By Sungai Rapat
on
Sunday, June 24, 2012
with
2 comments
Anwar Ibrahim menggigil apabila ditanya tentang dakwaan Ummi Hafilda mengenai wanita yang dicarinya untuk mendapatkan semula duit yang diberikan kepada wanita misteri tersebut.
Apabila wakil dari Utusan Malaysia bertanya berkenaan itu muka Anwar terus bertukar pucat dan terus memarahi wartawan tersebut dengan pelbagai perkataan yang keji.
Isu sebenarnya adalah mengenai dakwaan Ummi Hafilda Ali mengenai seorang wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan bahawa Ketua Pembangkang itu memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion.
Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh wartawan Utusan Malaysia, Anwar seperti biasa berdolak-dalik dengan bertanya: "You (anda) dari mana? Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya? buang masa !Tiada standard".
Kumpulan pemberita yang masih menanti jawapan daripada Anwar bagaimanapun hampa apabila Penasihat kewangan negeri Selangor yang bergaji RM1 itu dengan nada sedikit berang terus memperlekehkan persoalan yang diajukan.
"You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas UMNO macam TV3. Dia orang tak apalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Chin Woo di sini hari ini.
Sementara itu Ummi Hafilda sanggup berdebat dengan Anwar Ibrahim jika Anwar berani berdepan dengannya.
Category:
Anwar
POST COMMENT
2 comments:
Mana DSAI berani nak jawab.....
gila...kalau dia jawap mampus la dia...wan azizah gak yg kesian.....
Post a Comment