Saturday, May 5, 2012

Polis mengedar 42 lagi muka-muka penjenayah Yang dikehendaki





Polis mengedarkan 42 keping lagi gambar individu bagi membantu siasatan insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Gambar tersebut merupakan siri kedua yang disiarkan selepas hasil daripada penelitian gambar yang dirakam oleh media dan Polis Diraja Malaysia semasa perhimpunan itu berlangsung.

Polis juga siarkan rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengasari orang awam serta wartawan yang membuat liputan.

Justeru, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil memberi kerjasama dengan mengemukakan bukti yang ada bagi membantu siasatan

Lelaki berumur 39 tahun itu telah datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang tadi.

Selain itu, seorang lagi mahasiswa berumur 22 tahun telah memaklumkan kepada pihak polis akan menyerah diri esok pagi bersama peguamnya

Sementara itu, Polis berharap lebih ramai individu tampil bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

...
...
...
Publish & punish...pengkhianat negara!

Basic rules...ARAHAN Mahkamah tidak di huraikan.
Menyusahkan orang ramai, membusukan Nama negara !

Rakyat yang tidak bersyukur erti kesenangan!


...
...
...

Anak Lenggong said...

Cari jangan tak cari..biar khinzir2 ni tau menghargai menghormati orang lain dan mengetahui yang negara ini didokong oleh perlembagaan dan undang2...bukan mereka boleh gunakan undang2 mak bapak mereka punya..

Anonymous said...

Kami tetap x puas hati...mana gambar kami? x masuk2 lagi...kamipun pergi jugak...ingat kami takut??????....Jahanam UMNO Barisan Nasional dan pecacai-pecacainya!!!!!

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.