Sunday, July 31, 2011

PM jalani pembedahan esok

Dato Seri Najib akan menjalani pembedahan dilututnya pada Isnin di Hospital Kuala Lumpur(HKL)

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 1 Ogos



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab

Pemangku Pengarah Urusan UDA Holding Berhad Meninggal Dunia


Pemangku Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad Muhammad Radzi Mohd Basar meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah hotel di sini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supritendan Zulkifli Taha berkata kematian Muhammad Radzi, 53, disedari setelah beberapa orang kakitangannya gagal menghubungi beliau di bilik hotel berkenaan.

Muhammad Radzi cuba dihubungi oleh kakitangannya dari 7 hingga 7.30 pagi sebelum pergi memeriksa di bilik pada 8.30 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Katanya, polis terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Beliau berkata polis menyifatkan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Allahyarham sepatutnya menghadiri majlis Pecah Tanah Pembangunan Resort Empat Bintang di Pekan, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan majlis pecah tanah itu tengah hari ini, turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham

Tingkatkan Semangat Patriotisme, Sanggup Berkorban Untuk Negara, Bukan menghasut dan menjahanamkan negara


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara.

Baginda bertitah semangat itu perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa bagi menghargai dan mengenang jasa para pahlawan yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta.

"Sesungguhnya, negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka sekalian (pahlawan negara). Hakikatnya, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati pada hari ini tidak akan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang dilakukan mereka," titah baginda pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka di sini, Ahad.

Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia agar bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan yang sewajarnya dalam apa jua bentuk, sama ada bantuan atau sokongan kepada para pahlawan negara yang masih ada mahupun kepada balu, keluarga serta waris yang telah mereka tinggalkan.

"Beta sangat bersyukur kerana kerajaan Beta tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan tersebut. Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian telah dianugerah kepada mereka," titah baginda.

Baginda bertitah, pada waktu yang sama, kerajaan juga sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada anggota keluarga para pahlawan termasuklah anak-anak dan isteri.

"Dalam erti kata lain, kebajikan para pahlawan negara dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan," titah baginda.

Kepada para pahlawan yang telah hilang upaya serta sanak saudara pahlawan yang telah kehilangan tempat bergantung, baginda berharap agar mereka dapat menempuh ujian dan dugaan hidup dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keyakinan.

"Beta sentiasa berdoa agar Allah S.W.T memberikan rahmah dan hidayah serta kesejahteraan kepada mereka. Kepada para pahlawan yang telah gugur atau terkorban, marilah kita berdoa semoga Allah S.W.T agar mencucuri rahmat dan memberi ganjaran pahala di atas pengorbanan mereka".

Tuanku Mizan juga bertitah agar para pahlawan yang masih berkhidmat meneruskan khidmat bakti murni kerana harapan masyarakat terhadap mereka cukup tinggi.

"Sebagai perisai dan pedang negara, jalankanlah amanah dan tanggungjawab ini secara yang terbaik, sesuai dengan semangat sumpah ikrar saudara dan saudari sekalian," titah Seri Paduka.

Baginda juga berharap agar setiap anggota pasukan keselamatan negara tetap meneruskan perjuangan untuk memelihara keamanan dunia yang menjadi prasyarat utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

"Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unik dengan sifatnya yang berbilang kaum akan mampu menunjukkan jalan ke hadapan serta memainkan peranan sebagai pemangkin kepada keamanan dunia," titah Yang di-Pertuan Agong.

4 Daripada 11 Doktor yang mengeluarkan kenyataan mengutuk Kerajaan adalah aktivis pembangkang


Tindakan 11 doktor dari Hospital Tung Shin di Jalan Pudu mengeluarkan kenyataan mengutuk kerajaan dan mengecam tindakan polis yang disifatkan mereka sebagai ganas menimbulkan banyak persoalan.

Difahamkan 6 daripada 11 doktor adalah bekas ahli aktivis dan ahli politik.

Persoalan pertama yang perlu diketahui, adakah 11 doktor itu berada di hospital tersebut secara serentak pada 9 Julai lalu dan jika ada yang tidak hadir, bagaimana nama mereka boleh disenaraikan bersama 11 yang lain.

Persoalan kedua, mengenai status jawatan 11 doktor itu, adakah mereka doktor sepenuh masa atau separuh masa yang diwajibkan hadir mengikut masa-masa tertentu ataupun berstatus lain.

Persoalan ketiga, adakah kesebelas doktor itu mengeluarkan kenyataan dengan keikhlasan diri sebagai doktor tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Ataupun kenyataan mereka bersifat bias kerana mereka juga propembangkang, jadi akan menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana dianjurkan oleh parti politik yang disokong mereka

Kecenderungan politik 11 doktor itu juga boleh dipertikai kerana dua minggu sebelum berlakunya Bersih, doktor tersebut dilihat bersama dalam satu kenyataan media oleh Forum Profesional Malaysia (MPF) yang menyokong perhimpunan tersebut.

Empat aktivis dalam MPF yang menyatakan sokongan mereka kepada Bersih, adalah individu sama yang disenaraikan daripada 11 doktor di Hospital Tung Shin terbabit.

Ini membuktikan 11 doktor yang membuat kenyataan bahawa Hospital diserang dengan gas pemedih mata adalah aktivis pembangkang yang cenderung kepada parti DAP.

Shuhardi sekali lagi menipu hilang akal selama tujuh hari akibat gas pemedih mata .



Ingat ke Suhardi dah bertaubat rupanya lebih teruk berbohong berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu, Suhardi Mat Isa, hari ini tampil dan menafikan dia berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Bagaimanapun, ketika tampil pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) hari ini, Suhardi sebagai Setiausaha Agungnya memberi pelbagai kenyataan berbelit setiap kali diasak dengan soalan-soalan 'panas' oleh pemberita.

Malah, Suhardi mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Suhardi gagal memberi sebarang bukti.

Selain itu, dia yang mendakwa tiada kepentingan politik berkata, terpaksa mengepalai perhimpunan di Jalan Pudu kerana semua pemimpin pembangkang sudah ditahan, tetapi sebaik sahaja pemberita berjaya menyangkal perkara itu, dia sekali lagi mengubah kenyataan.

Kali ini, Suhardi berkata, dia berbuat demikian demi memastikan keselamatan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak diancam pihak berkuasa.

Pada masa sama, dia turut mendakwa polis memperlakukan kepadanya dengan zalim, tetapi bila ditanya mengapa tidak bersurai ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan, dia berkata, tidak mendengar sebarang arahan kerana terlalu khusyuk menunai solat hajat dan berdoa.

"Saya tidak menyokong demonstrasi. Saya hadir sebagai seorang aktivis untuk menyampaikan pendirian yang dibenarkan oleh Islam tetapi ini bukan bermakna saya mempunyai kepentingan politik, saya cuma masyarakat biasa yang mahu membetulkan perkara salah," katanya.

