By Sungai Rapat
on
Saturday, May 12, 2012
with
1 comment
Barisan Nasional (BN) mengenal pasti lebih 1,000 nama calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO dalam masa terdekat untuk dikemaskini dan disenarai pendek.
"Yang penting, calon yang dipilih adalah mereka yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional sempena ulang tahun ke-66 Umno di sini hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata senarai nama itu diperoleh daripada badan perhubungan negeri membabitkan 191 bahagian UMNO dan 222 Parlimen. Beliau berkata, pihaknya akan meneliti laporan senarai nama yang dikaji oleh "sumber parti" dan agensi dilantik untuk senarai akhir. "Bukan semestinya senarai yang diserahkan bahagian atau negeri akan menjadi calon kelak. Kita juga ada tengok sumber lain. Untuk makluman, bahagian ada bagi tiga nama, ada yang bagi kurang, ada yang langsung tidak bagi dan serah kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan nama," katanya.
Ketika ditanya mengenai identiti calon yang dikenal pasti itu, Tengku Adnan berkata gabungan muka baru dan lama menjadi pilihan khasnya pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dan boleh memimpin rakyat dan memajukan negara.
Beliau turut ditanya mengenai desas-desus kononnya Najib menemui Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.
Category:
umno
POST COMMENT
1 comments:
Kami meminati blog tuan. Kami juga telah link kan blog tuan dalam blogroll kami. Harap tuan dapat link kan blog kami http://shahalamrebels.blogspot.com/
Post a Comment