Ini menunjukkan tembelang siapa yang pecah. Jika hanya kerana hendak menghantar memorandum kepada DYMM sehingga perlu ada bilik gerakan memanggil pertubuhan dari luar negara membantu dengan jutaan ringgit apa maknanya semua ini?
Memang dasar Anwar jenis suka menipu rakyat berlindung disebalik perhimpunan haram yang kononnya bersih tetapi dalam masa yang sama menggunakan modus operandi yang sama macam di Mesir untuk menggulingkan kerajaan.
Jika di Mesir kita pun setuju kerajaan Hosni Mubarak digulingkan kerana rakyatnya hidup terlalu daif. Tapi di Malaysia lain pula ceritanya disebabkan untuk mengangkat seorang kaki liwat dan penzina untuk dijadikan pemimpin sanggupkah kita jatuhkan kerajaan yang ada sekarang?
Jangan kita terlalu pentingkan Anwar Ibrahim yang pandai bermuka-muka sekejap alim sekejap muka macam syaitan, rakyat harus memikirkan masa depan mereka, jika perkara ini berlarutan semua pelabur akan 'lari'.
Malaysiakini kata kerajaan sekarang sekat kebebasan suara, tetapi setiap hari Malaysiakini mengutuk kerajaan, kadang-kadang mengutuk Islam kemudian dibuka komen seluas-luasnya kepada penyokong pembangkang, adakah itu bukan kebebasan bersuara? Hampir setiap hari mengutuk kerajaan.
"Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas", kata Malaysiakini
Harus diingat sejumlah 1850 Laporan polis telah dibuat oleh rakyat Malaysia sudah semestinya apa sahaja termasuk baju yang berkaitan perhimpunan haram Bersih wajar dirampas termasuk baju kuning yang berchop logo Bersih.
"Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi serangan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai", kata Malaysiakini
Polis wajar menggunakan apa sahaja kemudahan yang ada untuk menyekat perhimpunan haram kerana hampir 25juta rakyat Malaysia tidak mahukan perhimpunan haram ala Anwar Ibrahim, mana lebih penting penyokong Anwar atau 25juta rakyat Malaysia.
Malah BERSIH, menurut pakar ekonomi, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.
Bersih hanya akan menguntungkan Anwar dan beberapa kerat sahaja penyokongnya, bagi Anwar inilah masa yang sesuai untuk menggulingkan kerajaan yang mendedahkan kegiatan seksnya kepada rayat jelata. Sebenarnya tujuan pendedahan video seks itu ada baiknya bagi mendedahkan kegiatan seks yang hukumnya haram disisi Islam kepada tatapn umum agar rakyat dapat menilai siapa sebenarnya Anwar.
Tembelang siapa yang pecah?
Apabila Polis dapat mengeledah sebuah rumah di PJ yang digunakan oleh perancang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada disebalik perhimpunan yang kononnya secara aman, ini terbukti tembelang Anwar sudah pecah
Anwar telah mengerahkan gerakan sulitnya mengatur strategi bagi menjayakan proses menggulingkan kerajaan secara tidak sah.
Apakah motif sebenar yang ada dalam kepala otak Anwar? Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyelamatkannya dari dipertuduh pelaku dalam video seksnya
Justeru rakyat seramai 25 Juta orang setelah ditolak dengan penyokong tegar Anwar Ibrahim menyeru agar polis bertindak lebih keras untuk menyelamatkan rakyat dan menjaga kenteraman awam seterusnya yang paling penting batalkan BERSIH.
Kata Anwar, "Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan".
Masihkah kita ingat sewaktu Anwar jadi TPM bagaimana dia mengerahkan seramai 50 orang Polis daripada Unit Tindakan Khas untuk menangkap Ummi Hafilda yang hanya seorang perempuan yang tidak bersenjata , adakah itu adil dimata Anwar.
Yang pastinya tembelang Anwarlah pecah sebenarnya ingin menggunakan undang-undang rimba bagi mempertahankan kegiatan seksnya yang sudah dapat dihidu oleh rakyat Malaysia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, perlu berlaku adil bukan sahaja bertindak menyebelahi Anwar Ibrahim tetapi Suhakam perlu bertindak menyelamatkan 25 juta lagi rakyat Malaysia. Suhakam lebih berminat melindungi politik Anwar sahaja sedangkan hak rakyat langsung suhakam tidak peduli.
Malaysiakini kata Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA. Tetapi harus diingat Malaysiakini dan Malaysia Insider dimiliki oleh DAP, Malaysia Today, Harakah, Suara Keadilan,TV Pas, TV Selangor dimiliki oleh PAS dan PKR, apakah itu masih tidak adil?
Semua akhbar pembangkang masih boleh membuat liputan semasa acara rasmi kerajaan berbanding dengan akhbar Utusan Malaysia yang telah diharamkan oleh pembangkang dan TV3 juga pernah diharamkan oleh kerajaan Pas Kedah.
Jika dibandingkan dengan kerajaan pembangkang lebih mempunyai kelebihan daripada kebebasan bersuara. Hampir setiap hari pembangkang berceramah yang langsung tidak ada permit tetapi kerajaan masih benarkan.
 |
| Inilah masalah sebenarnya yang menghantui Anwar dan penyokongnya |
Masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi hanya retorik Anwar Ibrahim yang sudah mejangkakan bahawa dia sudah tidak ada harapan lagi untuk menjadi PM jika jalan belakang tidak digunakan.