Dalam pada itu, Suhardi yang turut menafikan dia bersembunyi dan melarikan dari polis sebelum ini memberitahu, dia bebas ke mana sahaja malah jirannya yang juga seorang anggota polis tidak menyatakan bahawa polis sedang mencarinya.

"Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).

"Saya juga tidak mati dan masih hidup, yang meninggal dunia Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai selepas dihebahkan di blog-blog, tetapi tidak, apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bercakap mengenainya," ujar bapa kepada 10 anak dan dua isteri itu.

Memang sah Shuhardi ini jenis orang yang mencari rezeki dengan menipu orang, dia tak kira haram ke halal ke semua dia sapu. 

Tindakan Mempelawa KULI Helah Baharu Anwar tagih Simpati


Tindakan mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang membuktikan gabungan pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas semakin bercelaru.

Isu ini juga memperlihatkan bahawa pembangkang tidak percaya kepada keupayaan satu sama lain, khususnya DAP yang tidak akan memberi kepercayaan kepada pemimpin Pas untuk menerajui pakatan itu.

Ini bukti Pas dan DAP sudah tidak lagi percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) mampu memimpin mereka ekoran skandal liwat dan video seks di samping PKR yang semakin lemah dan celaru.

Ia juga sebagai bukti Pas dan DAP tidak lagi boleh bekerjasama dan perjuangan mereka juga berlainan kerana sememangnya seperti diketahui ramai, mereka mempunyai dasar dan ideologi politik yang berbeza

Tengku Razaleigh dipelawa pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Sudah pasti Tengku Razaleigh tidak akan menerima pelawaan pembangkang itu kerana percaya Ahli Parlimen Gua Musang itu akan tetap setia bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pemilihan Tengku Razaleigh adalah cerminan sikap pembangkang yang hipokrit dan menangguk di air keruh.

Hakikatnya, dalam keghairahan mempertahankan Anwar, mereka terpaksa mengakui Ketua Pembangkang itu mempunyai masalah moral yang akan menjejaskan peluang mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Nyata semangat setia kawan dalam pakatan itu amat longgar sehingga mereka sanggup meletakkan kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya.

Tahukah Anda Portal 1Pengguna dibuat oleh penyokong kuat pembangkang dengan Kos RM1.4Juta



Portal 1Pengguna dilancarkan pada 7 Jun 2011 terlalu mudah diceroboh, yang mana penggodam memperoleh butiran-butiran peribadi dan alamat e-mel lebih 2,000 pengunjung yang telah mendaftar.

Maklumat digodam juga akan digunakan untuk akses kepada data kewangan pengguna terbabit.

Banyak kelemahan dalam portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB), projek bernilai RM1.4 juta itu, sehingga membolehkan penggodam memperoleh maklumat peribadi pengguna walaupun ia dilaporkan rahsia.

Maklumat peribadi termasuk nama, alamat, tarikh lahir dan bank atau syarikat boleh menyebabkan berlaku kecurian identiti.

Jelas, ini bukan projek bernilai RM1.4 juta. Keselamatan dan peribadi pengguna begitu penting terutamanya dalam laman web milik kerajaan.

Tahukah anda bahawa pemilik syarikat Sands Consultance Sdn Bhd yang mendapat projek portal 1Pengguna bernilai RM1.4 juta dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri adalah penyokong kuat pembangkang.


Ini adalah fakta mengenai Syarikat Sands Consulting Sdn Bhd

Incorporated : on 21st March 2002

Registered address: 139, Jalan 1/50 off Jalan Gombak, Diamond Square Commercial Centre, Kuala Lumpur

Business address: 13-G, Jalan Medan PB2A, Medan PB2A, Pusat Bandar Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650

Nature of Business: Management Consultancy and Information Technology Services
For the Financial Year 2010, has revenue of RM 1,946,233.00, but declare profit of RM 71,699.00 and paid total tax of RM 26,357.00

4 listed directors and their respective ownership are:

1. Shahrizal bin Muhammad Kasim (20%)


2. Shahrul Sazli bin Shaharir (20%)

3. Luqman Hakim bin Mohd Nor (25%)

4. Shahjuhan Bin Samsuri (35%)


Isu ni harus diketengahkan. Kita seolah-olah memberikan modal kepada mereka untuk terus mengkhianati negara. Umpama memberikan musuh senjata agar memerangi kembali kita. Tapi yg paling mengerunkan melalui portal 1Pengguna, mereka ini mampu access database setiap pengguna Malaysia kemudian tidak mustahil mereka akan jual pada rang asing. Bila database ditangan mereka, mereka boleh buat apa yang mereka mahu.

'Idris Jala kekal jika Pakatan ambil alih Putrajaya'



Rafizi percaya Pakatan akan ke Putrajaya dan beliau juga yakin perkhidmatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala akan dikekalkan untuk melaksanakan pembaharuan  bagi Pakatan Rakyat.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Pakatan, tetapi saya pasti jika kita berjaya ke Putrajaya, besar kemungkinan Idris Jala akan kekal di mana beliau berada,” katanya.

Namun, Rafizi menegaskan apa yang membezakan BN dan Pakatan ialah 'kemahuan politik' membawa perubahaan meskipun kepentingan parti masing-masing mungkin terjejas.

“Sebahagian besar prinsip asas MBE hampir sama (dengan Buku Jingga) tetapi ia bergantung kepada sama ada sesuatu kerajaan itu mempunyai kemahuan politik untuk merungkaikan perjanjian (yang berat sebelah dengan sektor swasta),” kata Rafizi.

Idris, yang juga menjadi ahli panel diskusi itu menyapa komen Rafizi dengan mengukirkan sebuah senyuman.

"Terima kasih, (sekurang-kurangnya) kita ada satu perjanjian di sini,” kata Idris Jala

Saturday, July 30, 2011

Majlis Peguam Perlu Peka Desakan JMM, Bukannya Tutup Sebelah Mata


Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia, JMM hari ini mendesak agar Majlis Peguam bertindak profesional sepertimana yang dinyatakan dalam fungsi utama badan itu.

Apa yang jelas, Majlis Peguam kini dilihat telah disalahguna oleh beberapa ahlinya untuk kepentingan parti politik tertentu.

Suara desakan itu dilakukan kira-kira 150 ahli JMM di hadapan pejabat Majlis Peguam di ibu negara. Satu memorandum diserahkan oleh Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah kepada wakil Majlis Peguam.

JMM mendesak supaya ahli Majlis Peguam meletak jawatan sekiranya mereka lebih cenderung melibatkan diri dalam isu parti politik. Lebih baik mereka terus berada dalam kepimpinan politik tersebut daripada mempergunakan Majlis Peguam

Menurut JMM, tindakan Majlis Peguam menolak keputusan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock sebagai membunuh diri dipercayai atas dorongan parti politik tertentu.

