Nga Kor Ming tidak pernah ikhlas memohon maaf kepada Menteri Besar Perak Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Pernyataan mohonnya maafnya juga agak keliru kerana katanya beliau lebih takutkan kehilangan undi daripada kaum India.
Jika di teliti daripada ayat yang di tulis dalam blognya Nga Kor Ming tidak ada hati pun nak minta maaf kepada MB Perak malah beliau lebih mengutuk dan menghina dengan melancarkan kempen '1 Black Perak'.
Kalau dah jenis Cina DAP rasis mana reti nak minta maaf, semuanya penipu
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membuka tirai persidangan di Dewan Tun Dr Ismail, dengan ucapan bertemakan Wanita Kukuh, UMNO Teguh.
Menyifatkan dirinya pemimpin era krisis, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjawab pelbagai serangan peribadi sambil membakar semangat perwakilan supaya tidak gentar dengan tohmahan pembangkang.
"Mentang-mentang saya selaku pemimpin krisis jangan fikir saya lemah ! Walau senyum saya meleret saya hadapi. Saya ketua wanita zaman susah dan mencabar saya tak bawa kepimpinan badan macam pembangkang ? Saya nak bagitau, oleh kerana PKR takut kepada Wanita UMNO sebab itu nak cari pasal. Cari punya cari tak jumpa, senyum saya pun tak larat dah nak senyum lepas ni saya nak singsing lengan".
Tunggu kau wahai Mak Lampir, rafizi dan Saifuddin kita akan korek salahlaku kau orang hingga ke lubang cacing
Pergerakan Wanita UMNO tetap utuh dan tidak goyah untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun pembangkang cuba mengaitkan isu Pusat Fidlot Negara (NFC) dengan ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Shahrizat semasa menegaskan perkara itu berkata, 1.3 juta anggota pergerakan itu sentiasa taat setia dan terus memberi sokongan padu kepada pimpinan partisama ada dalam keadaan senang atau susah dan tidak akan sekali-kali curang dengan perjuangan parti."Kita tidak mudah terperangkap dalam polemik salah menyalahkan atau saling melemparkan tanggungjawab.
"Justeru, kitalah (Wanita UMNO) yang selalu sanggup berkorban jiwa dan raga, harta mahupun tenaga," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar selaku Ketua Wanita Umno pada persidangan perwakilan pergerakan itu di sini hari ini, sambil disambut tepukan gemuruh 944 perwakilan dari 191 bahagian.
Turut hadir Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim serta Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.
Shahrizat berkata, berbekalkan semangat terbabit Wanita berjaya mengharungi krisis kepimpinan UMNO pada 1987 dan 1998 serta tsunami politik 2008.
"Begitulah peranan Wanita. Jangan silap, dalam sifatnya yang lembut dan berhemah, dalam langkahnya yang gemalai dan santun, dalam lenggoknya yang mesra dan halus, namun wanita adalah sentiasa gagah menongkah cabaran dan tetap lasak mengharungi halangan.
"Saya mewakili Wanita sebagai pemimpin di kala parti menghadapi pelbagai cabaran. Kita Wanita UMNO, sentiasa teguh dengan prinsip, amat sinonim dengan tugas, tekad dan amanah. Kita bersikap tegas apabila perlu, tahu bila kita berlembut, tiada siapa yang boleh mempersoalkan dan mempertikaikannya. Inilah
hakikat yang patut semua terima,” katanya.
Katanya, sifat naluri wanita yang hadir ke persidangan hari ini bukan sekadar Wanita UMNO, malah sebagai ibu dan isteri dan mereka sentiasa bersama-sama mengharungi apa jua kesulitan yang dihadapi oleh parti.
Beliau mengingatkan Wanita UMNO supaya tidak menyimpan perasan hasad dengki, iri hati dan cemburu sesama sendiri kerana ia boleh menghancurkan diri dan
melumpuhkan parti.
Beliau juga yakin UMNO akan meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang selagi anggota Wanita terus berkhidmat dengan penuh komited dan ikhlas.
Dalam masa yang sama, katanya beliau bersedia menghadapi apa juga cabaran yang mendatang apabila diberikan mandat untuk mengemudi pergerakan itu.
"Selama 30 tahun saya berada dalam Umno tetapi percayalah semangat saya masih muda," dan Wanita akan terus menjadi benteng dan tulang belakang pada parti.
"Mentang-mentang saya selaku ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walaupun senyuman saya meleret, saya menghadapi pelbagai dugaan dan
cabaran. Saya bukan ketua Wanita hanya pada zaman senang tetapi saya ketua pada zaman susah.
"Saya hendak beri peringatan kepada semua "don't take Wanita UMNO for granted' (jangan pandang rendah Wanita UMNO), mentang-mentang kita berjuang berhemah, kita wanita Melayu, wanita Bumiputera, wanita Islam, kita tidak bawa kepimpinan biadap," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan parti pembangkang agar tidak mencabar pergerakan itu dengan menimbulkan pelbagai fitnah kerana Wanita bersedia
bertindak.

Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuat kesilapan besar apabila bersikap mengalah walaupun parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.
Sikap mengaku kalah dan tidak yakin pada pencapaian adalah faktor yang menjadikan parti itu terus menjadi lemah. Sedangkan PKR parti sampah yang bermodalkan air liur pun mampu boleh menandingi UMNO. Mereka lebih yakin dan mampu menyakinkan rakyat walaupun dengan air liur sahaja.
Kesilapannya kerana pemimpin kita mengaku kalah padahal UMNO menang dalam PRU12. Tindak-tanduk mereka selepas PRU12 itu sebenarnya kurang cerdik. Ada yang lebih menyedihkan ada segelintir pemimpin tertinggi juga mengaku kalah.
Tindakan mengalah secara tidak bertempat itu secara tidak langsung telah menunjukkan kelemahan semangat parti.
Sedangkan di Sweden pun kerajaannya menang kurang daripada separuh kerusi tetapi mereka masih memerintah dengan penuh yakin.
Jika sekali lagi pemimpin UMNO buat tindakan yang sama, keadaan dan kesannya akan lebih buruk akan berlaku.
Pemimpin UMNO perlu memiliki sikap berani kerana pada masa sekarang mereka berdepan dengan parti lawan yang tidak lagi mengamalkan politik beretika.
Sebagai penyelesaian pemimpin perlu melihat dan mengkaji semula penerimaan rakyat terhadap UMNO dan BN suatu ketika dahulu,jangan mengaku kalah dalam menang.
Pemimpin UMNO pada hari ini takut untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu dan takut untuk bertindak agresif kononnya nak menjaga hati mereka.
Tindakan mereka tidak ubah seperti membeli insurans, seolah-olah kalau UMNO kalah dia masih boleh beralih arah kepada pembangkang kerana tidak begitu taksub memperjuang UMNO
Ada satu kes PRK Galas iaitu semasa YB Dato Hamidah mengendalikan gelombang Merah,ada pemimpin wanita cuba menyindir, "kenapa perlu gelombang merah, buang masa sahaja, PRK galas bukan boleh menang pun".
Tetapi atas dasar kekuatan gelombang merah dapat mempengaruhi hampir 50% pengundi Gua Musang dan akhirnya UMNO berjaya memenangi PRK DUN Galas.
Itu merupakan contoh pemimpin yang tidak yakin kepada parti sendiri dan tewas sebelum berjuang.
Ayuh UMNO yakinlah UMNO masih diterima rakyat.
Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.
Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.
"Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya," katanya.
Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.
Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.
Pincang Wanita UMNO maka pincanglah perjalanan parti keramat Melayu UMNO. Wanita akan membuat bancian sikap secara terperinci, dengan jalinan Rakyatnya dan semangat Gelombang Merah bersama Skuad Sayang. Pendek kata wanitalah nadi penggerak utama parti UMNO selain gabungan Pemuda dan Puteri UMNO.
