By Sungai Rapat
on
Friday, September 14, 2012
with
2 comments
Seorang blogger bernama Ahmad Sofian Yahya atau lebih dikenali sebagai 'SekupangDua' telah memberi tempoh 24jam untuk Nga Kor Ming memohon maaf ekoran kenyataannya dalam akhbar China Press pada 13.9.2012 dan artikel di blog Nga Kor Ming yang berunsur fitnah.
Kenyataannya dalam China Press menyatakan "blogger Sekupangdua mengaku tersilap menyaman Nga Kor Ming dan menarik balik samannya."
Menurut Ahmad Sofian, beliau tidak pernah menarik balik samannya terhadap Nga Kor Ming malah apa yang beliau buat berdasarkan fakta iaitu syarikat tukang jahit kepunyaan isteri Nga Kor Ming terlibat dalam kontrak membuat Long Suit untuk Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh.
Beliau terpaksa membongkar jenayah politik yang dilakukan oleh pemimpin DAP agar rakyat tahu siapa sebenarnya pemimpin DAP yang mereka sokong.
Dalam Blog Nga Kor Ming sendiri telah mememuatkan berita bahawa blogger Sekupangdua mohon maaf dan menarik balik samannya terhadap Nga Kor Ming seperti dibawah:
Blogger UMNO tarik balik segala kenyataan fitnah & beri aku janji kepada Mahkamah tidak mengulangi dakwaan salahgunakuasa lagi
(Ipoh 12-9-12)
Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.
Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.
Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah
Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.
Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “ penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.
Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.
Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia.
Menurut Ahmad Sofian Yahya lagi beliau tidak pernah menarik balik saman apatah lagi menarik balik apa yang telah dibongkarkan olehnya pada tahun lepas. Beliau buat semua itu pun demi rakyat Perak.
Bagi membersihkan namanya, Ahmad Sofian Yahya atau dikenali sebagai blogger Sekupangdua menuntut YB Nga Kor Ming dan peguamnya serta media-media yang mengeluarkan berita itu untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan dalam tempoh 24 jam, kegagalan untuk berbuat demikian akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Kepada rakan-rakan blogger marilah kita bantu blogger sekupangdua dengan apa yang termampu bagi mempertahankannya daripada di 'lanyak' oleh pemimpin cina DAP Perak.
Category:
politik perak
POST COMMENT
2 comments:
saman 2x ganda hahaha padan muka ngangeh
Haha..mari kita sokong teruskan perjuangan belasah si Komeng samseng itu.. Gua pun kat Ipoh skrg ni. Mau tolong kasi Perak menang!
Post a Comment