal jalan buat apa masuk politik kemudian mengutuk, memfitnah dan membohongi ratusan orang yang mndengar. Insaf apa kejadahnya macam ini.

Bob Lokman masuk reban yang penuh dengan najis Anwar yang perlu dicuci hanya dengan menyahkan Anwar atau Pas keluar dari pakatan rakyat.

Apa pun tahniah Bob kerana insaf dari berkecimpung dalam dunia hiburan tapi masuk dalam dunia memfitnah, memaki dan mencarut.

Semasa Bob sedang berceramah adalah seorang hamba Allah sedang meriba anak kecil duduk di atas tikar untuk mendengar ceramah Bob. Lalu si anak yang petah bercakap bertanya kepada bapanya seperti begini:

Soalan Anak Kecil: Kenapa kita datang sini ayah?

Jawapan Bapa: Untuk memperjuangkan agama Allah

Soalan Anak Kecil: Itukan Bob raja lawak kan?

Jawapan Bapa: Itu dulu, dia sekarang sudah dalam kumpulan kita

Soalan Anak Kecil: Jadi kita pun raja lawak juga

Jawapan Bapa: Diam lah

Anak kecil diam seketika apabila diherdik suruh diam, bila tiba Bob Lokman menyebut Anwar,

Soalan Anak Kecil: Siapa Anwar tu ayah?

Jawapan Bapa: Anwar adalah anugerah tuhan?

Soalan anak kecil: Ayah pun anugerah tuhan kan?

Jawapan Bapa: Ye tapi Anwar ni special sikit

Soalan dari Anak Kecil: kenapa dia ada tanduk ker?

Jawapan Bapa: kau diamlah asyik membebel jer....

Anak kecil terus diam apabila dihedik sekali lagi

Inilah semangat yang songsang dimasukkan ke dalam minda seorang anak kecil yang baru pandai berkata-kata.

Video Seks Anwar: Kenapa Azmin lebih tertekan daripada Anwar



Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan bodoh Azmin.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, kenapa Azmin lebih tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan mental yang cukup.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya dengan kebodohan dan kebangangan.

APA LAGI YANG PEMBANGKANG SUNGAI RAPAT NAK KOMEN


Sungai Rapat dijangka bakal menjadi DUN pertama di Perak yang mencapai taraf setinggan sifar dalam masa terdekat, kata Exco Kanan Kerajaan Negeri Dato' Hamidah Osman.

Beliau yang juga ADUN Sungai Rapat berkata hanya tinggal sebuah lagi kampung setinggan yang perlu diselesaikan bagi membolehkan Sungai Rapat menjadi kawasan pertama di Perak yang berjaya mencapai setinggan sifar.

“Kampung tersebut ialah Kampung Pasir yang diduduki 45 buah keluarga setinggan,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran dan Borang 5A bagi Rancangan Perkampungan Tersusun di Dewan Orang Ramai Sri Jaya, Batu Gajah, petang tadi.

Hamidah yang juga ADUN Sungai Rapat memberitahu bahawa jumlah keseluruhan setinggan di Batu Gajah ialah sebanyak 903 setinggan.

Daripada jumlah itu, 677 kes sudah diselesaikan melalui penempatan ‘in situ’ dan selebihnya akan dipindahkan ke kawasan penempatan baru.

Katanya, segala usaha dan program setinggan sifar yang giat dilancarkan oleh pihak kerajaan negeri Perak sememangnya membuahkan hasil apabila matlamat setinggan sifar menjelang 2012 dilihat semakin dihampiri.

Majlis tersebut turut menyaksikan pemberian 27 surat tawaran kepada penduduk Kampung Telok Pedang dan 31 Borang 5A kepada penduduk Kampung MTD Tambahan (14), Kampung Jalan Bemban (5) dan Kampung Pengkalan Baru (12).

Terdahulu dalam satu majlis berasingan, beliau telah menyampaikan bantuan wang ihsan daripada tabung bencanadaerah Kinta kepada 8 keluarga mangsa bencana ribut di Surau Bandar Tasik Idaman, Batu Gajah.

Bencana tersebut yang telah berlaku malam semalam mengakibatkan 8 buah rumah di kawasan tersebut mengalami kerosakkan seperti atap atau bumbung rumah diterbangkan oleh angin ribut.

“Saya berharap dengan bantuan yang diberikan ini, walaupun bukan dalam bentuk bantuan sepenuhnya dapat meringankan beban mangsa bencana.

“Walaupun ribut tersebut berlaku semalam, namun dalam masa tidak sampai 24 jam bantuan telah pun dihulurkan,” katanya kepada wartawan.

Wang bantuan yang dihulurkan adalah dalam anggaran RM100 hingga RM300 mengikut tahap kerosakkan rumah mangsa.

Beliau turut menghulurkan derma ikhlas sebanyak RM100 kepada setiap keluarga mangsa bencana ribut tersebut.

Kes Teoh: Kenapa DAP memaksimumkan isu ini


DAP brjaya memaksimumkan isu Teo Beng Hock meleret hingga ke hari ini. DAP juga brjaya memerangkapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dituduh bertanggungjawab penuh berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Sebenarnya Teo Beng Hock merupakan individu yang tahau banyak rahsia rasuah pemimpin DAP termasuk  bekas majikannya Ean Yong Hian Wah.

