Sunday, August 5, 2012

Norman dan Abby tak mungkin rujuk semula kenapa? Abby dah Kahwin?



Tiba-tiba keluar dari mulut Memey bahawa Abby dan Norman tidak mungkin akan rujuk semula.

“Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.


Abby yang kerap dilihat pergi ke Kelantan pun menjadi tandatanya adakah Abby dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim sudah berkahwin secara senyap? semuanya menjadi tandatanya.

Memey menyerahkan kepada ketentuan takdir jika ditakdirkan Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008.

Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu. Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan yang menyertai Pas dengan keahlian seumur hidup sebelum ini penuh dengan kontroversi sering mengeluarkan kenyataan yang kurang disenangi oleh rakan-rakan artis sendiri.

Selepas empat tahun, Memey dan Abby tidak pernah bertegur sapa akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah Mak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya, kata memey lagi

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.