3

Suatu Keajaiban yang berlaku dalam majlis zikir munajat dan Ceramah Ustaz Kazim sebentar tadi

By Sungai Rapat on Thursday, July 5, 2012 with 5 comments



Walaupun berlakunya sabotaj pada majlis zikir munajat dan ceramah Ustaz Kazim, iaitu mereka memotong dan membuang kesemua 13 kain rentang yang direntangkan namun Majlis Zikir Munajat dan ceramah Ustaz Kazim berjalan lancar seperti yang dirancang.


Pada lebihkurang jam 9.20 malam tadi pihak urusetia sudah merasa gelisah kerana sabotaj yang dilakukan oleh pembangkang keatas majlis zikir Munajat  dan Ceramah Ustaz Kazim membuatkan hampir kesemua penduduk Taman Desa Aman dan Taman Pegoh Aman tidak keluar untuk mendengar ceramah.


Lihatlah gambar di atas mana tak kecut perut dibuatnya, gambar ini diambil pada jam 09.20malam.


Kemudian pada jam 9.30 Zikir Munajat dimulakan oleh pelajar-pelajar  Tahfiz dari Sekolah Al-Barakah sendiri.



Setelah selesai Zikir Munajat lihatlah hadirin sudah memenuhi khemah dan bangku kosong tadi. Sehinggakan 800 buah bangku yang telah disediakan tidak cukup untuk menanpung hadirin yang datang.


Masyaallah begitu besarnya kuasaMu Ya Allah dalam masa tak sampai 20 minit enam buah khemah penuh dan padat. ramai lagi yang tidak dapat duduk dalam khemah dan mereka berdiri sepanjang majlis tersebiut berjalan sehingga tamat.


Betullah seperti yang dikatakan oleh Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebentar tadi Allah S.W.T akan bersama-sama dengan orang yang mempertahankan AgamaNya.


Ceramah dan Zikir Munajat ini diadakan diperkarangan Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman yang dihadiri lebih 1000 hadirin dari kawasan sekitar adalah sebagai tanda sokongan umat Islam untuk mempertahankan Sekolah Agama Rakyat daripada diganggu oleh golongan yang bencikan Islam.

Category: sungai rapat

POST COMMENT

5 comments:

BUDAK BENTENG said...
July 5, 2012 at 6:02 AM

Subhanallah

Unknown said...
July 5, 2012 at 8:22 AM

Allah bersama2 mereka yang ingin menegakkan Islam..Allahuakbar!

Anonymous said...
July 5, 2012 at 9:10 AM

Allah akhbar.... sebak hati saya baca artikal ini. kirim salam kat ustaz kazim. salam perjuangan.

Anonymous said...
July 5, 2012 at 12:45 PM

USTAZ KAZIM NI LEBIH HEBAT DARI USTAZ AZHAR IDRUS TUE..SEMOGA USTAZ KAZIM AKAN LEBIH AKTIF BERDAKWAH DAN BERSAMA SAMA MENENTANG PUAK2 DAN PARTI2 YG MEMPERALAKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN PERIBADI MEREKA

Anonymous said...
August 2, 2012 at 2:39 PM

APA YANG ANA DAPATI CERAMAH USTAZ KAZIM JARANG KEDAPATAN UNSUR MEMBESARKAN DIRI DENGAN MENGATAKAN ORANG LAIN BODOH, JAUH SEKALI MENDABIK DADA MENYOAL KEFAHAMAN ORANG RAMAI SEOLAH-OLAH DIA SEORANG YANG MAHA TAHU DAN SEMPURNA. USTAZ INI TIDAK TAKUT MENEGUR PERKARA YANG TIDAK BETUL WALAUPUN DIA TAHU DIA AKAN DITENTANG OLEH MEREKA YANG BERASAL DARI PENDIDIKAN AGAMA TAPI MENGIKUT INSTITUSI YANG MEMESONGKAN AGAMA DEMI UNTUING POLITIK SEMPIT.

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda