3

Laporan Polis dibuat terhadap Nizar mengikut AKTA hasutan - ATM

By Sungai Rapat on Thursday, April 26, 2012 with 4 comments


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Khamis menyifatkan tuduhan tidak berasas seorang anggota pembangkang yang pernah menjadi MB boneka DAP Nizar Jamaluddin dengan mengaitkan ATM dan Perdana Menteri dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini berbaur hasutan.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dalam satu sidang media di sini, berkata seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa perdana menteri mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Zulkefli berkata kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

"Saya telah mengarahkan supaya satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini" terang beliau lagi.

"Dewasa ini wujud banyak pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha untuk meracuni pemikiran rakyat bertujuan bagi menghakis keyakinan masyarakat terhadap ATM dan kerajaan memerintah pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka," katanya.

Category: politik

POST COMMENT

4 comments:

Anonymous said...
April 26, 2012 at 8:42 PM

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA Freemalaysiakini2

mohon di linkkan...

Anonymous said...
April 26, 2012 at 8:55 PM

Ini bukan pembangkang yang sihat. Ini musuh negara. Hapuskan musuh negara!

Ayohsu said...
April 26, 2012 at 9:20 PM

Malaysiakini setan racist.

Anonymous said...
April 27, 2012 at 12:03 PM

itulah yang dinamakan keturunan cina komunis,hapuskan celaka nizar ni dengan jangan mengundi parti pembangkang terutama NIZAR BABI......

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda