Kanak-kanak ponteng Sekolah demi Nak mencuri
Itu antara punca lebih 20 rumah dipecah masuk, dalam tempoh enam bulan di Putrajaya.
Lebih memeranjatkan, si pelakunya ialah dua kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun.
Diorang suka letak kunci luar rumah dalam kasut, budak-budak dah tahu. Pergi tiap rumah ada kunci, ambil barang yang simple."
Kejadian berlaku di Perumahan Penjawat Awam Parcel 4, Presint 8.
Perbuatan kanak-kanak itu dikesan selepas sebuah rumah dipecah masuk, Khamis lalu.
Hasil siasatan, mereka mengaku sering ponteng sekolah dan memecah masuk rumah dan mencuri komputer riba, telefon bimbit dan basikal.
Mereka turut mengaku pernah mencuri wang RM350 dan menggunakannya membeli kasut serta mainan.
Kerana bawah umur, polis ambil tindakan hubungi ibu bapa kanak-kanak terbabit dan pihak sekolah selain merujuk kes kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Posted in |
Monday, October 31, 2011|By
Sungai Rapat
ViewPost

























