Betapa jahatnya DAP memusingkan cerita sehingga masyarakat mengganggapkan kononnya Teo Beng Hock dibunuh oleh SPRM

Terdahulu laporan media menyebut, suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh diberitahu ekoran kematian Teoh, tiada bukti dapat menunjukkan SPRM terlibat dengan kematian Teo

Tetapi difahamkan Yong, yang juga Adun Seri Kembangan terlibat dalam penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor.

Ahmad Shafik berkata keterangan untuk mensabitkan Yong melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tidak dapat diperoleh daripada Teoh kerana mendiang meninggal dunia.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal oleh pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Teoh, 30, setiausaha politik Yong ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Ahmad Shafik turut mengesahkan empat dokumen yang dicetak daripada komputer riba Teoh sebelum ini menimbulkan keraguan telah disiasat dan hasilnya mendapati keempat-empat projek dalam empat dokumen itu telah disempurnakan dan tuntutan hanya dibuat sebelum projek dilaksanakan.

Ketika disoal Awang Amadajaya bagaimanakah keempat-empat dokumen ini boleh berada di dalam komputer riba mendiang Teoh, Ahmad Shafik berkata: “Melalui keterangan daripada seorang ahli perniagaan Lee Wye Wing, dokumen itu dihantar kepada Teoh melalui e-mel untuk dirujuk sebelum harga ditentukan oleh Ean.”

Ahmad Shafik, yang merupakan saksi ke-50 suruhanjaya itu, menjelaskan Lee hanya berurusan dengan Teoh dan tidak pernah berurusan terus dengan Yong dan jika program yang dilaksanakan mempunyai peruntukan, Teoh akan memberi lampu hijau kepada Lee.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Tuesday, April 26, 2011

Lim Kit Siang penasihat perkauman Cina DAP


PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang masih teruja meraikan kejayaan besar parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak. Seperti yang dijangka percaturan DAP mempergunakan Pas dan PKR membuahkan hasil.

Rasanya keyakinan Kit Siang melonjak dengan misi DAP akan mencapai kemuncaknya pada pilihan raya umum akan datang. Semuanya kerana formula beliau memainkan sentimen perkauman melampau telah memikat pengundi Cina di Sarawak

Ketika Perdana Menteri, Najib Tun Razak komited menyatukan pelbagai kaum, Kit Siang membakar sentimen kaumnya. Pendekatan DAP menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan dan menafikan orang Melayu, amat berbahaya. Seingat kita, DAP tidak pernah bersuara membela nasib orang Melayu yang miskin terutama di luar bandar. Perhatian kepada kaum India juga sekadar di bibir.

Sebab itu, kita menganggap DAP adalah parti paling rasis. Berselindung di sebalik slogan demokrasi dan kesamarataan untuk semua kaum tetapi agenda utama parti itu hanya untuk kaum Cina. Pemimpin dan ahli kaum lain seperti India dan Melayu, hanya menjadi tukang seri.

Pada hari ini, ramai melihat DAP adalah parti milik Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Kita masih ingat cakap-cakap sebelum ini bahawa Kit Siang seorang diktator dalam parti. Beliau tidak boleh ditegur. Beberapa pemimpin DAP yang berkualiti terkeluar daripada arus perdana parti itu sejak lebih tiga dekad lalu hanya kerana mengkritik kepimpinan Kit Siang.

Dari segi strategi, kita tahu sangat muslihat beliau. Orang Melayu yang pendek akal sahaja akan termakan umpannya. Kita juga tidak gundah atas apa sahaja dakwaan, tuduhan apatah lagi provokasi beliau. Kit Siang sendiri adalah politikus yang tidak sebersih mana. Khabarnya, ada kisah tertentu tentang beliau yang mula jadi bahan bualan. Partinya juga banyak kepincangan dan keburukan. Terbaru, Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin dan aktivis parti itu bagi mengaut banyak projek. Kerja-kerja yang sepatutnya milik kontraktor bumiputera kelas F juga disapu.

Itu yang kebetulan terdedah dalam siasatan suruhanjaya. Tidak mengejutkan jika lebih banyak berlaku salah guna kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkanlah kalau DAP memerintah lebih lama di negeri-negeri itu, bukan sahaja kaum lain akan ditindas seperti berlaku di Pulau Pinang malah rasuah menjadi parah.

Padanlah Kit Siang selama ini bermati-matian mengalihkan isu kepada kematian Beng Hock bagi menutup pokok persoalan iaitu siasatan SPRM terhadap rasuah dan salah guna kuasa parti DAP. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?

Persoalannya lagi di mana integriti DAP dalam melawan rasuah yang sepatutnya menjadi contoh dan kalau benar kononnya parti itu mencerminkan pemikiran kaum Cina?

Apa pun, Kit Siang harus memikul tanggungjawab jika sesuatu yang buruk melanda negara akibat daripada sentimen perkauman dahsyat yang beliau corakkan.

Guru hilang di Bukit Larut ditemui mati dalam gaung berair


TAIPING 26 April — Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lepas ditemui mati dalam gaung berair hari ini.

Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohd. Yusof Diah berkata, mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.

Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung. Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah, katanya di sini hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lepas. Dia dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga pukul 7 petang.

Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.

Abdullah telah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lepas.

“Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar…ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini,” kata Ahmad Din yang juga seorang guru.