Sunday, January 1, 2012

Penerbangan dari Ipoh ke Medan kembali beroperasi

Sempena Tahun Melawat Perak 2012 yang sudah pun bermula pengumuman syarikat penerbangan Firefly Sdn Bhd. mengadakan semula penerbangan berjadual dari Ipoh ke Medan dijangka mampu merancakkan lagi pembangunan serta menarik kedatangan pelancongan di negeri Perak

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Dato Hamidah Osman berkata, langkah tersebut juga dilihat mampu membantu kerajaan negeri yang sedang mempromosikan Perak melalui program Tahun Melawat Perak 2012 yang sudah pun bermula.

“Ini merupakan satu langkah yang amat dialu-alukan dan diharap mampu menjadi pemangkin kepada Tahun Melawat Perak 2012".


 



“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih terhadap inisiatif yang dibuat oleh syarikat penerbangan tersebut dan sedia menghulurkan sebarang bantuan terhadap mereka,” katanya selepas Majlis Perasmian Pengaktifan Semula Perkhidmatan Penerbangan Berjadual Firefly Ipoh-Medan.

Terdahulu, Hamidah turut menyambut ketibaan rombongan beberapa pelawat yang menaiki penerbangan sulung pesawat Firefly dari Medan ke Ipoh.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.