Thursday, August 2, 2012

Zul Ariffin bekas kekasih Abby ada pesanan buat Abby




Pelakon Zul Ariffin yang juga bekas kekasih Abby Abadi selepas Abby diceraikan oleh Norman. Mereka berdua dikatakan terlalu intim sehingga keluar negeri berdua. Kini kenapa Zul cuba menjauhkan dirinya daripada Abby?

Dalam kesibukkan Zul mendapat 'job' berlakon yang begitu banyak beliau sempat memberi pesana kepada bekas kekasihnya Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan kerana agak kurang senang apabila bekas kekasihnya itu membuat tuduhan bagi memburukkan pemerintah ketika ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN).

Zul, 26, berkata, tindakan Abby bersuara mengenai hal-hal politik serta mengkritik kerajaan merupakan tindakan yang benar-benar kurang bijak dan ada niat yang tidak baik apatah lagi ia dilakukan tanpa penyelidikan yang betul.






"Saya gembira melihat perubahannya dengan imej bertudung dan tidak salah untuk dia menyertai mana-mana parti politik kerana itu adalah haknya".

"Bagaimanapun apabila mendengar  tentang kelantangannya bersuara memburukkan kerajaan, rasanya dia perlu selidik dahulu dan bukannya bercakap berdasarkan cakap-cakap orang yang mempunyai kepentingan politik sahaja..

"Tambah pula dia baru sahaja menyertai dunia politik (PAS), tak mungkin dia dah selidik tentang semua hal. Apa yang dibuatnya sekarang ini terlalu ekstrem.

Kenyataan Abby yang kurang menyenangkan di portal rasmi pembangkang Malaysia Insider seperti berikut:

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan pada 25 Julai lalu, mendakwa artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai pekerjaan sekiranya kerajaan BN berjaya ditumbangkan.

Dalam artikel yang bertajuk "Abby Abadi: Muslim artistes will work only after Pakatan takes power" (Abby Abadi: Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa), pelakon tersebut antara lain mendakwa ruang individu sepertinya untuk berkarya menjadi sempit dan beliau mengharapkan golongan artis yang berhijrah dapat setia bersama PAS jika mahu melihat perubahan.

Tambah Zul, hasrat Abby untuk memperjuangkan Islam itu adalah baik tetapi dia hendaklah memahami rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama.

“Saya gembira dengan perubahan imejnya dengan bertudung tetapi Abby harus ingat, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, setiap kata-kata perlu diteliti dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan” katanya.

Sementara itu ditanya adakan dia pernah menghubungi Abby, Zul memberitahu, dia enggan mengingati semula hal lama selain sudah membuat keputusan untuk tidak berhubung lagi ats sebab-sebab tertentu

"Saya mahu meneruskan kehidupan saya sendiri tanpa gangguan Abby. Apabila kami saling berhubung ia membuatkan kita masih berada di kenangan silam dan sukar untuk saya ubah.

"Bagaimanapun, Abby memang sentiasa ada menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa kepada saya baru-baru ini, tapi saya tidak pernah menjawab" ujarnya.


Kata Zul lagi, saya agak terharu dengan penamatan kontrak Abby sebagai duta tudung di syarikat Al-Humairah tetapi sebagai duta Abby perlu ingat kita dibayar sejumlah amaun yang besar demi untuk untuk menaikkan nama produk bukannya menjatuhkan nama produk dengan memasukki parti politik dan menghentam orang lain.

Sebagai tuan punya syarikat tindakan menamatkan kontrak Abby sebagai duta sebagai satu tindakan yang amat tepat sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Saya juga merasa kesal dengan sikap Abby yang menagih simpati dengan menulis dilaman twitter tentang isu penamatan kontraknya. Ini bermakna Abby sudah mempolitikkan bisnes mereka, itu sikap yang tidak jujur.



Ekoran dari tulisan Abby 
kini timbul pula sekumpulan facebookers yang membuat kempen memboikot barangan keluaran syarikat yang menamatkan kontrak dengan Abby, adakah ini satu tindakan balas dendam dari Abby sendiri?

Sebagai artis kita prlu berfikiran profesional sebagai artis bukan membentuk satu golongan untuk menghentam orang lain yang tidak menyokong kita.

Selagi niat Abby tidak ikhlas, selagi itulah banyak bencana akan menimpa Abby..betulkan niat Abby sebelum membuat perubahan kepada orang lain.

2 comments:

Anonymous said...

pompuAN GEDIKS..

Anonymous said...

but she has something juicy...what a waste...mmm..mmmmm

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.