3

PAS Gopeng Mengedarkan Risalah fitnah untuk membantu Lee Bon Chye merobohkan SAR di Desa Aman

By Sungai Rapat on Sunday, June 10, 2012 with 0 comments




Pas Gopeng yang juga boneka kepada Lee Boon Chye Ahli Parlimen PKR telah bersusah payah untuk mengedarkan risalah penipu di atas kononnya mereka menyokong Lee Boon Chye untuk merobohkan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman.

Dalam risalah yang diedarkan bahawa Umno tidak pernah berbincang dengan penduduk Taman Desa Aman adalah satu pembohongan yang cukup dashyat yang kerap dibuat oleh Pas Gopeng.

Pas Gopeng kononnya hanya mahu YB Dato Hamidah berdialog dengan penduduk cina. Berapa ramai penduduk cina di Taman Desa Aman? Menurut ketua masyarakat di Taman Desa Aman hanya 15 keluarga sahaja yang menduduki rumah di Taman itu sedangkan penduduk Melayu melebihi 320 keluarga. Kenapa sebelum pembinaan SAR,apabila pengerusi Sekolah Agama Rakyat meminta penduduk berdialog dan penduduk diam sahaja? 

Menurut Pas Gopeng Sekolah Agama Rakyat akan digunakan oleh UMNO sebagai bilik gerakan PRU13 merupakan satu lagi fitnah yang cukup terancang yang sengaja diadakan oleh Lee Boon Chye.

Sementara itu risalah yang disebarkan kepada kaum cina lain pula bunyinya. Menurut saksi pecacai Lee Boon Chye telah mengedarkan risalah dari rumah ke rumah penduduk cina agar terus memberi sokongan kepada Lee Boon Chye supaya pembinaan Sekolah Agama Rakyat dapat digagalkan kerana untuk kepentingan politik orang cina juga.

Dalam risalah itu juga Lee Boon Chye menyuruh penduduk cina agar memberi sokongan juga kepada bakal calon Pas DUN Sungai Rapat kerana Radhi sentiasa menyokong kehendak kaum cina walau pun meruntuh Sekolah Agaa rakyat sekalipun.

Risalah ini dalam tulisan cina yang diedarkan pagi tadi disemua premis yang dimiliki oleh kaum cina.

Category: politik , Sekolah Agama Rakyat

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda