Monday, July 30, 2012

Eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 Mati dibunuh, suaminya ditahan






Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat dibunuh iaitu lehernya dijerut sampai mati.

Laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun siasatan masih dijalankan.


Susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek telah direman sebentar tadi.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.