3

Blogger Sekupangdua tambah derita Nga Kor Ming dan DAP Perak

By Sungai Rapat on Saturday, September 22, 2012 with 0 comments


Penulis blog, Ahmad Sofian Yahya terus menambahkan derita Nga Kor Ming dan DAP Perak apabila memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan kononnya dia mengaku salah dan menarik balik samannya berhubung dakwaan salah guna kuasa pemimpin tersebut. klik disini

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Norali & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini semalam.

Dalam saman tersebut, Ahmad Sofian menuntut perintah injunksi mengarahkan Kor Ming menarik balik kenyataan yang berunsur fitnah di laman webnya dan menghalang beliau dan ejen-ejennya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Dia juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksirkan mahkamah serta kenyataan permohonan maaf secara terbuka oleh Kor Ming di mahkamah.


Inilah artikel yang ditulis oleh Nga Kor Ming menuduh Ahmad Suffian menarik balik samannya

Lepas ini DAP Perak boleh pertimbangkan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming meletakkan semua jawatan dalam parti kerana ini amat memalukan penyokong mereka termasuk HamPas

Kita tunggu pula seorang lagi penyokong dan rakan sekutu kuat DAP iaitu Nizar Jamaluddin untuk mempertahankan rakan karibnya.

Category: politik

POST COMMENT

0 comments:

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda