http://picyou.com/storage/production/temp_images/2053248/medium_2.jpg?1369010151
3

Ketiadaan Norizan Bakar Punca Perak dibedal 6-0 oleh Kelantan

By Sungai Rapat on Tuesday, July 10, 2012 with 0 comments







Kekalahan 0 - 6 kepada Kelantan pada Sabtu lalu merupakan catatan terburuk Perak sejak Liga Malaysia dimulakan pada tahun 1988 lalu.

Kekalahan itu dikatakan berpunca daripada keputusan Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa) telah merehatkan Jurulatih utama Perak Norizan Bakar atau dikenali sebagai cikgu Jan.

Entah apa sebab kita pun tak tahu tiba-tiba cikgu Jan direhatkan dan digantikan oleh jurulatih gantian iaitu Yee Fatt.

Akibat kekalahan dalam kedua-dua perlawanan itu menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penyokong dan para pegawai Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa).

Selepas dua kekalahan berturut-turut, Perak berada di tangga keempat liga dengan mengumpul 39 mata.

Walau bagaimanapun, Perak perlu bersaing dengan Selangor dalam perebutan tempat ketiga liga.

Category: Sukan

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda