Wednesday, January 11, 2012

Doktor didakwa cabul kehormatan wanita mengandung





Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini kerana mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang mengandung pada November tahun lalu.

Dr Mohd Suhaidin Che Ngah, 37, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang pegawai pentadbir berumur 28 tahun yang sedang mengandung 16 minggu di Hospital Sungai Buloh dekat sini pada jam 2.15 petang, 22 November tahun lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana jika sabit kesalahan.
Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki mengenakan ikat jamin RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hidayah Raihan Md Nasir mengendalikan pendakwaan sementara tertuduh tidak diwakili.

Abang tertuduh membayar ikat jamin.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.