Tuesday, October 16, 2012

Kalau inilah Gayanya UMNO/BN memang dalam bahaya


Kebiasaan pakatan haram mengadakan perhimpunan Bersih mereka dijalanan hanya dengan tujuan agar rakyat akan melihat mereka cukup digeruni kerana ratusan ribu memakai baju kuning.

Mereka juga mempunyai Angan-angannya cukup tinggi. Stadium Kelana Jaya akan menempatkan 10 ribu orang hadirin yang sanggup berhujan berpanas menyaksikan konsert BERSIH yang sudah tentulah dikelolakan oleh Ambiga Sreevanasan, A.Samad Said, Hishamuddin Rais dan beberapa nama lagi. Konsert itu sekadar satu tarikan untuk satu acara lain yang lebih besar iaitu KARNIVAL.


Bayangkanlah 10 ribu orang hadirin yang berpusu-pusu hendak mendengar temberang kroni Zionis dan penjajah seperti Ambiga Sreevenasan dan A.Samad Said, selain stand-up comedian syok sendiri, Hishamuddin Rais. Banyak blog pro-sosialis dan komunis yang cuba meuar-uarkan kehebatan karnival selain konsert berkenaan. Malah banyak juga pengendali blog serta portal Pakatan Rakyat yang begitu berkeyakinan, karnival tersebut akan memberikan tekanan kepada Najib Abdul Razak serta SPR.

BERSIH yang mendapat tajaan daripada beberapa pihak asing yang diketahui merupakan neo-kolonialis termasuklah daripada George Soros, menjadikan isu pilihanraya sebagai medan utama untuk menghentam kerajaan pilihan rakyat. Sudah acapkali BERSIH membuktikan bahawa kewujudan mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengganggu proses pilihanraya di negara ini.

Walaupun berselindung kononnya di sebalik usaha mendapatkan pilihanraya yang bersih di negara ini, hakikatnya, BERSIH itu sendiri tidak bersih pun. Pilihanraya hanyalah dijadikan sebab untuk satu perancangan yang lebih besar dan lebih menghuru-harakan negara ini.

Menariknya, dalam perhimpunan BERSIH, yang menjadi kuda kayu dan ditunggang adalah para pengikut PAS. Tanpa penyertaan ahli-ahli PAS, maka perhimpunan yang dianjurkan oleh anak-anak buah Zionis ini, akan menjadi hambar dan kosong.

Terbukti apabila Karnival BERSIH yang turut disertai oleh konsert, gagal menarik perhatian pengunjung. Walaupun jangkaan besarnya adalah 10 ribu, manakala portal tajaan Zionis, Malaysiakini pula melaporkan setelah dua hari kononnya karnival dan konsert berkenaan dihadiri oleh 800 orang, hakikatnya yang datang tidak sampai pun 300 orang.

Hishamuddin Rais sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa seandainya Pakatan Rakyat kalah pada PRU13 dan gagal menawan Putrajaya, maka perarakan serta rusuhan besar-besaran di jalanraya akan diadakan. Karnival, konsert dan seumpamanya dengannya yang dikaitkan dengan BERSIH sebenarnya hanyalah satu ‘latihan’.

Dan ini terbukti apabila salah satu lagu yang didendangkan dalam konsert BERSIH yang tidak dihadiri ramai orang itu, terkandung lirik-lirik puitis yang besar kemungkinan ada sentuhan Ambiga, A.Samad Said dan Hishamuddin Rais sendiri.


SEL13

1 comments:

Anonymous said...



Bersih membuat pelbagai tuntutan mahukan piliharaya yang bersih. Kenapa Bersih lebih menyokong Pembangkang?. Dalam perhimpunan di Stadium Kelana Jaya yang kelihatan ramai hadir adalah bukan Melayu (semak blog Jinggo). Pemimpin pembangkang yang kelihatan hadir adalah Ronnie Liew dan Mad Sabu (semak blog Aku peduli apa). Hishamudin Rais kelihatan menulis “Jatuhkan Kerajaan BN. Jangan Lambat” dalam ruangan disediakan pihak Suaram. Jelas sekali tujuan Bersih adalah untuk menjatuhkan kerajaan BN. Kenapa Bersih perlu minta pihak luar campur tangan dalam PRU 13?.Kenapa A Samad Said sanggup menjatuhkan pemimpin Islam?

Semak pula pendedahan yang dibuat oleh blog My Massa mengenai persediaan bajet Pilihanraya PRU 13 Cabang Tumpat Kelantan. Dalam bajet yang disediakan ada peruntukan sebanyak RM 13000 kepada pengundi luar. Bayaran disediakan untuk pengundi Thailand sebanyak rm 25000. Kenapa Bersih tidak buat pendedahan kepada pihak SPR?. Kenapa Bersih hanya mencari kesalahan dipihak BN sahaja?.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.