3

Pas Batu Gajah guna Taktik Basi untuk tarik sokongan ke majlis sambutan Hariraya

By Sungai Rapat on Sunday, September 9, 2012 with 0 comments


Pas Batu Gajah terpaksa menggunakan taktik basi tanpa memikirkan dosa demi untuk menarik penyokong luar dari Batu Gajah datang bersama berhari-raya di Taman Tasik Idaman dekat Batu Gajah.

Taktik basi ini sering digunakan oleh Pas Batu Gajah sejak ketiadaan orang setempat menghadiri setiap majlis yang dianjurkan oleh mereka. Sebelum ini mereka pernah menghantar SMS palsu kononnya majlis mereka akan diserang oleh pemuda UMNO dan mereka berjaya menarik penyokong dari Manjong, Parit dan Lumut datang ke majlis anjuran mereka.

Sejak akhir-akhir ini sokongan kepada Pas sudah semakin menurun apabila masyarakat sudah sedar Pas hanya membawa retorik sahaja dalam setiap janji mereka kepada masyarakat setempat. Kemuncak kemarahan masyarakat apabila Pas sanggup bersama penduduk cina  membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Pegoh Aman hanya demi undi dari penduduk cina.

Demi untuk menarik pengunjung juga YDP Pas Batu Gajah En Ismail terpaksa menjemput Mahfuz@Mr Bean untuk berceramah politik dalam majlis sambutan hariraya mereka.

Diingatkan kepada Haji Ismail YDP Pas Batu Gajah hentikanlah tuduhan melulu awak kerana tuduhan jika tidak disertai dengan bukti adalah fitnah. Janganlah menggunakan blog untuk memfitnah gunalah untuk tujuan kebaikan.

Pas juga terlalu risau kerana sokongan padu masyarakat setempat tertumpu kepada UMNO/BN dan terbukti malam tadi Majlis sambutan Jamuan hariraya di Kampung Pengkalan Pegoh lebih 2000 penduduk hadir.

Hadirin yang menghadiri majlis jamuan Hariraya yang dihadiri oleh YB Dato Hamidah Osman
Di Kg Pengkalan Pegoh malam tadi


Category: politik

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.