Ayohlah wahai wanita UMNO rapatkan saf, berdirilah teguh dibelakang pemimpin Wanita iaitu Dato' Seri Shahrizat Abdul jalil yang sedang diserang hebat dari pembangkang lebih-lebih lagi wanita PKR.
Medan perang sudah terpampang, contohi Tariq bin Ziad panglima Perang yang memberi semangat kepada bala tenteranya, Dihadapan adalah lautan dan dibelakang adalah musuh apa lagi ayuhlah rapatkan saf dan berdiri teguh dibelakang kapten parti.................JOM Serang Pembangkang haprak
Dap hanya akan membina sebuah negara Republik tanpa Raja-Raja melayu. Mereka Menganggap Raja-raja Melayu hanya sebagai hiasan sahaja lebih baik seorang Presiden sahaja. DAP hanya mahukan orang Melayu terus dipinggirkan sejauh yang mungkin.
Mereka juga menjanjikan berbagai jawatan sehingga Exco dan ada yang terpedaya. Orang Melayu yang bersengkongkol hanyalah sebagai sikitol yang menjadi pengkhianat Melayu. DAP mempunyai agenda yang tertinggi.
PKR pula adalah hanya pecacai yang menjadi tunggul kayu DAP. PKR juga akan terus menjadi pengkhianat bagi orang Melayu.
PAS pula sebagai parti yang diibaratkan sebagai balaci DAP. PAS mengatakan UMNO adalah sebuah parti Toghut tetapi DAP lain pula halnya mereka sanggup bersekongkol dengan pemimpin kafir DAP
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira empat jam oleh enam anggota parlimen.
Rang undang-undang itu adalah yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan Aman secara lebih berhemah supaya tidak mengganggu hak asasi orang lain.
Walaupun monyet-monyet belaan Anwar memboikot sidang Parlimen ini lebih memudahkan agenda rakyat dapat disegerakan.
Pembangkang telah menghasut agar rakyat berdemo demi merealisasikan hasrat mereka untukke Putrajaya tetapi rakyat bukannya bodoh contoh sudah ada seperti di Iraq, apa yang tinggal? hanyalah bangunan buruk yang bersedia untuk tumbang dan rakyatnya merempat di negeri yang suatu ketika dahulu yang kaya dengan minyak kinisudah jadi papa kedana.
Inilah muka-muka Peguam-peguam yang dijanakan oleh Anwar Ibrahim jga akan membantu Anwar Ibrahim merampas Putrajaya daripada BN/UMNO.
Beranikah Pemuda-pemuda UMNO,Ahli-ahli UMNO bertembung dengan anasir jahat ini yang berlindung disebalik Majlis Peguam.
Mereka kini cukupberani kurang ajar berselindung disebalik kononnya di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.
Antara ketua paderi yang paling jahat adalah presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata kononnya peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, beliau telah memaksa semua peguam dibawah naungannya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen jika tidak peguam tersebut akan dikeluarkan daripada majlis peguam.
Perkara ini juga pernah dilakukan oleh pembangkang di negara Iraq ketika kecemerlangan Iraq sehingga memusnahkan negara yang kaya dengan minyak di dunia.
Jika UMNO tidak berdaya melawan parasit Anwar ini,PRU13 adalah PRU yang paling sukar buat UMNO.
Ayuh UMNO jom kita serang semua parasit Anwar yang ada di muka bumi agar Malaysia terus berada ditangan pemimpin Melayu.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan menggunakan pentas Persidangan Wanita UMNO untuk membidas kritikan yang dilemparkan pembangkang terhadap kepemimpinannya serta pergerakan itu berhubung isu salahguna dana Pusat Fidlot Nasional (PFN).
