http://picyou.com/storage/production/temp_images/2053248/medium_2.jpg?1369010151
3

Skrip PAS, saham FGV tak jauh beza isu wang BR1M

By Sungai Rapat on Sunday, July 22, 2012 with 0 comments

Antara rakyat dan parti. Itu dilema menghantui kerajaan PAS Kedah apabila berdepan konflik pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) oleh anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).Apa tidaknya, dalam pada mengakui urus niaga berkenaan menjanjikan potensi keuntungan kepada kerajaan negeri khususnya PKNK, kerajaan PAS Kedah pada masa sama perlu mengambil kira pendirian parti terutama rakan gabungan pakatan pembangkang yang terbukti menolak FGV. Ternyata, pertimbangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak lebih memihak kepada rakan dalam parti yang memayungi Kedah kini, berbanding mengambil kira soal kepentingan negeri serta rakyat melalui urus niaga terbabit. “Memang untung...itu sebab orang beli saham.

Bagaimanapun, saya sudah arahkan PKNK jual balik saham itu sebab nak hormat pendirian parti. Selain itu, kita juga nak elak timbul kekeliruan di kalangan ahli Pakatan Rakyat,” kata Azizan.Difahamkan, selain PKNK Azizan turut mengakui ada menerima permohonan daripada Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB) untuk membeli saham terbabit ditawarkan (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bagaimanapun, hasrat itu turut dihalang dengan alasan untuk mengelak kontroversi.Tindakan itu menimbulkan reaksi berbeza sehingga ramai kurang senang termasuk dalam kalangan penyokong PAS sendiri yang rata-ratanya menganggap keputusan itu seolah-olah bukan ditentukan Azizan, sebaliknya atas desakan rakan dalam gabungan PR.

Azizan sebelum ini terkenal sebagai seorang yang berpendirian kental kerana kecenderungannya yang dilihat sering menjaga ‘periuk’ sendiri, tanpa mengambil kisah apa yang berlaku di dalam ‘belanga’ milik pihak lain. “Tok Jan (Azizan) ni bukan jenis ambil kisah pasal orang lain. Dalam kepala dia ada Kedah saja. Apa nak jadi di Kelantan, Terengganu atau Kuala Lumpur sekali pun, itu bukan masalah dia, sebab dia MB (Menteri Besar) Kedah, bukan MB Kelantan atau MB negeri lain,” kata seorang pemimpin PAS negeri ketika mengulas isu berkenaan.

Melihat kenyataan itu, wajar sekali apabila ada pihak yang mengandaikan keputusan dibuat Azizan itu dipengaruhi pihak lain. Namun, benar atau tidak, itu tidak dapat dipastikan. Apa yang penting, keputusan dibuat itu nyata tidak mencerminkan pendirian dipegang Azizan sepanjang empat tahun memimpin PAS menerajui Kedah sejak 2008 lalu, yang agak terkenal dengan keputusan bersifat 'sendiri' tanpa dipengaruhi agenda nasional. Mungkin bagi Azizan, 500,000 unit saham FGV itu tidak begitu besar nilainya. Namun keuntungan mudah yang bakal diperoleh melalui urus niaga itu tidak wajar dilepaskan, sebaliknya harus dimanfaat kerajaan PAS Kedah sebaik mungkin untuk membantu mengukuhkan kewangan negeri.Namun, Azizan wajar mengambil kira bidang kuasa PKNK yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk menguruskan pembelian saham yang dinilaikan berpotensi untuk menjana keuntungan. Jika 'hak' PKNK ini disekat, ia secara tidak langsung memberi cerminan terhadap tahap profesionalisme PKNK dalam menilai pelaburan, terutama dalam usaha memanfaatkan sebaik mungkin RM5 juta yang diperuntukkan kerajaan negeri untuk tujuan itu setahun.Jika dilihat isu PAS dan 500,000 unit saham FGV ini, skripnya jika dilihat sebenarnya tidak jauh berbeza dengan kes wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pernah diuar-uar sebagai rasuah oleh PAS.

Category: politik

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda