By Sungai Rapat
on
Tuesday, August 21, 2012
with
0 comments
Seperti yang telah dijangka oleh rakyat Malaysia, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak pulang bertemu ibunya Mak Tom Yahaya sempena Syawal.
Malah menurut ibunya, Azmin langsung tidak pulang untuk berbuka puasa bersamanya sepanjang Ramadhan lalu. Bukan itu sahaja bertanya khabar pun tidak pernah.
Inilah jenis pemimpin yang terlalu dihormati oleh pakatan rakyat dan Anwar sehingga jika dia menegur sesiapa sahaja pemimpin dalam pakatan rakyat maka keesokkan harinya pemimpin tersebut akan dipecat.
Menurut Che Tom lagi, disebabkan kecewa dengan sikap Azmin, beliau mengajak anak-anak lain berhari raya di luar Kuala Lumpur buat pertama kali sejak lebih 40 tahun.
"Saya dan tiga anak perempuan termasuk Umi Hafilda dan cucu-cucu saya memilih untuk beraya di Melaka kali ini kerana begitu kecewa dengan sikap Azmin yang juga sudah lebih setahun tidak pulang menjenguk saya di rumah.
"Tahun ini, kami langsung tidak membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Tiada makna untuk kami buat demikian, kalau dia sebagai anak langsung tidak sudi untuk pulang bersalaman dan memohon ampun daripada saya," katanya.
Category:
politik
POST COMMENT
0 comments:
Post a Comment