Mesej utama dalam menjelaskan isu berkenaan kata Ketua Wanita UMNO itu, bukan bertujuan mempertahankan dirinya selepas dicabar berundur daripada arena politik, malah tidak sekali untuk kepentingan peribadi beliau.
Sebaliknya, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, imej Wanita UMNO yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara hingga menjadi aset serta tonggak kestabilan parti perlu dipertahankan terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
“Saya tak akan jawab hal berkaitan PFN, jika nak tahu hal itu elok tanya pihak yang berkenaan, tapi pada Perhimpunan Agung UMNO ini, ada satu atau dua persoalan yang akan saya jelaskan khusus untuk pihak ‘di luar sana’ (pembangkang). Saya bersabar selama ini dan sebagai pemimpin kita perlu bersabar dan tenang, malah saya memang jelas dan faham hal berkaitan isu berkenaan.
“Isu ini tidak ada kena mengena dengan saya dan kita tahu pembangkang sengaja memperbesarkan isu ini kerana mereka takut, gementar dan cemburu dengan kekuatan Wanita UMNO yang kukuh, diterima dan disayangi kerana sentiasa turun padang berkhidmat untuk rakyat.
“Sebenarnya pembangkang silap perkiraan kerana tindakan mereka memberi semangat dan azam untuk Wanita UMNO terus berjuang kerana agenda utama kami untuk membina, bukan memusnahkan dan mereka perlu tahu bahawa kami tidak akan benarkan sesiapa menggugat Wanita UMNO sebagai jentera parti yang kuat dan fokus untuk menghadapi pilihan raya nanti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat pergerakan itu di sini, semalam.
Apabila ditanya apa reaksi beliau jika ada perwakilan yang akan membahaskan isu NFC pada perhimpunan parti itu nanti, Shahrizat berkata: “Tak jadi masalah pada saya.”
Mengenai pembahas Wanita UMNO, beliau berpendapat, corak perbahasan yang berhemah, fokus, tidak melatah atau tersasul sentiasa sinonim dengan pergerakan itu selama ini.
“Pembahas Wanita UMNO tidak akan gunakan pentas perbahasan untuk agenda peribadi tetapi untuk parti dan negara, oleh itu mereka akan sentiasa profesional, objektif serta memberi cadangan bernas,” katanya.
Beliau yang mengumpamakan Wanita UMNO sebagai ibu dalam sebuah keluarga, berkata aset utama UMNO dan Barisan Nasional (BN) ini yang bertunjangkan keikhlasan adalah faktor utama membentuk kestabilan sayap itu selama ini.
“Dalam parti macam-macam berlaku, badai melanda tetapi Wanita UMNO yang tetap memberi kestabilan kepada parti,” katanya yang memberi jaminan ahli dan pemimpin pergerakan itu akan terus membawa mesej Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ke peringkat akar umbi.
SEMPENA Perhimpunan Agung UMNO 2011, Sekreteriat Kebajikan Pergerakan Wanita UMNO mengadakan Karnival Kesihatan secara percuma kepada orang ramai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Karnival berlangsung mulai hari ini sehingga 3 Disember depan dan pelbagai aktiviti dijalankan antara pemeriksaan kesihatan, tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
MULAI esok sehingga Sabtu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekali lagi menjadi tumpuan, bukan saja di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu, tetapi hampir seluruh rakyat di negara ini.
Walau apa pun pandangan serong, terutama di kalangan parti pembangkang terhadap UMNO, hakikat yang perlu diakui semua pihak ialah UMNO masih lagi parti politik terbesar di negara ini sama ada dari segi keahlian, organisasi atau perwakilan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Peranannya sebagai tonggak Barisan Nasional (BN), sekali gus pemerintahan negara sejak merdeka, masih lagi dominan dan relevan.Walaupun Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 menyaksikan kemenangan besar pembangkang sehingga menguasai empat negeri, peratusan kehilangan kerusi dan undi UMNO di tangan pembangkang tidak seteruk rakan komponennya dalam BN.