Ia juga dilihat mencabar keputusan badan perundangan negara juga Yang DiPertuan Agong

Palavivel Dilantik Menteri Penuh supaya kerja lebih kuat, bukan banyak beri alasan


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan pelantikan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada mesyuarat Agung Tahunan ke-65 MIC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

"Sekarang MIC perlu melakukan tugasnya dengan baik dan kami (kerajaan) boleh melakukannya dengan baik untuk menunjukkan keikhlasan kami.

"Selaras dengan komitmen kami untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat India, saya mengusulkan untuk menjadikan G.Palanivel sebagai menteri penuh," katanya.

Perlantikan Palanivel menyertai kabinet Najib kali ini agar presiden MIC bekerj lebih kuat menarik sokongan kaum India.

Sebelum ini Palanivel lebih banyak memberi alasan bahawa katanya "Kami (masyarakat India di Malaysia) hanya dibantu semasa pilihan raya kecil dengan pemberian kecil, peruntukan kerdil untuk sekolah, kuil, pinjaman mudah - (tetapi) kami perlukan bantuan berkenaan dalam skala besar. Hanya dengan itu, masyarakat India akan kembali menyokong kerana tidak ada sesiapa yang boleh kami harapkan kecuali kerajaan BN,” katanya

Jika kaum India memohon bantuan pada skala besar bagaimana pula dengan kaum bumiputera yang majoriti 65% pengundi BN.

Sebagai Presiden MIC kelapan menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu yang menyandang jawatan itu selama 31 tahun pada 6 Disember 2010, palanivel perlu lebih rasional dalam membuat permintaan dan jangan mengikut rentak pembangkang.

Shuhardi Lebai Penipu kini dijumpai Polis


Shuhardi Md. Isa, lelaki yang didakwa berlakon dan menipu rakyat kononnya dia sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, kini ditemui apabila dia menghubungi Polis sebentar tadi. Dia juga menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Suhardi tidak tahan apabial hampir setiap hari muka ada di dalam blog-blog pro- kerajaan kini tampil membuat sidang akhbar. "Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya

55202749.jpg


5925007098_eafc2d9ccb_z.jpg
Lihat bagaimana lakonan Shuhardi


5924976221_fb20235e6b_z.jpg
Betapa sibuk jurukamera pembangkang 

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.

"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan. Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah, saya juga tidak pernah kenal dengan Husam Musa yang dikaikkan dengan tipu helah saya" katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740.

Kit Siang Kini Sudah Buta


"Bangkit daripada tidur dan mendapati dirinya menjadi buta adalah perkara yang langsung tidak dibayangkan oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang", itulah luahan oleh pemimpin Cina DAP lahanat yang sentiasa membenci agama Islam

Lim Kit Siang kini sudah dibutakan mata oleh Allah oleh kerana doa puluhan juta umat Islam yang sering berkumandang agar seorang kafir seperti Lim Kit Siang wajar dihapuskan.

Lim Kit Siang segera dikejarkan ke sebuah klinik pakar mata di Kuching dan diberitahu doktor bahawa Lim diserang “jangkitan yang aggresif” yang telah merebak ke mata kirinya akibat pembedahan membuang katarat pada mata kanannya,

"Doktor kata jika tidak ada perkembangan, saya perlu menjalani pembedahan dan mereka tidak dapat melakukannya di sana. Jadi saya mengambil penerbangan ke Pulau Pinang pada hari yang sama,kerana di Pulau Pinang beliau boleh menggunakan semua fasilitas anaknya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang” kata Lim.

Tetapi masih ada orang Islam Pas yang sudi menderma mata kepada Lim Kit Siang semata-mata mahu Lim Kit Siang sihat bagi menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Peguam Perancis Bawa Pulang 5 Juta hasil sogokan pembangkang di Penang?



Difahamkan melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang kononnya yang bakal mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene telah di bayar oleh sebuah parti pembangkang dengan jumlah 5 Juta.

Kenapa bila beberapa individu tertentu di tanya, DAP hanya senyap sahaja ? Di mana 5 juta yang di tuduh diberi sebagai suapan kepada Peguam Perancis supaya datang ke Malaysia dan keluarkan kenyataan yang tidak rasmi tetapi lebih kepada kenyataan seorang peguam ? Ramai yang tanya, adakah Peguam di Perancis sama seperti seorang Hakim ? Adakah Peguam di Perancis ada kuasa untuk jatuhkan hukuman atau ini adalah satu sandiwara DAP supaya dapatkan perhatian rakyat agar impian mereka untuk meenakluki Malaysia dapa direalisasikan?

Di mana 5 juta ? Siapa yang bayar 5 juta ini ? Parti, Kerajaan Negeri, Individu..... Siapa ? Rakyat akan bongkarkan. Semuanya rakyat hendak tahu apa tujuan pembangkang melakukan perbuatan sedemikian.

Alahai PAS Kedah: Rumah Urut, pusat hiburan semakin bertambah



Para penduduk di bandar Sungai Petani kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Enam Jahanam Komunis diberi sambutan Wira oleh Pembangkang



Enam Jahanam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan darurat selama 28 hari ekoran mengedarkan risalah komunis dibebaskan hari ini disambut meriah oleh pembangkang terutamanya DAP seolah-olah meraikan kepulangan wira oleh pembangkang.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Dua jam selepas dibebaskan, ratusan pengkangkang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur sambil melaungkan "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali.

Antara yang meraikan enam jahanam itu ialah naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim dan bengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

Sambila berucap "6 jahanam akan terus bersama pembangkang bagi menggulingkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO. Kita akan terus berusaha sehingga DAP dapat memerintah Malaysia,"kata Jeyakumar

Friday, July 29, 2011

TOLAK PEMIMPIN BERSIFAT MUNAFIK



Saya tidak akan jemu dan letih menulis selagi pemimpin yang suka cakap berbohong masih dianggap sebagai Augerah Tuhan dan terus-terusan memperdaya rakyat dengan lakonan hebat.

Ayuh! Cukup sampai di sini. Hentikan semua kekacauan dan kegawatan yang gerombolan pembangkang ini cetuskan.

Mari semua sama-sama dan beramai-ramai menolak pemimpin yang suka berbohong:

1. 16 September 2008 – Riuh rendah seantero dunia. “…I have the numbers, kita akan ke Putrajaya …” tapi last-last sunyi sepi.

2. Suka meliwat – hobi luar tabiee. Ingat Azizan, Sukma, Saiful dan ramai lagi! Rujuk perbicaraan mahkamah dan kesahihan laporan dalam journal guaman, akhbar, blog.

3. Penakut – Buat salah, siap ada video klip dan tertinggal jam kat situ.. tapi tak mahu. Tuduh orang nak tembak dia, orang ni rosakkan brek dia. Diancam bunuh

4. Zionis – Kegemaran bersahabat baik dengan puak puak zionis.

5. Menyusahkan rakyat – Suka demonstrasi haram jalanan. Boleh huru harakan keadaan, kemdian tuduh kerajaan, polis zalim. Buat kat KL, tak pasal-pasal trafik jam, tutup kedai.

6. Kroni Paling Hebat – Amal nepotisme dan kronisma tahap pertama. Mana ada parti kat dunia ni, yang Suami ketua umum tak boleh dicabar. Melantik diri sendiri. Presiden isteri dan Naib Presiden anak pada masa yang serentak! Ini lawak paling hebat abad ini!. Mengaku kononnta the voice of democracy.

7. Raja Putar – Ingat ucapan Pluralisma agama di London School of Economics. Mana dia lebai lebai Pas. Kalau pluralisma agama yang dibawa manusia seorang ini benar, betul dan diterima agama Islam, tolong sokong 100%. Biar umat Islam di Malaysia dan seantero dunia tahu. Pluralisma agama ni salah, menyesatkan, lari dari akidah Islam. Wajib tegur, larang, kecam. Amar Makruf Nahi Mungkar! Jangan asyik asyik bersekongkol saja.

Cukup dulu round ini. Kalau nak list banyak lagi. Saya sayang agama bangsa dan tanahair. Sempena kedatangan Ramadan, semoga kita semua sentiasa sentiasa mendapat barakah, maghfirah, rahmah, hidayah dan perlindungan Allah.

Dari Allah kita semua datang, dan kepadaNya kita semua akan kembali untuk bertanggungjawab atas semua amalan kita di dunia ini.

Selamat berpuasa. Jaga diri, jaga solat semua.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH UMRAH BUAT YB DATO HAMIDAH OSMAN


Pagi tadi YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat juga Exco kerajaan negeri Perak telah berlepas untuk menunaikan umrah selama 10 hari bersama suaminya serta rombongan.  Pemergian mereka adalah untuk bertemu dengan Pencipta nya. Alangkah seronoknya kepada umat Islam yang berpeluang di jemput oleh Allah untuk menziarahi Tanah Haram.

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.

Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Sungai Rapat Online berdoa semoga YB Dato Hamidah Osman dan suami selamat pergi dan pulang dari menunaikan umrah dan di beri kekuatan dan kesihatan untuk menunaikan umrah dengan penuh khusyuk.

FADILAT UMRAH & HAJI
” Orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah adalah tamu-tamu Allah.Allah memberi kepada mereka apa yang mereka minta,dan Dia mengabulkan setiap doa yang mereka panjatkan,kemudian Dia akan mengganti semua harta yang mereka belanjakan untuknya, satu dirham menjadi beribu-ribu Dirham.” (HR.Baihaqi)

Semua Enam Jahanam Komunis Malaysia dibebaskan


Semua enam jahanam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mempopularkan parti Komunis Malaysia ditahan sejak 28 hari lalu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan media ringkas berkata berikutan pembebasan mereka ini, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Polis Diraja Malaysia mengumumkan bahawa keputusan telah dibuat untuk membebaskan semua enam jahanam yang telah ditangkap pada 2 Julai lalu, di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, di bawah Ordinan Darurat," katanya.

Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.

Mereka yang dikenali sebagai PSM 6 jahanam pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Jeyakumar difahamkan akan terus mogok lapar beberapa minggu lagi. Betul ke?

Pengundi Hantu Hanya Helah Pembangkang Untuk 'Mengkambing hitamkan' SPR



Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya, SPR, bersih daripada senarai pengundi yang tidak sah, seperti rakyat asing dan pemilik kad pengenalan meragukan.

Sehubungan itu tuduhan dan dakwaan kononnya daftar pemilih sekarang dicemari pengundi hantu adalah tidak benar dan hanya berniat jahat. Setiap kenyataan yang dibuat oleh pembangkang tiada disertakan dengan fakta

Dan mereka yang membuat dakwaan itu, sila bawa bukti kepada SPR agar semakan dapat dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara, JPN.

Datuk Wan berkata semasa menjawab tuduhan Ambiga, "Jadi kalau sekadar buat kenyataan mempertikaikan daftar pemilih kita untuk tujuan mengelirukan orang ramai dan sebagainya, atas tujuan politik misalnya, janganlah mengaitkan dengan kredibiliti SPR, sebab kita tidak mengambil perkara ni secara remeh, kita pandang serius dalam urusan mendaftar rakyat yang berhak saja iaitu warganegara yang sah saja yang kita daftarkan di dalam daftar pemilih kita ini."

Beliau berkata demikian kepada TV3 di Kota Kinabalu.

Ia susulan, laporan media kononnya ada 6 ribu pengundi tidak sah dalam daftar pemilih bagi parlimen Putatan, dekat Kota Kinabalu.

Untuk rekod sehingga Mei lalu, seramai 864,941 rakyat Sabah didaftarkan sebagai pemilih.

Katanya, jika ada cubaan rakyat asing untuk mendaftar sebagai pemilih baru, ia mustahil dilakukan kerana proses penapisan SPR amat ketat.

Sebelum ini ada cubaan pihak tertentu mendaftar pemilih tidak sah, namun dapat dikesan oleh sistem komputer SPR dan JPN.

Lebai PAS Penipu Terus diBuru Polis


Polis menasihatkan Shuhardi Md. Isa (gambar), individu yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, supaya tampil dan bekerjasama membantu siasatan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, Shuhardi masih belum dijumpai dan dipercayai menyembunyikan diri.

“Saya nasihat dia tampil ke hadapan membantu polis dalam siasatan ini, kenapa pula dia perlu bersembunyi tanpa sebab.

“Kita ingin tahu sebab dan siapa yang menyuruh dia (Shuhardi) melakukan perkara itu, malah jika dia beri alasan munasabah kelakuannya itu, kita tetap akan menerimanya,” katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini, hari ini.

Khalid memberitahu, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang rakaman video atau gambar daripada orang awam berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

Blogger DAP cuba hasut Masyarakat Teruskan Bersih DiTahan


Polis mengeledah rumah penulis blog DAP Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer meja dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung hasutan mengajak masyarakat membenci kerajaan dan teruskan budaya perhimpunan Bersih bulan lalu.

Chan, seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa menghasut dan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang.

Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti".

Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ.

Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan.

Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar apabila saya mahu DAP memerintah Malaysia dan rakyat patut tahu DAP sahajalah yang layak memerintah Malayasia".


Mat Sabu sememangnya pemimpin Pas yang kuat menipu



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dakwa dilanggar kereta polis sebelum ditahan dalam demo Bersih 9 Julai lalu, sekali lagi membuatkan pihak berkuasa itu mengeluarkan kenyataan...kali ini lebih tegas, melalui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Menurut beliau, video yang ditayangkan polis bagi menunjukkan Mat Sabu tidak dilanggar polis adalah FAKTA sebenar dan bukan dibuat-buat.

