3

Jangan Biarkan Hari Kebangsaan Diliwat oleh 'Perkakas' Anwar

By Sungai Rapat on Thursday, August 30, 2012 with 0 comments


PADA 31 Ogos ini genaplah 55 tahun negara kita merdeka. Sudah semestinya seluruh rakyat Malaysia ingin mengucapkan selamat memperingati Hari Kebangsaan. 

Buruk naik inilah negara kita. 
Inilah tanah tumpah darah kita, 
Inilah tanah nenek moyang kita, 
Inilah tanah  peninggalan untuk anak cucu kita.

Bermula dengan isu tema Hari Kebangsaan Malaysia "Janji Ditepati". Suka saya ingatkan, bahawa kita semua sama ada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang, rakyat biasa dan siapa saja perlu faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hari Kebangsaan? 


Iaitu hari untuk memperingati kemerdekaan negara. Kemerdekaan yang bermakna kita bebas memerintah negara dan mencorakkan negara secara sendiri. Maksudnya disini, Hari Kebangsaan bukanlah hari untuk mana- mana parti politik mempergunakan untuk menaikkan kemarahan segelintir anak-anak muda terhadap pemerintah, tetapi adalah hari untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengambil kira fahaman politik duduk bersama meraikannya. 

Bila kita lihat pembangkang begitu drastik seolah-olah memboikot hari Kebangsaan hanya kerana tema yang tidak mengikut citarasa mereka.

Bukan setakat itu sahaja malah pembangkang yang diketuai oleh beberapa penggiat hak asasi manusia yang digelar 'perkakas Anwar' mahu membuat demontrasi yang kononnya secara aman seperti yang berlaku dalam demontrasi Bersih 3.0 yang lalu.

Apakah pembangkang mahukan keadaan menjadi huru-hara, apakah agen-agen yahudi sudah mula bertapak di Malaysia bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada pemerintah seperti yang berlaku di negara-negara Arab.

Mereka sanggup menggunakan anak-anak muda dengan menanam semangat kebencian kepada pemerintah Melayu di Malaysia dan mengagong-agongkan pemerintahan bangsa asing.

Tetapi hari ini adakah anak-anak muda diberi pengetahuan kerana banyak orang tidak tahu atau sudah lupa sejarah hitam negara seperti darurat (1948-1960) dan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. 

Malah, ramai yang sanggup bakar kelambu dan tilam kerana marahkan nyamuk dan pijat. Atau sudah ramai tidak tahu apa itu pijat? 

Adakah anak-anak muda ini yang sering mengganas bersama demonstrasi Bersih diberi pendidikan sempurna bahawa kemerdekaan bukanlah diperolehi secara mudah.

Category: merdeka , politik

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda