Saturday, August 25, 2012

Siapa Yang mempermainkan hukum Hudud sebenarnya?



Pas sering menuding jari apabila DAP menolak sekeras-kerasnya perlaksanaan hukum hudud kononnya UMNO mempermainkan hudud.


Demi kepentingan politik Pas dengan DAP, perjuangan Pas kini didakwa membelakangi perjuangan asal parti itu termasuk bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti DAP

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular atau lebih dikenali dengan nama parasit dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Bagi Pas kini Islam adalah perkara kedua, perkara pertamanya adalah bersama DAP ke Putrajaya. Isu Hudud yang dicetuskankan oleh Nik Aziz adalah untuk memerangkap UMNO sahaja tidak lebih dari itu.

Pas tidak pernah serius untuk melaksanakan hudud apatah lagi apabila mendapat sahabat karib mereka pemimpin DAP yang ternyata berbuih telinga bila mendengar hudud.

Kini sudah terang lagi bersulu Pas sengaja mempermainkan hukum Allah demi meraih undi simpati daripada masyarakat Islam.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.