"Kita dengar dakwaan Mat Sabu, dari awal kenyataan dia kata dia dilanggar (kenderaan) Landrover. Selepas polis dedahkan video dia tukar kenyataan dilanggar (kereta) Waja. Dari situ rakyat sendiri dah bijak menilai siapa yang cakap benar.

"Video yang kita tayangkan adalah fakta yg benar dan bukan dibuat-buat. Apabila proses siasatan lengkap siap nanti ia akan jelaskan siapa yang bercakap benar,"katanya kepada wartawan ketika ditemui dalam satu acara di Putrajaya petang Khamis.

Mat Sabu sebelum ini mendakwa ia dilanggar kenderaan polis sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan di lutut.

Bagaimanapun, polis dalam satu sidang media baru-baru ini menayangkan video yang menunjukkan sebaliknya iaitu motor yang dibonceng Mat Sabu terbalik selepas cuba lari dari polis.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang media ketika itu berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu.

Rakaman video yang dipaparkan itu menunjukkan motosikal yang dibonceng oleh Mat Sabu tidak dilanggar kenderaan polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U motosikal itu terkena 'fender' kenderaan polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

Justeru, Salleh berkata pihak polis juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu.

Berikutan pendedahan tersebut, Mat Sabu berkata, telah mengarahkan peguamnya untuk menyaman polis.

Mengulas mengenai saman Mat sabu itu, Ismail Omar berkata, "Dia nak saman, dia boleh teruskan. Itu hak dia,"katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula berkata kes-kes yang jelas tentang pembohongan dan provokasi semasa demo Bersih akan terus didakwa tanpa perlu menunggu kes yang masih dalam siasatan lanjut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis turun padang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pendang, Kedah.

Mengenai dakwaan Mat sabu, Hishamuddin berkata, lebih baik pergi ke mahkamah, dan itu cara yang paling adil untuk dapat kebenaran.

"Sekarang ini apa yang kita cakap diselewangkan sehingga seolah-olah apa yang ditayangkan polis itu pun tidak benar,"kata beliau.



Najib yang diminta mengulas mengenai dakwaan adanya laporan palsu terhadap pihak polis ketika demo haram Bersih berkata jika terbukti laporan yang dibuat itu tidak benar, Peguam Negara akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bukti yang ada.

“Kalau begitu terang buktinya dan serius, saya percaya Peguam Negara akan membuat keputusan yang tepat," katanya dalam sidang akhbar di Pendang sempena lawatan sehari ke Kedah.

Secara keseluruhan berkata Peguam Negara sedang meneliti bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap mereka yang terlibat dalam demo haram itu.

Perdana Menteri berkata tindakan akan diambil berdasarkan keseriusan pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu.

"Perkara ini dalam tangan Peguam Negara dan saya percaya Peguam Negara akan melihat kes tersebut dan akan buat keputuan dalam masa yang terdekat berdasarkan kepada kategori tertentu.

"(Sama ada) mereka benar-benar dan terang-terang melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa atau mereka yang jadi pengikut," katanya

Thursday, July 28, 2011

Pemainan Hambar 45 Minit saksikan tiada jaringan



PULUHAN ribu penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura malam ini

DENGAN BANTUAN MELAYU DAP YAKIN AKAN TAKLUKI MALAYSIA PRU13


DAP kini begitu yakin akan menakluki Malaysia pada PRU13 nanti tetapi orang Melayu harus membantunya bagi merealisasikan matlamat itu, kata Lim Kit Siang

Lim Kit Siang dikatakan mampu menghabiskan sebahagaian besar hidupnya untuk memperjuangkan matlamat DAP apa yang dipercayainya sebagai pemimpin pembangkang.

Kerjaya politik Lim bermula sebagai setiausaha agung DAP pada 1969, ketika ketegangan kaum memuncak semasa peristiwa berdarah 13 Mei yang menyaksikan beliau ditahan mengikut ISA.

Agak berbaloi kini perjuangan Kit Siang kerana hampir 20% orang Melayu yang dahulunya benci kepada DAP kini menyanyangi DAP.

Bagaimanapun sepanjang 70 tahun kehidupannya itu, Lim berpendapat pembangkang telah sampai kepada kemuncaknya dan perubahaan bukan satu lagi impian seperti sebelum ini.

"... saya yakin akan mengambil-alih kuasa kerajaan pusat buat kali pertama, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan portal Batu Api Malaysiakini.

Tetapi Lim Kit Siang harus ingat ada lagi 80% orang Melayu yang masih membenci DAP dari mula mereka hidup hingga ke akhir hayat mereka. Mereka tidak akan berubah walau sesaat pun seperti melayu yang menjadi balaci DAP termasuk PAS.

Orang Melayu ini tidak akan membiarkan negara mereka diperintah oleh komunis yang berketuakan Lim Kit Siang.

Pembangkang Rancang Ganggu Perlawanan Bola Sepak Malaysia-Singapura Malam ini


Selepas kejadian cuba mengganggu majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Stesen KL Sentral pada Rabu, pihak pembangkang dipercayai merancang satu lagi perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.

Dilihat sengaja mahu mencetuskan suasana tegang dengan menarik perhatian orang ramai yang ketika itu bersedia untuk menonton perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, perhimpunan itu bertujuan mendesak kerajaan membebaskan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Gesaan supaya orang ramai menyertai himpunan menyalakan lilin di perkarangan stadium itu di dapati menerusi laman sosial twitter milik Presiden Kumpulan Prihatin Hak Pekerja Ladang (Power), S. Gobikrishnan.

"Jom candle light vigil in front of Stadium Bukit Jalil 7pm today in support of PSM EO 6, (Jom nyalakan lilin di hadapan Stadium Bukit Jalil 7 malam ini tanda sokongan terhadap enam tahanan Ordinan Darurat," katanya menerusi twitter menggunakan nama SGobikrishnan.

Bagaimanapun posting berkenaan mendapat bantahan daripada banyak pihak yang majoritinya membidas tindakan berkenaan yang dilihat cuba membuat kacau di tempat awam.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dijadual menyaksikan perlawanan bola sepak itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada 2 Julai lalu, polis mengumumkan menahan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat kerana dipercayai terlibat dalam anasir-anasir subversif.

Selain Jeyakumar, lima lagi yang ditahan di bawah akta berkenaan ialah Setiausaha PSM, M Saraswati; Setiausaha PSM Sungai Siput, A Letchumanan; Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S Sukumaran; Ketua Pemuda PSM Sungai Siput,K Sarajbabu dan ahli PSM, Choo Choon Kai.

Apa Kesalahan Saya - Soalan yang paling bodoh diajar oleh Anwar


Itulah perkataan bodoh yang diluahkan oleh penyokong tegar Anwar. Sememangnya satu soalan yang bodoh bila cuba menyerbu majlis orang kemudian bertanya 'Apa kesalahan saya?'. Itulah yang tatacara yang diajar oleh ketua mereka Anwar Ibrahim dengan memperbodohkan diri sendiri demi mempertahankan politik Anwar sendiri walau apa cara sekali pun.

Macam Anwar juga setelah membaham pelacur China kemudian bertanya apa kesalahan saya?

Agaknya Emak dan Bapa dia menyesal melihat perbuatan bodoh yang dilakukan oleh anaknya demi mencari publisiti murahan untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. Dimana sifat malu dan maruah diri sebagai orang Islam menunjukkan sifat kurang ajar kepada pemimpinnya.

Agaknya itulah sifat yang diperturunkan oleh Anwar Ibrahim agar jangan malu, pedulikan maruah asalkan kita boleh meneruskan survival politik kotor waima menipu rakyat sekalipun.

Mungkin hukuman yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia terlalu ringan sebab itulah mereka sanggup buat apa sahaja. Lebih-lebih lagi apabila Majlis Peguam sudah menjadi hak pembangkang lebih mudah diuruskan

Sekejap boleh sekejap takboleh apa pendirian sebenar Nik Aziz?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengubah pendiriannya berhubung penggunaan kaedah biometrik dalam sistem pilihan raya.

Jika sebelum ini beliau bersetuju dengan penggunaan kaedah itu tetapi hari Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, sistem berkenaan amat meragukan.

Katanya, sokongan beliau terhadap kaedah biometrik sebelum ini dibuat dengan 'bersyarat', bukannya sokongan secara langsung seperti dilaporkan akhbar.

Sejak dari awal, jelasnya, beliau menolak perkara meragukan dan berpendapat adalah lebih baik kaedah dakwat digunakan.

"Kebetulan semalam ada kenyataan keluar di Selangor tentang seramai 17,000 pengundi yang bertindih dan 500 daripada senarai nama itu sudah diserahkan kepada SPR.

"Ini membuktikan pendaftaran pemilih memang meragukan, bukan setakat meragukan bahkan salah, jadi kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Bersih inilah dia, kotor," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jawatankuasa Pas Pusat semalam yang menolak penggunaan kaedah biometrik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan dalam sistem pilihan raya.

Sebelum ini, beberapa akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz bersetuju dengan cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik sekiranya ia membawa kebaikan.

Nik Abdul Aziz berkata, lebih baik kaedah dakwat kekal digunakan kerana ia boleh menyekat masalah pengundian bertindih.

Wednesday, July 27, 2011

Kalau Dah Jenis celup jari, Bagilah apa pun dia tetap nak celup


Inilah masalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sudah biasa celup jari bagilah apa pun dia tetap nak juga celup jari walaupun cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan sistem biometrik dalam proses pilihan raya katanya bukanlah jalan penyelesaian terhadap isu "pengundi hantu".

Katanya lagi sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran mengenainya.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu," katanya.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun Selasa dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai berkata Pas sedia mendengar taklimat dan penjelasan SPR berhubung sistem biometrik itu.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pelaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi kononnya isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan oleh pembangkang.

Adakah Rakyat sedar bahawa Polling Agent sudah mampu selesai masalah pengundi hantu


Ini Polling Agent Pembangkang yang tidak tahu buat kerja
Ramai rakyat tidak tahu bahawa sistem yang diamalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sudah mencukupi bagi mengatasi samada masalah pengundi hantu atau warganegara asing atau warganegara yang berumur 100 tahun lebih ke atas.
Mari kita lihat prosedur yang telah diamalkan oleh SPR mengenai PACA (Polling Agent & Counting Agent)
Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding samada pembangkang atau pihak kerajaan untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi bagi pihak calonnya.
 
Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.
 
PACA dikehendakki mengisi Borang A yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian. Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh setiap petugas PACA.
 
Ketua PACA dikehendakki membawa semua Borang A yang telah lengkap semasa hari pengundian.
 
Petugas PACA dikehendakki berpakaian kemas tanpa logo parti serta membawa MyKad, pensil/pen, pembaris, pemadam untuk tujuan mengawasi senarai nama-nama pengundi bukan tidur dalam tempat mengundi.
Apakah Tugas Polling Agent
• Petugas Polling Agent mengikut shif yang ditentukan bermula jam 7 pagi 
Mereka akan pastikan semua tong undi kosong kemudian ditutup dengan lilin cair warna merah.
Semua kertas undi mempunyai nombor siri yang betul dan berturutan, tiada berulang, tidak licin, terutama dibahagian pangkah calon.
Mereka akan catatkan no. siri dan jumlah kertas undi.
Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan Borang 13 untuk simpanan.
Senarai nama mereka yang periksa dan gariskan
 
• Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. 
Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.
• Polling Agent akan pastikan umur dan bangsa pengundi adalah munasabah
Contoh jika No KP 370110-05-2020 sepatutnya berumur 70 tahun tapi yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi tadi disiasat. Atau jika namanya disebut Melayu tapi yang datang berketurunan bukan Melayu minta pegawai SPR sahkan.
• Tidak sesiapa pun di benarkan masuk dalam tempat mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas, calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.
• Yang berada di tempat mengundi adalah Petugas SPR, petugas parti lawan, pengundi tidak memakai baju atau lambang parti.
• Polling Agent tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkan tempat mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5 ptg walaupun keluar merokok sebentar.
• Jika mereka nak hendak keluar juga perlu  hubungi Ketua PACA untuk diganti sementara.
• Apabila tamat tempoh mengundi petugas PACA akhir catatkan no siri yang telah digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal. Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul surat 1 dan ditutup. Kertas undi telah dikoyak akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan ditutup. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk dalam tong undi dan ditutup.
• PACA akan pastikan Borang 14 diisi, iaitu Jumlah kertas undi dikoyak dan jumlah kertas undi baki. Pastikan maklumat dalam Borang 14 dan Borang 13 sama.
• Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Polling Agent tidak dibenarkan meninggalkan tempat peti undi.
 
