3

Komen seorang Ustaz yang dahulunya penyokong kuat PAS dan DAP

By Sungai Rapat on Thursday, August 9, 2012 with 3 comments

Dulu saya merupakan seorang yang paling kuat menyokong pakatan PAS dan DAP. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya dapati PAS terlalu terpesong jauh mungkin kerana dendam kesumat ke atas UMNO dan usaha untuk membawa pakatan rakyat ke Putrajaya maka PAS tidak peduli apa yang dikatakan oleh pemimpin DAP. PAS perlu menjadi salah satu pemecah undi orang Melayu kerana dengan cara ini sahaja orang Melayu tidak akan menjadi sebagai kaum majoriti yang boleh membuat keputusan dan itulah matlamat yang paling dikehendaki oleh pemimpin DAP.

Disini saya ingin menasihati umat Islam bahawa adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagaimana firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Muntahanah ayat 9 :

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ
هُمُ الظَّالِمُونَ 

`Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’

Jika anda menyokong PAS seolah-olah anda juga menyokong pepercahan umat Islam sekaligus membolehkan parti DAP menjadi sebagai parti yang mampu boleh membuat keputusan.

Ingailah wahai umat Islam PRU13 adalah merupakan PRU terakhir bagi umat Islam jika kita memilih PAS sebagai pilihan kita.

Category: politik

POST COMMENT

3 comments:

Anonymous said...
August 9, 2012 at 10:23 AM

Salam.. saya turut insaf dengan saranan bekas ahli pas ini...
tiada lagi undi untuk pas dan pkr lepas ini... itulah tekad saya. saya akan sama-2 menyedarkan seberapa ramai ahli pas yang tegar untuk menginsafi dan bertaubat.

Jebon Tua said...
August 9, 2012 at 2:33 PM

PAS Khawarij..puihh.. http://ms.wikipedia.org/wiki/Khawarij

Anonymous said...
August 9, 2012 at 7:06 PM

saya pun dulu sokong PAS. Kerana melihat wadah perjuangan Islam tu lebih terpamer dlm PAS. Tp tu duluuuuu... bila ulama dah jadi boneka, bye-bye.

Skrg ni nampaknya ILMU dlm UMNO lebih berwibawa mengukuhkan ulama senior yg tabah berjuang dlm UMNO. Tk mustahil UMNO akan lebih Islamik dlm tahun-tahun akan datang. siapa kata UMNO dah tak relevan? tepuk dada tanya iman. Semua parti politik mcm tong taik. Yg mengaku kata dia bersih tu dialah yg paling kotor... Undi UMNO.

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.