You are here:
Home »
politik
»
Malaysiakini Memang Ejen Pembangkang No.1
By Sungai Rapat
on
Saturday, August 18, 2012
with
0 comments
Ketua Pengarang portal berita Malaysiakini, Fathi Aris Omar digesa menjawab persoalan dan keresahan rakyat berhubung dakwaan mengaitkan portal itu sebagai ejen pembangkang no.1.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana portal itu sering kali melihat apa jua inisiatif kerajaan untuk pembangunan dan kebaikan rakyat sebagai negatif.
Ujarnya, ia jelas menampakkan sikap tidak profesional Malaysiakini termasuk ruangan Cartoonkini yang memaparkan bahan jenaka keterlaluan dan berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan.
“Malaysiakini bukan sebuah portal berita yang profesional dan agenda mereka adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pemimpin. Jadi tak terkejut, apa sahaja kebaikan untuk rakyat akan dilihat negatif oleh Malaysiakini.
“Mereka ini agenda pembangkang dan menjadi barisan depan media pembangkang,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Category:
politik
POST COMMENT
0 comments:
Post a Comment