SPR akan beri cara menganggar Umur dari MyKad contoh Tahun semasa 2007
• Nombor MyKad bermula 0 umur antara 98 – 107 tahun
• Nombor MyKad bermula 1 umur antara 88 – 97 tahun
• Nombor MyKad bermula 2 umur antara 78 – 87 tahun
• Nombor MyKad bermula 3 umur antara 68 – 77 tahun
• Nombor MyKad bermula 4 umur antara 58 – 67 tahun
• Nombor MyKad bermula 5 umur antara 48 – 57 tahun
• Nombor MyKad bermula 6 umur antara 38 – 47 tahun
• Nombor MyKad bermula 7 umur antara 28 – 37 tahun
• Nombor MyKad bermula 8 umur antara 18 – 27 tahun
 
Setiap kali pilihanraya SPR akan bentangkan Nombor Mykad bermula contohnya 87, 88, 89, 90 dan seterusnya adalah tidak layak untuk mengundi pada tahun 2007 kerana berumur kurang 21 tahun.
Persoalannya sekarang:
1. Kenapa masih wujud lagi pengundi hantu, jika ada sudah semestinya polling agent pembangkang akan terus membantah.
2. Kenapa perlu ada pengundi berumur lebih daripada 100 tahun kerana polling agent pembangkang akan memastikan senarai nama dan no kad pengenalan
Apa yang boleh saya katakan di sini sistem yang diamalkan oleh SPR sebenarnya sudah lengkap dan memadai cuma polling Agent yang dilantik oleh pembangkang memang jenis tak tahu nak buat kerja atau tidur semasa proses pengundian dijalankan.
Kemudian bila kalah mereka terus menyalahkan kerajaan. Pembangkang sepatutnya Bersihkan dahulu Polling Agentnya sebelum membuat berbagai dakwaan yang tidak masuk akal.
Kita tunggu apakata Ambiga mengenai polling agent ini.
   

Moral AMK bodoh mencerminkan moral Anwar Ibrahim


Sekumpulan ahli Angkatan Muda parti itu bertindak luar batasan bila cuba menyerbu ke arah Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak dan rombongannya.

Perdana Menteri sepatutnya menghadiri pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang sempena hari kemerdekaan yang dijadualkan di KL Sentral .

Najib yang tiba menaiki Express Rail Link (ERL), daripada Putrajaya menuju ke KL Sentral. Termasuk dalam rombongan perdana menteri adalah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussain.

Mereka disambut oleh ahli PLKN yang membuat barisan untuk bersalaman dengan beliau.

Tiba di sebuah restoran makanan segera sebelum menaiki escallator, sekumpulan pemuda berbaju kuning tiba-tiba 'menyerbu' sambil menjerit 'reformasi' dan 'hidup rakyat'.

Kumpulan ini seramai tujuh ke 10 AMK bodoh dipercayai cuba menyerahkan memorandum Bersih kepada Perdana Menteri.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan Perdana Menteri sempat menghalang dan mereka kemudiannya ditahan oleh polis.

Menurut saksi kepada Agendadaily, kelakuan ahli AMK itu macam 'budak-budak' dan langsung tidak menunjukkan hormat kepada pemimpin negara.

"Mereka hanya bertujuan untuk buat provokasi kepada pihak berkuasa,"katanya.

Beliau memuji pihak berkuasa yang bertindak pantas menghalang kumpulan pengacau tanpa menimbulkan kejadian tidak diingini.

Semua yang ditahan kini berada di balai polis Jalan Travel untuk diambil keterangan

Apa akan terjadi jika Pemuda UMNO membuat provokasi yang sama ke atas Anwar Ibrahim.

10 penyokong Anwar ditangkap cuba cetus rusuhan semasa lawatan PM


Sepuluh penyokong Anwar Ibrahim termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana cuba cetuskan rusuhan semasa lawatan Perdana Mentewri Datuk Seri Najib Razak ke KL Central sebentar tadi.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, merupakan kepala perusuh yang telah ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

Penyokong Anwar memang jenis tak reti bahasa setela Bersih gagal dimanipulasinya kini mereka cuba mencipta isu baharu agar isu ini sentiasa segar hingga menenggelamkan isu kes liwat yang akan dibicarakan pada 8 Ogos ini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers untuk disoalsiat kenap mereka mahu cetuskan rusuhan.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki tren Express Rail Link, daripada Putrajaya menuju ke KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Launching of Perak Tourism New's



THE Perak Government will unveil a master plan for its ‘Visit Perak Year 2012’ campaign next month, Executive Councillor for Tourism YB Dato' Hamidah Osman said. She said drafting of the plan was on-going and urged all tour operators to contribute ideas.

She said after launching of Perak Tourism News at Heritage Hotel in Ipoh. A total of 20,000 copies will be published each month in 4 pages untill the end of the year.

The news coverd will be exclusively on tourism within Perak covering touristic aspects such as the beaten track destinations, unknown and and unreported gastronomical spots, little known joint, open-air restaurants and warongs, remote vilages and towns.



NGO serah memorandum kepada Suhakam hargai jasa polis kawal keadaan 9 Julai


Dua badan bukan kerajaan hari ini menyerahkan memorandum bagi menghargai jasa baik polis mengawal keadaan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lalu dengan penuh dedikasi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (Irimm) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zahdi di pejabat suruhanjaya itu.

Setiausaha Agung Irimm, Datuk Thajudeen Mohideen, berkata pihaknya menyerahkan memorandum itu kepada Suhakam bagi menyatakan sokongan badan itu terhadap tindakan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengawal ketenteraman awam.

"Jasa pihak polis semasa bertugas mengawal keadaan berjaya mengekang daripada terjadinya perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap anggota polis bahawa mereka menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram adalah tidak releven.

SUHARDI LEBAI PENIPU JADI BAHAN 'MODUS OPERANDI' PENJENAYAH

Jom tengok Apakah persamaan antara lebai penipu dan penjenayah ini?




Kedua-duanya cukup pandai berlakon penipu. Yang sorang tu bertitle lebai penipu dan seorang itu bertittlekan penjenayah. Yang pastinya kedua-dua adalah penipu bagi untuk meraih simpati daripada masyarakat.

Dan kedua-duanya juga adalah penjenayah.

Hebatkan Lebai Suhardi ini sebab sekarang ini dia sudah ada pengikut.

Bayangkan kalau semua penjenayah perangai macam ini. Gawat jadinya.

Dah sedap-sedap buat hal , bila nak kena tangkap pandai pulak belakon.

Lepas tu mulalah buat tuduhan yang bukan-bukan kepada PDRM. Kena dera la. Kena pukul la. Kena langgar dengan land rover...eh...waja...eh...pajero.

Apa Cerita Hassan Ali selepas dilucutkan jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor



Dari seorang tokoh yang pernah disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar (MB) Selangor, akhirnya, Datuk Dr Hasan Ali tersungkur layu apabila dinyahkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Kini Hassan meneruskan tugas-tugas Exco Kerajaan Negeri yang tidak berapa penting dimata pemimpin PR Selangor. Bagi mereka Hassan Ali ini ada dengan tak ada sama sahaja dengan kata lain sebagai syarat cukupkan korum Exco sahaja.

Suara Hassan Ali kini kurang didengari seperti sebelum dia digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas.

Hassan menyertai PAS pada tahun 1998. Pernah dipilih Naib Presiden PAS (2001-2007) tetapi tidak mahu mengekalkan untuk mempertahankan jawatan tersebut kerana kecewa dengan politiking yang keterlaluan dalam PAS.

Namun begitu dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dari 2003 hingga digugurkan dalam pelantikan yang lepas.

Dalam pengundian PRU 12 itu, rakyat Selangor memberi undi kepada pembangkang. PKR mendapat 15 kerusi, DAP 13 dan PAS yang mempunyai grassroot Melayu di seluruh negeri Selangor hanya mendapat 8 kerusi.

Akibatnya, bukan setakat Dr Hassan perlu melupakan hasrat menjadi MB Selangor, malah jawatan Timbalan Menteri Besar (TMB) yang sepatutnya menjadi miliknya turut dituntut oleh wakil DAP yang akhirnya jawatan tersebut dimansuhkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, MB baru dari PKR.

PKR membolot 4 kerusi Exco termasuk MB. DAP mendapat tiga Exco Kanan, manakala PAS hanya mendapat 3 Exco yang kurang penting.

Sepanjang menjadi kerajaan, Hassan sering bertikam lidah dengan Exco-exco kanan DAP terutamanya Ronnie Liu yang mengetuai Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor.

Hassan menuntut agar Ronnie Liu ditukar porfolio kerana tindakannya lebih banyak menimbulkan keresahan masyarakat Islam di Selangor.

Selain bertikam lidah dengan Ronnie Liu berkaitan isu penjualan arak, Hasan pernah mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang diketuai Teng Chang Kim dari DAP.

Hassan menggesa SELCAT dikaji semula berikutan cara pengendalian soal siasat kepada Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri dikatakan mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu dan bertaraf “pertanyaan dan soal siasat kepada budak sekolah”.

Rakyat Selangor sudah boleh membaca apa yang tersirat dalam politik Pas dan PKR. Mana-mana pemimpin pembangkang yang tidak menyokong Anwar dan DAP, mereka akan berdepan dengan risiko dinyahkan daripada jawatan atau parti.

Perjuangan Orang Melayu kini banyak dipengaruhi oleh Virus yang dicipta Cina DAP


Kalau dilihat dari apa yang telah dan sedang diperjuangkan oleh Perkasa, mirip kepada apa yang telah diperjuangkan oleh Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak. Contohnya perhimpunan Perkasa di Kampung Gajah, Perak baru-baru ini dilihat mampu mengumpulkan puluhan ribu orang Melayu daripada pelbagai fahaman politik.

Hakikatnya, perjuangan yang di bawa oleh Perkasa pada hari ini sebenarnya itulah perjuangan sebenar Umno seperti mana yang telah dipelopori oleh pejuang terdahulu. Kalau golongan muda ingin lihat bagaimana perjuangan Umno dulu-dulu, lihatlah apa yang diperjuangkan oleh Perkasa pada hari ini.

Gambaran perjuangan itulah yang pernah membuatkan hampir keseluruhan orang Melayu bergabung di bawah 1 panji-panji, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Kini apabila terdapat berbagai virus yang terus menular ke dalam masyarakat orang Melayu, kononnya kehadiran mereka adalah untuk menyelamatkan orang Melayu. Mereka sedar orang Melayu mudah di 'gula-gulakan' kadang-kadang tanpa bayaran pun orang Melayu sanggup sokong asalkan hasutan dari virus yang dicipta mampu menguasai pemikiran orang Melayu.
Jika virus sudah disuntik, DAP dijadikan kiblat mereka

Prinsip dan idealisma perjuangan yang telah dibawa oleh para terdahulu pemimpin Umno diterima bulat oleh hampir sebahagian besar orang melayu ketika itu adalah kerana apa yang dibawa oleh Umno benar-benar menepati naluri, isi hati, aspirasi dan cita-cita mereka sebagai bangsa Melayu.

Umno disokong oleh orang Melayu kerana prinsip perjuangannya dan bukan kerana namanya Umno. . Itu yang menjadi faktor terpenting kenapa Umno telah disokong dengan kuat oleh orang Melayu, walaupun Umno pernah mati dan terbelah dua berkali-kali.

Sokongan orang Melayu terhadap Umno juga tidak kena-mengena dengan individu pemimpin. Orang Melayu lebih sanggup meninggalkan pemimpin yang mereka sayangi daripada meninggalkan prinsip perjuangannya.

Mereka masih bersama Umno kerana mereka yakin perjuangan orang Melayu hanya mampu diperjuangkan oleh Umno dan mereka melihat Umno masih memperjuangkannya.

Sebenarnya sokongan orang Melayu kepada Umno bukanlah sokongan yang membabi buta. Mereka menyokong Umno kerana naluri , isi hati, aspirasi dan cita-cita mereka seiring dengan perjuangan alif ba ta yang mana secara kebetulan selari dengan apa yang dibawa oleh Umno.

Itulah tabiat  orang Melayu yang masih punya jati diri sebagai bangsa Melayu.

Jika Umno tidak disokong lagi oleh orang Melayu, sudah tentu ada sebab penting yang telah menyumbang kepada penolakan orang Melayu terhadap Umno.

Ada 4 kemungkinan yang menyebabkan Umno tidak disokong;

1. Jatidiri orang Melayu sendiri yang sudah berubah;

2. Perjuangan Umno yang sudah tidak selari dengan jatidiri orang Melayu; atau

3. Para pemimpin Umno sendiri sudah tidak punya isi hati, aspirasi dan cita-cita yang seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh Umno.

4. Ada virus yang dicipta oleh bekas pemimpin UMNO sendiri yang sudah tdak relevan agar orang Melayu berpaling tadah

Mustahil mereka meninggalkan Umno disebabkan mereka tidak lagi mempunyai naluri perjuangan yang berteraskan alif ba ta.

Apa yang pasti, naluri itu adalah sesuatu yang semula jadi. Tidak mungkin naluri Melayu sudah menjadi tidak Melayu lagi.

Kita lihat nanti bagaimana sokongan orang melayu terhadap perjuangan yang dibawa oleh Perkasa. Jika apa yang diperjuangkan oleh Perkasa diterima dan disokong oleh seluruh orang Melayu, itu bermakna orang Melayu masih kekal dengan identiti Melayunya.

Jika tidak, itu bermakna keseluruhan organisasi melayu termasuk Umno harus memikirkan bagaimana untuk meletakkan kembali pemikiran Melayu supaya berada kembali di landasan yang seharusnya.

Virus, rasuk, amuk dan gejala yang mempengaruhi pemikiran Melayu harus dibendung dengan kaedah yang lebih ke hadapan dari seluruh pemikiran yang ada. Mungkin kedaulatan Melayu akan kembali berada di tempat asalnya.

Apa yang pasti orang Melayu perlu berhati-hati  terhadap virus yang dicipta oleh Cina DAP yang sememangnya mahu orang Melayu berpecah supaya mereka dapat menguasai negara.