Thursday, June 21, 2012

Majlis Bacaan Yaasin,Doa Selamat dan solat hajat untuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat


Majlis bacaan yaasin,doa selamat dan solat hajat untuk memohon ke Hadrat Illahi supaya pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman berjalan lancar.

Semua umat Islam dijemput hadir untuk bersama-sama dalam majlis ini. Dan marilah kita sama-sama berdoa agar pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini berjalan lancar.

Untuk pengetahuan pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman mendapat bantahan keras daripada pemimpin PAS dan PKR Gopeng. Mereka ini berusaha sedaya upaya untuk menghentikan pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman dengan alasan pembinaan itu tiada kelulusan dan restui daripada penduduk cina di Taman tersebut.

Harakah daily melaporkan hari ini bahawa PAS tetap akan membantu PKR untuk membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat kerana atas dasar prinsip Islam pembinaan itu perlu mendapat keizinan daripada 15% penduduk kaum cina.

Penduduk di Taman Pegoh dan Taman Desa Aman majoritinya adalah umat Islam yang terlalu berkehendakan sekolah itu kerana kini para pelajar menumpang di dewan orang ramai Taman Pegoh Aman.

1 comments:

Antimunafik said...

Bagi PAS nampaknya 15% mengatasi 85% suara rakyat.
Patutla mereka berani claim yg Bershit tu adalah suara rakyat walhal yg terlibat dlm himpunan bangang tu cuma 1-2% dari keseluruhan rakyat Malaysia.
Hmmmm... demokrasi acuan PAS PIS PUS.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.