Monday, October 1, 2012

Bekas Tentera tiada pencen pun dapat imbuhan


Pesara Tentera tidak berpencen. Kebiasaannya bekas tentera yang mempunyai masalah sahaja yang tidak berpencen. Mereka seboleh-boleh mahu berhenti awal kerana sudah tidak tahan dugaan yang ada dalam Tentera.

Walaupun golongan ini kebanyakannya pro-pembangkang Kerajaan tetap mengenang budi mereka dengan memberi RM1000 secara one off ini dapat bantu mereka. 

Kebanyakan golongan bekas tentera ini sudah bekerja tetap dengan mana-mana syarikat atau kementerian.

Apa pun kerajaan tetap mengenang jasa mereka, walaupun pembangkang kata Rm1000 tidak mencukupi tetapi sekurang-kurangnya jasa mereka tetap dikenang oleh kerajaan berbanding dengan pakatan rakyat.

15 comments:

Anonymous said...

Janganlah digeneralisekan semua yg tak berpencen macam itu... Suami saya PRO KERAJAAN, dari dulu hingga sekarang. Masa dia di dalam tentera, DUA (2) KALI dapat KHIDMAT CEMERLANG, kalau attend apa2 yg melibatkan kena ambik test, dia selalu dapat highest marks... Dia pun menjadi kesayangan orang atasan... Tapi kita hanya merancang, disebabkan sy punya personal things (dan dia sanggup berkorban demi saya), rezeki dia takat tu jelah dekat Mindef...

Tiap2 kali baca org generalise seperti di atas, hati saya sedih.... memang ada yg bermasalah, tapi kalau guna perkataan 'kebanyakan', itu terlampau zalim!!! Ramai je di luar tu yg berhenti tentera atas sebab2 yg bukan bermasalah, menjadi je pun... walau banyak dugaan, diorang gigih juga berusaha untuk sama2 memantapkan ekonomi negara... Dan kebenaran juga, yg berada dalam MINDEF sekarang ni pun ada yg tak sokong kerajaan jugak, tapi takut nak keluar menghadap REAL WORLD, dah selesa dalam tu (walau x puas hati berkoyan2 dgn kerajaan yg bagi dia gaji), sabar jelah nak tunggu pencen, sedap ke bunyi nye kalau saya cakap "diorang lagi tak malu, menahan kerja jugak dekat situ sebab tak berani sahut cabaran di luar sana???" Tak sedap kan bunyinya...

JADI ANGGAP JE LAH pemberian one-off ni untuk orang2 macam suami saya, yang ada juga jasa mereka selama mana mereka bekerja dulu di MINDEF tu, yang berhenti bukan pasal bermasalah dan still support kerajaan sampai sekarang tetapi rezeki tak dapat diteruskan di situ!! Suami saya x minta pun, x pernah merungut pun kerajaan x mention pasal jasa dia berbelas tahun tu, sebab dia memang ikhlas bekerja... tapi ALLAH MAHA KUASA, tetiba pulak rezeki dia dapat one-off tu ..... pedulikanlah yang bermasalah spt yg anda mention tu, x payahlah disebut2 sebab dalam jabatan kerajaan sekarang pun ada kan org2 macam tu.. 2x5, 5x2 diorang semua tu, so, apa isunya?? BUKAN SEMUA YG BERHENTI TU BERMASALAH ATAU TAK TAHAN DOK DALAM TENTERA... walaupun anda guna perkataan 'kebanyakan' dekat atas tu, tapi kalau2 tiap2 kali membaca benda yang sama, naik muak jugak. Benda sama kalau diulang2 walau tak betul, lama2 org anggap itu naturenya... - norhayati -

Anonymous said...

Kepada Norhayati,

Sebagai bekas tentera saya telah berpencen 22 tahun. Saya telalu masak dengan sikap bekas tentera yang berhenti sebelum waktunya. Saya berjawatan sebagai PW1 dan ada benarnya kata-kata di atas bahawa bekas tentera yang tidak berpencen atau berhenti sebelum waktunya memang bermasalah, mereka kerap merungut, tidak tahan tekanan dan selalu ponteng.

Saya banyak mengendali orang-orang yang jenis macam ini dan saya tahu ada kebenarannya. Mungkin suami puan hanya 1 dalam 1000

Bekas PW1 RAMD

Anonymous said...

Saya tertarik dengan pandangan yang diberi tidak semua yang berhenti awal bermasalah, malah yang berhenti awal lebih berjaya dari yang berpencen.Tapi kenyataan PW 1 RAMD saya tidak berapa setuju dengan nisbah tu...maksudnya 1000 yang berhenti seorang je yang baik.

"No bad soldier but bad officer"

Anonymous said...

Saya tidak kurang bersetuju dengan pendapat bekas PW1RAMD juga kenyataan akhbar yang di atas sekali. Tidak semua yang menamatkan perkhidmatan berpunca dari masaalah yang datang dari anggota itu sendiri. Malah ada yang malang apabila sudah mencapai lebih sepuluh tahun, pangkat tidak kunjung tiba, alasan dari NAZIRAN tiada kekosongan. Lagi satu, mereka bersara awal kerana melihat peluang perkhidmatan tidak cerah dan peluang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat universiti atau kolej masih ada. Sesetengah kami bukan jadi pak turut, hanya berkata 'Yes sir" tapi perlu ingat bahawa kekadang kelulusan atau peluang kami untuk melanjutkan pelajaran lebih jauh dari kelulusan pegawai kami.

Tentang imbuhan kepada bekas tentera yang tidak berpencen, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan malaysia kerana perihatin dengan tuntutan bekas tentera tidak berpencen yang di masukan dalam bajet 2013. tetapi saya ingin meluahkan bahawa imbuhan ini agak kurang adil, kerana pesara bekas polis di berikan lebih perhatian berbanding bekas tentera.

Kepada pesara-pesara, kerajaan sentiasa perihatin dengan pesara-pesara tentera mahupun pesara perkhidmatan awam. kadar imbuhan dan pelarasan selalu di masukan di dalam bajet kerajaan. Kami yang kerja di sektor swasta tidak mendapat sembarang imbuhan dan jaminan dari kerajaan.

Kami kesal dengan Noraini selaku Timbalan Menteri Tenaga Kerja, kerana dari Puteri UMNO, mulutnya sangat lantang tetapi setelah di naikan pangkat jawatan Timbalan Menteri, mulutnya terus membisu dan takut untuk bersuara mahupun mencadangkan agenda kepada kerajaan untuk membela pekerja-pekerja dari sektor swasta.
Kalau anda makan gaji tanpa kerja - JANGAN AMBIL GAJI atau ELAUN setiap bulan.

Kami dari sektor swasta hanya menerima BR1M RM500. Lepas sebulan dapat BR1M, saya kene cekik dengan LHDN dan bayaran saman kenderaan minimum RM300.00 atas arahan kerajaan.

Oleh itu sudah sampai masanya untuk kerajaan memikirkan untuk menjaga hati bekas persara tidak berpencen seperti saya. Ramai..., bekas pesara tidak berpencen (saya tak perlu sebut figure), kalau mereka tidak menyokong BN dalam PRU 13 ni macamana??. Sebab terlalu banyak luahan di dalam blog, juga luahan rakan-rakan di luar, menunjukan bahawa pemberian ini di anggap kurang adil dan kurang di beri permerhatian yang sewajarnya.

Saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan bergambar diatas yang menyatakan kebanyakan bekas tentera yang tidak berpencen sudah bekerja tetap dengan mana-mana syarikat atau kementerian. Tidak semua anggota mendapat keistimewaan sebegitu. Saya ingin luahan bahawa kursus yang di sediakan di PERHEBAT tidak mendapat pemerhatian dari pihak swasta. Mereka memperlekehkan sijil kemahiran yang di keluarkan oleh pusat latihan bekas tentera itu (senang cakap kurang laku la) berbanding Institut Kemahiran Lain.

Yang Berhenti pencen memang banyak cakap besar, sebab ada back-up, yang tidak berpencen kena berkerja keras demi membesarkan dan mendidik anak-anak yang semakin membesar. Peluang keistimewaan yang di berikan kepada bekas tentera yang tidak berpencen tidak seberapa pun, pergi hospital/klinik kerajaan lebih baik
bayar RM1.00 dari tunjukan kad bekas tentera (banyak kerenah dan pertanyaan dan perlu photostat lagi). bantuan-bantuan lain dari bekas perajurit semuanya penipu, kuarkan dalam laman je, bantuan anak belajar Diploma dapat RM1000, bantuan itu dan ini la, penipu la tu semua. Alasannya hanya pesara yang tidak boleh bekerja saja layak menerima.

Kita kene beringat, tanpa kerjasama dari kumpulan, maka kumpulan itu sendiri tidak akan berjaya.

Anonymous said...

err... maaf mencelah. bayar saman tu atas kesalahan sendiri. mana2 negara pun ada peraturan dan hukuman terhadap pesalah.

Anonymous said...

aku bekas jurulatih tetap askar wataniah(psi)yang x pencen tentera telah khidmat lebih kurang 3 tahun,berhenti pada tahun 1974 layak ke dapat rm1000 tu?

Mohd azham Othman said...

Apa yg kita dapat, bersyukur...klu x puas hati direct hantar surat rasmi ke Najib ha tu baru betul..cuba Najib x umum pasal duit rm1000 ni dlm bajet, mesti kita pun x kata apa2 kan. Bila dah bagi, byk pulak bunyi...so...diam2 jelah. Imbuhan one-off ni pun berdasarkankan slogan 1Malaysia jugak. Xkan Najib nak bagi rm1 @ rm1 juta..yg sesuai rm1 ribu lah..keh keh keh...

Mohd azham Othman said...

Apa yg kita dapat, bersyukur...klu x puas hati direct hantar surat rasmi ke Najib ha tu baru betul..cuba Najib x umum pasal duit rm1000 ni dlm bajet, mesti kita pun x kata apa2 kan. Bila dah bagi, byk pulak bunyi...so...diam2 jelah. Imbuhan one-off ni pun berdasarkankan slogan 1Malaysia jugak. Xkan Najib nak bagi rm1 @ rm1 juta..yg sesuai rm1 ribu lah..keh keh keh...

Anonymous said...

tentera tak berpencen tu ramai,jadi satu team lah ya..baru kuat...

Anonymous said...

Undi anda adalah RAHSIA, Undi adalah HAK anda. Kepada bekas tentera yang tidak berpencen, yang bekerja dengan kerajaan semula dan mendapat menafaat dari kerajaan, undilah BN, kepada bekas tentera yang tidak berpencen yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan, undilah PKR.

Anonymous said...

yg berpencen tak ingat kawan nak makan sorang.Tapi mereka-lah yg susahkan kerajaan asyik mintak naik pencen.

PW3 Su said...

Ya,Ya.betul tu skuad..Saya setuju,sangat setuju.Kita pun faham sangat perangai askar yg berpencen.Lebeh2 lagi jam pekak cap harimau sarkas.Yg tak berpencen baru mintak sikit dia kutuk.Walhal dlm persatuan suara dia orang -lah yg besar mintak macam2.Kalau boleh yg sumbangan RM1,000 pun serah kat dia.Kat warung bawa tongkat RSM tunjuk pingat tak laku dok temberang.Aku tak kerja pun aku ada pencen.Tinggi ego-nya.Tok menteri pun tak tunjuk2.Patut ke dia kata 1 dlm seribu.Masih lagi duduk bawah tempurung macam dlm askar.Kan ramai yg tak berpencen ada jawatan dlm UMNO..Sedangkan pegawai kanan tentera pun ada yg jadi calon pembakang.Memang jam dia pekak harimau pun buta.Kalau tongkat panjang sedepa memang dia tak tahu betapa tinggi-nya gunung Jerai,gunung kerbau,gunung lembu.Betapa berdentum-nya Bukit Berapit kroh masa lallu.Betapa berdensing-nya peluru meriam terbang atas kepala,Betapa kuat-nya bunyi boby trap.Betapa berat-nya pikul 10 hari resen Betapa besar-nya ikan toman tasik Banding.Betapa berhantu-nya hutan dan lebuh raya timur barat betapa manis-nya gadis ib.............OK cukup.Nanti kena sekat.Salam kpd yg tak berpencen.Yg berpencen dok hentam belakang kawan tak payah salam. terima kaseh dari PW3 Su RAMD.

Anonymous said...

Saya setuju dgn Pw3.15 tahun dlm tentera tau sangat sikap seperti Pw1 di-atas tu.Mengata org dia yg lebih. Sebelum berpangkat ,depan org atas tunjuk2 rajin,dok sibuk-lah buat itu buat ini.Di-belakang dia-lah paling malas.Komen dia menunjukan sikap ego-nya.walau pun dah berhenti askar.Pentingkan kocek sendiri Sekian Terima kasih.

Anonymous said...

IItu Pw1 tak tau bezakan jawatan dan pangkat.PW! ia-lah pangkat RSM ia-lah jawatan-nya.Saperti juga jawatan KSM,RQ,EJUTAN,CO.dll.SJN PW!,PW2,KAPT itu pangkat.Unit dia teruk ramai budak2 bermasalah.Unit lain tak-lah ramai .2 - 3 org tu biasa.Atau dia RSM bermasalah
,

zulkarnai is an Army Personel.( Aree Bihunsup Ex Service ) said...

Apa nak di gaduh gaduh skot sume..jom ikut saya nega kat Pasar Malam lagi bagus kan kan kan

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.