Begitupun, ekoran keputusan PRU-12 itu, UMNO bukan saja menyaksikan pertukaran pucuk pimpinan, malah menjalani transformasi terbesar dalam sejarah penubuhannya, sebaik saja Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki kerusi presiden.
Sememangnya Perhimpunan Agung UMNO sentiasa menarik perhatian kawan dan lawan, malah negara asing kerana sebarang keputusan atau perkembangan yang berlaku di PWTC sepanjang perhimpunan tahunan itu, memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan.
Namun perhatian terhadap Perhimpunan Agung UMNO 2011 pastinya lebih daripada kebiasaan kerana banyak pihak melihat ia adalah yang terakhir sebelum PRU-13.
Setiap kali Perhimpunan Agung UMNO menjelang pilihan raya umum akan menjadi medan persiapan parti, terutama dari segi suntikan semangat kepada perwakilan selaku pemimpin akar umbi yang mempunyai peranan penting dalam menentukan kemenangan.
Dalam kata lain, perhimpunan agung sebelum pilihan raya umum menjadi pentas presiden membunyikan semboyan perang di kalangan ahli parti untuk menghadapi pilihan raya.
Di kalangan kebanyakan perwakilan pula, perhimpunan agung kali inilah menjadi tempat mereka menonjolkan diri dengan harapan mencuri perhatian pucuk pimpinan untuk dipilih sebagai calon pilihan raya nanti.
Kenyataan Najib sebelum ini bahawa parti hanya akan memilih calon yang mampu membawa kemenangan, menjadikan perhimpunan selama lima hari ini lebih kritikal kepada mereka.
Walaupun tidak salah untuk ‘mempromosi’ diri untuk menjadi calon, langkah itu tidak seharusnya memudarkan matlamat utama perhimpunan agung kali ini, iaitu untuk membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO, kepemimpinan dan ahlinya memang sudah menjalani transformasi.
Perubahan dan kelainan kesan transformasi itu boleh dilihat daripada atur cara perhimpunan kali ini, yang dimulakan dengan forum yang menonjolkan nilai keintelektualan seperti Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan IMalaysia kelmarin serta Forum Antarabangsa bertemakan ‘Transformasi Politik Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global’ selama dua hari mulai hari ini.
Secara kebetulan acara sampingan perhimpunan agung kali ini bermula hampir serentak dengan ketibaan tahun baru Hijrah. Pada peringkat kepemimpinan tertinggi, memang nampak proses penghijrahan UMNO menerusi pelbagai pembaharuan yang dilakukan.
Bagaimanapun, sama ada ahli dan pemimpin akar umbi benar-benar bersedia menyertai penghijrahan itu, hanya akan terjawab selepas perhimpunan agung kali ini sehingga pilihan raya umum nanti.
Semua pihak akur bahawa punca pembangkang menang besar pada PRU Ke-12 bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana Barisan Nasional termasuk UMNO lemah kerana kebanyakan pemimpin termasuk pada peringkat akar umbi lebih mengutamakan kepentingan diri daripada kemenangan parti.
Jika semua pemimpin UMNO mengutamakan parti, tentu tidak timbul perbuatan ‘peteh keting’, menyokong calon parti lawan atau tidak bekerja keras ketika pilihan raya apabila mereka atau ketua mereka tidak menjadi calon atau dicalonkan semula.
Najib, yang lebih separuh daripada usianya bersama UMNO cukup menyedari hakikat ini. Oleh itu, beliau sentiasa mengingatkan ahli parti mengutamakan parti melebihi kepentingan diri. Malah dalam wawancara khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang disiarkan semalam, Najib mahu ahli parti memperlihatkan iltizam untuk melakukan pengorbanan dan tidak membiarkan perasaan atau perhitungan peribadi mengatasi kepentingan parti.
