Sunday, August 26, 2012

10,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri YB Dato Hamidah Osman





Kira-kira 10,000 tetamu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Exco kanan kerajaan negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat YB Dato Hamidah Binti Osman di Kampung Tersusun, Jalan Gopeng dekat Batu Gajah sebentar tadi.


Turut memeriahkan majlis itu ialah peaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan, YB Jamaluddin Adun Behrang, Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin dan beberapa ketua wanita UMNO Bahagian.

Ribuan pengunjung termasuk pelancong asing dari negara Jepun sanggup beratur panjang  untuk bersalaman dengan YB Dato Hamidah Osman selain mengambil kesempatan untuk bergambar. 

Pelbagai juadah tradisional yang biasanya disajikan semasa Aidilfitri disediakan kepada pengunjung seperti lemang, rendang, laksa penang, mee rebus, nasi ayam hainan, mee goreng dan sate pada majlis yang berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Mohd Hairul Salleh, 49 dari Kampung Pengkalan Pegoh yang sering menghadiri rumah terbuka YB Dato Hamidah Osman berkata majlis tahun ini kurang sesak berbanding tahun lepas. Mungkin disebabkan kemudahan khemah yang lebih luas dan tempat duduk yang lebih selesa.

"Apapun sebagai rakyat Malaysia saya bersyukur kerana sambutan rumah terbuka ini merupakan satu medium perpaduan bagi masyarakat majmuk negara ini," katanya.

Bagi Ng Lai Sim, 44 dari Taman Seri Rapat, sambutan kali ini dilihat lebih teratur berbanding tahun lalu. Lebih ramai kaum cina hadir ke majlis rumah terbuka YB Dato Hamidah. Ini menunjukkan kaum cina sudah ramai menyokong YB Dato Hamidah dan Barisan Nasional.



S. Ramasamy, 58, dari Pengkalan Gate, Lahat pula berkata program seperti itu perlu dikekalkan supaya rakyat berbilang bangsa dapat bersama-sama merasai kemeriahan Aidilfitri disamping mereka dapat berjumpa dan bersalaman dengan Adun mereka YB Dato Hamidah Osman.

Peningkatan kehadiran pengunjung menunjukkan sokongan padu rakyat kepada Adun Sungai Rapat dan Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya ke 13 nanti.

2 comments:

zopinion said...

syabas dan teruskan... Perak perlu dipertahankan....

Nak tahu hati budi Cina dan DAP ikuti disini

http://wubra.blogspot.com/2012/08/sila-baca-kalau-nak-kenal-hati-cina-dan.html

Kinta Menjerit said...

Terbaik YB...

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.