3

Bukti Tuduhan Radhi Zainon dan YDP PAS Batu Gajah terhadap Dato Hamidah adalah fitnah terancang

By Sungai Rapat on Thursday, April 26, 2012 with 1 comment





Apabila kejadian ini berlaku Radhi Zainon(gambar disebelah) calon Pas Sungai Rapat dan YDP Pas Batu Gajah En Ismail melalui blog dajal mereka telah memburuk-burukkan nama YB Dato Hamidah kononnya majlis keagamaan di atas dibuat oleh YB Dato Hamidah. Apa kejadahnya YB Dato Hamidah nak buat benda-benda yang haram itu, tapi kalau PAS mungkin boleh buat kot.


Orang yang pertama menyebarkan fitnah babi ini adalah cikgu Ali ketua cawangan PAS Kampung Sungai Rokam. Kalau tengok muka macam tak percaya takkan orang tua terkutuk ini tergamak buat fitnah haram itu. Tetapi jika anda berada di dalam parti Pas semuanya boleh, halal kerana ingin mendapat tiket ke syurga, siapa sangka cikgu Ali yang berusia lebih 66 tahun masih berperangai kebudak-budakan.

Kejadian sebenarnya adalah melalui kenyataan seperti berikut:

Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan menyerang satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Taman Desa Pakatan.

Seorang ahlinya, Loh Kok Beng, 48, berkata, majlis itu adalah sebahagian aktiviti tahunan PPMPP dan mereka telah dikepung oleh kira-kira 50 orang yang memakai baju Bersih serta parti politik Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan) dan Pas pada sekitar jam 10.30 malam.

"Penyokong parti pembangkang berkelakuan ala kumpulan samseng dan ketua mereka (Lim Boon Chye) bertanya siapa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis ini lalu saya menjawab ‘sayalah pengerusi majlis itu’.

"Dengan nada keras, Boon Chye mengarahkan supaya suara speaker ditutup tetapi saya menjawab orang yang mengendalikan pembesar muzik telah keluar dan berkemungkinan dalam perjalanan balik.

"Saya meminta mereka tidak mengganggu majlis PPMPP kami tetapi Boon Chye dengan tidak sopannya, terus memarahi saya,” katanya.

Pada 23 April lalu, kira-kira 500 ahli PPMPP termasuk keluarga serta penduduk sekitarnya berkumpul di Padang Desa Pakatan di sini pada pukul 9 malam sambil dihiburkan dengan iringan persembahan nyanyian, tarian singa, naga dan bunga api.

Walaupun begitu, kurang daripada jarak 100 meter dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil, terdapat sebuah lagi majlis ceramah pelancaran kempen Bersih 3.0 dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Difahamkan, pihak pembangkang telah meninggikan bunyi pembesar suara mereka biarpun majlis yang dianjurkan oleh PPMPP telah bermula terlebih dahulu.

Disebabkan tindakan pembangkang tersebut, deejay yang mengendalikan majlis PPMPP turut membalas dengan meninggikan pembesar suara mereka sebelum diserang secara tiba-tiba.

Mengulas lanjut, Boon Chye katanya, terus mengarahkan pengikutnya untuk memberhentikan muzik selain bertindak membuka kanopi biarpun tanpa kebenaran kerana tidak puas hati.

Begitulah sikap mereka yang kononnya Bersih duduk dan bantah sahaja tetapi bukan sahaja duduk mereka menyerang seperti samseng. Begitulah yang akan berlaku di Dataran Merdeka nanti.

Category: sungai rapat

POST COMMENT

1 comments:

Anonymous said...
April 26, 2012 at 7:48 PM

Dengar cerita, pengerusi persatuan cina yg buat Majlis Sembahyang ini dah buat laporan polis.... Berani kerana benar...Bagus la kalau macam tu.... Habis la pengundi cina di Gopeng marah kan Lee Boon Chai.... Dengar cerita YB Lee Boon Chye nie free thinker.... Maknanya tak ada Agama. Mcm mana kita nak bagi undi pada pemimpin yg tak ada Agama

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.