“Orang yang menganggotai parti itu ramai, tapi orang yang berparti, yang tahu mengenai semangat parti, tahu mengenai matlamat dan kepentingan parti, itu yang mesti kita tanam di kalangan 3.4 juta ahli UMNO.
“Kita tidak suruh orang melakukan seperti mereka kena buat pengorbanan dari segi harta mereka untuk parti atau pun kita suruh mereka mengambil risiko atas diri mereka dan sebagainya.
“Cuma kita minta dalam perhitungan mereka, jangan membiarkan soal peribadi atau pun tuntutan mana-mana kelompok mereka itu mengatasi kepentingan parti,” kata Presiden UMNO.
Inilah yang dikatakan sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen hari ini
Kalau dilihat pada muka saya menjangkakan ini orang upahan Ambiga dan Anwar Ibrahim yang cuba memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. Mereka ini adalah terdiri daripada penghuni-penghuni Estet yang diupah beberapa Ringgit untuk berhimpun di hadapa Bangunan Parlimen.
Kerajaan negeri Kedah perlu memberi penjelasan terperinci kepada rakyat berhubung hasrat merobohkan Madrasah Salihiah di Kanchut, Alor Setar dan menyatakan lokasi ganti madrasah itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata langkah merobohkan madrasah itu membabitkan isu agama dan perlu diselesaikan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri perlu jelaskan tentang wakaf 'istibdal' iaitu wakaf ganti balik terhadap wakaf yang telah dibuat. Apa yang kita lakukan (Kerajaan Barisan Nasional) di Pulau Pinang, ada wakaf istibdal iaitu kita ganti balik dalam bentuk bangunan.
"Sebab itulah ada sekolah agama di Balik Pulau dibangunkan balik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana di Masjid Sultan Abdul Halim Muazzam Shah di Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.
Beliau mengulas isu perobohan Madrasah Salihiah bagi membolehkan projek pembinaan Plaza Tunku Yaacob dijalankan.
Jamil Khir berkata, walaupun pemaju yang membina bangunan bagi tujuan komersial akan menyediakan surau, ia berbeza dengan madrasah yang telah diwakafkan.
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu perkara itu dijadikan isu politik, sebaliknya ia adalah isu agama yang wajar ditangani segera oleh kerajaan negeri.
“Tunjuklah Kalau Betul Ada Bukti” – Khairul Fahmi Respon Isu Skandal Shida Harmi.
Semalam skuad Harimau Muda Kalah hanya kerana kegagalan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apex terlalu runsing memikirkan banyak sangat gosip liar yang berada di sekelilingnya.
Gosip bermulasSelepas nama Dahlia Teck menjadi sebutan ramai, hari ini, peminat bola tempatan sekali lagi digegarkan dengan cerita panas mengenai penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berkenaan skandal seorang wanita yang dikenali sebagai Shida Harmi.
Identiti wanita ini yang merupakan watak baru dalam kehidupan peribadi Khairul Fahmi atau nama samaran Apek ini diertikan sebagai salah satu cubaan pihak di luar sana yang ingin menjatuhkan reputasi serta fokusnya di atas padang kelak.
“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Khairul Fahmi memulakan wawancara.
“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh.
Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas. Berkenaan nama-nama yang disebut dalam Blackberry Messenger (BBM), jujurnya saya tak kenal akan nama Nadzim. Bagaimanapun, Erin adalah nama kakak kepada Elia, bekas tunang saya dulu,” ujar pemain pasukan Harimau Muda ini yang berjaya mengalahkan Indonesia di Sukan SEA
Khairul Fahmi juga mencabar pihak yang menyebarkan kandungan mesej berbaur ugutan (screenshot di atas) ini agar tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh.
“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.
Pemain muda ini turut kesal dengan sikap sesetengah orang yang cuba menjatuhkan nama serta reputasinya yang kini sedang memuncak.
“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya. Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada bolasepak"